Bersiaran kembali...belum habis lagi story preparation ke Aussie tu..sila jangan bosan ye..
Ahaaaa, semua orang dah tahu kan, sedikit masa lagi JM akan terobang ke Australia. Yer ini adalah kali kedua JM ke sana coz last time JM ke Perth then tahun ni akan merasai keseronokan di Gold Coast dan Sydney pulak.
Sebut sahaja GC (Gold Coast) mesti terbayang di fikiran beberapa theme park dan tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti Sea World, Warner Bros Movie World, Dream World, White Water World, Wet n Wild Water World, Currumbin Wildlife Park, Cruise Sightseeing, AquaDuck dan Skypoint Observation Deck.
Semua orang tahu nak masuk ke semua attraction place ni perlu ada tiket harga tiket agak mahal mencecah puluhan AUD dan kalau di tukar kepada Ringgit Malaysia boleh mencecah ratusan ringgit. Jadi bagi mengurangkan kos tiket adalah lebih baik beli tiket online secara pakej/combo pass. Apakah kebaikan beli tiket secara online ni?..aha..sudah tentu harga tiket
lebih murah dan tidak perlu beratur panjang di kaunter dan JM nasihatkan
agar ikut cara ni ye.
Hari ni JM nak kongsi dengan semua kat mana boleh dapatkan harga tiket yang lebih murah dan beli secara pakej. Dalam itirenary plan kami akan ke Currumbin Wildlife Park dan juga nak naik Cruise menyusuri Nerang River untuk menikmati keindahan GC town pada waktu malam. Jika beli tiket secara berasingan agak mahal. Sebagai contoh harga Currumbin Wildlife Park entrance fee AUD49 (Adult) dan AUD33 (children from age 4-14 years old). Boleh refer di url ini http://www.cws.org.au/getcloser/tickets_and_bookings/general_admission. Agak mahal bukan , jadi why not guna kemudahan yang ada untuk mendapat tiket yang lebih murah. Bagaimana caranya :