Wednesday 15 January 2014

Ho Chi Minh : Memborong kain PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


"Jom ikut JM...kita Shopping lagi"

Cerita shopping menyopping di Ho Chi Minh belum habis lagi..YUkkkk!!..ikut JM kita ke tempat shopping seterusnya...Kalau suami bersama isteri yang rajin shopping ni mesti mereka decide lepak je kat hotel kan...ye lah..dapat pulak isteri yang jenis memilih kain dan baju berjam-jam kekadang 15 - 20 min tu baru nak cari warna, nak rasa kain lah, nak tengok corak dan bunga lah...belum decide lagi tu hahaha....itulah namanya perempuan kan, cukup detail dalam memilih ..ye ke heee. Ye! sebab JM salah sorang daripada nya. Oleh sebab itu tak ramai hero-hero Malaya di kawasan pasar dan tempat shopping ni.

Kepada suami-suami di luar sana, salah satu cara menunjukkan rasa kasih dan sayang korang kepada isteri kalian, sila lah bawak mereka shopping di HCM ni....mesti bertambah sayang mereka pada kalian ahahaha...mesti akan ada yang menjawab..sayang pada isteri bukan melalui harta dan benda..hikss...

Last entry...ingat lagi tak...JM ke Toko Plaza kan, kemudian kami balik ke hotel untuk solat dan golek-golek badan atas katil jap kemudian dalam jam 3.00 petang kami decide nak ke Pasar Bent Than pulak. Ahaaa..minta perhatian ye...JM tengah mencari Nanatron ni....beliau excited sangat nak beli kain pasang so di sinilah tempatnya.

Pasar Bent Thant (Bent Thant Market)
- Lokasi nya terletak betul-betul bulatan besar yang terdapat tugu orang berkuda tu seperti gambar di bawah
- Menjual pelbagai jenis pakaian, kain pasang, pinggan mangkuk, t-shirt, alas meja, beg pakaian, backpack dan pelbagai jenis sobiner ada jual di sini.
- Terletak di dalam satu bangunan di bawah satu bumbung
- Suasana agak bising, panas, sempit dan crowded
- Tidak sesuai untuk kanak-kanak


Bent Thant Market - Main Entrance view from roundabout
Info tambahan/Tips :
- Harga pakaian di sini agak mahal berbanding kedai pakain di luar pasar kerana kadar sewa yang mahal
- Terdapat sebuah kedai yang menjadi pilihan hati JM kerana harga kain pasang yang di tawarkan agak murah di mana  harga kain Vietnam Cotton bidang 60 - RM20, kain sangat lembut dan berkualiti. RM25 bagi Vietnam Silk dan RM30 Japanese Silk.
- Terdapat banyak kedai yang menjual kain pasang yang telah siap di gunting, JM nasihatkan jangan beli di kedai tersebut kerana di khuatiri kain yang di potong tidak cukup meter.
- Beli kain di kedai yang JM syorkan kerana kain akan di otong mengikut bilangan meter yang di kehendaki
- Pegi pada waktu pagi jam 8.30 - 9.00 pagi kerana terdapat kain pasang dengan corak yang latest baru sampai dari gudang
- Menarik nya di pasar ini mereka menyediaan perkhidmatan menjahit baju kurung dan jubah yang boleh di siapkan dalam masa 1 hari. Beli kain yang berkenan di hati terus minta mereka jahit dengan harga RM100 merangkumi upah jahit dan harga kain.

Nak tahu kedai yang menjadi pilihan hati JM (kredit kepada blogger Hani kerana inform berkenaan kedai ni)

1. Dari entrance atau pintu masuk Cua Tay tu, terdapat satu lagi pintu masuk sebelah kanan
2. Masuk ikut pintu kedua yang sebelah kanan tu akan nampak No 480 seperti gambar dibawah
3. Jalan terus ke hadapan sehingga nampak kedai No 526 - 528
4. Apa yang menarik di sini adalah mereka fasih berbahasa melayu dan harga kain di sini memang murah
5. Boleh je nak survey kedai lain kemudian buat perbandingan

Nampak sahaja No 480 ni jalan terus sedikit ke hadapan
Kedai Fashion No 526 - 528
Meh kita tengok antara kain yang ada di kedai ni

Nampak tak pelbagai jeins corak dan patern harga around RM20 - RM35 sepasang
Zoon In...ada geram tak...berbugkus bungkus...borong jangan tak borong
Pilih je jenis kain yang berkenan di hati..pastu baru minta dorang gunting
Antara kedai lain yang terdapat disini
Sekiranya memborong terlalu banyak.....kiranya time memilih tu tak ingat dunia hahaha...bila dah selesai membayar baru sedar...Alamak beratlah pulak nak bawak balik hotel ni..jangan bimbang kerana mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran perrcuma ke pintu bilik hotel. Bagi je nama hotel dan no bilik.

Oleh kerana JM ke pasar ni semata-mata nak beli kain pasang, so tak lah fokus sangat kepada barang lain seperti beg pakaian, t-shirt dan lain-lain.

Selesai sudah memborong di sini, kami balik hotel untuk simpan semua hasil borong, kemudian keluar semula untuk ke kedai kain Haji Halim.

TAPI sebelum tu singgah dahulu kedai Hajah Basiroh untuk minum Kopi Ais dan Mee Pho. JM ni jenis tak minum ais tau..tapi bila pegi HCM ni hari-hari minum kopi ais ni...dan mee pho ni..SEDAP betul..pastu last day terus DEMAM...

Kopi Ais memang sedap
Mee Pho ni pun sedap...sepatutnya ada sayur..daun-daun tapi time JM order ni daun2 tu dah habis

Direction to Kedai Kain Haji Halim :

1. Mudah sahaja just follow map di bawah - laluan warna merah :

Map to Kedai Haji Halim - follow line warna merah
2. Dari bent than market tu jalan arah ke kanan, bukan arah ke roundbout tau
3. Jalan sehingga ke penghujung jalan kemudian belok kanan lagi akan nampak gerai buah-buahan
4. Gerai buah-buahan betul-betul di hadapan Minh Collection yang terletak di T- Junction. Boleh refer picture di bawah

Ini lah gerai buah-buahan di penghujung pasar Bent Thant tu
Kedai Kain Minh Collection - nampak tak ada jual kain telekong, kami tak masuk kerana maybe harga agak mahal
Bertentangan dengan gerai buah tadi terdapat T Junction sperti ini - so cross jalan ke arah van tu


5. Ok..nampak tak Van sedang keluar tu, cross jalan ke arah Van keluar tu
6. Kemudian korang akan nampak Restoran Serai (Halal Restoran) bersebelahan dengan Kedai Kain Haji Halim

Serai Restaurant - Kami tak masuk just ambik gambar luar je sbb perut masih kenyang
Ini lah kedai Haji Halm tu...korang perasan tak apa yang JM perasan..kedai jual kain tapi ada tanda HALAL hahaha
Zoom dari luar - Linda Rophiah Collection
Jom ikut JM masuk dalam kedai ni...kita lihat apa yang dorang jual..kami just jalan-jalan je tak ada niat nak shopping dah waktu ni. Kepada mereka yang ingin memborong boleh juga di sini kerana terdapat kain telekung harga pun murah boleh dapat RM60 sepasang, jubah dan baju kurung pelbagai jenis kain.

Kalau bawak bayak duit memang dah beli ni
Keluar sahaja dari kedai ni, alamak!!! hujan lahhh...macam mana ni...memang tak spare payung..so tunggu je lah sehingga hujan berhenti..tengok jam dah pukul 6 petang. So kami decide selepas hujan berhenti nanti balik hotel je lah pastu baru keluar pegi Night Market yang buka di hadapan pasar Bent Than tu. Sementara menunggu hujan berhenti kami di tegur oleh Haji Halim tuan punya kedai. Wah main peramah orangnya..boleh cakap melayu Champa..apa lagi makin rrancak lah berbual, macam-mcam story keluar sehingga lah beliau bagi direction bagaimana nak ke Russian Market, Museum, HRC, Cathederal dan Post Office ust walk distance je...wah..ini sudah cukup baik ni.

Di pendekkan cerita selepas sahaja hujan berhenti kami berpatah balik ke hotel, mandi solat dan keluar semula untuk ke night market. Kat sini juga terdapat pelbagai jenis barang, kain, baju, telekung, buah-buahan...ya ampun...murah-murah bangat. TAPI satu je JM tak gemar sebab dorang ni suka tarik-tarik tangan minta masuk kedai dan tengok-tengok barang tu. Kita nak memilih pun tak selesa kan. Beginilah suasana night market tu. Oleh kerana guna TAB sahaja, gambar tak clear, so semua gambar ni adalah ihsan dari google je.




Buah buahan, baju kurung, sobiner dan pelbagai jenis barang ada jual di sini bermula jam 8.00 mlm - 11.00 mlm
Ok..cukup dahulu untuk hari ini, so nanti JM sambung last day story on next entry ye

Babai dan Salam Maulidur Rasul. Mari kita banyak berselawat ke Nabi Muhammad S.A.W

119 comments:

  1. salam JM,
    sesungguhnya kak sue agak meghoyan tgk gambaq2 kain cotton tu, huhu... harus meripit HCMC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam Kak Sue,
      hahahaah...ye betul tu..sesapa pun yg tgk mmg hilang akal termasuklah JM ni ehehe..ada gak hati nk meripit ni :-)

      Delete
  2. opss... sedap lagu background :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakass..kak sue..sempena Maulidur Rasul katanya

      Delete
  3. JM ni bboleh jadi pemandu pelancong la. detail segalanya..bagus utk kita buat guide bila nak ke sana nanti. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahakss..maybe tak perlu kot sbb lagi mudah dari pegi europe tu heee...ye ye..kalau Syeida nk ke sana refer sini dulu tau

      psttt : dh terima lom 'something' from JM :-)..dh pos

      Delete
    2. Wah JM post something??? Waaaa...tak sabar nak nengok kat office nanti. Ke JM pos kad jemputan..hehehehe
      Syieda ni tak sempat2 nak pos utk JM. sabar ye. Awal tahun memang penuh dgn meeting je. Sampai tak sempat nak pos! Grrr

      Delete
    3. Ahaks...kad jemputan?..heeeee...mana de..alah..nk bg smothing small jek..tanda ingatan pada Syieda

      Ehh...tak perlu lah susah2 mengepos lagi..hari tu Syeida kasi poskad...itu pun dh gumbira sgt :-)

      Delete
  4. JM, wah entri ni kalau my sis in law baca mestiiiii dia tmbh teringin nak ke HCMC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear..jgn kasi dia baca dulu..karang tak nyempat2 nk pegi eheehh..cer cari tiket murah leh bawak dia ke sana..mesti dia akan bertambah syg pada adik ipar dia ni hikss

      Delete
  5. kalu baca bab shooping ni cerah biji mata hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieda...ahahaha...kan!!!..kalau rasa mengantuk baca entry ni

      Delete
  6. wah kain tu mmg mengancam!harga lagi laaa murah bangat!hehehe haishhhh nak pi vietnam!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ!!!! mmg MURAH...mmg TERUJA kalau ke sana...semua nak borong tau..pastu baru ingat alamak aku ambik luggage sikit je..so kalau betul2 nk shopping better ambik extra luggage..ada sale nanti terus grab tau

      Delete
  7. Nsb baik akak bg direction kedai lin tu...klu pegi lg sy pn dah xingat arah nk ke sana...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak boleh tulis detail ni pun atas jasa Hani gak..hiks...repeat ke HCM ni mmg tak bosan kan..akak pun kalau ada AA sale mau je beli tiket tu 3H2M pun dh cukup..pegi shopping semata2 heee

      Delete
  8. Wah JM bolehlah meniaga kain pasang utk raya tahun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau JM berniaga nanti PLM beli lah sepasang untuk orang umah tu...mesti dia gembira sgt

      Delete
  9. 1. Tgk cotton tu meme gila.. aritu rasa nak borong sampai 30helai malangnya beli sebelum beberapa jam lg nak blk KL + duit ada beberapa sen jah so borong 12helai jah.. tu pun kena mrh kat kwn2 sbb beli sikit sgt hihi.
    Beli aritu USD6 (viscose) & USD7 (english cotton). Tapi beli kat kedai AUNTY DAM. Dia tak buleh ckp melayu so ckp mcm ayam itik.. tp dia still entertain kita baik gila. Ada kwn dpt beli USD5 jah dgn dia walau beli 6 7pasang kalau pandai kecek.. huh jeles! Sy balik jual RM55 jahhhhhh! (tak pandai meniaga kan sy.. org lain amik untung banyak gilers huhu).

    2. Saya suka beli buah kat sana... sbb nampak mengancam. USD1 pack kan?

    3. Kalau bab2 shoppim.. abam sy meme tererr dari sy. Kdg2 dia lg cerewet dari sy.. sy dah sudah byr.. dia memilih lg hu hu hu sabarlah wahai hati. Shopping cotton tu sy ikut feberet sy tp kena marah, dia kata "jgn ikut taste awk je buleh? Dah la nak jual kat org.. taste org lain tak sama.. plh le yg bagai2" erkk serve me right :D
    Kdg2 nak beli utk dia pun.. letihhhh le kita nak menunggu dia plh.

    4. Alamak, cam sedap jah kopi ais tu.. balik ni nak buat lah 1jag hihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Ha'a..mmg murah...bawak duit je..RM55 tu ok lah tu tak perlu nk untung berganda kan...kalau jual shgga RM70 -RM80 cam tak reasonable lah pulak kan

      2. Ha'a..betul2..tiap2 mlm JM Beli pakt night market tu...sedap dan manis :-)

      3. ahahaha....sabor je lah dapat suami mcm tu best apa...mmg Allah berikan yg sesuai sgt ngan dekdaa..berlainan karektor heee

      4. Kopis vietnam ni mmg sedap..lemak berkrim..try beli sepeket..try bancuh kat umah..lain pulak rasanya..tak sedap huhu

      Delete
    2. Aslkum.....saya baru first time nk pegi hcmc..boleh x nk minta jasa baik bg nama dan alamat kedai yang sesuai untuk memborong...

      Delete
    3. Mat Kerd : wkomsalam..sorry baru baca message ni...dh ke HCM belum

      Delete
    4. saya nk g HCM bulan 8 nt.. nk cr baju tunang skali.. kalau baju kanak2 pula area mana yg best tuk borong JM? tq sagt2 for info.

      Delete
    5. sorry baru tgk komen ni huhuhhu...dah balik kan

      Delete
  10. Huwaaaa meroyan ms tengok kain kain cotton tu....
    Kopi ais tu nampak macam best jer apatah lagi kalo minum time penat-penat berjalan...terasa sangat nikmatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar Mrs heeee sbb JM pun meroyan gak..ahhaha..2 -3 jam kat kedai tu ambil masa utk memilih
      Bila sedut je kopi tu..terasa di lidah dan tekak WOoooowww....mak mertua lalu belakang pun buat tak heran je..pelawa pun tidak ahahaha

      Delete
  11. kagum dgn cara JM bercerita, sgt detail sekali
    x mampu nak tulis mcm ni
    hihi
    last pegi sana, kami duk hotel Hoang Hai Long tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..itu lah JM..kalau tulis tak detail cam tak puas hati je..terutama sebagai rujukan semua reader JM yang setia dan yang di sayangi tu..bukan tu je..kat opis pun dorang ckp ko ni kan leh jadi cikgu lah..org tanya sikit je..tapi kon explain detail benor heee

      Ha'a..hoang hai long tu mmg highly recommended...biliknya pun cantik..dorang sediakan penimbang luggage jgk

      Delete
  12. Adesss...sakit pulak ati kita baca entry JM nih..bukan marah kat JM tapi menyeksa jiwa raga CV la gambar2 ni semua...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu dengar dari Irfa..yang Cik Viva dah tak sabar nk ke sana...ahaks...Irfa!!!..pleasee bawak adik kesayangan mu ini ke sana...cian dia...heee

      Delete
    2. JM
      bukan akak xnak bawak dia
      akak dah offer diri tp dia masih berfikir
      sbb kena bayar tiket akak
      bukan banyak pun
      rm270 je, huhu

      Delete
    3. Ahaaaa...dah dapat lampu hijau tu...tak per..maybe RM270 tu agak mahal....kalau dapat tiket below RM200 return boleh terus grab ye Cik Viva...akak dh offer tu heee

      Delete
  13. Dekat Tokyo ada pekan yang diberi nama Fabric Town dimana semua kedai menjual semua jenis kain berada disitu. Japanese cotton sana lagi banyak options and they sell fabric from for making clothes to curtain to comfort (comfort pun boleh jahit sendiri).

    Another place is in Bangkok called Sampeng Lane, very cheap too. Tiring to walk but worth it. It is located dekay China Town so barang boromh murah giler.

    Both area mentioned ada jual barang2 jahitan as well. I blogged about the place and how to get there :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liliy...apa..kat Fabric Town Tokyo...it's a good news tu..JM akan ke sana beberapa bulan lagi...

      Good..good..thank for the info..nanti JM terjah blog Lily tuk ambil info tue :-)

      Delete
  14. Hamboiii...banyaknya borong kain cotton tuu..Memang rambang mata kannn JM...
    Akak pun suka juga mee pho tu...first time tau pasal mee tu masa baca blog sharliz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata akak...nampak semua cantik..cam nak borong semua yg ada kat dalam kedai tu..sib baik bawak duit tak byk hhehehe...ha'a...harus cuba kalau ke sana :-)

      Delete
  15. Rambang mata tgk kain2 tu. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu...nampak semua ndak..pastu dh byk sgt..tak tahu nk pilih mana satu..kiranya berjam-jam jgk lah kat sana..heee..itulah namanya pompuan sejati tak hikssss

      Delete
  16. juling mata tengok kain pasang pepagi ni..
    lgsg takde mood nak keje!
    mood berbisnes suda maii!

    hee..tq JM post geganba kain tu. i lap u..
    hiks.
    tapikan beli kain psg bebyk ni time flight out penah tak kene thn dgn kastam?
    or JM ada ke kenalan forwarder kat sana...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hail..jgn juling2 nanti Mr Z terkezut..apa kena ngan my dear aku nieh..ahahah...kalau nk bisness sini lah tempatnya

      Alaaa..JM ni belu tak lah berbeg-beg cam makcik lain2...mmg kena tahan..so byrlah sikit kan..mcm JM ni penuhkan dalam luggage 25kg tu je...dh kira cukup lah tu

      Delete
  17. weeee.... cantik-cantik gila,,, ada nampak yang berkenan di hati . Corak zebra tu... :) insyaAllah kalau rezeki lebih nak g jugak la tmpat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru sikit tau Lieya...byk lagi corak yg ada tu..mau rambang mata nanti...ahaks..Subagn dh dokek tu ngan LCCT..apo laie..carik ha tiket muroh2 tu ha...ahahah..jahat kan...cucuk2 lak kan

      Delete
  18. salam JM…..wah!!!!bestnyeeeee p shopping2. MMg kalau nak best xleh bwk bebudak ni. Sesuai g kaum2 hawa lagi happening

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam kak Ina..ha'a..kalau bwk budak2 nanti dorang cepat bohsan..karang tak puas hati lah nk memilih..anak2 tggal kat umah heee..idok pun tnggal ngan ayah na..ummi nk shopping nih hiksss

      Delete
  19. nite market paling best
    tengok baju kurung banyaknya
    dah cam pasar kat Malaysia
    kat Malaysia pun x banyak cam tu kan JM
    harus bawak duit bebanyak sikit baru best shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul...sbb kebanyakan yang membelo adalah org Msia hikssss
      Ha'a..kalau bawak duit sikit...rasa geram je nak beli duit dh habishhh

      Delete
  20. Wah JM macam kat Malaysia betul lah signboard BM di mana2. Hehe. Apapun, kopi vietnam sedap kannnn? hehehe

    -Khai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss..betul tu Khai...byk signboard Bahasa Melayu..Ha'a..sedap sgt memikat hati JM...

      Delete
    2. Haritu pergi KKB ,tengok dah ada jual yang instant kat kedai runcit sana. Tapi mahal!!

      Delete
    3. Biasalah tu benda sedap dan sukar nk dpt mesti lah mahal kan :-)

      Delete
  21. JM, mana kain dengan fridge magnet? Hehehe. Saya dah share link utk entry nie pada rakan2 officemates yg nak ke Ho Chi Minh tak lama lagi. Teruja masing2 dapat baca full entry JM nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opss...Zara belum pernah bg alamat pada JM eh...email alamat pleasseeeeee heeeee
      Wahh....ye ke....thank you so muchhh hee....harap2 dorang dapat shopping dgn jayanya

      Delete
  22. ha... kusyuk tawadduk akak membacanyer padahal dah pergitu... rasa cam nak terbang lak ke sana lagini...
    memang berbaloi2 kalau pandai tawar menawar dan kena ngan kedai yang memang ngam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..akak!!!...terharu JM bila akak cakap baca story ni ngan khusyuk sekali..puas hati bila menulis nya heheehhe...betul tu akak..HCM ni pergi sekali nk pegi lagi hiksss

      Delete
  23. minh collection tu dulu kt pergi n beli telekung
    murah...telekung sulam rm25....
    mungkin time tu g ramai2 n beli byk dpt le murah

    ishhh....ni yg nk repeat HCM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm25 murah sgtttttt tu ntahlah kan kat mana dorang boleh untung, yeayyyy harus reprat coz jm pun klau x ada plan ke lain mahu repeat jgk :-) emy! Salim at siem reap is the best nanti jm citer

      Delete
  24. Fuhh mmng rambang mata betu. Bila tengok kain2 tu..perasaan nak ke sana lagi membuak2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mp klau pegi skali mmg x cukup perlu repeat coz design kain sentiasa berubah every year sbb tu Jm x bosan walau dh 3 kali ke sana. Akak pujuk lah laling mesti dia nk :-)

      Delete
  25. Oh baik nyer beri jalan pada akak2 tu untuk memilih kain.. makanan halal pun banyak.. kain2 segala macam ada jual.. memang murah lak tu ek.. mau mata rambang sampai juling nie hahhaaa..

    Tarik2 tangan..?? yang tarik tu awekmuda ker kak JM hahaha.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tt boy kasi peluang dorang lu sbb nanti bila turn org lain x leh celah coz nk concure sorang, dorang pun bijak bila almost 90% tourist adalah muslim berlumba2 bukak kedai mkn :-) kain murah tu lah tarikan pelancong bukan juling lagi dah hampir rabun semua nak tp pitih x cukup

      Sib baik yg tarik awek muda dan cun klau pakwe yg bust gitu mahu kena belasah, ahakss cam lah berani kan

      Delete
  26. Biji mata terkeluar bila tengok JM shopping...Heaven sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha jgn lah sampai cenggitu, itu baru sikt Jm shopping klau byk mahu buta terusss hahaha gurau jekH

      Delete
    2. Aslkum nk tanyak kedai aunty dam kat mana

      Delete
    3. Wkomsalam Mat Kerd : siapa aunty Dam tu?

      Delete
  27. 10:19 Aslkum.....saya baru first time nk pegi hcmc..boleh x nk minta jasa baik bg nama dan alamat kedai yang sesuai untuk memborong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Kerd : boleh refer dlm entry ni saya ada letak nama kedai dan lokasi no 526-528

      Delete
  28. kalau kedai aunty dam tu kat mana pulak kak ..murah tu usd 5 saja untuk kain cotton...lepas tu kedai untuk borong baju kurung siap pulak ..akak ada kedai yang murah x?maaf banyak bertanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai baju kurung siap boleh cari di Taka Plaza..tapi di night Market pun byk..leh tawar menawar
      Akak masih confius//kedai auntie Dam?..siapa Auntie Dam..akak ada mention ke dlm entri ni

      Delete
  29. SAYA TENGOK KAT DEKNA PUNYA COMMENT DIA SEBUT AUNTY DAM TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..kalau mcm tu try tanya Dekdaa, coz akak tak tahu lokasi kedai tu

      Delete
  30. TERIMA KASIH KAK..INFO YANG BERGUNA...LAGI SATU TIKET PEGI BALIK KALAU RM 500 MAHAL KE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2...return HCM RM500? mahalnya...biasa akak dpt return below RM200

      Delete
  31. Salam kak....saya plan nk g vietnam may ni....bule bg tips tak.....ini no saya ...0162385100 bule wasap saya....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Humaira : semua tips boleh refer dalam entri HCM ek :-)

      Delete
  32. JM...awak ade kawan nama siti rohaya ke? nmpk mcm dlm gambar la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nothing : Siti Rohaya?..tak ada..tak kenal pun..nanti JM keluarkan gambar tu dari entri ni..sorry ye

      Delete
  33. memang rambang mata lah pilih kain2 tu..bestttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Casa : byk sgt pilihan kan...sediakan duit je :-)

      Delete
  34. memang rambang mata lah pilih kain2 tu...bestttt

    ReplyDelete
  35. Vavavavavava...saye search gugle "tempat borong murah di vietnam" perghhhh blog JM no 1!!! ***clapppp3 ;D***
    nak ke vietnam kali kedua ni nak riki2 tempat yg murah2 la kononnya...kalau JM ada tau mana2 lg roger2 k..hihihi
    xpergi pon kedai halim tu hari tu..rasanya kedalam sikit kan...bolehla terjah nnt...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinet : ohh..ye ker...kebetulan je kot..eheeh...Wahh..nk ke HCM lagi...best ooo sana kan syorga shopping...cer baca blog naraman aman..ada gak dia citer tempat shopink best :-)

      Delete
  36. Salam JM,
    Nk tanya.. Time nk blk pihak kastam diaorg akan kacau tak barang2 yg kita beli tu? Takut kena cukai ke apa. Ada tips tak? Kami nk pegi 23 jun nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anchot Love : W'komsalam...setahu JM kastam Vietnam tak kacau..x ada tax di kenakan..yg jadi pengacau adalah kastam Msia..kalau borong berbeg2 besar tu dorang akan minta jugak sikit..tapi kalau luggage biasa..dorang scan je

      Delete
  37. Salam..hai JM..sy nk tnya, u stay dkt hotel mana..n hotel ke kdai borong kain tu jauh tak..kedai no 526-528 tu dlm pasar bent thant market jgk ke..ada tak kedai yg ada byk pilihan dan stok baru2 ..mean kita tk yah pegi byk2 kdai tuk shopping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Zezey : JM biasa stay di Saigon Pink 2 atau Hoang Hai Long 2 district 1..just 5 min walk to Ben Than Market..kiranya keluar dari hotel pandang ke kiri dan nampak pintu masuk pasar tu..Ha'a..kedai tu dalam pasar bent than..kedai tu byk stok baru..pastikan pegi awal pagi.kalau petang byk stok dh habis

      Delete
  38. salam....bulan brapa best prgi HCM ni? dan selain tempat shopping,tempat apa lg yg wajib kunjungi masa d HCM ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya luggage dr vietnam ke kuala lumpur brapa kg ye JM beli?

      Delete
    2. Mohon maaf Shahida..baru alert komen ni..kalau nk ke HCM boleh je pegi bulan berapa pun..tak kesah
      kalau ke sana biasa org akan ke Chu chi tunnel, sg mekong, masjid, pejabat pos, HRC
      Kalau JM beli 25kg je sbb x byk sgt shopping

      Delete
  39. nak pergi bulan depan ..tapi xsure lak nk g vietnam ke china ...huhu
    btw thanks sharing this experience :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MG schmidt : boleh lak camtu...bulan depan nk pegi tapi x decide lagi hihih...mmg kelakar
      JM yg nk kegi setiap destinasi ni one year before dh decide :-)
      Keep on reading ye dan semoga memberi manfaat

      Delete
  40. JM nak tanya kalau borong2 mcm ni slalu luggage airasia tu nk kena brp kg ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai 1w3 : nak beli barang berapa banyak..kalau byk nak beli..ambik 30kg..susah nak estimate berapa kilo luggage...bergantung kepada kesesuaian

      Delete
  41. sukanya baca entri JM ni..semua penuh informasi...gambar pun cantik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zizi Min : terima kasih kerana sudi singgah blog ni terharu sgt!!! tapi gambar2 tu biasa2 je sbb guna kamera compact je pun :-)

      Delete
  42. Salam JM..bape modal JM pi sana?tiket,makan dan tempat tidur dll?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Aminah : modal yg di perlukan bergantung kepada bilangan hari, destinasi yg nk pegi, type of hotel murah ke mahal. makan luar atau bawak bekalan dan berapa byk nk borong. So i can't give the actual cost but biasa kalau JM perhi 4H3M RM1500 all in....tiket fligt RM250++ return (all in)...kalau lagi byk shopping bertambah modal

      Delete
    2. Ok terima kasih..nanti nak ikut sekali dengan JM boleh? Hehe...

      Delete
    3. aminah anuar ali..boleh je...dah lama x memborong nih hikss

      Delete
  43. Tengok barang2 yg JM tunjuk kat atas tu, saya jadi mengira2 berapa duit belanja nak dibawa.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanina : kalau suka shopping rugi bawak duit sikit menyesal nanti heee..lebihkan duit RM...

      Delete
  44. tu ari sy gi ikut travel group so tak dpt la nk explore semua tempat..yup kt sana depa suka tarik2 pelanggan bila kita taknak beli marah plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KopiO : itu sbb buat hati kering je...dorang mmg mcm tu

      Delete
  45. kak JM kak JM... mau tanya. mest jawab ok..hehe
    9/4 saya mau ke vietnam, trip 4 hari 3 mlm tp ikut tour seb kawan yg deal. So iti memg org dh prepare smua. cumanya nak tahu kalau nk tkar duit kan, mana lg untung.. tukar terus duit vietnam kt sini or tukar USD then tukar duit vietnam kt sana.
    pastu kan.. kalau bawa 500 hengget je cukup x utk segala aktivit..hehe

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry Sally...baru perasa ada komen kat sini..sob sob sob...mesti dh lama dan selamat pergi dan balik kan

      bagi sis JM tukar skit duit VND utk byr teksi dan makan..utk duit shopping lagi untung guna RM...duit dong tu tukar kat msia lagi untung

      Delete
  46. Huhhu... bestnya, blom ada rezeki nak ke sana... giler tengok kain-kain cotton tu semua JM...
    Salam kenal dari saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kak ngah sihat...sorry lambat reply...kalau geng2 pompuan ke sana mmg meroyan hahaahah

      Delete
  47. Replies
    1. mcm tak ada lah Faiezal...plain cotton Japan tu

      Delete
  48. salam JM kat sana jenis kain apa yang ada ye? tengok macam kain cotton je.. kain jenis crepe printed dan valentino tu ada tak agak2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Iffah..alamak!!! sis JM memang fail dalam bab mengenal jenis kain huhuh

      Delete
  49. Salam jm nk tny...klau terover shopping...blh shipping x??tkut jgk dgn transport ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Shukri biasanya boleh sbb ramai ke sana yg borong kain...cuma JM x pernah beli borong..boleh tanya keai kain tu nanti mesti mereka biasa uruskan

      Delete
  50. Terima kasih atas maklumat diberikan semoga dimurahkan rezeki, dapat melancong lagi dan moga dapat bagi bny tip tip lagi

    ReplyDelete
  51. Ada tk kedai kain utk borong yg nk direcommendkan?? Borong kayu kayu...

    ReplyDelete
  52. ada x kedai yang jual baju kurung cotton ready made.. ble bagi no x..?

    ReplyDelete
  53. boleh bagi contact no kedai yang borong baju kurung cotton ready made.. wassup saya di no 0194709566

    ReplyDelete
  54. JM da xde nk pg Vietnam ke.. Klu ad blh brurusan..sy nk kirim..he he.. Sy buat jubah cotton. Ap2 whtsapp sy..0139386341

    ReplyDelete
  55. Utk kain crep printing brp rm sepasang

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG