Monday 10 February 2014

Cambodia : HALAL Restaurant

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog JM,


"Misi mencari restoran makanan HALAL"

Ok...ingat lagi tak antara beberapa persiapan yang perlu dibuat sebelum melancong ke Kemboja. Kepada mereka yang belum baca boleh klik pada link di bawah yer.

1. Hotel Booking
2. A great time to visit
3. Transport / Tuk tuk in Cambodia
4. Attraction Place in Cambodia

Bagi entri kali ini JM nak kongsi tempat makanan HALAL di Kemboja kemudian next entri bagu JM kongsi pengalaman JM di sana ek.

Tempat makanan Halal menjadi perkara utama setiap kali melancong ke negara yang di diami oleh minoriti orang Islam or Muslim betul tak?

Begitu juga di Siem Reap dan Phnom Penh, orang Islam adalah dikalangan melayu Champa dari Kampung Champ dan sebahagian daripada mereka boleh berbahasa Melayu.

Bagi mereka yang ingin melancong ke Negara Cambodia tidak perlu risau kerana terdapat beberapa buah kedai makanan Halal yang terdapat di sana. Jika anda telah menyewa tuk-tuk, sila maklumkan kepada pemandu tuk-tuk untuk bawa ke kedai-kedai makan seperti yang JM kongsikan di sini. Setiap kedai mempunyai menu, cara masakan, rasa serta harga yang berbeza. 

Semua sedia maklum mata wang yang di gunakan di kemboja adalah USD dan Riel tetapi mata wang Riel tidak di gunakan secara meluas seperti USD. Jika melancong semasa rate USD rendah memang lebih menguntungkan berbanding rate yang tinggi seperti sekarang kerana JM dapat Riel1USD = RM3.32 = 4000 berbanding tahun lepas 1USD = RM3.01. Kadar tukaran mata wang yang tinggi akan memberi kesan kepada budget.

HALAL Restoran di Siem Reap

Terdapat 4 buah HALAL restoran yang telah di kenalpasti antaranya adalah :

1. D'Wau Restaurant - berdekatan Cultural Village
Angkor Shopping. Arcade, #E09 National Road No.6, Siem Reap, Cambodia
( Hp : +855 016 673 211/ +855 096 2 5555 81)

Location of HALAL restaurant in Siem Reap
Jika anda menginap di Siem Reap Holiday Garden, ia merupakan lokasi yang amat strategik kerana berdekatan dengan 3 buah restoran Halal dan jarak hanya dalam beberapa meter sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Cambodian Muslim Restaurant - Service slow dan rasa kurang menyelerakan

Cambodian Muslim Restaurant
Jika nak tahu sedap ke tak masakan kat sini, berbaloi ke tak nak makan kat sini....tunggu!!! JM akan keluarkan entri yang berkaitan ek.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Muslim Family Kitchen - Highly Recommended
- Menu masakan yang paling famous kat sini adalah Daging Lembu Naik Bukit. Kalau nak tahu bagaimana rupa menu dan masakan ini, JM akan kongsi dalam entri akan datang

Lokasi dan website Muslim Kitchen Restaurant
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Restoran Haji Musa - Terletak bersebelahan Siem Reap Mosque. Kami tidak pergi ke restoran ini kerana telah tergoda dengan masakan di Muslim Kitchen Restoran. Kepada anda yang ingin mencuba boleh datang ke sini.

Range or average harga minuman dan masakan adalah antara 1USD - 7USD bergantung jenis menu yang dipilih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HALAL Restoran di Phnom Penh

Untuk pengetahuan semua, JM telah menjumpai 7 buah HALAL restoran around the Phnom Penh City dan tidak menjadi masalah untuk mencari makanan halal.

Sila lihat dan teliti dengan betul map di bawah, terdapat 7 titik atau bulatan berwarna BIRU di mana JM menandakan lokasi restoran makanan HALAL. 

Semasa di Phnom Penh, kami menginap di Green Centre Point Inn di mana hanya beberapa meter sahaja dari pintu masuk Central Market dan beberapa meter sahaja jarak untuk ke semua kedai makanan HALAL.

Lokasi 7 buah restoran HALAL di Phnom Penh
Semua direction yang di kongsi di sini adalah bermula dari Green Centre Point Inn hotel atau Central Market

1. Asmak81 Halal Restaurant
Address : 70 Street 154, Phnom Penh, Cambodia
Distance : 450m, 5 minutes walks from Green Centre Point Inn Hotel or Central Market

Lokasi Asmak81 Restoran - ada FREE Wifi
Asmak81 Halal Restaurant
Direction :
1. Dari pintu keluar hotel atau central market, cari Street 130 arah ke kanan
2. Jalan sehingga end of builing, take right on to Street 51
3. Jalan terus ke hadapan sehingga Street 154 dan restoran di sebelah kiri seperti map di atas
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. D'Nyonya Penang
Address : No 91 Eo, St 126 Central Market (Psar Thmey)
Distance : 250meter, 3 min walk from Green Centre Point Inn or just walking distance from Central Market


D'Nyonya Penag Restauran

Pengusahan restoran berasal dari Muar Johor bernama Muhammad Azrin bin Dato' Haji Zabha dan lebih di kenali sebagai Atuk. Nantikan penampilan dan temubual khas antara beliau, JM dan Ana rakan travel. Kami berborak selama 2 jam dan tidak sedar begitu cepat masa berlalu. Begitu banyak perkara dan topik yang kami bualkan seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta" heee.

Terletak betul-betul di hadapan Central Market dan memang mudah nak cari. Makanan kat sini highly recommend nanti JM citer.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Cafe Malaysia

Di usahakan oleh seorang melayu islam dari Sungai Petani juga telah berkahwin dengan seorang wanita kemboja dan mempunyai seorang anak gadis yang cantik. Masakan di sini menyerupai masakan di Malaysia.

Cafe Malaya
Terletak tidak jauh dari Central Market dan di lorong bahagian belakang D'Nyonya Penang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Mamak Corner

Mamak Corner di usahakan oleh seorang india muslim dari Malaysia dan telah berkahwin dengan seorang wania kemboja dan mempunyai 2 orang anak.

Terletak di bahagian belakang Cafe Malaya dan tdak jauh dari Central Market. Lokasi di hadapan main road untuk ke Wat Phnom

Mamak Corner
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. HALAL Restaurant
#13Eo, Street 130, Sangkat Phsar Kandai 1, Khan Daun Penh, Phnom Penh, Cambodia
Tel No : 012 536 969
HALAL Restaurant
- Terletak di Street 130 berdekatan dengan River side (hanya beberapa meter dari river side)
- Owner adalah orang melayu islam Kemboja
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. D'Wau Restaurant
Wau Restaurant serve Malaysian and Cambodian food (HALAL).
Location : New York Hotel {Ground Floor ), No 256 Monivong Blvd, Phnom Penh, Cambodia
(Hp : +855 081 88 7090 ).

D'Wau restaurant
JM tak boleh komen berkenaan makan di sini kerana kami just lalu je depan kedai ni. Terletak di New York Hotel tidak jauh dari Pasar Odyssey dan Sorya Shopping Mall.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Malaysia Restaurant - Street 13
 #57, Street 13, Phsar Chas District, Khan Daun Penh, Phnom Penh, Cambodia
( Contact no : 012-254 797/ 011 623 074/ 097 927 3256)

Malaysia Restaurant
Tauke restoran berasal dari Malaysia dan berkahwin dengan orang Kemboja.

Direction detail untuk ke semua restoran ini akan JM kongsi dalam entri berkaitan...jangan risau

Kesimpulan nya sekiranya datang ke Kemboja tidak perlu risau tentang makanan halal dan takkan kebulur lah kiranya. Tidak perlu sediakan botol air kosong kerana semua tandas mempunyai kepala paip.

Pilih lah kedai kedai yang korang suka yang pasti terdapat beberapa kedai yang mnejadi pilihan JM..nak tahu yang mana satu ...Tunggguuuuuuuuuuu!!!!

Sekian dulu laporan jalan-jalan cari makan Halal Orient Antarabangsa Cambodia hikss

118 comments:

  1. Ehh betul firsttt hehehee.. D'Nyonya Penang tu kalau tak silap anak dia seorang belajar sekali di south africa dulu..
    tapi kalau nak makan nak pergi cafe malaysia lah.. ( ada perkerja lawa hahahahaa.. ) btw good info Kak JM :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke..Afiff kenal ke anaknya...hari tu dia tak citer lak pasal anaknya..lama kami borak
      Hamboi...nakal ek..jgn coba2 tau...akak dah booking

      Delete
    2. Eh kenapa lak akak nak booking hahahaa.. first in first get hahaha boleh tak :P

      Delete
    3. ahahahaha...ok2..akak mengalah..akak kan lebih tua..haruslah mengalah utk adik heee

      Delete
    4. Mengalah yer.. jemput hadir tau ahad nie.. :D

      Delete
  2. rindu lembu naik bukit!hehehe di siem reap dulu pnah juga makan anak lembu bakar...sedap!makan ngn sayur2 ulam dia..nyum2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ, resipi lembu naik bukit tu mmg sedap..lepas penat2 dia naik bukit pastu kena makan ek..sian dia hee..anak lembu bakar?..eee..sianya belum sempat membesar dah kena sembelih

      Delete
    2. tapi lembu kat msia ni kalau naik bukit dia semput ;p

      Delete
  3. Tentu pelanggan diaorang bertambah dengan adanya good info dari JM ni...Tapi masih belum teringin nak ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lang Mie...ha'a..bagi memudahkan kepada sesiap yang berhasrat ke sana terutama saudara Farel kita tueee
      Tak teringin lagi ek..maybe belum dpt wahyu lagi tu heee

      Delete
  4. Sy pernah makan di D'Wau Restaurant, sarapan...di buat stail buffet. Makanan semua makanan Malaysia, nasi lemak, mihun goreng, teh susu, kuih2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain, salam kenal dan salam blooger :-)
      Ain pernah mkan kat sana eh?...harga ok tak..sedap tak..kalau JM ke sana lagi leh try kat D'Wau lak

      Delete
  5. mmg cukup info...pilih saja resto yg mana suka

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum Jm... sihat ke.. hikhik... baru menyempat datang ke sini.. banyak betol info makanan halal kat sini.. kalo nak p Kemboja terus tengok blog JM je lah ... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam Lieya...sihat..Alhamdulillah..cuba sebok yak amat sampai tak sempat nak singgah blog kengkawan..Ha'a..kiranya tak kebulur lah kalau ke sana :-)

      Delete
  7. Replies
    1. Den..terima kasih..bila nk update blog ni :-)

      Delete
  8. Banyaknya tempat makan!! Jalan-jalan cari makan versi Kemboja ni.
    Terbaek JM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb kalau Jea nak tahu...JM makan kat semua kedai yg ada tu kecuali D'wau...over kan...semata2 nk compare taste dan rega katanya :-)

      Delete
  9. D'wau tuh org baik2, I gi both outlet, friendly sangat. kat Msia diarang duk kat Shah Alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Lily..rugi tau i tak ke sana..kalau tak leh senggol sengolan heee

      Delete
  10. Sonang den....konyang la nanti bilo spi disano....tqvm JM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..tok dad..tak perlu bwk bekalan mkanan bwk duit jo

      Delete
  11. Tahniah...sungguh detail....sukanya membaca blog JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. MKL...suka ke..JM pun suka jgak sama bloger jalan2 tu ehh..silap...sama blog jalan2 tu heeee

      Delete
  12. Jm i like u lahhh..detail giler psal tmpt mkn nih so pahni perot pon sonang lenang jwbnya sbb knyang sokmo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fizah!!!....dah kuar belum citer europe tu..lama JM gi kursus tak sempat nk jengah blog kawan2 kesayangan tu..

      Ha'a..heee..janji ada PITIH jo

      Delete
  13. wak X sampi phnompenh lagikk.,iiHHkks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tap Wak lagi HEBAT...nak naki Gunung Kinabalu..hati2 Wak ..semoga success ye...

      Delete
  14. banyak rupanya entry JM yang mrs dah terlepas...huhu
    sungguh detail...terbaiklah JM, ni dah boleh buat rancangan jalan-jalan cari makan versi kemboja nampak gayanya hehe
    thanks JM untuk segala info...lepas ni jangan ada sesapa cakap datang sana susah nak cari halal restoran sudah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs!..byk terlepas eh..tak pe...kalau free baru lah datang jengah umah JM ni hee...itulah..tak ramai yg tahu byk kedai HALAL kat sana..so bila JM sendiri ke sana boleh lah kongsi info ni :-)

      Delete
  15. banyak rupanya kedai muslim yerk.. patutler masa rancangan halal muslim dulu banyakjerkan..
    tapi akak gamaknyer tka merasaler kesini.. kecualiler anak2 dah besar nanti... cam tak sesuaijer ngan kanak2kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak Zila..tapi yg tak tahu sbb tu JM kongsi kat sini..manalah tahu leh jadi rujukan semua :-)
      ERm..bagi JM mmg tak sesuai coz budak2 mesti bwk tempat yg byk game :-)

      Delete
  16. nampak gaya lau nak gi sana mmg tak ada hal tempat makan ni erk JM
    banyak choice tu hati pun senang
    janji DUITNya aja dong!
    nak tanya tahap rasa makanan kat sana ok tak JM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dila...ye betul!...tak best nya kalau rate USD tggi huhhu
      Ernnmm...bagi JM boleh lah mkn coz sedap lagi mkanan msia or org msia masak..sbb tekak kita dh biasa kan :-) Antara byk2 kedai tu ada 2 kedai JM nk rekomen..tunggu!!

      Delete
  17. berjasa sungguh entry jm ni, padat dengan info yang betul-betul membantu orang yang nak ke sana, tak la risau nanti sebab banyak kedai makanan muslim. tak perlulah nak bawak maggi banyak-banyak pasni, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Orga..sudah semestinya lah...hari tu JM bwk megi gak...standby katanya..lastnye bagi pada driver tuk tuk si Salim tu

      Delete
  18. salam singgah. bermanfaat ni untuk sesapa yg nak ke kemboja. hopefully kalau saya ke sana, boleh la guna ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walam Umi..welcome to my blog...ziarah lah selalu..JM baik tak mkn org..tapi makan nasik je heeee
      Ha'a..kalau nk ke sana boleh refer sini jek :-)

      Delete
  19. mantap kak!
    kemain dulu2 sy download segala maklumat tmpt mkn halal
    tp last2 pusing2 mkn daging lembu naik bukit je 2 hari berturut2. ketagihihihih
    kt phnom penh dok mkn kfc riverside. sbb yg lain xditemui.
    dh ade compilation tmpt mkn halal akak ni boleh sy refer kemudian hr.
    thanks kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajlaaa...mantaplah sgt kan heee....aha...daging lembu naik bukit tu mmg pemes..sedap lak tu :-)
      Oh..ye..sian nya..walhal byk kedai mknan HALAL tau kat sana..tak per kalau ada rezeki ke sana lagi nanti..gi mkn di kedai2 yg akak rekomen eh..

      Delete
  20. entry JM ni memudahkan orang lain nk g melancong ke cambodia.. nanti jgn lupa tepek gmbr mknn sekali ye bile review psl kedai makan tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura...of coz lah dear...itu lah tujuan JM menulis hikss...ha'a for sure akak tepek kat sini..Zura kan suka masak..sedap2 lak tu

      Delete
  21. Dalam list JM bg ni.. sy gi 2kedai jah iaitu D'Nyonya & Cambodian Muslim Restaurant.
    Tobat tanak gi dah Cambodian Muslim Restaurant tu. Tak sedap!
    Teh ais nya rasa mcm SUSU AIS hu hu hu.

    Yg biasa gi nya Restoran Haji Musa.
    Tp tokey Muslim Resto tu selalu tak puas hati dgn resto hj. musa sbb driver tuk tuk biasa bwk gi Resto Hj. Musa.
    Ye la kalau dah tak sedap, cemana driver nak rekemen kan.. sure customer marah.
    Tp Hj. Musa dah meninggal hmmm.

    Itu lah sesi 'kelas buat ketupat' dgn abe nasir & salim heheh.
    1lg kedai mkn yg gi kat Phnom Penh ialah.. tak ingat nama.. area halal jgk la... driver tuk tuk yg bawak.. ckp mcm ayam itik.. tak faham.. redha je lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekdaa...J pun setuju..Cambodian Musliom Restoran tu kalau boleh jgn masuk mkn kat sana...Bukan sja tak sedapa TAPI servis pun lembab!

      Restoran Hj Muda tu mmg terbaek SEDAP..Ha'a JM ada dgr dia dh meninggal..salam takziah..

      Delete
  22. Nmpknya senang nk mkn kt cambodia... ada bnyk mknan halal... JM, kalau blh jngnla buat tulisan kaler kuning tu coz saya x blh nmpk. I dnt know about others but I couldnt read all the info in yellow, mcm glaring...cnth mcm harga tuktuk tu...berapa ek? Coz kaler kuning... x nmpk...may be kalau di comp blh nmpk kot tp kalu bca thru hp, kaborla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..ye..ok..ok..next entry JM tak include warna kuning ek..harga tuk tuk tu JM dapat USD50 - 3 days for two person...each person USD25...

      Delete
  23. Wah best nyer.. bnyk pengalamn akak kan.. ayu dlm malaysia pun bnyk x lepas lagi..hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu...akak ni jenis minat travel...sanggup menabung nak jalan nyer pasal...bila g melancong tu seperti satu nimat dalam hidup heee

      Delete
  24. JM! lama senyap?
    continue pls ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Nana...i'm very the bz lor..frust tu tal de masa nk update blog..mesti ramai peminat tertunggu entri baru (cehh..perasan ka) hahaha

      psstt...time kasih di aas ole2 yg cantik dan cute tu from philipines...bila nk kuar story pegi beach tu :-)

      Delete
  25. tu la..kita pun bz gak
    dapat la kuar satu..
    part lelain tu ntah bila..
    kena fokus sisi lain dalam hidup dulu..
    JM, work hard..travel hard !!! yeahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana, blog ni kan sampingan je..kalau terus menatap blog ni mahu kena marah ngan bos..ye dok

      Delete
  26. hihi. kan bes kalau memblog ni bleh mendatangkan duit. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh..Nana!..bukan ke lepas daftar ngan Nuffnang leh dapat duit..ramai yg dh receive duit tu..tapi JM je yg belum huhhu

      Delete
  27. JM, disebabkan I terlalu asyik membaca kisah siem reap u ini, i telah pon terbook nak ke siem reap....woohooo....hukhukhuk... the power of blog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahah...Feri...kiranya penangan JM ni mmg kuat lah eh...baru sikit je tu info JM kongsi....kalau baca the whole story yg JM akan share kat sini...lepas baca mesti cam nk pegi esok..ahahaha

      Lawak lah Feri ni heeee

      Delete
    2. Tp saya p x selama JM..cuti x dak.. dn retricted to siem reap shj... x p pnom penh pon... nanti bila dh dkt2 nk p, saya mesti tnya mcm2. .. tp bg JM la, elok naik tuk2 ker, elok naik kereta/mpv? Kami ramai...dlm 11 org gitu

      Delete
    3. Ok.good..pilihan yg bijak coz SR better dari PP...SR lebih menarik..PP tak pegi pun tak ralat. So bg JM beter ambil kereta/MPV sbb ramai...tak baloi ambik tuk tuk...

      Delete
  28. Hihi thanks JM sharing info ni semua. Memang padat. Masa beli tiket pun memang xrisau dah. Bb bagitau Bunda, ada blog buat reference makan2 & jalan2. Insha Allah petik jari je nanti. Wah riak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie!...terima kasih..JM pun kalau nk ke Korea lagi blog Bie akan JM rujuk heeee

      Delete
  29. Saya akan membawa keluarga melancong ke PhnomPenh pada 28 Mei nanti. Info di sini sangat membantu. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Izhar, Tak perlu risau tentang restoran HALAL di PP sbb banyak kedai makanan HALAL di sana :-)
      Sharing is CARING heee

      Delete
  30. Nonya Restoran tu sempat menyinggah..sedap gak 'atuk' tu mmng peramah, ktrg dtg ari tu pon kemain borak nya... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauais : Mesti 'atuk' tu teruja dan excited dpt jumpa org msia kan...waktu JM masuk mkn hari tu pun jarang ada org local masuk...kebanyakan tourist tu pun dalam 2-3 org je

      Delete
  31. Blog JM ni memang penuh dengan info... memang syok baca..
    In Shaa Allah kak emie nak pegi Cambodia ke phnom penh., nak pegi juga sekali ke siem reap. Brapa jauh ye? kalau macam tu nak contact tup tup siapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Emie! Terima kasih kerana buat kunjungan balas :-)
      Ha'a Jm suka kongsi info dan pengalaman bg tujuan memudahkan rakan reader yg nk ke sana boleh refer terus kat sini :-)
      Dari siem reap ke phnom penh around 7 ke 8 jam naik bas bergantung kpd trsffic. Klau kak emie nk cari tuk tuk boleh call atau msg Salim. JM ada kongsi info berkenaan tuk tuk di label tuk tuk d cambodia. Highly recommended

      Delete
  32. sama-sama JM :)
    ok, akan call Salim nanti...

    kalau JM ada masa, sudi-sudi kanlah baca beberapa kisah percutian akak ye di http://emiejohari-jarijemariku.blogspot.com/2014/05/kembara-ku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Emie pun dah balik dari SR kan..best tak Salim :-)
      Aha...akan singgah ke blog akak jika FREE..akak Emie pun rajin2 lah singgah sini ye :-)

      Delete
  33. Pernah terifikir nak ke cambodia. Tapi pening memikirkan bab makan macam mana pula.
    rupanya blog ini menceritakan segalanya. Terima kasih Akak Jari Manis.
    Patut tercalon untuk blog travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai aRz MoHA..bila cadang nk ke Cambodia tu..hamooi...calon blog travel?..belum layak rasanya..tulis carca marba kalau sbg rujukan kaki travel boleh kot :-)

      Delete
  34. Seronok jalan klu tak perlu risau bab makan. Lepas ni, bila saya nak travel,...'Import Info dr Blog JM' akan ada dalam checklist saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaahh...boleh..bolehh..FOC tapi jgn lupa ole2 tuk JM tau Farrah

      Delete
  35. mamak pun ade? Peh! banyak banyak. Ingat kan susah nak cari. Nanti nak pergi first kena buat terjah blog JM. hehe

    ReplyDelete
  36. nanti boleh lah terjah.tq jm i lap u lah;p

    ReplyDelete
  37. okaylah tu...banyak jugak restoren islam kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye BUNDA..boleh pilih mana kedai yg sesuai dgn tekak...

      Delete
  38. byk jugak makanan halal kat sana.. so tak mnjadi masalah la ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZF : jgn tergoda..pilih kedai yg ada jejaka hensem je

      Delete
  39. byk jugak makanan halal kat sana.. so tak mnjadi masalah la ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZF : yang menjadi masalah bila duit x cukup atau kedai TUTUP hihihi

      Delete
  40. mudahlah klu nak mkn kat kemboja ni . byk sungguh restoran halal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye CM..x perlu risau jika ke sana..pastikan bawak duit lebih je

      Delete
  41. nice sharing JM ... sesuai sangat sape-sape yang pergi kemboja take note ni :)

    ReplyDelete
  42. banyak juga restoran halal kat sana ... yang best tu banyak restran malaysian :)

    ReplyDelete
  43. JM tak share ke gambar menu-menu unik kemboja yang halal ... teringin nak tengok menu diorang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senarai tempat makan halal di Phnom Penh terdapat juga di:

      Halal Eats Part 1 - travelchameleon.net/halal-ea...
      Halal Eats Part 2 - travelchameleon.net/cambodia...

      Minta kenalpasti yg mana paling hampir (boleh jalan kaki) dgn tempat2 membeli-belah utama seperti berikut:

      1. Central Market
      2. Russian Market
      3. Night Market
      4. Sorya Shopping Centre
      5. Aeon Mall
      6.Sovanna Shopping Complex

      Delete
    2. Ada Zie Has..tapi dlm entri berasingan..ntah bila nk update ni adeh!

      Delete
  44. Senarai tempat makan Halal terdapat juga di:

    Halal Eats Part 1 - travelchameleon.net/halal-ea...
    Halal Eats Part 2 - travelchameleon.net/cambodia...

    Minta kenalpasti yg berdekatan (boleh jalan kaki) dgn tempat beli-belah utama seperti berikut:
    1. Central Market
    2. Russian Market
    3. Night Market
    4. Sorya Shopping Centre
    5. Aeon Mall
    6.Sovanna Shopping Complex

    ReplyDelete
  45. Senarai tempat makan halal juga terdapat di:

    Halal Eats Part 1 - travelchameleon.net/halal-ea...
    Halal Eats Part 2 - travelchameleon.net/cambodia...

    Minta kenalpasti yg mana paling hampir (boleh jalan kaki) dgn tempat2 membeli-belah utama seperti berikut:

    1. Central Market
    2. Russian Market
    3. Night Market
    4. Sorya Shopping Centre
    5. Aeon Mall
    6.Sovanna Shopping Complex

    ReplyDelete
  46. Dalam banyak2 kedai makan yang JM kongsikan. Yg paling menarik perhatian adalah kedai yg sediakan daging lembu naik bukit. Heheh, bagaimana rupanya agaknya eh?

    ReplyDelete
  47. SS pernah rasa masakan melayu champa masa kat vietnam dulu... tak berapa masuk sangat tekak... tapi dah lapo... telan je laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...betul2..kat kedai Hajah Basiroh ke? mmg kurang umph..meh sini JM masak..mesti naik karan punya eheheh

      Delete
  48. Daging lembu naik bukit? tak pernah dengar... Naik karan pernah dengar.. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik karan? hehehe..tapikan menu lembu naik bukit tu mmg femes tau..kalau SS ke sana WAJIB order pas makan jgn naik karan plak hahahah

      Delete
  49. Awek dalam cafe malaysia tu dah kawin? ehhh tertanya lak... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweet kan awek tu..Waktu JM ke sana 2 thn lepas budak tu masih belajar n single lagi..tp tak tahu lah skrg..tp jgn mengada2 eh..cubit kang

      Delete
  50. Abis kisah owner restoran jay emm gali ek... kalah reporter... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh..alang2 dia nk share pe lagi..korek aaahhh

      Delete
  51. Bila nak JJCM dgn SS lak? ha ha ha...

    ReplyDelete
  52. Lama tak menjenguk blog JM nim... muahsss, sayang kat JM kerana berkongsi banyak kedai makan di Phnom Penh. Risaw jgk ni, nak pergi ke sana... tanpa tau mana tempat untuk makan.

    Last time, hanya singgah sekejap sahaja, bertolak dari Ho Chi Minh City - Phnom Penh - Siem Reap.
    Kali ini, nak pergi jejalan kat sana untuk berkunjung ke Perkampungan Muslim di Kg. Chhnang.

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG