Thursday 6 December 2018

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Departure Day

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 👄,


Ini adalah sambungan dari entri yang lepas Persediaan Trip ke Guangzhou Nov 2018

Bulan Nov ni JM agak rajin untuk update entri selepas beberapa bulan 'menyepi'. Paling best tu kawan-kawan lama kat blog masih ingat pada JM...sayang korang ketat-ketat.

Selepas setahun menunggu akhirnya tibalah waktu untuk berlepas ke Guangzhou. Ini kali kedua JM ke sana, trip pertama dulu singgah sekejap je 2 hari kalau tak salah itupun tak sempat nak explore semua tempat shopping so trip kali ni memang membeli gila-gila hihihhi.

Flight ke Guangzhou jam 5.10am pada 21 Nov 2018, jadinya perlu ada di Airport kurang-kurang 3 jam sebelum waktu berlepas. Jam 10.00pm macam tu dah gerak dari rumah sebab plan nak naik train ke KLIA2 jam 11.51pm. Lepas ambik sandwich order dari kawan untuk bekal esok pagi terus ke Putrajaya central parking kat sana.

Tiket train masih keras tau..belum ramai lagi pegang..masih DARA hihihih
Trip kali ni masing-masing bawak backpack je, sampai Guangzhou nanti plan nak beli luggage dan cabin bag sebab memang niat nak me'nyoping'. So masing-masing beli luggage balik 25kg seorang.

Alhamdulillah dapat parking betul-betul depan lift pastu plak sempat naik train jam 11.21pm, then JM cakap la kat SS..alhamdulillah lancar je perjalanan kita tadi semoga semua lancar sehingga balik ke Malaysia...TAPI ada sesuatu yang di luar jangkaan berlaku..ADEH!!! nak tahu apa tu? baca sampai habis hihhiih.
Sampai Airport cari la tempat untuk lelap sekejap sebelum check in kat area arrival tu..adehlaaa..tak boleh nak lelap dengan tenang..bising la, busuk orang tak mandi la, bunyi orang hempas pintu la...dalam dok layan mata tu sedar tak sedar dah jam 2.30am macam tu kami ke kaunter untuk Verify Document maksudnya pergi kaunter dulu untuk tukar tiket yang beli online print atas kertas A4 tu kepada tiket biasa.

Pastu masuk area perlepasan dari cari pintu P3 seperti terpapar pada notis board. Pegawai imigresen check passport pastu verify passport guna mesin automatik, scan bag seperti biasa. Waktu tu belum ramai orang masuk jadinya cepatla proses nya. 

Bila selesai scan bag, kami pun turun escalator untuk ke Gate P atau L. Kat sini la kejadian di luar jangkaan berlaku.

Korang nampak tak escalator dalam gambar kat bawah tu

Waktu nak turun escalator ni, JM tengah betulkan tali backpack kat tangan plak tengah pegang passport dan tiket flight, entah macam mana terlepas dari tangan, passport tu jatuh ke celah-celah daun pokok tu hingga ke lantai. Tiket flight pulak terbang ke ranting pokok terselit kat situ
Ya Allah...waktu tu memang cuak gila..cepat-cepat turun pergi ambil passport dulu, pastu cuba la cari jalan nak jatuhkan tiket dari celah daun pokok tu tapi tak berjaya. Rasa macam dah kering darah, HH pun sama-sama cari jalan nak jatuhkan tiket yang tersangkut kat pokok tu. Adehlaaa..hari ni dalam sejarah betul. Ramai plak orang menunggu flight tengah tidur kat kawasan tu. 

Pastu JM dengan HH naik semula escalator ke atas si SS tunggu bad kat bawah, kebetulan JM nampak cleaner 2 orang lelaki salah seorang pegang penyapu dan seorang perempuan berdiri kat escalator arah turun. JM pun cakapla "nak minta tolong boleh? Tiket flight terbang jatuh atas pokok". Lelaki yang berbaju oren seperti dalam gambar minta lelaki yang seorang lagi dapatkan kayu panjang kat stor, yang dia plak turun ke pokok tu cuba goncang-goncangkan pokok tu. Orang yang ada dekat-dekat situ pandang jek....dah kenapa masing-masing macam orang tak tentu arah....hahahaha

Syukur Alhamdulillah..selepas beberapa kali goncang, tiket kapal terbang berjaya diselamatkan. 

Inilah tiketnya...tiket dah terbang dulu sebelum tuan nya terbang ahahaha. Lelaki berbaju oren tu yang tolong selamatkan tiket..sib baik badan dia pun agak gempal jadinya senang jugak dia goncang pokok tu
Nasihat JM, korang simpan la elok-elok passport dan tiket flight tu jangan jadi macam JM..memalukan betul...cuai pun ye jugak..adeh!! Nasib baik berjaya di selamatkan..tiket dan passport tak jatuh atas tangga escalator tu...kalau tak.."bye-bye Guangzhou"

Ambik beg semua nak pergi scan untuk kali ke 2 la kat bawah sana..dari jauh staff imigresen cakap 'jam 4.00am nanti baru bukak..jam 4.00am nanti datang balik'. Kami pun pusing balik untuk cari port sambung tidur.

Best gila dapat port ni ramai yang tak tahu...baru la selesa bila boleh baring macam ni..kalau tidur duduk tu sakit leher yakmat
JM terlelap sekejap pastu SS kejut.."jom kita pergi scan bag" tengok jam dah 4.00++am. Scan kali ke 2 ni agak cuak la sebab lebih strict..JM scan dulu...dorang ambik passport pastu catit apa ntah atas kertas. SS dan HH tak kena plak..tapi beg dorang plak kena selongkar..ada bawak barang terlarang katanya..tapi tak tahu apa..mungkin tisu basah yang mengandungi alkohol untuk lap screen hp..cari-cari tak jumpa tapi macam-macam dia tanya SS dan HH....Pegawai perempuan, tu sebab SS cakap kalau pegawai perempuan cerewet sangat tak macam lelaki. Adeh!!!!

Selesai scan beg terus ke Gate P3 seperti dalam boarding information board. Sampai kat gate orang tak ramai tapi si HH ni telinga dia agak peka juga la...dia ada dengar sorang mamat Cina tu dok bercakap dengan kawan dia sorang lagi..macam mana ntah dia boleh faham maksud lak tu. Si HH ni pergi check sekali lagi boarding information board, sah! dah tukar gate tapi dorang tak announce. Memang kena sentiasa alert pasal pertukaran gate ni sebab agak kerap berlaku. Pindah dari gate P3 kepada P12 yang paling hujung sekali. Jadinya kena sentiasa ALERT ye.

*****Guangzhou Baiyun International Airport*****

Dalam flight JM order Nasi Beriyani With Mutton Curry..lepas makan terus lelap. Pastu isi arrival form. Dah siap isi sambung tidur lagi pastu dengar announcement "we will landing shortly".. dah nak touch down selepas 4 jam dalam flight. Waktu di Malaysia dan di Guangzhou adalah sama tak perlu tukar waktu kat jam..kalau kat Msia jam 10.00am kat Guangzhou pun jam 10.00am cuma bezanya kat sana lebih cepat gelap kalau jam 6.00pm tu dah macam jam 7.00pm kat Msia.

Suhu pada hari tu 19 darjah celcius. Touch down jam 09.15am.

Hello Guangzhou
Dulu trip JM ke Guangzhou tahun 2016 naik train dari Guilin stop di Guangzhou Railway Station. 

Bila masuk je arrival hall tu ada dengar suara mesin dok ulang cakap "sila letakkan empat jari anda" pastu tengok ramai plak beratur kat mesin tu untuk scan passport dan jari...ehh..takkan tak ada staff imigresen kan..so kami pun pergi kat mesin tu ikut arahan sampai la mesin tu nanti akan print kertas "OK" seperti dalam gambar pastu Q kat kaunter Imigresen untuk cop passport dan serah arrival form.


Bila dah dapat kertas ni, pergi Q kat kaunter Imigresen untuk cop passport. Mungkin mesin ni digunakan untuk Verify Passport OK ke TIDAK
Alhamdulillah semua berjalan lancar, tiada soal jawab..lepas cop passport ikut je sign Arrival Exit..easy!!!!

Kami dah decide..kat Airport nanti nak naik je train dari Airport South Station stop di Guangzhou Railway Station pastu terus ke Beijing Lu Station kerana kami booking Sunny Apartment Hotel Of Grand Continental Guangzhou jarak dalam 100meter je dari Beijing Lu Station Exit B. JM akan cerita detail pasal hotel ni dalam next entri.

Naik train kat sini jam 10.25 am
Ingat ye...sebelum naik train tu kena ada tiket dulu. Ikut korang la nak beli tiket kat mesin atau kaunter metro atau beli Yang Cheng Tong Card. Ada pros and cons antara kedua-duanya.

Kalau nak guna token, kena beratur kat mesin atau kaunter tiket untuk beli token setiap kali perjalanan. Tak perlu bayar deposit, nak guna baru beli. Leceh tu kena Q panjang, buang masa kalau traveller JM tak suggest la korang guna token ni.

Image from google : ini lah token tu sebesar duit 20 sen kalau tak salah
JM lagi perefer guna Yang Cheng Tong Card. Kad ni seperti kad kita naik train LRT ke, KTM ke..ha lebih kurang macam tu la..nak beli kat mana kad ni? Tak perlu risau...keluar dari arrival hall tu nanti bersepah Seven Eleven, beli kat situ..harga kad 38yuan pastu korang top pup la berapa banyak korang nak bergantung berapa kali dan kerap perjalanan korang nanti. Macam kami top pup setiap sorang 50yuan untuk penggunaan dari 21 - 26 Nov 2018 then ada lagi baki dalam 5++yuan kalau tak salah.

Inilah kad Yang Cheng Tong tu..patut bukan lagi Hello Summer sebab time kami pergi ni Autumn..patut Hello Autumn heee
Kalau guna kad ni tak perlu lagi nak beratur beli tiket kat mesin..touch n go jek...easy..pastu kena ingat ye..setiap kali sebelum naik train kat Guangzhou ni....dorang akan scan beg semua penumpang..seperti kita scan bag sebelum naik flight...bertabahlaa ye.

Kami sampai di Sunny Apartment Hotel Of Grand Continental jam 11.20am lebih kurang 1 jam perjalanan train dari Airport South Station ke Beijing Lu Station.

Selesai urusan check ini jam 12.00pm, masuk bilik rehat jap..on wifi untuk cari arah kiblat pastu solat. Jam 12.30pm kami keluar untuk makan kat area Changsha Lu Station pastu nak cuci mata kat Shangxiajiu Pedestrian Street dan Beijing Lu Pedestrian Street.

Kalau nak tahu bagaimana perjalanan dari Airport South Station ke Beijing Lu boleh refer entri INI

-bersambung-

76 comments:

  1. Replies
    1. SS sentiasa yang pertama di hati JM..chia..chia..chiaaa

      Delete
    2. MESTI BANYAK TEMPAT MENARIK YGBOLEH DILAWATI KAT SINI

      Delete
    3. BANYAK TEMPAT SHOPPING KAK PI..RAMBANG MATA KALAU DAH HANDBAG KULIT LEH DAPAT HARGA RM30

      Delete
    4. Boleh saya tau tempat shopping tu nama area tu apa?? Boleh share?? Then dekat sana pakai app apa utk kesana sini

      Delete
    5. Klau nak beli handbag, kasut harga 50yuan..boleh tke Tianma Women Street..tak perlu nak guna waze or apa2 apps..just tahu lokasi..naik tren jek..pastikan tahu baca metro map..

      Delete
  2. Nasib baik lah tiket sangkut kat pokok bukan sangkut kat hati abam baju kuning... chia chia chia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sangkut kat hati baju abam kuning minta dia pulangkan hahaha

      Delete
  3. hahaha.. ciwak baca ingt tiket termasuk dicelahan escalator.. hahaha..
    anyway enjoy ur trip. best baca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun Mari..Ciwak? ke Cuwak? ahahah..iye! rasa kering darah tau time tu..pastu rasa nak menyumpah pun ye gak..kenapalah di tanam pokok kat situ..kah kah kah..pokok plak di persalahkan padahal diri sendiri cuai

      Delete
  4. Tiket pun nk terbang jgk..nk merasa landing atas pokok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah..tiket terbang..adoilahh..dlm cuak ada lucu di situ kan Mak

      Delete
  5. Replies
    1. Hai cik munge..welcome to my blog..tggu ur turn kena serang balik hihi

      Delete
  6. Kt mana port tu..best boleh tido gitu mak selalu tgk port dkt surau tu penuh jee..nk tido pun pyh jgk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelah escalator tu kan ada pokok pastu ada kerusi byk2 tu kan..sblh tu ada laluan ke Toilet..ha kat laluan ke toilet tu la mmg tersorok tau Mak..kalau ada flight pagi lagi nak tdo situ jek

      Delete
  7. birthday trip ni...hihi..bestnya shoppink2..
    cutenya kad itik tu...

    ReplyDelete
  8. nasib baik org tu ada kan...kalau rietta xtaw dh, panjat sendiri agaknya dh panik sangat...autum erk? bestnye...

    ReplyDelete
  9. Memang berdebar baca tiket terbang, Alhamdulillah dapat...

    ReplyDelete
  10. Bestnya pi Guangzhou! Bestnya blog ni! Hihi..cheq follow sini ya #1157 😎

    ReplyDelete
  11. Buas la tiket tu, main terbang2 pula hihi 😂

    ReplyDelete
  12. Seronok baca entry sebab lama dah tak baca entry travel maklum "BUSY"sangat :P

    ReplyDelete
  13. Asalam JM lama tak borak dengan JM. Semoga selamat pergi melancong ya..sentiasa jaga diri ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Cikgu Etuza..dah selamat pergi dan balik..tengah kumpul duit nak pergi tempat lain pulak hahaha

      Delete
  14. Pergi backpacker balik nnt mesti beranak2 beg tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Zila..pergi 1 je backpack..balik dah beranak jadi 3 setiap sorang..rasa nak patah bahu hihhi..akak..jgn lupa email JM alamat umah

      Delete
  15. Sebelum tuan terbang tiket terbang dulu ke JM, hehe lawak betul. Nic sharing pasal kat airport Guangzhou tu.. thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Husniey..terima kasih masih sudi jenjalan kat blog JM..wink wink wink..tiket terbang tu leh buat drama ahahahah

      Delete
  16. finally, dapat baca post menarik dari JM, naik train pun kena scan,hmm

    ReplyDelete
  17. dah lama x baca blog JM. Nampaknya sama destinasi kita bulan Nov ni JM. Guangzhou not bad la.Best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putri MA..lorr..same destination je..ada entri baru tak..nak terjah!! hihiih

      Delete
  18. Hai kak JM...lawak betul tiket boleh terbang sebbaek dpt smula..😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mazeck!! lama betul kita tak borak-borak kat alama maya ni kan..HERO semua sihat? ..hiihih..dia jeles asyik 'org' jek terbang

      Delete
  19. Tu betul2 cuak tu klau jadi cm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa darah dah kering time tu ZF...sib baik jantung x jatuh hahaha

      Delete
  20. Kesiannya JM terpaksa berdrama goyang pokok lak ye. Adoi..

    ReplyDelete
  21. Pertukaran gate lah yang stress rasanya .dahlah tak maklum adoiii pernah juga terjadi. Tak cukup kaki rasanya nak melangkah hahaha kena pula gate paling hujung

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Cik tie..tu sbb telinga kita ni kena sentiasa alert..last minit kadang dorang leh tuko gate

      Delete
  22. Replies
    1. Cik Ein..jom arr..kalau setahun x de trip rasa mcm mkn nasi tak de lauk hihih

      Delete
  23. Minta maaflah.. Tergelak pula part ticket flight tersangkut dekat pokok tu.. sorry.. hehehe..
    Tapi pengalaman sungguh..

    ReplyDelete
  24. dah macam cerita mr bean, plan elok-elok ada ja yang terjadi. blur juga kalau tiket jatuh atas pokok tu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih kih kih..sib baik x jatuh atas escalator Arz..adeh!

      Delete
  25. syiok kan travel, sokmo dpt pengalaman berbeza, yg kawan cik mien masa blk dr osaka tinggal passport dlm kapal, menunggu 2 jam nak dapatkan passport semula, tu pun mujur cepat sedar kalu tak kapal tu selamat ke china. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah..seram nyaaa...itu document perjalanan yang bagaikan 'nyawa'..kalau hilang mmg kering darah :-)

      Delete
  26. kad yang cheng tong ni xboleh refund di info centre spt octopus card di mtr hong kong..jika nk refund nak kena gi service centre ehh yang xtau mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. To return the card at the end of the trip, you need to go Gongyuanqian (Exit J) and Tiyu Xilu Exit G, and East Railway Station. (Exit HJ). It may be worth simply keeping the card as a souvenir.

      Delete
  27. Kalau banyak nak naik turun train better beli kad tu kan. Lama tu jalan kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyda..lama menyepi..sihat ke? masih lagi buat follow group larian ke

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG