Tuesday, 30 April 2013

Holiday : Spring at Yangshou Day 2 Episod 2

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia to All my lovely blogger & readers,

"Spring at Yangshou Part 2"

Day 2 : Dragon Bridge, Yangshou

Masih ada lagi yang sayang..Opssss..masih ada lagi ke yang berminat nak tahu apa aktiviti JM pada hari kedua di Yangshou nih. BARU HARI KE 2? (bold sikit warna merah..heee)...percutian 11 hari Overland China , baru siap tulis entry untuk hari ke 2 itu pun ambil masa hampir 1 bulan dan kiranya untuk siapkan semua entri mahu 3 bulan baru siap ni. Sabor lah Yeop, JM ni bukan rajin sangat nak menulis sebab 2-3 hari ni JM dapat demam Game Candy Crush Saga tu...tiap-tiap malam mengadap itu je kerja nya..kalau ada anak laki mahu dah kena tido luar...ahahahhaha.

Moh ikut JM ke Dragon Bridge Yangshou.

Friday, 26 April 2013

Holiday : Spring at Yangshou Day 2 Episod 1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia to All my lovely blogger & readers,


"Spring at Yangshou Part 1"

Masih lagi hari ke 2 (29/03/2013 - Jumaat) tetapi hari ni kami berada di Yangshou.

Location Map Of Yangshou
Mari kita kenali Yangshou dengan lebih dekat lagi :

Monday, 22 April 2013

Holiday : Spring at Guilin Day 2

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia to All my  lovely friends &  readers,

Apa khabar semua, sihat-sihat hendaknya yer..Alhamdulillah..syukur

Kepada yang terlepas episod sebelum ni boleh refer pada link dibawah ye..Dah seperti rancangan drama TV pulak..ber-episod katanya...

Day 1Episod 1
              Episod 2
              Episod 3

Meh kawan-kawan meh dekat - dekat..meh tengok apa yang JM nak kongsi kan ni..jangan terlepas tau nanti rugi heheheehe. Dah macam orang jual ikan dan sayur kat pasar pulak yer..ahahahaa (gelak tak sopan).

Ada lagi sesiapa yang berminat untuk mengembara ke Guilin bersama JM..meh la baca entri ni. Manalah tahu lepas baca trip ni ada yang berminat dan berhasrat nak ke sana. Kalau ada rakan yang bertanya 'best tak bercuti di Guilin'..jawapan nya...amat berbaloi dan best dan highly RECOMMENDED..dan lebih romantik kalau pergi bersama pasangan atau rakan travel yang sporting...Kepada rakan blogger Henry Fox and the geng, kalau korang pergi sana mesti lebih happening dan havox you oulsss..coz gambar yang korang ambik mesti lagi awesome.

Thursday, 18 April 2013

Holiday : Spring at Guilin Day 1 Episod 3

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia to all my lovely follower & readers,

"Scenary at Guilin City"

Oleh kerana JM malas nak tulis intro panjang-panjang, jom ikut JM ke destinasi ke-2 pada hari pertama di Guilin. Sebaik sahaja kami selesai melawat Reed Flute Cave, uncle tadi bawak kami ke sini pulak..siapa tahu kami kat mana ni...

Lokasi : Two Rivers and Four Lakes 

Apa yang di tulis tu
Two Pogodas (Sun and Moon Pagoda) - Inilah view waktu siang, kalau night view lagi santek - Ihsan dari camera JM
Ini pulak Night View - Ihsan dari Google :-)
Yang ini view waktu senja - juga ihsan dari Google
Nampak tak perbezaan antara kedua-dua view ni pada siang dan malam hari. Jadi kepada photographer semua seperti Henry, Janggel, Orga, SR, Dilla Bangi, Supermeng Malaya, En Mie, Wak Gelas, kalau nak gambar yang cantik pilih view pada malam hari..cantik sangat. Ini antara nama rakan blogger yang mana gambar dalam blog dorang sangat awesome kalau tak percaya boleh singgah blog dorang di bloglist JM nih. Sorang lagi blogger adalah Fatt gambar dalam blog beliau jugak debOMMMM.

Two River and Four Lakes : Located in picturesque Guilin City, Two Rivers and Four Lakes Scenic Spot refer to the landscape located around the city which includes Li River (the part within the city), Taohua (Peach Blossom) River, Mulong Lake, Guihu Lake, Ronghu Lake and Shanhu Lake. After years' of development, it can be also divided into Mulong ancient water way scenic area reflecting city culture, Guihu Lake Scenic Area featured by natural beauty and rustic charm and Ronghu-Shanhu Lake Scenic Area showing the elegant demeanor of the landscape ecology city. From these natural and manmade sights, visitors can truly feel the born beauty and deep cultural details of Guilin City.

Two Pagodas : The Sun and Moon Pagodas are located on Banyan Lake in Guilin. The taller of the two, at nine storeys high, the Sun pagoda is the tallest copper pagoda in the world. The moon pagoda stands seven storeys high. There is a wonderful walk along the lake's edge which at night is just magic and is popular with locals and tourists alike.

So dari sini korang dah tahu kan yang mana satu Sun Pagoda dan Moon Pagoda, nak ingat senang jek..yang rendah sikit tu Moon Pagoda dan yang tinggi tu Sun Pagoda alah seperti kedudukan matahari dan bulan dalam cakerawala bumi, matahari kan berkedudukan lebih tinggi dari bulan..betul tak?

Sampai sahaja di sini, uncle tadi uruskan pulak tiket boat, sementara tu ambil gambar sebarang dua, itu perkara wajib kalau melancong ke tempat orang sebagai kenangan apabila pulang ke kampung halaman nanti. Oh ya..cuaca pada waktu ni agak cerah dan sedikit berkabus walaupun hujan pada sebelah pagi tadi dan kami bernasib baik kerana cuaca menyebelahi tapi dek kerana cuaca tidak berapa terang, jadinya gambar pun malap jek.

Sementara menunggu bot sampai untuk mengelilingi tasik ni, JM di 'approach' oleh seseorang dan dia cakap dalam bahasa Cina dan JM pun tak paham..apa yang dia nak sebenarnya ni..nak tolong ambil gambar atau nak bergambar ngan JM (perasan hee)...JM buat tak tahu jek..pastu dia datang lak bersama kawan nya..hah sudah..dorang ni nak ape sebenarnya..pastu rakan JM cakap bu yao (puyau)..kemudian dorang blah..JM tanya lah bu yao tu apo mek..dia kata maksudnya lebih kurang "tak nak lah". Oh..apa lagi lepas tu perkataan ni lah JM selalu gunakan kalau ada je peniaga yang datang dekat nak jual barang..terus je cakap bu yau dan mei you (meiyau) pulak "tak de"

Let's go kita naik boat menyusuri Banyan Fir Lake

Apa yang kami nampak semasa dalam bot ni, sudah tentulah scenary yang cantik dan seperti JM kaborkan sebelum ni, kalau datang waktu malam lagi cantik kerana penuh dengan lampu gemerlapan. Kalau datang waktu siang inilah hasilnya. Jom tengok view yang cantik pada pandangan mata JM nih heeeeeee. Kalau nak dapat view lagi cantik naik ke deck atas..luas sikit pandangan dan senang nak klik...klik..klik...Kat sini juga kita boleh lihat Elephant Trunk Hill tu tapi dari dalam bot je lah tak stop pun kat situ.

Beriya nyonya manis ni nak bergambar ngan kita orang maybe sbb lain dari yg lain kot..bertudung..guna bahasa isyarat je nak minta ambik gambar..dia punya lo kong tolong ambik kan..apa lagi JM pun bagi lah tab JM lak utk ambik gambar kita orang heee

Macam mana gambar-gambar nyer..menarik tak....apa? kurang menarik...yo lah....nak buek macam mano..cuaca berkabus..gambo pun kurang clear dan yang tukang ambik gambo pun tak ada basic photography....i'm sorry (ayat Amir Raja Lawak) heeeeee.


Banyak betul gambar yang JM nak kongsi dengan kawan-kawan so sila jangan rasa bosan yer..

Elephant Trunk Hill
Aha..puas tak tengok gambar yang JM sajikan ni..ini je lah kualiti gambar dalam cuaca sejuk dan berkabus tu..huhuh...hujung bulan 3 memang tidak sesuai untuk melawat Guilin kerana musim hujan. Dek kerana cuaca sejuk ni terpikir dan terlintas di fikiran JM nak migrate ke negara yang mempunyai 4 musim tapi yang pasti China bukan pilihan dan nak tahu negara mana..ahahha...sudah tentu lah Koreaaaaa..heee...ngada..ngada.

Bila sebut Korea, JM sajo nak kaborkan kat sini baru-baru ni JM dapat 'something' from blogger yang baru balik bercuti kat sana...mesti semua orang tahu siapa kan..terima kasih yer coz ingat jugak pada JM walaupun kenal di alam maya. JM rasa semua rakan blogger lain pun dapat kan...Dapat je terus guna..hihih

Okeh..sambung citer , dalam jam lebih kurang 5.30 petang selesai sudah trip kami untuk pakej berharga RMB193 tu, kemudian kami minta uncle tadi hantar ke Guilin train station untuk membeli tiket train ke Guangzhou pada 30 Mac 2013 (Sabtu) malam. Dari tren stesen nanti kami perlu balik sendiri ke hotel.

Inilah Guilin Train Station
Kami sampai sahaja tren stesen ni, terus cari kaunter tiket, tak perlu risau kerana di bahagian depan akan ada sign dalam tulisan rumi TICKET dan ada arrow sekali. Apa yang merisaukan kami adalah apabila tengok ni ha...
Ticket Counter
Apa reaksi korang bila tengok picture ni....kami semua terpinga-pinga, nak masuk kaunter mana satu ni....macam mana nak cakap kat kaunter yang kami nak beli tiket ke Guangzhou pada 30 Mac 2013 malam..sah-sah dorang tak paham bahasa ALIEN nih...Oh hooii...tak perlu risau coz kami dah ambil alternatif lebih awal minta receptionist hotel tuliskan atas kertas perkataan ni 广州付款方式硬卧30 MAC晚上..ada sesiapa yang boleh translate...heheh..meh JM translate...Guangzhou, 3 person, hard sleeper 30 Mac at Night. 

Jadi kami pun beratur dengan perasaan confident memula tu, pastu kawan JM risau takut orang kaunter tak paham, kebetulan di belakang kami ada adik manis lingkungan umur 20-an, so kami try minta tolong dia belikan sambil tunjuk kertas bersama bahasa isyarat pastu dia setuju sambil mengangguk tanda faham. Kami serahkan passport masing-masing (kalau nak beli tiket tren mesti bawak passport bersama yer) coz nanti dorang akan cetak atas tiket. Aha..inilah rupa tiket tu.

Destinasi : Guilin to Guangzhou
No Tren : K950
Tarikh : 30/03/2013
Masa  : 09.18 mlm
No Gerabak : 15
No katil : 13
Harga tket : RMB200 ~ RM100

Train Ticket
Kat luar stesen ada teksi yang berwarna marron tu
Ni pun satu hal jugak semasa nak naik teksi balik ke hotel. Kalau nak senang, dapatkan address card from hotel, pastu tunjuk pada driver teksi mana hotel kita tinggal..senang tak perlu nak angkat tangan tunjuk sign, bahasa isyarat bagai. Aha kami sampai di hotel dengan selamat dengan harga RMB20 walhal tak lah jauh sangat pun tapi sebab dah gelap dan malas nak jalan.

Malam tu keluar jalan-jalan area kawasan luar hotel, masuk kedai keluar kedai tapi tak ada apa yang menarik. Try jugak cari kedai makanan HALAL tapi tak jumpa dan tanya receptionist dia pun tak tahu.

Manakala kawan JM yang Non Muslim tu, ada jumpa sebuah kedai, so dia makan je kat situ dan JM ngan rakan sorang lagi kami merayau kawasan keliling. Lebih kurang 10min macam tu dia siap makan sambil mulut muncung-muncung coz pedas katanya tapi kedai makan tu tak sediakan air..Aikk..macam tu pulak. Kalau nak tahu kisah kedai makan tak sediakan air..perlu tunggu entri akan datang..so malam tu kami berdua makan bekalan yang di bawak dari Malaysia je.

Selepas selesai semua balik hotel dan sebelum tido layan internet dulu..yang bestnya hotel ni sediakan FREE WIFI dalam bilik dan lobi tetapi password untuk kedua-dua tempat tu adalah berbeza. Kepada yang berhasrat nak menginap di sini pastikan tanya betul-betul yek. Hasrat di hati nak buat TEASER kat blog dan UPDATE FB..sekali..tak boleh, rupanya Negara China BLOCK, tak boleh acces ke laman sosial ni termasuklah BLOG, FB, TWITTER dan seangkatan dengannya.

End of day 1....kalau rajin nanti JM sambung lagi untuk hari ke 2 yek...byeeeeee

Wednesday, 17 April 2013

AirAsia New Route : BUSAN

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua heeeee,


BUSAN ? Apa yang best kat sana tue?

Kenapa tetiba kuar tajuk ni...ahha..JM stop sekejap entry pasal Guilin tu...nak enteframe sale from AirAsia hari ni 17/04/2013 (Rabu) ada keluarkan route baru fly from Kuala Lumpur to BUSAN - RM199.


Agak murah kan..tapi lagi best kalau return tiket RM199 jek mahu lompat sampai ke siling. Tiket murah ni lambat seminit pun boleh SOLD OUT....JM try ricky-ricky gak tadi mana tahu leh dapat rega murah pada musim yang JM nak tu..sekali hambek nko return tiket leh dapat RM577 (include tax & fee), conclusionnya tak jadi beli huhuhuh..nangis tak ada bunyik..

Tapi kalau dapat yang harga RM199 for return tiket busuk-busuk pun hampir cecah RM500 jugak still mahal kan.....perlu tunggu next offer kalau ada rezeki JM, kita terbang ke BUSAN pulak yer...Inilah keroje nya kalau dah kemaruk bercinta berjalan, pantang ada offer je mesti nak buang duit kan heeeee. Bila lah masanya nak menabung.

Ada ke sesapa yang sempat beli tiket ke Busan tu..kalau ada..memang jeless..heee..

*peace no war heeeeeeeeeee* byeeeeeeee

Tuesday, 16 April 2013

Holiday : Spring at Guilin Day 1 Episod 2

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia to all my lovely readers,

Mesti ada yang tertunggu-tunggu nak baca kisah selanjutnya apa yang berlaku selepas kami bergerak dari Airport ke Guilin City kan. Kepada yang terlepas story sebelum ni boleh baca kat SINI yer .

Bersemangat JM malam ni nak tulis sambungan entry yang lepas dek kerana feminat-feminat JM beriya minta keluarkan entri baru termasuklah pembaca dari opis JM ni heee (hamboi..ada ke feminat tu..ferasan tull). So dengan gigihnya pada malam yang sunyi, JM sanggup korbankan rancangan TV kesukaan semata-mata nak menyiapkan entri hari pertama ni hahaha...gitueww...boleh percaya ker..atau propa je yang lebih..heeee

Kebetulan pulak JM baru je beli samsung tab keyboard kat Guangzhou hari tu, so boleh la try update kat tab guna keyboard ni heeeee.....baru best. Pastu lak entri ni siap ber-episod pulak, dah seperti drama bersiri lakonan hebat Aaeron Aziz tu..Ombak Rindu dan apa lagi satu tu Adam & Hawa kalau x salah coz JM tak follow sangat cerita bersiri ni.

Rakan-rakan ada bertanya, nko pegi bercuti ke mana, Beijing ker, Shanghai ker...JM jawab tak lah, aku pegi bercuti ke Guilin. Guilin?..kat mana tu..nampak sangat Guilin kurang famous di kalangan kaki shopping tapi fofular di kalangan kaki jalan.

Satu ayat yang sentiasa jadi motivasi kepada JM adalah kata-kata hikmat dari blogger Fatt, is not about your destination but is't about your journey kerana kekadang semua orang pegi tempat yang sama tetapi pengalaman setiap orang adalah berbeza.

Moh ikuti pengembaraan JM di Guilin, China.

Friday, 12 April 2013

Holiday : Spring at Guilin Day1 Episod 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my blog readerssss,


Akhirnya cita-cita JM nak ke Guilin tercapai selepas mengharungi beberapa halangan dan kepada sesiapa yang belum baca story sebelum ni boleh refer kat SINI

Selepas balik sahaja dari bercuti terus dapat surat rasmi pembekuan cuti rehat selepas pembubaran parlimen sehingga seminggu selepas pilihanraya pada 05 Mei 2013 nanti. Nasib baik lah JM tak plan cuti dalam tempoh tersebut kalau tak memang kena burn lah tiket. Pembekuan ni hanya melibatkan Kementerian dan Jabatan JM bertugas jer tidak melibatkan agensi lain..frust tul.

Monday, 8 April 2013

Anyone miss Me ? Heeeeeee

Ni Hao Ma? heee..almaklumlah baru balik dari Overland China..hik.hik..hik..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kengkawan bloggers dan readers semua,

You oulsssssssssss rindu JM tak?..heeeeeeeeeeee...hah?..tak..ehehe..

Kalau ada yang rindu pada JM sila angkat tangan...ahahha..ada ker...ahahahaah. Apa yang pasti JM rindu korang semua..dan rindu jugak nak blogwalking rakan-rakan blogger dan byk story yang JM dah tertinggal ni.

Terima kasih juga kepada semua rakan yang sudi membaca dan follow blog JM yer...

NUFFNANG