Assalamualaikum semua,
"Mencandat yang tiada hasil...nak tahu kisah nya, perlu baca sampai habis"
Semua orang tahu JM telah pergi mencandat sotong last week. Kalau yang belum baca perancangan mencandat tu boleh rujuk
SINI
Perjalanan ke Kuala Terengganu (Perhentian Risda Marang)
Seperti
yang di rancang hari yang ditunggu telah tiba dan seawal jam 8.30 mlm
JM mula bergerak ke Hentian Putra (perhentian bas bagi destinasi ke arah
Pantai Timur) dengan menaiki Komuter dari KL Sentral. Hanya 3 stesen
sahaja dari KL Sentral - Stesen Kuala Lumpur - Stesen Bank Negara -
Stesen Putra dengan kadar tambang
RM1.00 sahaja you ouls..murah tu.
Sekarang ni kalau nak tahu, tren Komuter dah cantik, baru dan penuh
informasi kat dalam tren tu seperti naik tren di HK, Korea dan China
pulak. Pastu ada KOC khas untuk wanita sahaja.
|
Tren komuter dah semakin canggih dan cantik sekarang..kalau nak tahu kena cuba naik |
Lebih
kurang jam 10.00 mlm sampai di Hentian Putra dan menunggu rakan-rakan
lain yang belum sampai.Apabila semua ahli dah berkumpul kami menaiki bas
Sani Ekspres bas 2 tingkas dan JM memang puji lah perkhidmatan bas
ni..'ontime', besar dan selesa dan tambang
RM40.00 sehala. Dalam jam
10.30 mlm bas mula bergerak menuju ke Kuala Terengganu. Sepanjang
perjalanan tido je lah seda-sedar kawan kejutkan dalam sampai di Pejabat
Risda Marang lebih kurang jam 4.40 pagi dan kami berhenti di situ.
Turun dari bas, member call contact person yang uruskan pakej kami iaitu
dari
Coral Heritage. Lebih kurang 10min menunggu, budak tu pun sampai
untuk bawak kami ke rumah transit yang terletak bersebelahan dengan
Pasar Besar Marang, dalam 5min je perjalanan. Sementara menunggu esok
pagi, kami lepak-lepak dulu dalam bilik sehingga subuh.
|
Inilah rumah transit yang di sediakan oleh Coral Heritage tu..agak besar |
Hari pertama : Aktiviti Snorkeling dan Mencandat
Jam 8.00
pagi kami turun mencari sarapan, rupanya rumah transit tu betul-betul
berhadapan tapak pasar pagi dan bersebelahan Pasar Besar Marang tu, so tiada
masalah nak cari makan. Pastu pulak nak ke Jeti Marang tu dalam 150
meter jer. Pagi tu kami makan nasi dagang..wahhhhhhhhhh..sedap yak amat
sehingga menjilat jari hanya
RM2.00 sahaja sebungkus. Kalau la JM orang terengganu kan best..leh makan keropok lekor dan nasi dagang banyak-banyak. Moh layan gambar sikit.
|
Tengok tu nasi dagang, nasi kerabu |
|
Nasi dagang kat gerai mak cik memang sedap compare kat dlm gambar atas. JM jilat jari manis tau |
|
Jom beli tembakau kita isap rokok daun |
|
Kan tak jauh dalam 150 meter je ke Jeti Marang dari Pasar Besar Marang ni |
|
Terdapat 2 agen boat untuk mencandat Mak Cik Gemuk dan Corah Heritage. Kalau tanya JM, dua-dua bukan pilihan, Nak tahu sila baca sampai habis |
Jam 9.00
pagi kami mula bergerak ke Jeti Marang dan bot sudah sedia menunggu dan
hanya kami berlima sahaja kat dalam bot tu. Apa lagi aksi bergambar
posing ala-ala dalam filem TITANIC lah heeeee. Tak jauh sebenarnya dari
Jeti Marang ke Jeti Pulau Kapas tu lebih kurang 10 minit je.
|
Jom ke jeti |
|
Perlayaran bermula - abaikan aksi TITANIC tu |
Sampai sahaja di jeti, kami terus check ini di Kapas Beach Resort dan kami arrange dengan resort tu untuk snorkeling waktu pagi, so petang nanti boleh berehat sebelum keluar mencandat. Jadi dalam pukul 10.00 pagi kami semua dan bersiap-siap untuk snorkeling sehingga jam 12.30 tengahari. Tapi sebelum tu masing-masing sapu sunblock dulu takut nanti jadi udang bakar. Jom kita snorkelling.
|
Dah sampai jeti Pulau Kapas |
|
Kapas Island Resort |
|
Jom kita snorkeling |
|
Ikan yang tak berapa nak ada |
Selesai snorkeling, masing-masing kepenatan dan balik ke resort untuk makan tengahari kerana termasuk dalam pakej. Tapi sayang coral kat sini banyak yang dah mati dan ikan-ikan pun tak banyak dengan air yang agak keruh dan memang tidak menarik berbanding waktu JM snorkeling di Pulau Perhentian Kecil suatu ketika dulu.
|
Nampak tak? Kami memang lapar |
Selesai makan semua, masuk bilik mandi dan solat dek kerana masing-masing kepenatan, tido terbongkang sehingga lah masuk waktu asar.
Jam 6.30 petang kami bergerak menaiki bot di jeti untuk mencandat. Ini lah bot yang akan kami naiki yang warna biru tu boleh muat dalam 4-8 orang termasuk pemandu bot dan pembantu. 1 jam sebelum tu masing-masing dan telan ubat mabuk laut, sekali lepas je naik bot JM ok lagi dah setengah jam perjalanan ke tengah laut rasa mengantuk cam nak tido je. Kepala dah mula pening-pening mata rasa berat je...ha sudah...boleh tertido macam ni..belum start mencandat lagi ni...adusss
|
Perjalanan baru bermula...masing-masing boleh lagi tersenyum...lepas tuuuuuuuuu |
Pada peringkat permulaan perjalanan masing-masing muka masih lagi boleh tersenyum dan tak sabar nak mencandat coz ini merupakan pengalaman baru kan. Kami hanya mendengar bunyi enjin bot dan deruan ombak sahaja. Hari semakin gelap dan bot terus bergerak ke tengah laut untuk mencari tempat berlabuh dan tempat yang sesuai untuk mencandat. Bot kali ini di kemudi oleh pakcik Adam dan beliau merupakan 'orang laut' kiranya kerja pakcik Adam ni adalah nelayan sepenuh masa dan beliau memang arif tentang cara dan musim yang sesuai untuk mencandat.
Dalam perjalanan tu pakcik bertanyakan kepada kami kenapa datang bulan Jun kerana bulan ini, sotong semakin berkurangan dan beliau memaklumkan bahawa semalam ada bawa satu rombongan untuk mencandat dan mereka hanya mendapat 4 ekor sahaja selepas beberapa lama menunggu. Kami berpandangan sesama sendiri, apalah nasib kami pada malam ini.
Akhirnya kami sampai di tempat yang sesuai untuk mencandat dan sauh di jatuhkan ke laut untuk membolehkan bot berada dalam keadaan statik tidak di pukul ombak. Pakcik Adam dan rakan nya mengeluarkan peralatan mencandat dan mengajar kepada kami cara-cara untuk mencandat dan sementara itu mereka pergi solat Maghrib.
|
Inilah kawasan untuk mencandat |
|
Pak Cik Adam..korang nampak tak? |
|
Peralatan yang akan digunakan untuk mencandat |
JM dan rakan-rakan mula jatuhkan umpan ni ke dalam laut kemudian pakcik Adam mengatakan air laut deras jadi kail yang di gunakan di bawak arus deras, kemungkinan besar tiada hasil kami pada malam itu. Tunggu punya tunggu....kail tidak di sambar sotong pada masa yang sama kesan ubat mabuk mula terasa...JM mula pening dan mengantuk sangat. Dek kerana frust lama menunggu sekor pun tak dapat ambil keputusan tido je kat atas bot tu. Biar je kawan-kawan yang lain mencandat. Sedar dalam jam 10.00 mlm macam tu tanya member dorang cakap tak dapat jugak. Arghh..masing-masing frust coz rakan JM dah bawak bekalan tepung, arang konon nya nak masak sotong atas bot.
Tanpa berputus asa, pakcik Adam bawa ke kawasan lain mencuba nasib..pun sama sambil kami menyanyi lagu Najwa Latif....KOSONG....KOSONG...KOSONG....Pakcik Adam ulang lagi sekali statement beliau kenapa datang bulan Jun, masa ni memang sotong dah berkurang paling banyak bulan
April dan
Mei hasil tangkapan boleh mencecah berkilo. Kami mana tahu pakcik, waktu sewa bot hari tu agen tu tak cakap pulak bulan ni tak sesuai untuk mencandat. Kenapa tak tanya 'orang laut"....eh pakcik ni..kami mana lah ada saudara mara org laut nak tanya..kami pun baru kenal pakcik hari ni. Argghhhhhhhhhh....memang kecewa sangat-sangat. Pakcik Adam juga kecewa kerana beliau juga cuba mencandat tapi sekor pun tak dapat. Jam sudah pukul 11.00 malam, masing-masing dah penat, kami pun ajak pakcik Adam balik je lah..kalau tunggu lagi belum tentu dapat.
Dalam perjalanan tu, pakcik Adam tanyalah..berapa korang bayar untuk sewa bot ni, kami pun jawab
RM1000 sebuah bot. Beliau terkejut besar sambil besarkan matanya dan maklumkan bahawa Coral Heritage tu bayar
RM500 untuk sewa sebuah bot dan memang itulah harga standard dan sekiranya tiada hasil , balik awal pakcik Adam ambil
RM300 sahaja. Jadi beliau memang simpati dengan kami kerana telah di tipu oleh agen dan dengan mudah agen tu mendapat
RM500 baki daripada sewa bot tadi. Pakcik Adam nasihatkan kepada kami kalau nak datang mencandat telefon pakcik Adam sendiri tanpa perlu melalui agen. Perasaan kecewa kami semakin berganda..ohhhhhhhh tidakkkkkkkk kami kena tipu..penat dan tiada hasil..huhuhhuuhhu....menangis tidak berlagu tapi apa boleh buat pasrah je lah. Jadi pakcik Adam beri no telefon beliau untuk di hubungi sekiranya ingin datang mencandat lagi. Jadi kepada rakan-rakan di luar sana boleh call no ni yer :
019-914 7296
Sebelum pergi masing-masing membayangkan sotong yang besar-besar dan kemanisan sotong bakar hendaknya..tapi apakan daya ..sudah nasib begitu. Jadi kepada rakan-rakan di luar sana..maaflah yer dek kerana tiada hasil so tak ada gambar sotong dan tak ada sotong berbakul dek kata blogger
Orga.
Malas nak citer panjang jom JM terus sambung aktiviti hari ke dua.
Hari kedua : Dari Marang ke Kuala Terengganu
Bangun seawal pagi pergi sarapan kemudian jalan-jalan sekitar persisiran pantai ambil angin laut dan gambar barang sekeping dua sebelum kami balik ke pangkal jalan. Selain dari Kapas Island Resort terdapat juga chalet lain seperti Pak Ya Sea View, Mak Cik Gemuk Resort dan KBC Chalet.
|
View sekitar persisiran pantai |
Kami check out jam 1.50 tengahari dan bot sampai di jeti jam 2.00 petang dan mula bergerak ke Jeti Marang. Oleh kerana masing-masing kelaparan kami berjalan ke KFC yang terletak sebelum Pasar Besar Marang untuk makan tengahari dan itu sahaja pilihan yang ada sementara menunggu kedatangan seseorang.
"Surprise" - siapa orang itu biarlah RAHSIA heheheheeh.
Untuk pengetahuan semua, salah seorang rakan blogger JM balik kampung di Terengganu dan beliau offer untuk bawak kami jalan-jalan sekitar Kuala Terenggau, so tanpa fikir panjang kami semua setuju. Jikalau rakan blogger JM tu baca entri ni, JM nak ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kebaikan beliau sanggup datang dalam 1 jam perjalanan untuk sampai ke Marang ni. Ini lah kali pertama kami berjumpa dan beramas mesra, sudi pulak bawak kami jalan-jalan, JM suka dan sangat terharu, baik orangnya...Terima kasih dear...muaaah...muahh..muaahh....hhehehe. kalau tak kerana beliau maybe kami terpaksa naik public transport atau mati kutu je kat area kawasan tu. Alhamdullillah rezeki tu. Kepada sesiapa yang dah tahu siapa orangnya..diam-diam je yer..eheheheh
Dalam jam 3.00 petang kami mula bergerak ke Pasar Payang, singgah di ICT dan juga bergambar di Turtle Valley area. Seterusnya beli keropok lekor di Seberang Takir dan makan ikang celup tepung (ICT) sebab semalam tak dapat makan sotong celup tepung. Malas nak citer panjang jom tengok gambar.
|
View baju batik sekitar pasang payang, tak membeli pun sekadar cuci mata je |
|
Terengganu pun ada I -City tau |
|
Welcome to Turtle Alley - nak tahu pic di sebelah kiri, skecth tu siap 1 hari sebelum kami sampai dan gambar berbaju kelabu dalam gmbar sebelah kanan tu adalah professor yang telah bersara dari UMT, merupakan salah seoarnag NGO yang menjayakan Turtle Alley projek ni..untung tak kami boleh berjumpa beliau |
|
Kalau nak tahu info lebih lanjut boleh visit URL yang di sediakan |
|
Gambar Sekitar Turtle Alley |
Dek kerana tak dapat makan sotong celup tepung atas bot semalam, rakan JM bawak kami makan ikan celup tepung di berdekatan dengan airport.
|
Nyum...nyum..nyum...ada ikan, sotong, udang dan cendawan setaip hidangan RM6.00 kecuali ikan RM3.50 seekor |
Selesai menjamu selera, lebih kurang jam 7.00 malam kami ke Masjid Putih untuk solat Maghrib sebelum ke stesen bas Kuala Terengganu untuk balik ke Kuala Lumpur pada jam 10.30 malam.
Selesai sudah perjalanan JM 2hari 1mlm, aktiviti mencandat yang tiada hasil tapi kami tetap enjoy. Sebelum tu meh JM kongsi sedikit tips untuk korang semua
Tips :
1. Bagi pendapat JM kalau semata-mata datang Pulau Kapas untuk snorkeling, JM rasa tak perlu coz coral dan hidupan laut kurang menarik berbanding di Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Redang. Tapi kalau dah sampai untuk mencandat apa salah nya kalau nak cuba kan
2. Jangan mencandat pada bulan Jun kerana pada waktu ni sotong dah kurang. Lebih sesuai mencandat pada bulan April dan Mei dan hasil candat boleh mencapai berkilo-kilo
3. JM nasihatkan jangan ambil travel agent Coral Heritage (not recommend)/orang tengah
4. Kalau nak mencandat, boleh telefon Pakcik Adam dan beliau adalah orang boat yang akan bawa mencandat dan harga boleh di bincang bengantung kepada tempoh masa mencandat dan julat harga dalam
RM300 - RM500 sebuah boat
5. JM juga mendapat info perkhidmatan bilik dari travel agent Mak Cik Gemuk juga kurang memuaskan dan kalau nak tahu boleh cuba. Info yang JM terima, cukup hanya sekali. (Matilah JM lepas ni). Kepada yang membaca info ini jangan salah faham kerana JM hanya berkongsi info dan apa yang baik boleh ikut.
Ke mana pulak JM lepas ni..tungguuuuuuuuuuuuu