Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca dan juga kepada yang sudi menjadi follower blog aku yang baru nak berjinak-jinak menulis ni..bak kata orang jgn lihat pada luaran tapi lihat isinya..keh..keh..keh..promote lah pulak yer...
KTM |
Holla...apa khabar semua pembaca hopefully you all sihat hendaknya yer..yer lah harga paling berharga adalah kesihatan, jika badan sihat, emosi jugak sihat baru hidup bermakna kan..
Kenapa aku tetiba terpanggil nak keluarkan entry 'Budget trip by train' ni..aha..ini kerana aku ingin berkongsi sedikit info bersama rakan pembaca yang tidak tahu sebenarnya terdapat perkhidmatan keretapi tanah melayu yang menghubungkan destinasi dari Malaysia ke Bangkok, Hat Yai, Thailand dan Singapore....Kepada yang sudah biasa naik keretapi ke sana sila abaikan entri ni yer..hihihih
Jadi kepada yang berhasrat untuk melancong ke Bangkok, Hat Yai dan Singapore boleh menggunakan perkhidmatan keretapi.
Bila sebut jer nak pergi melancong atau trip ke mana-mana kebanyakan lebih selesa naik flight, bas atau kenderaan sendiri berbanding menggunakan pekhidmatan keretapi ni. Biasalah kalau naik keretapi, jangka masa perjalanan ke sesuatu destinasi kekadang dua tiga kali ganda masa yang sepatutnya naik kenderaan lain kan. Sebagai contoh katakan dari KL - Johor Bahru, kalau drive sendiri agak-agak berapa jam leh sampai..kalau nak keretapi...ehehehe..mahu kematu bontot je dok....Kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman naik keretapi sekali dalam seumur hidup boleh lah mencuba nya.
Oleh kerana kelajuan keretapi ni agak 'slow' berbanding kenderaan lain, maka ia tergolong dalam kategori budget murah atau tambang murah. Kalau ada yang nak travel tetapi budget 'ciput' boleh menggunakan perkhidmatan ini.
Aku tak mau citer panjang meh aku review sikit berkenaan KTM ni..
Keretapi Tanah Melayu merupakan pengendali keretapi utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajah British, apabila laluan keretapi asalnya dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi antara bandar (intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.
Sumber : KTM
Terdapat banyak laluan KTM ni dan terbahagi kepada beberapa section :
Sumber : KTM Intercity Route |
Sektor Selatan melibatkan laluan dari KL Sentral ke Seremban - Gemas - Segamat, Kluang - JB Central - Woodlands
Sektor Timur dari KL Sentral ke Seremban - Gemas - Jerantut - Kuala Lipis - Gua Musang - Dabong - Krai - Tanah Merah - Pasir Mas - Wakaf Bharu - Tumpat
Sektor Utara dari KL Sentral ke Rawang - Tanjung Malim - Tapah Road - Kampar - Batu Gajah - Ipoh - Kuala Kangsar - Taiping - Parit Buntar - Bukit Mertajam - Butterworth - Sungai Petani - Gurun - Alor Setar - Arau - Padang Besar
Untuk maklumat laluan dan masa perjalanan dengan lebih terperinci boleh rujuk timetable di bawah.
Sumber : KTM - Route Timetable |
Tapi apa yang ingin aku kongsi disini adalah jadual perjalanan bagi sesiapa yang ingin ke Woodlands, Padang Besar, Hat Yai dan Bangkok. Lain-lain destinasi korang boleh refer dalam website KTM jangan malas-malas eh..
Destinasi yang menjadi pilihan kaki travel macam aku mestilah trip ke :
1. Kl Sentral - Padang Besar - Hat Yai
Tren No 20 - Senandung Langkawi
Masa bertolak 09.20 mlm dan di jangka tiba di Padang Besar jam 08.35 pagi dan 9.27 pagi di Hat Yai
Tambang : Seaters RM34.00 , Sleeper Coach Low Deck RM60.00 dan uppfer Deck RM54.00
2. KL Sentral - Woodlands Singapore
Tren No 2 - Ekspres Rakyat
Masa bertolak : 02.56 petang dan dijangka tiba pada jam 0.45 pagi
3. Butterworth - Bangkok
Tren No 35 & 36 - Ekspres Antarabangsa
Masa bertolak : 01.51 tengahari dan 02.20 petang
Kaedah pembelian tiket :
1. Online Transaction (E-Ticket)
Tempahan boleh dibuat dalam tempoh seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Tiket tidak boleh dibeli secara dalam talian bagi perjalanan kurang daripada tempoh 48 jam dari tarikh perjalanan. Tiket konsesi tidak boleh dibeli secara online. Pelanggan boleh mencetak tiket dari pencetak PC mereka untuk digunakan sebagai tiket perjalanan yang sah. Buy your ticket online HERE
2. Tempahan melalui Email
3. Pembelian di Kaunter Tiket
Pembelian tiket di kaunter boleh dilakukan pada bila-bila masa di dalam tempoh seawal 60 hari sebelum tarikh perjalanan. tiket boleh dibeli di semua kaunter tiket intercity serta di stesen komuter terpilih.
4. Tempah tiket melalui telefon
Tempahan tiket melalui telefon boleh dibuat seawal 60 hari atau selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Nombor rujukan tempahan (ID) akan diberikan semasa tempahan dibuat dan tiket mesti diambil di kaunter berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan. Tempahan telefon dibuat melalui Pusat Panggilan KTMB di talian bebas tol 1-300-88-KTMB (5862) bagi panggilan tempatan atau di talian 603-22671200 bagi panggilan antarabangsa.
Kadar TAMBANG /HARGA tiket bagi setiap destinasi boleh rujuk di SINI
**Semua maklumat yang di paparkan boleh diperolehi melalui laman web KTMB, entri ini hanya sebagai alternatif rujukan sekiranya MALAS untuk merujuk kepada website tersebut. Kiranya aku ni seorang yang rajin berkongsi info dengan pembaca semua...ahahah..perasan..sebenarnya ia sebagai rujukan aku jugak...*

Tempahan tiket melalui e-mel boleh dihantar seawal 60 hari atau selewat-lewatnya 4 hari sebelum tarikh perjalanan. Permintaan untuk tempahan hendaklah dihantar ke alamat e-mel callcenter@ktmb.com.my dan e-mel anda akan dibalas dalam tempoh 3 hari bekerja. Nombor rujukan tempahan (ID) akan dimaklumkan melalui e-mel selepas tempahan dibuat. Tiket mesti diambil di kaunter tiket KTMB berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan.