Wednesday 29 January 2014

Agoda.com VERSUS Booking.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua reader yang budiman tu,


"Hai!!..I'm back..semalam di Kemboja...hari ni di Malaysia..hee"

Hari ni JM ingin berkongsi sedikit panduan dan tips semasa membuat tempahan hotel. Kepada mereka yang biasa travel ke sana ke mari, isu tempahan hotel ni bukan lagi menjadi masalah yang besar kan. Kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia travel boleh rujuk sini.

Perkara pertama yang perlu di fikirkan selepas beli tiket flight adalah tempat penginapan destinasi yang di tuju. Sebelum tempahan di buat perlu buat survey dari segi lokasi, harga dan dapatkan info sepenuhnya daripada forum, tripadvisor dan pendapat kawan-kawan yang pernah menginap di sana agar percutian lebih bermakna.

Kepada mereka yang kerap travel ke luar negara salah satu cara membuat tempahan bilik hotel adalah melalui  agoda.com , booking.com  atau  hotelscombined kan...betul tak..ke ada website lain yan boleh di gunakan, jika ada boleh kongsi ngan JM ye. Bagi hotel yang mempunyai laman web sendiri boleh terus booking melalui laman web tersebut. Jika kurang budget boleh tempah hostel melalui  hostelworld  atau hostelbookers .

Ini adalah perkongsian pengalaman JM membuat tempahan bilik sebelum bercuti di Siem Reap dan Phnom Penh, Cambodia. Kebiasaan nya JM akan tempah melalui agoda tetapi baru-baru ini try tempah bilik hotel melalui booking.com dan terdapat pro dan cons antara kedua-dua laman web ini. So sila buat pilihan yang tepat antara keduanya.

Apa yang ingin highlight di sini adalah perbezaan cara dan harga antara Agoda dan Booking.com

a. Membuat tempahan melalui Agoda.com

Langkah-langkah yang kepilkan di sini adalah sebagai panduan kepada mereka yang pertama kali ingin membuat tempahan bilik melalui Agoda.com dan kepada mereka yang sudah biasa dan cekap sila abaikan ye.

1. Masuk website agoda di www.agoda.com ( versi bahasa melayu : http://www.agoda.com/ms-my )

Main page agoda.com

2. Nampak tak link Daftar Sekarang di sebelah kanan tu, kepada pengguna baru, boleh daftar terlebih dahulu kerana setiap tempahan yang di buat melalui agoda akan menerima mata ganjaran. Kiranya mata ganjaran ini nanti boleh di tebus semula.


Klik link Daftar Sekarang untuk proses pendaftaran - Free Of Charge

3. Selesai sahaja mendaftar, klik link daftar masuk sebelum membuat sebarang tempahan
4. Kemudian buat carian hotel dengan memasukkan negara atau bandar yang akan di lawati, tarikh daftar masuk dan bilangan hari yang akan bermalam.



Masukkan tempat yang akan di lawati sbg coth Siem Reap, tarikh bermalam dan jumlah hari bermalam

5. Agoda akan memaparkan senarai dan jumlah hotel yang terdapat di lokasi tersebut. Menjadi tanggungjawab pengguna untuk memilih jenis hotel, harga dan lokasi mengikut budget masing-masing.


Selepas carian di buat, agoda akan memaparkan senarai hotel yang terdapat di lokasi yang dipilih

6. Setelah berpuas hati dan pilih hotel yang terletak di lokasi yang strategik, pilih jenis bilik (Room Type). 


Pilih hoteh - sebagai contoh Rithy Rine hotel Siem Reap
Agoda akan memaparkan jenis bilik dan harga untuk semalam

7. Selesai pilih jenis bilik, masukkan bilangan bilik dan klik Book it. Masukkan maklumat detail seperti di bawah.


Masukkan maklumat terpeinci pada ruangan yang di sediakan. Jumlah harga yang di paparkan belum termasuk 10% TAX dan Service Charge

 8. Apabila setuju dengan info yang di masukkan, klik Continue. Sistem akan memaparkan jumlah sebenar yang perlu di bayar menggunakan Kad Kredit. Pengguna boleh memilih untuk membayar sekarang atau bayar kemudian sebelum tarikh tertentu. Perlu di ingat, sekiranya buat tempat bagi pihak atau untuk orang lain, pastikan tanda pada petak I am not staying at the hotel. I am making this booking for someone else. Oleh itu di sinilah kepentingan perlu ada kad kredit.


Skrin untuk memasukkan maklumat terperinci kad kredit
Selesai membuat bayaran, agoda akan hantar booking confirmation ke alamat email semasa pendaftaran tadi

9. Cetak dan bawa bersama booking confirmation untuk 'present' semasa check - in hotel dan pastika juga bawa bersama kad kredit untuk proses verification. Jika booking bagi pihak, kad kredit tidak di perlukan untuk pengesahan.
10. Jadi kesimpulan nya jumlah bayaran yang perlu di buat adalah RM445.68 untuk tempoh 3 hari 2 mlm


b. Membuat tempahan melalui Booking.com

1. Masuk website Booking.com di http://www.booking.com/

Main page booking.com

2. Nampak tak link Sign in or Create an Account di sebelah kanan tu, kepada pengguna baru, boleh daftar lebih dahulu kerana setiap tempahan yang di buat melalui booking.com akan menerima mata ganjaran. Kiranya mata ganjaran ini nanti boleh di tebus semula.


Create New Account page - register free of charge

3. Selesai sahaja mendaftar, klik link daftar masuk sebelum membuat sebarang tempahan
4. Kemudian buat carian hotel dengan memasukkan negara atau bandar yang akan di lawati, tarikh daftar masuk dan bilangan hari yang akan bermalam.
5. Booking.com akan memaparkan senarai dan jumlah hotel yang terdapat di lokasi tersebut. Menjadi tanggungjawab pengguna untuk memilih jenis hotel, harga dan lokasi mengikut budget masing-masing.


Sebagai contoh : Green Centre Point Inn
Booking.com akan memaparkan jenis bilik dan harga untuk semalam

6. Setelah berpuas hati dan pilih hotel yang terletak di lokasi yang strategik, pilih jenis bilik (Room Type). 
7. Selesai pilih jenis bilik, masukkan bilangan bilik dan klik Book Now. Masukkan maklumat detail seperti di bawah.



Form Submit your detail
Insert detail information and address
Sistem akan memaparkan jumlah sebenar yang perlu dibayar temasuk 10% VAT dan Service Charga and City Tax 2%

8. Apabila setuju dengan info yang di masukkan, klik Continue. Sistem akan memaparkan jumlah sebenar yang perlu di bayar TETAPI tidak perlu bayar sekarang kerana bayar semasa check in nanti. Pastikan bawa bersama Kad Kredit


Confirmation ID Green Centre Point Inn
Confirmation ID for Rithy Rine Angkor Hotel

Selepas dibuat perbandingan harga bilik hotel yang sama tetapi booking melalui 2 website yang berbeza didapati :

Agoda.com
1. Harga bilik Rithy Rine Angkor Hotel bagi 1 mlm termasuk tax adalah RM89.58
2. Perlu bayar terus semasa booking atau bayar kemudian tetapi ada tempoh masa tertentu
3. Jika pembatalan di buat, akan di kenakan bayaran USD15
4. Ada juga bilik menawarkan FREE CACELLATION
5. Harga bilik Green Centre Point Inn bagi 1 mlm termasuk tax adalah RM115.74

Booking.com
1. Harga bilik Rithy Rine Angkor Hotel bagi 1 mlm termasuk tax adalah RM84.00
2. Tidak perlu bayar semasa booking, bayar semasa check in
3. Free Cancellation
4. Harga bilik Green Centre Point Inn melalui bagi 1 mlm termasuk tax adalah RM75.00

Jadi...tepuk dada dan tanya selera..which one is better...TAPI sebelum buat keputusan buat perbandingan harga terlebih dahulu dan susah tentu kita akan pilih harga yang lebih MURAH kan.

Semoga ia menjadi panduan semua.

Wassalam

189 comments:

  1. bagi kaki jalan berpoket nipis dan tak ada 'kad gesek' seperti saya, cari dan tempah hotel/hostel di booking.com sentiasa menjadi pilihan hati. hehehe

    btw, JM welcome back to Malaya. souvenir utk saya xde ke? * x malu mintak souvenir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear PM, ye betul tu...bila dah buat comparison ni JM dah jatuh hati sama booking.com heee

      Mesti lah ada....pstt..kasi lah alamat nak hantar wlpun kita berjiran susah benor nk jumpa..nanti PM dah nk terobang dan stay jauh dari kitaorang...PM nk tahu..JM pegi kemboja ngan Ana je..kami berdua..alaaa..Raihana..kwn g candat sotong tu..mmg enjoy travel ngan beliau

      Delete
    2. Sy bdk br blajar nk book hotel gune booking.com..cmne care nk book tanpa kad kredit?1 lg klo gune kad kredit die mtk cvc no. Trus xbrani nk proceed...

      Delete
    3. Raihan : biasanya kalau nak booing mesti ada atau guna kad kredit..so tak perlu risau lah tentang minta CVC no tu..mmg secured..

      Delete
  2. Good info JM ... me suka guna Booking.com sebab most of the time my hotel choices tu rega lagik murah kat booking.com compare dengan kat Agoda ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...itulah...pilihan bijak tu..no wonder lah Azra leh travel ke koya bukan tiap2 thn lagi dah..tapi berkali2 setahun hikss..masih perlu belajar cara Azra niehh...skrg JM pun dh bertukar ke booking.com

      Delete
  3. saya suka booking.com sebab harga yg dipaparkan tu dah include semua. agoda pulak hidden cost dia tunjuk after kita pilih. x best camtu.
    tapi agoda ada points yg boleh redeem nanti, yg tu best gak

    ada satu lagi, asiaroom.com, kadang2 ok jugak harga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuli..itu lah kan..ada pro and cons..tapi bila try booking.com cam best plak...asiaroom.com?..ok2..nanti JM try ricky2 gak..

      Delete
    2. kalau dah book kat booking .com tp las las x jadi..bole cancel x? ..hehe

      Delete
    3. kalau dah book kat booking .com tp las las x jadi..bole cancel x? ..hehe

      Delete
    4. Cahaya firdausi : boleh cancel TETAPI pastikan tgk terma dan syarat sbb free cancellation before some date dan kena byr jika late cancellation so depend. Baca betul2 term of condition sblm cancel

      Delete
  4. tq JM for the info..for the very first time rs nak amek tahu dan try booking.com..sebelum ni mmg Agoda atau hostelworld sahaja...
    nampak...JM telah mempegaruhi aku...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Aza..lama betul akak tak sggah blog ko..nanti ada masa akak blog walking yek..

      Aha..ye ke..ok2..nanti try compare harga 2 website tu..akak rasa booking.com lagi murah dari Agoda..pastu leh bayar kat hotel tanpa perlu bayar dulu...waktu ke Kemboja hari tu dorang tak mintak pun kredit card..apa lagi jom beralih ke booking.com...dh terpengaruh ek..tak pe menda baik :-)

      Delete
  5. info yang menarikJM. thumbs up ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Den..ehh..dah tukar nickname lah...email alamat plssssss...nk hantar ole2 Cambodia :-)

      Delete
  6. Alamak JM, knp linda rs agoda murah sikit dr Booking.com? sbb baru ni pergi bali, dah compare agoda yg murah, Villa linda tu rm450 ( + tax), Booking pulak rm800 ( + tax) mmg jauh beza habis. terus klik X kat booking.com. Tapiiiiiiii linda rasa betul la tu JM ckp, comparison adalah penting sblm decide which one kita nak pilih. Pernah je pegi melaka, guna booking.com sbb lg murah dr agoda. hehehehe. So win-win situation ni.. kene pandai cek rate yg murah kan? amacam Siem Riep best tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Lin, ahaaaaa...betul tu perlu compare harga..check dulu which one better offer than baru decide..so kira Lin dah buat pilihan bijak tu...jauh beza harganya kan..

      Lin..Siem Reap mmg best...terutama pegi bln Jan cuaca sgt sejuk..pagi2 pun terasa sejuk seperti letak tangan dalam ais batu..cakap pun berasap..dpt plak driver tutk2 yg baik hati dan sporting ..mmg best lah..enjoy sgt..gelak berdekah2 ngan driver tu..lepas JM publish story nanti mesti Lin tak sabar nk pegi hehehe...jahat tak?

      Delete
  7. Biasa saya akan gunakan agoda.com dan tripadvisor sebagai rujukan asas. Lepas itu, saya akan google search for that particular hotel/hostel/guesthouse official website sebab kadang-kala direct booked from them adalah lebih murah berbanding dari third party. Baru-baru ini, saya rasa agoda.com makin mahal berbanding dulu tapi demi untuk mengumpul points, tutup mata jah lah. Dah dua kali dapat redeem rooms for free and now waiting for redeem another one again =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..Diana...betul tu..bijak cara diana buat tu..bagi certain hotel boleh direct booked je coz lagi murah..

      Wahh...nk redeem lagi tu...ke mana lak ye agak nya...

      Delete
  8. Bagi syieda, nak travel memang kena rajin buat research. So far syieda pernah guna agoda, booking.com & hostelworld. Semua ada kelebihan masing2. So far syieda paling suka agoda kot...sbb dah sedia bayar dr mesia. So x payah pikir nak ketepikan duit waktu travel nanti. Tapi terpulang pada keselesaan masing2. Ye tak jm?
    Btw dah dpt souvenir. Hihihihi..siap ada note lagi. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu..SETUJU sgt..masing2 ada pro and cons dan ada kelebihan masing2 than kita sebagai pengguna perlu bijak dalam membuat pilihan kan.

      Dah terima eh..alhamdulillah hiks...

      Delete
  9. zura bercuti mmg book hotel melalui booking.com sbb zura & hubby tkde kad kedit..hihih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha...itu satu kelebihan kan..kalau tak de kad kredit leh booking kat booking.com...tak semua org ada kad kredit kan..

      Delete
  10. saya budak baru belajar , first time buat terhegeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ngan JM jugak Nieda..semua org mcm tu kalau festime..perlu lebih hati2 kan..spt mula2 drive dulu pun sama..bawak slow je..tapi bia dh biasa...bukan main lagi pecut...cam tu gak kalau nk booking hotel pun..ok tak perumpamaan mcm tu heee

      Delete
  11. saya suka booking cara ini...Tahniah panduan yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara MKL...senang kan cara ni :-)

      Delete
  12. Akak prefer booking.com dari agoda sebab charge hanya dikenakan masa kita check in. Kena hati hati pilih hotel dan kalau boleh pilih yg free cancellation. Satu lagi masa check in cakap siap siap nak bayar cash atau kad kredit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...setuju cara kak Ita sbb JM pun buat mcm tu :-)

      Delete
  13. JM boleh juga guna asiaroom.com...

    Minggu lepas saya ada buat tempahan bilik dg booking.com... tapi terus dicaj pd hari yg sama... camna tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lang Mie, Aha..ok gak..JM pun baru tahu..terima kasih PLM

      Ohh..ye ker..hotel kat msia or obersea..kalau camtu tak pasti plak..coz JM booking bayar je kat hotel pastu tak perlu present kad kredit

      Delete
  14. Ayu mula2 blaja book2 hotel ni thru agoda..kemain happy bila dpt book tp xsilap ayu dulu agoda trima pymnt thru maybn2u tapi skunk guna kad kedit segala dong..maka pnjm la kad kedit mmber huhu nati nk try gn booking.com plak mcm mrh jer dr yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu...jom kita BERTUKAR heee...tapi pastikan Ayu compare dulu harga utk 2 cara tu..cari mana yg lebih murah baru booking ek :-)

      Delete
  15. welcome home JM!
    thanks untuk perkongsian....boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs...JM sudah selamat tiba di Msia...rindu pulak sama orang2 kemboja heheheh...ada ke patut semasa JM nk check in di kaunter AA time nak balik tu..staff tu kp kemboja ngan JM..tercengang I tau..ahaha..nampak nya rupa JM ni tak ada beza ngan org kemboja..nk tahu kisah lanjut nanti JM kongsi

      Mrs belum pernah try ek...tak pe next time kalau nk ke mana2 leh try

      Delete
  16. Selalu saya memang guna booking.com jer. JM dah balik dari cambodia, ada ole-ole tak, hiks hiks..
    tak sabar nak tunggu cerita..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. LD..aha..best kan guna booking.com
      Ha'a..JM dah balik..mestilah ada utk kawan2 JM tu..eh..pernah tak email add pada JM...coz cari dlm list tak ada lak...kalau belum..Email add plssss

      Delete
  17. Bagus la entry ni Kak JM... Menjadi panduan bagi mereka yang baru nak travel.. zaman sekarang ni semua dah mudah.. :D
    By the way Kak JM ni macam ada pintu ajaib kat rumah.. kejap Vietnam kejap Cambodia kejap Malaysia heheheheee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..nama blog pun panduan dan tips travel kan hiks..boleh le kongsi info sikit2 ni haaa

      Alaaa..ngate org ek..dia pun sama lah..kejap miri kejap brunei..tetiba dh ke Tokyo (dlm diam2 lak tu)..ntah mcm mana dah sampai Msia...kita serupa heeee..pasni ntah ke mana plak ek

      Delete
  18. Perkongsian yg amat bermanfaat...Thnks dear..akak baru belajar nak buat tempahan hotel ni...
    Pglman lalu akak jadikan iktibar..heheh..pernah first time ke Sabah tnpa tempah hotel..g pulak bawak anak2.. Kononya saja jalan2.. Bila sampai sana..jelajah dari satu hotel ke satu hotel coz semuanya penuh..nasib baik pamndu teksi yg akak ambil dari Airport tu jenis yg baik hati.akhirnya jumpa jugak hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak MP, harap entri dapat membantu ye...akak jgn tak booking hotel dulu akak..mmg masalah kalau tak booking dulu coz hotel akan sentiasa penuh terutama time cuti..Nasib baik dpt pemandu yg baik hati tu kan

      Delete
  19. bagus entri ni. berguna betul untuk orang yg nak travel dan nak buat booking hotel. sy pun tgh plan jugak trip nk gi travel. salah satunya guna agoda jugak. tp nk share jugak pasal lagi satu kalau nk buat comparison flight tiket saya guna skyscanner.com. huhu.. jemput lah singgah blog sy ye. :)

    http://iluvtour.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..terima kasih Kaio..JM pun dapat info pasal skyscanner ni..dh pernah cuba compare flight price kat sana :-)

      Ok2..i will visit ur blog :-)

      Delete
  20. hamboi kak JM.. jadi cikgu gituu. baguih bebenor ni. i pun selalu book hotel guna either booking.com or agoda. satu lagi hostelworld. sekarang ada satu lagi. asiaroom.com senang je. tapi memang ada pro and cons la. ni nak pi kemboja ker? which is my next destination for this year too.tengah duk kumpul info lagik ni.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farel...lama betul menyepi..rupanya ke Korea ek...best aa..akak pun baru sekali ke sana...thn ni nak pegi lagi hahah
      Ha'a..skrg dh mudah kalau nk booking hotel cuma perlu compre harga dulu kan coz ada yg offer harga murah coz charge tax yg berbeza tu...

      Uik..nk ke kemboja ek..ok..ok..tak perlu risau..refer je kat blog akak ni..nanti akak publish semua info yg berguna dan detail...senang Farel nk jenjalan kat sana heee

      Delete
  21. nice entry! akan di jadikan rujukan utk future travel plan.. hee.. sy pernah book hotel on behalf of my colleague dkt singapore dr expedia.com. di sbbkn beliau tlh mem booking hotel berkenaan sblm ini melalui expedia.com, sy cuma assist utk add 1 more night je.. hehe.. tak smpt plk nk compare price dll.. hehe.. itu pn sy dptkn bantuan dr pihak hotel berkenaan dan mereka sgt la helpful.. hehe..

    rasanya bru je lps hbs baca entry shopping sis JM di HCM.. hehe.. sudah ada trip ke kemboja plk.. hehe.. cpt2 share yer sis.. sy mmg suka baca..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...best kan info yg akak kongsi ni..nanti refer je sini yek heeee..expedia.com..ni festime akak dgr..nanti leh try kat sini plak

      Aha...ke kemboja lak...nanti akak update..psstt..email pada akak alamat..mau pos ole2 :-)

      Delete
  22. Hi JM
    lepas ni nak gi aner (hehehhee)
    Moga ang sehat selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dilla..dgr khabar dah balik ek..demam pulak ek..biasalah apabila berubah cuaca tu...Alhamdulillah dh selamat pulang..dah sihat nanti update cepat2..JM nk baca ..mesti menarik pengalamn di sana kan..

      Ahaks..JM ke?..pasni nk ke Thailand :-)

      Delete
  23. best ahh leh jalan jalannnns.., UHuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAk!..bila nk jenjalan lagi..last trip ke Jakarta kan :-)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Tak nak lah Wak..dgr pun dh seremmmm heee

      Delete
  24. syiokkknyer adik akakni baru balik dari jalan2 yerk... tak sabar2 akak nak membaca reviewnyer...
    akak ni der sekalijer booking agoda.. tak kaki berjalan sangatler katakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye akak..JM baru balik dan ada le ole2 tuk akak jgk..tggu...2-3 hari lagi sampai le tu...kalau akak nk jenjalan ke obersea nanti leh la booking cara JM ni hikss

      Delete
  25. Jap sis nak tny.. booking.com tu kan klau guna kad cr org lain cmne pulak eh. Kene bwak kad cr org ke cane..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak salah..semas booking nati akan ada soalan samaada yg booking tu akan menginap atau lirg lain..part ni boleh guna KC org lain janji tak terus bayar semasa booking

      Delete
  26. Jap sis nak tny.. booking.com tu kan klau guna kad cr org lain cmne pulak eh. Kene bwak kad cr org ke cane..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman akak booking hari tu mmg guna kad kredit sendiri. Bila sampai di hotel perlu bayar cash pastu dorang tak minta pun KC utk verify. So kalau guna KC org lain pun akak rasa boleh coz kita belum byr semasa booking lain lah kalau nk bayar nanti guna kad kredit org tu..

      Delete
  27. seronok betul tengok JM boleh melancong ke luar negara.untung orang ada rezeki lebih ni.enjoy.baru-baru ni saya gunakan perkhidmatan booking.com tu.booking hotel pulai dekat simpang pulai sebab ada exam spa di matrik gopeng.petang jumaat 7/3 booking nak masuk petang tu jugak, di paparkan harga rm80 tak perlu kredit card dan bilik tak banyak yang kosong tak silap ada 2 yang kosong seperti dipaparkan di web booking.com.bila dah selesai booking saya dan wife pun pack barang bertolak ke simpang pulai.sesampai kat hotel tu, tunjuklah bukti yang saya dah booking, kerani kaunter boleh kata tak dapat apa-apa maklumat dari bos pun.mujur ada bilik kosong, dan memang ada banyak lagi bilik kosong, tak seperti dipaparkan di booking.com.mungkin hotel pulai masih baru dan masih tidak sistematik lagi dengan booking.com. tapi bayangkan kalau buat tempahan, bila tiba di hotel penuh, dan pada waktu itu pula kita di luar negara di tempat orang.acamne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha...Awie958, ada gak kes macam ni ek..JM tak pernah lalui situasi seperti ini...alhamdulillah setiap kali booking ke hotel di obersea, sampai sana tunjuk bukti booking, cheeck in masuk bilik pastu check out baru bayar.

      Maybe pihak bookimg.com perlu improve lagi perkhidmatan mereka agar customer tidak berpaling tadah :-)

      Delete
    2. haaa pembeli selalu tersalah sangka bahawa online portal itu adalah hotel itu sendiri. FYI hotels are selling rooms on all these online portal. it is up to hotels how many room allotment they want to sell on the website. the website are not able to control hotels room allotment. it is same practice with rate they are selling. the online portal merely functioning as a marketing and sales platform for all these hotels. when you purchase the booking, the website booking system will send a notification to the respective htl. normally there will be a specific person or dept monitoring all new reservation from outsource website. the respective dept or person shall update to htl front desk to allow customer check in. however, if customer purchase a last minute booking, it is advisable for you to mention to front desk that you've made a last minute bkg to allow front desk to check with person in charge of online reservation or maybe some htls front desk duty manager also have an access to check last minute new rsvn from online portals. if there is any discrepancies, you can always call the online portal customer support for help. cheers!

      Delete
  28. Salam . Akak . Saya baru nak brjinak jinak buat tempahan hotel secara online . Kita tak pyh byr skrg kan ? Mksudnya kita blh byr time nak check in je kan ? Pastu kan wajib guna kad kredit ke bila nak byr ? Last question bila nak check in nanti mmg kena tnjuk eh bukti yg kita ada tempah hotel yg kita nak check in ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam Aishah, dari pengalaman akak hari tu booking hotel di siem reap dan phnom penh..tak perlu bayar semasa booking tetapi perlu masukkan maklumat detail kredit card, kemudian cetak bukti booking. Sampai di hotel nanti tunjuk booking form, check in pastu bila check out baru dia minta payment. Boleh bayar cash or kredit card.

      Delete
  29. Hi JM, lau kita da booking kan, kena call ke hotel tu untuk confiramtion? Takut tak update pulak sistem dorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown..selama JM booking online ni tak pernah pula buat confirmation dgn hotel..setiap kali nak check in..bila show booking id..dorang semak sistem terus boleh check in

      Delete
  30. Salam. Akak, saya salah seorang silent reader akak..best baca blog akak pegi jalan2..saya pun baru berjinak2 dgn dunia travel ni..hihihi..nak tanya kalau book guna booking.com tu die still akan minta no. kad kredit kan??tp kalau kite tak ada kad kredit nak isi mcm mana ya??boleh ke 'pinjam' no. kad kredit org lain??hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Nur Liayana..kalau booking melalui booking.com memang perlu ada CREDIT CARD dan boleh pinjam CREDIT orang lain sbb guarantee tapi nanti ada option sama ada nak bayar cash or card semasa check in so pilih CASH. Jika bookong melalui agoda.com boleh pilih bookng bagi pihak so boleh guna CC org lain..harap faham ye penjelasan ni

      Delete
    2. Okey kak..faham2..terima kasih kak..

      Delete
    3. Sama-sama kasih Liayana hiksss

      Delete
  31. Ada pengalaman ngan booking.com. Book hotel kat Perlis. Selesai. Dua tiga hari kendian, pihak hotel tepon cakap tak ada bilik kosong kat situ. Kata sudah book dgn booking.com tp dia kata...ala...bla bla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che dai...JM pun ada dgr beberapa rungutan dari rakan reader berkaitan booking.com ni.kes bila dh booking then bila time nk check in hotel full book lah, pastu ada yg ckp dorang tak terima pun booking lah..itu semua rungutan apabila book hotel di msia. Buat masa ni Alhamdulillah..sejak JM booking hotel di obersea guna booking.com tak ada masalah ..boleh check in seperti biasa..pelik..kenapa jadi begitu? better call je lah terus hotel tu

      Delete
    2. hehe meh saya explain utk scenario ni ye. dlm terma online htl business, kita panggil kick-out bookings. sebenarnya htl dah letak room allotment dlm website tu, tapi maybe due to htl running higher occupancy, dorang jual jugak allotment yg dorang reserve utk online portal. maka lepas customer dah confirmed booking, baru htl terperasan ada double booking sbb allotment dah full. kat sini online portal company kena memainkan peranan by contacting customer to inform the problem. usually the agent akan sediakan options utk customer nak selesaikan masalah bilik. samada transfer ke htl lain atau full refund as per amount customer paid. harus diingatkan juga, the alternative htl being offered to customers are limited to those htls that registered with the online portal only. online portal company sentiasa ingatkan htl supaya elakkan double booking ni sbb nanti nama dorang jugak yg tarnished. any problem, just reach out to cs dept ok. hope this will help you!

      Delete
  32. Salam. nak tanya, saya dah tempah guna booking.com bagi pergi ho chi minh, vietnam. Jika kita dekat sana nanti, jika bayar guna cash, better dollar, atau RM, atau currency vietnam. Sbb yg stated dkt booking tu guna RM. Ker kat sana tolak credit card jer? tkt lagi mahal ker atau cmne? hehe.. Thank you. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam are Zrie na...kalau guna kredit card lagi mahal coz ada charga ke atas kredir canrd nanti so better bayar seperti mana stated kat bookingtu..Vietnam terima ketiga2 mata wang tersebut...bayar dalam RM lebih berbaloi..pstt..sorry lambat reply

      Delete
  33. Salam kak.. nk tnya.. sy nk booking hotel kt bali ni. Guna booking.com boleh ke pakai debitcard?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalam Rina Amruddinn..sorry sgt..baru perasan komen nih...dah booking belum?

      Delete
  34. Salam kak.. nk tnya.. sy nk booking hotel kt bali ni. Guna booking.com boleh ke pakai debitcard?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Rina Amrirudin...ye boleh guna Debit Card. For more information please refer here

      http://www.booking.com/faq.ms.html

      Delete
  35. Salam kak, sy baru belajar guna booking.com.. sy mahu tempah hotel di bali
    1. tapi sy ragu2 betul2 dah tempah ke ni? boleh jadi kita punya booking tu hilang tak ?
    2. harga nya boleh jadi lain ke ? boleh bertambah ke ?
    3. mean bawak printed booking masa check in nnti ? then bayar masa kita kat hotel tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nasyitah,
      1. In Sha Allah selepas booking akan dapat Confirmation ID Booking..selama akak booking takde pulak hilang
      2. Kalau dah confirm booking harga adalah harga yang di bayar tiada pertambahan
      3. Ha'a...bawak confirmation booking ID then bayar di hotel..akak pernah buat di SR dan PP

      Delete
    2. segala persaoalan yang bermain di mina boleh rujuk website ni :

      http://www.booking.com/faq.ms.html

      Delete
    3. Wahh akak jari manis terima kasih .. its really help.. semoga Allah merahmati n memurahkan rezeki akak kerana memberi info untuk memudahkan org lain.Amin.

      Delete
  36. semua trip pon, utk hotel mmg guna booking.com...so far xpernah ad problem...bila compare, mmg rate selalu murah dr agoda.terbaek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sai...JM mmg akui buat masa ni memang tak ada masalah lagi..give me 5 hiksss

      Delete
  37. Salam. saya baru first time bok hotel pakai booking.com. mohon pencerahan mengenai prepayment. Sebab tanya hotel, dia kata suh transfer duit ke bank dorang atau bg details kad. sy x bg details kad tu and xtau cara nk transfer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Ain Akhsan : oleh email JM tak...nanti JM bagi detail instruction :-)

      Delete
  38. Saya terjumpa blog ni masa saya tgh buat research pasal hotel kat bangkok. Saya book guna debit card thru booking.com . Debit card saya ni duit dlm dia tak cukup ,saya takut masa preauthorization tersangkut,nanti dia reject pulak. Apa nasihat yg saudari boleh berikan? Perluke saya confirm,lets say, a week before check in...details saya semua..sy plan nak byr cash masa check in

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai MKH : soory lambat replt..dah book belum..kalau guna debit card pastikan duit mencukupi lain lah kalau guna kredit card..

      Delete
  39. waaaa pandainya jari manis bagi tips. mcm staff agoda dah ni. ni boleh screen shot hantar kat agoda mintak kot2 dorang boleh tambah reward points awak sbb awak dah bantu dorang.
    on other part, let me add info that agoda and booking.com sebenarnya satu kampeni hahah. so korang compare la harga mcmana pun, dorang tetap untung sama je. beza dorang adalah agoda is prepaid bkg and booking.com is postpaid. ada few htls in agoda list yg boleh buat postpaid. that is due to the room allorment actually datang dari booking.com. therefore bila u confirm htl yg postpaid tu melalui agoda, sekali confirmation email datang dari booking.com. don't panic, it is a valid bkg ok. same goes to bkg.com you might find a prepaid htl in their website. you booked and paid, tetiba confirmation email dtg dari agoda. korang takyah call bkg.com bising2 Tanya kenapa email lain bagai. like I said, it is a valid bkg. agoda and booking.com ada local contact number for you to reach their customer support.
    beza antara dua ni, booking.com customers may call before placing booking (due to most of their htls are postpaid hence they may help customers make booking) and agoda cuma boleh call lepas korang dpt confirmation email. number boleh di dapati dlm confirmation email. just scroll at the end of the email, click on customer support button, tadaaaaaa a long list of contact numbers based on countries are available for you to call. jgn komplen kenapa agoda cuma benarkan korang kontek dorang lepas buat booking. ini adalah kerana agoda tak boleh bantu anda buat booking melalui telefon, due to credit card privacy policy. ok?
    saya cuma boleh bagi tips pasal agoda dan booking.com je. jgn la Tanya kenapa and kat mana saya tau semua ni. terikat dgn compliance policy hehe but saya masih boleh bagi tips kalo korang nak.
    personal info - dorang ni eerrrrrr errrr kampeni yahudi. so pandai2 la korang pertimbangkan. tata

    ReplyDelete
  40. Hi JM. :) nak tanyee. Sy nk g melaka ja pong. Hahaha. Tapi first time nak guna booking.com ni. Booking.com mmg dah totalkan tax and service charge sekali dgn harga hotel kan? So, bila smpai kita mmg pay exact amount tu atau ada lagi additional fees? Takut lah smpai2 nnti kena bayar lebih pulak. Sorry banyak tanyaa. Hope to hear from you soon! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Norshamimi..nak tanya?..boleh ajer!! Ha'a..include all tax n sevice so sampai sana byr seperti mana yang di 'state' semasa booking. No hidden charge..

      Ala tu je nk tanya...sikit je tu heee

      Delete
  41. ouh..camtuh..baru nk berjinak2 travel neh..huhu..tgh mncri hotel2 kt krabi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu ke krabi stay kat J Hotel Krabi..besar dan lokasi menarik..cer try carik

      Delete
  42. klo paypal boleh kan JM? klo cmtuh baik booking.com.. bayar kat sne jer kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paypal?..akak JM rasa boleh!..yg pasti akak JM lebih suka booking through booking then agoda sbb rate nya lebih murah tapi masing2 ada taste yg berbeza. Ha'a..boleh bayar semasa check in..book now pay later :-)

      Delete
  43. Wahh nanti nak travel jengah blog JM jee. Yehaaa
    So far tak pernah lagi travel. Syok nye JM travel jauh dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur As..mmg best dapat travel lagi best kalau dpt travel partner yg sporting morting :-)

      Delete
  44. wah.. sungguh detail post ni.. apapun terima kasih..
    http://tempattempatmenarikdilangkawi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhd Hafizi : Terima kasih drop sini..kalau ada yg berminat ke langkawi boleh terjah boleh terjah blog tempat-tempat menarik di langkawi tu ye

      Delete
  45. thanks for sharing...selalu main aci redah je...ada rezeki, dapat la...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Amir : kalau di msia boleh je main redah tapi kalau bercuti di obersea jgn coba-coba main redah je untung batu tenggelam nanti hihihhi...so better prepare awal2 hiksss

      Delete
  46. Thanks for sharing JM. Very good info. Memang bagus buat comparison hotel yg kita nak menginap nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza : terima kasih kerana masih sudi baca entry lama nih :-)

      Delete
  47. Terperincinya. Suka! booking.com tetap di hatiku :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azyyati : ahakss...samalah...tapi sis JM akan compare mana yg murah tapi buat masa ni mmg booking.com jadi pilihan :-)

      Delete
  48. WOahhhh. beza juga harga dia kannn? Thanks kak for the infoo! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scha : ha'a..sbb tu perlu compare dulu sblm decide :-)

      Delete
  49. Saya selalu guna booking.com je sebelum ni sebab dekat situ selalu macam lagi murah. Tapi, lepas ni nak cuba pakai hostelworld pula sebab takde budget besar untuk penginapan tapi sibuk nak jalan-jalan juga. haha

    *pembaca baru dekat sini*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Farah...hostelworld pun not bad utk budget traveller...aha..no wonder lah akak pelum lihat nickname ni singgah sini..Welcome to my blog ye...sis dh buat kunjungan balas :-)

      Delete
  50. Bestnya JM memanjang atas flight.....hihi
    Nampaknya booking .com lebih murah yer JM....insyaallah kalau ada rezeki nak duk hotel boleh try booking.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainom Okje : ahakss..x lah selalu tetapi setahun ada lah 3-4 kali heeee
      Ha'a..itulah kiranya selepas di buat perhitungan dan perbandingan :-)

      Delete
  51. Sangat membantu entri ni. tenkiu JM :)

    ReplyDelete
  52. oooo macam tu baru acik faham.. tak pernah guna lagi kedua-duanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik : ye lah..buat pe nk guna kalau x ke mana2 hiksss

      Delete
  53. Mudah yer sekarang... Boleh kita buat perbandingan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua di hujung jari sekarang Zumal..nak dengan x nk je :-) janji ada line internet..dulu sis JM pun x tahu berkenaan website ni sejak bergelumang dengan dunia travel ni baru expose :-)

      Delete
  54. hye JM..sy ada prob.. klu book kt booking.com,klu nk cancel booking mmg kne bayar ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Me Gal : x perlu bayar jika cancel dalam period yg di tetapkan. Semasa booking akan di nyakan polisi berkenaan pembatan tu..sbg contoh..cancellation Fee is FREE jika cancel before 30 Oktober 2014. Jika selepas tempoh tu mmg dorang akan charga. So please..baca polisi ye :-)

      Delete
  55. tu la..sy silap..pakai klik je td... sy book utk esk.. ada charge plak..so kene byr la kan.. tp nk bayar macamana...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me Gal..klau booking tuk esok then cancel ofcoz perlu bayar...waktu booking tu guna CC kan..so nanti bila cancel dorang akan charge ke atas CC tadi..

      Delete
  56. kak JM...kite pengguna tegar booking.com... memang stakat ni puas hati...first time dengar tentang agoda ni... btw, boleh jugak book dekat gruopon, dengar2 murah jugak, kite tak pernah cube...aritu ade kawan sewa vila dekat phuket melalui gruopon murah giler...tak ingat berapa... :D rase ada lagi website yang bagus, tapi tak ingat, sebab dalam hati ada booking.com sorang jer...ehehehheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti Aisya : ha'a ada gak groupon promote harga hotel murah tetapi kadang2 tempoh yg kita nk pegi tu x de promosi..hamboiii!! kiranya booking.com ni teman setia Aisya lah ye hihih

      Delete
  57. Salam...sy nk tye la..sy dh tmpah hotel thru agoda atas nme sy tp gne kad kredit org lain...tp owner kad tu x ikut plak..xde mslh kn??juz bwk bkti cnfrmation je kn??then byr cash mse chck in kn..plz rspon..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Hana, semasa booking ada nyatakan (tick) bhgn booking for another person its mean booking guna CC org lain tetapi yg check in adalah org lain..BOLEH! dgn syarat bayar CASH semasa check in

      Delete
  58. salam sis..first time nak book ni..kalau pay later ada lain2 charge tak pada kad kita?

    ReplyDelete
  59. Salam kak
    Suka baca blog akak ni
    Byk info berguna
    Saya pon baru nak berjinak dlm dunia travel ni
    Booking.com tu mmg blh percaya ye
    Ade book hotel kat busan guna booking.com ni tp takut pulak kalau pegi sana bilik takde T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkomsalam Nur Hidayah...wahh..terima kasih kerana jadikan blog sis JM as a guide :-)
      in sha allah selama ni sis JM dah pergi byk negara dan stay hotel di sana sebahagian daripada nya booking melalui booking.com nih..Alhamdulillah tiada masalah

      Delete
  60. Salam JM....
    saya dah buat tempahan via booking.com (debit card CIMB)
    so kiranya nanti masa check in hotel saya just bawa Cimb bank card saja la kan...
    tp kalau saya nk bayar cash masa tu boleh tak..?
    gerun lak sebab first time book hotel guna booking.com...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zairi Cake : BOLEH..in sha Allah tiada masalah tapi pastikan nilai tu belum di tolak dari debit card tu

      Delete
  61. tak pernah terfikir untuk bandingkan antara dua laman web ini. perkongsian yang hebat. tq sis JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi medium untuk compare rate harga hotel adalah TRIVAGO.COM

      Delete
  62. thanks sharing dear..ni tengah mencari hotel jugak ni..

    tqvm :)

    salam perkenalan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga buat kehidupan sihat...skrg ni JM lebih suka booking.com...booking skrg byr kemudian

      Delete
  63. salam.. saja cuma nak bertanya pendapat JM berkenaan groupon? it's ok ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah try....tapi ada kawan pernah guna...OKEY katanya..dapat harga lebih murah

      Delete
  64. Tak pernah 'guna' yang lain selain agoda.
    Good tips ni JM. Ada alternatif lain. Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fidah Shah : cer try booking.com lak..mana tahu nanti jatuh cinta hihiihh

      Delete
  65. Nak tanya..kalau kite booking guna debit card kat booking.com tu boleh cancel tak? sebab hostel tu tetiba kate tak boleh cancel pulak..camane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikoayumi : minta maaf ye..JM x pernah ada pengalaman booking guna DEBIT CARD

      Delete
  66. Assalam... sye bru nk try cuba booking guna trivago.. guna debit card.. if dia kata mintak no kad.. kita kena bgi no yg ada kat kad atm kita 2 ka.. or no akaun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Diyana..for more infor sila refer sini http://www.booking.com/faq.ms.html

      Delete
  67. Sye ni baru nk try booking guna trivago.. nk guna debit kad la..masa nk isi cara pmbayaran dia ada soh masukkn no kad.. no kad 2 no akaun kita or no yg ada dkt kad atm kita 2 ek.. sye jdi cnfuse la... blh terang kn x

    ReplyDelete
  68. Sye ni baru nk try booking guna trivago.. nk guna debit kad la..masa nk isi cara pmbayaran dia ada soh masukkn no kad.. no kad 2 no akaun kita or no yg ada dkt kad atm kita 2 ek.. sye jdi cnfuse la... blh terang kn x

    ReplyDelete
  69. Nak tnye, kalau dh booking di booking.com dan ingin buat pembatalan, booking.com akan charge 100% pernight utk setiap pembatalan.. Dari mane duit tu akan ditolak? Dan ada tindakan apa apa tak sekiranya payment tu x dibuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti Norlela..cancellation Fee bergantung kepada cancellation policy

      "Please remember to check the hotel’s cancellation policy before making any changes to your reservation. Non-refundable rooms and other special deals may have a different cancellation policy. Room-specific cancellation information can be found next to the room type under the "Conditions" column on the hotel's page"

      Delete
  70. Salam nk tnya..klo book di agoda yg book n pay later tu cmne ek? dia akan deduct payment on certain2 date ke atau bayar di hotel masa check in?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atikah..kalau book n pay later..pay semasa check in nanti

      Delete
  71. Salam kalau kita masuk kan kad debit no masa booking so nnti masa nak check in kita bayar cash atau mesti guna kad kredit jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Etri Hartika..Wkomsalam..kalau booking now pay later..biasa masukkan no kad je dorang x deduct from card but pay cash semasa check in..sila rujuk syarat semasa booking...

      Delete
  72. kalau booking guna booking.com then bayar guna kad kredit...nti harga yg cas dkt kad kredit same x dgn booking.com bg? if booking untuk oversea pnye hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. MiSz sRi...charge ke atas CC adalah SAMA seperti yang TERTERA alam booking.com...sbg contoh JM booking hotel di Seoul, booking.com akan nyatakan jumlah perlu di bayar dalam nilai Won dan RM..so jika jumlah dlm RM adalah RM230 itu lah nilai yang akan di deduct from CC...no extra charge

      Delete
    2. ooo yeke...dlm mlysia mmg slalu guna booking.com..oversea xberani sbb dia tulis price ad * dkt blkng..hehe...kalau same boleh guna booking.com laa...

      Delete
    3. MiSz sRi..dont worry..sis JM mmg setia ngan booking.com..an jumlah bayaran adalah spt dalam website..biasa sis JM PAY LATER..pay at hotel or GH

      Delete
  73. sis...nk tny...klu sy nk booked 3 katil dlm bed 4in1 dorm style...dkt kuantiti tu sy kne ltk 1 o 3?? konpius la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alexa29..kalau nk book bilik dorm perlu masukkan nama gues..jadi kalau guess tu 3 org masukkan bilangan = 3...katakan dorm tu 4 katil tapi yg nak tdo dalam tu 3 je..masukkan nama 3 guess tersebut...faham eh?

      Delete
  74. Nk tny r.. lau book kt booking.com tu dia mntk no.c/c utk ape ye sbb sy pilih option byr cash. Slmt ke bg no cc?? Kang x memasal dia caj tanpa pngetahuan.

    ReplyDelete
  75. Nk tanya ..sy booking hotel tuk g korea kt booking.com..nk byr tu kite mmg bole guna cash smpi sn kn?..sbb sy tk pki kredit kad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti khodojah..ye BOLEH! JM pun selalu byr cash waktu check in hotel kat sana

      Delete
  76. salam JM sy ada buat tempahan di booking.com dan ada masalah kat prepayment ... bapa precent utk bayar prepayment bilik ... baru berjinak nk travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam nadzman..kena byr prepayment? Hurmm x pasti lak berapa percent sbb setiap kai sis JM booking...ada term 'booking now pay later'...or 'no booking fee' cuba check blk..ada tu maybe 10%

      Delete
  77. salam JM sy ada buat tempahan di booking.com dan ada masalah kat prepayment ... bapa precent utk bayar prepayment bilik ... baru berjinak nk travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Nadzman...booking bilik kat mana eh

      Delete
    2. booking bilik kat Kyoto utk 2 malam ngan kat Osaka utk 3 malam ... pstu nk booking bilik baru kat Kyoto gak sbb ada bilik y murah so mcm mana nk cancelkn bilik y lama sbb bilik lama klau nk cancel kna bayar caj fullpayment ... so mcm mna nk cancelkn tnpa kena caj ... hrp JM dpt mmbantu kakitravelbaruberjinak

      Delete
  78. salam akak JM dah lama xkomen pape
    akak ada experience tak booking flight melalui expedia
    selamat x kalau nak booking flight + hotel sebab surver harga jauh lagi murah compare dgn AA
    thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam dayah..alamak! X pernah booking through expedia so mmg x de pengalaman..x de plak dgr dari kwn2 yg pernah booking

      Delete
  79. Salam..saya ada book hotel gunakan booking.com pas tu terasa nak upgrade bilik ke bilik lg besar tp tak boleh nak upgrade atau cancel..bagaimana caranya..atau adakah saya kena hubungi pihak hotel atau booking.com untuk buat cancellation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi pihak hotel for cancelation

      Delete
  80. Assalamualaikum.. nk tanya la klau id conformation tu kita x print just screen shoot kt hpone jer bleh x ya?

    ReplyDelete
  81. Salam kak. Saya nk Tanya pasal prepayment dalam booking.com. bila prepayment tu akan ditolak dalam debitcard? Masa bayar cash kat kaunter hotel nanti, duit prepayment tu akan ditolak dalam payment ke.

    ReplyDelete
  82. Salam kak. Saya nk Tanya pasal prepayment dalam booking.com. bila prepayment tu akan ditolak dalam debitcard? Masa bayar cash kat kaunter hotel nanti, duit prepayment tu akan ditolak dalam payment ke.

    ReplyDelete
  83. Ade spe leh tlong jwap x...sy ade book hotel kt bookoing.com ni...tp syarrpkih byr kmudian.tp mslah skg sy x tau bile sy akn smpai hotel sbb kekangan kerja..sy gerak mlm..so smpao mgkin dlm pgi...tp sy dikenakn cas sbb cancel hotel lambat....sape pnah kne cm ni?leh share x plisss

    ReplyDelete
  84. Macam mana pula,dengan id booking yang tidak sah.

    Dan kita pula tersalah alamat email semasa booking?

    Dah tentu kita tak dapat nak print, baucar dan detail hotel yang kita tempah.

    Ada solution tak? 😓

    ReplyDelete
  85. Adakah sah membuat tempahan dulu tanpa adanya akaun agoda?

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG