Wednesday, 23 December 2015

Life Update : Red Lotus Lake kumphawapi, Udon Thani

Assalamualaikum buat semua reader kesayangan,

Hari ni 23 Dis kami ke Red Lotus Lake,Udon Thani

Gigih JM update atas sampan ahahahaha kalau kat Msia x de nye nak gigih camni

Nampak tak bunga-bunga pink tu!!!! Biru x de ye ;p

Nah!!! Untuk tatapan korang semua

Monday, 21 December 2015

Live Update : Sunrise at Thung Salaeng Luang National Park

Assalamualaikum dan salam sayang to all my lovely readers,

JM tahu korang mesti rindu sama JM kan kan kan ahahaahh sorry lah JM ni kuat perasan.

So untuk kurangkan rasa rindu tu JM nak share tempat yang kami singgah.

For your info JM not travel alone but in group of 17 people. 20 Disember Jam 2.30 ptg ke Thung Salaeng Luang National Park dari Sri Dit Waterfall yang terlak di daerah Phitsanulok and Phetchabun.

Kami berkhemah di sini untuk satu malam. Esoknya seawal jam 5.00 pagi bangun naik truck untuk tengok view sunrise yang sangat cantik.

Hari ni 21 Disember kami on the way ke Phu Tap Boek kemudian terus ke Udon Thani untuk bermalam di sana.

Our route is Bangkok - Lop Buri - Khao Kho - Petchabun - Udon Thani - Loei.

Phu Tap Boek ke Udon Thani 300km...pitam!!!

Terima kasih kepada semua yang mendoakan perjalanan JM...love u oulss!!!

Layan!!!!!

Saturday, 19 December 2015

Live Update : Sunflower Field at Lop Buri

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM tu,

19 Disember 2015 jam 11 pagi

Mesti ramai yang boleh guess kan ke mana JM untuk trip kali ni. Ada yang dapat menjawab dengan betul so meh JM hadiahkan something untuk korang.

Sekarang kami berada di Sunflower Lop Buri, Thailand

Thursday, 17 December 2015

Teaser : Last Trip on 2015

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Terlebih dahulu JM mohon maaf kerana belum sempat siapkan 'small gift' untuk rakan reader. Masih di peringkat 'design'. Harap semua kawan-kawan dan sahabat dapat menunggu dengan sabar ye.

Sebenarnya JM nak bagi tahu kat korang semua, blog ni akan sunyi selama 10 hari. Jadi dalam tempoh tersebut JM tak boomMMM blog korang.

Harap-harap tak ada yang rindu dendam ek hihihi.

This is my last trip on 2015 ehh means tahun depan ada lagi heeeeee.

"HABIS LAH!!! entri yang tertunggak tu bila nak bayar" hehehe....tahun depan ke tahun berikutnya.

Ko ke mana JM.....tak boleh duduk diam!

Friday, 11 December 2015

Entri special : Rugi kalau tak baca kah kah kah!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Haaaa nampak tak! nampak? kalau tak nampak cepat pegi cari spek kah kah kah.....tajuk entri tak menahan...nak pancing lah tu heeeeee

Seminggu sudah bulan Disember, cepatnya masa berlalu. Tik! Tok! Tik! Tok! bak kata SS tahu-tahu je dah tahun 2016.

Kenapa korang perlu baca entri ni..sebab ini adalah entri penghargaan untuk semua reader blog JM tu.

Top Commentar November 2015

Adakah blogger yang sama tersenarai dalam list top commentar setiap bulan? jeng! jeng! jeng!

Penghargaan kepada mereka tapi tak dapatlah Trophy ni hiksss
Nak tahu siapakah yang masuk dalam senarai 11 orang yang paling ngetop!!!!

Friday, 4 December 2015

Entri TRIP yang masih 'PENDING"

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua rakan blog JM,


JM minta maaf kepada semua rakan reader kerana mood untuk kongsi kisah "TRAVEL" mula hilang. 

Inilah akibatnya jika asyik bertangguh, sepatutnya balik je dari trip terus draft.

**Amaran!!! Entri banyak gambar....layan!!!!!!!!

Ada yang masih berminat tak untuk ikuti kisah percutian JM ke tempat-tempat ni tak :

Trip Siem Reap - Phnom Penh, Cambodia : 23 - 28 Jan 2014

Jika ke PP mesti singgah sini, Central Market tempat menjual barang-barang kraftangan dan souviner

Thursday, 26 November 2015

Hadiah dari Rakan Blogger (5)

Assalamualaikum buat sahabat reader blog JM sekalian,


*****Hadiah Rakan Blogger (5)*****

Hari ni 26/11/215 balik dari office terpandang peti surat nampak satu sampul coklat size A4 dan terus senyum. Ni mesti hadiah dari rakan blogger ni. Masuk rumah belum buka tudung terus koyak sampul tu..nampak penyakit tak sabar dah datang heheheeh. 

JM keluarkan 'something' keras dari sampul dan senyum lagi heeee. Rupanya hadiah dari rakan blogger Ikhwan Yusuf pemilik blog Dunia Kita yang masih belajar di sebuah Universiti Tempatan.

Korang mesti nak tahu apa yang JM dapat kan..tul tak? heeeee...tengok je tau jangan minta..i is tak bagi heeee

3D Puzzle Kapal Perang
Ikhwan hadiah kan JM satu set 3D Puzzle Air Craft Carrier or Kapal Perang dalam bentuk 3D Puzzle. 

Pada mulanya Ikhwan nak hadiah kan 3D Puzzle kapal Titanic, JM pun dan berangan nak buat adegan romantik atas kapal tu tetapi angan ku musnah kerana kapal Titanic tu karam di lautan huhuhhu. 

Kenapa boleh karam boleh baca kat SINI. JM mengenali penulis blog Dunia Kita melalui blogger Farrah MF so JM seperti biasa kalau terjah blog orang ni tak boleh nak tinggalkan komen satu or dua je rasa tak puas so dek kerana sangat RAKUS, JM telah manjadi salah seorang Top Commentar di blog beliau bagi bulan Oktober. Kah kah kah...rakus ko!

Jadi sebagai tanda penghargaan Ikhwan kirimkan hadiah ni. Terima kasih Ikhwan...tak perlu susah-susah sebenarnya nak beri something sebab sis JM BW kerana balas kunjungan. 

Terima kasih Ikhwan dan sis JM doakan supaya Ikhwan jangan lalai dalam pelajaran, siapkan assignment dan jika ada masa terluang baru BW eh..

Ada lagi >>>>

Sunday, 15 November 2015

Hadiah dari Farrah My Friend a.k.a Farrah MF

Assalamulaikum dan salam sayang buat semua pembaca blog JM ye,


SURRISE tak? semalam satu entri hari ni ada lagi satu entri...begini lah jadinya kalau mood rajin.

Semalam balik dari ofis, ada sekeping Notis dari Pos Laju. JM dah senyum sebab dah boleh agak mesti ada something dari rakan blogger.

Mula nya tak boleh nak guess dari siapa tetapi bila baca entri di blog SS "Istanbul Aku Jeles" JM dapat rasa mesti dari Farrah MF. Confident Level tinggi uolss hehehe.

Awal pagi tadi terus serang pos laju, sampai ofis terus bukak..then..mak aihhh!!!!!

Baaaaanyakkkkkkkkkkk!!!! nye..itu perkataan pertama keluar dari mulut JM

Bila belek-belek hadiah tu...JM senyum lagi bila tengok tulisan tangan bolat-bolat tu dah tahu siapa yang kirim..YES!!! ramalan ku benar belaka, dah macam tajuk lagu.....dari Farrah MF!!

Farrah MF a.k.a Farrah My Friend not Farrah Mother Father bak kata Wak Lat ehehee. Farrah MF juga di kenali sebagai Cikgu Ceketed.

JM tahu semua orang kenal Farrah MF ni dan tak perlu di kenalkan lagi.

Ini bukan kali pertama JM terima hadiah dari Farrah tetapi dah banyak kali. Terima kasih Farrah!

Kalau dulu JM ke pejabat pos laju, staff tu akan tanya...siapa Jari Manis ni? pastu JM jawab lah itu nama glemer hihihi...kali kedua staff tu cakap ni nama company ke..JM senyum je...so until now dorang dah tak tanya lagi ye lah asyik-asyik yang datang collect Jari Manis kih kih kih.

Nak tengok tak apa yang JM dapat tu?

Friday, 13 November 2015

Bila Jay Emm Perasan "Rerupis" kih kih kih

Assalamualaikum rakan reader kesayangan semuanya tu!!!!


"BARU berangan nak REHAT lama tetapi apabila baca komen kawan-kawan semangat tu datang kembali, berkobar-kobar rasanya nak update blog ehehehe"

So JM hidangkan dulu entri pendek ni eh.

Nah!!! Nampak x? Nampak?

Nampak? Nampak pe? ...... Tu ha tajuk entri tu eheheehhe

Tajuk entri untuk orang yang perah santan macam Jay Emm ni eheeheh (jeling SS)

Siapa Jay Emm? femes ke budak tu? tanya SS..dia tahu siapa Jay Emm tu hihihi

Mesti ramai tertanya-tanya kan.."RERUPIS?" apa tu..adik beradik KEKAPIS? no..no...tidak sama sekali hahahah sehingga sekarang belum terjawab kan hanya person yang follow IG "misjarimanis" je yang tahu ngeh ngeh ngeh.

Kisahnya bermula begini..jeng! jeng! jeng!

Semasa trip ke Seoul April 2015 yang lalu, JM makan tengahari di Murree Restaurant, Itaewon bersama 2 orang lagi rakan travel. 

Selesai makan, JM ke kaunter bayaran. Dah siap bayar, tiba-tiba di tegur oleh seorang gadis melayu yang sedang menunggu hidangan bersama 2 orang rakan nya.

Gadis Manis : "Ehh!! ni blogger Jari Manis tu kan?"

Jari Manis : "Sambil tersenyum JM pun mengiyakan kan lah heeee"

Gadis Manis : "Patutlah macam pernah tengok" katanya. Akak!!! Nak bergambar boleh?"

Jari Manis : Apa lagi tanpa segan silu JM jawab : "Boleh je..jom ambil gambar kat luar"

Dah siap bergambar tu..kami bersalaman dan si gadis tu cakaplah "kami datang ke Korea ni berpandukan blog akak Jari Manis lah...kami datang 5 hari je, esok dah nak balik"

Oleh kerana terlalu excited, JM pun terus update status dalam IG seperti kat bawah ni. Sebenarnya JM nak tulis "RETIS" ntah mcm mana dah publish baru perasan ehh..mana plak datangnya RERUPIS ni..aduhhh.....

Ahahahah...JM memang kaki TYPO...sesedap rasa je tukar nama orang dari Syida jadi Suida...yang ni plak RETIS tertaip RERUPIS..adusss!!!! itulah kisahnya asal usul RERUPIS tu...

Macam lah ramai sangat peminat...baru sorang itu pun dah excited bagai nak gila kah kah kah..sian kan!

Bergambar dengan adik-adik manis di depan Murree Restaurant
Kepada adik-adik manis tu, sis JM upload gambar korang kat sini..kalau jumpa sis JM di sini tegur-tegur lah ye.

Sehingga bertemu lagi di lain entri. 

Tuesday, 10 November 2015

MALAS nya nak UPDATE BLOG!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM tu,


Buat masa ni mood dan semangat nak update blog 'HILANG' jadi tunggu semangat tu dah kembali mungkin JM akan sambung kongsi kisah trip solo ke Bangkok tu. 

Tengoklah macam mana nanti but MOOD BLOG WALKING masih ada...mau juga tahu cerita kawan-kawan.

Biasalah kan, ada hari bersemangat ada hari kurang sikit, ada hari mood ok ada hari tu sebaliknya. 

Jadi kawan-kawan kesayangan jangan risau eh...JM still di sini mengikuti perkembangan korang.

Sebelum tu, please read this notice!

Important Notice!!!!

Semalam 9/11/2016 JM telah melayangkan beberapa keping surat CINTA penghargaan kepada :

Scdha Sein a.k.a SS, Cikgu Ceketed a.k.a Farrah, Deanna Morni, Ekin, Nhhas, Siti Yang Menaip, Suida, Ros_Reeza, Zie Has, Zarul Farhana, Amanina Mads, ArZ MoHa, Cik Mimie, Izzeya, Salbiah M, Dunia Zumal, Mylife Ria, abe MKL, Wak Lat, kak Nieda, Fidah Shah, Kak Yan, Mummy Julia, Etuza dan Kak Noor.

Jadi bila dah terima surat tu let me know okey...risau sesat or hilang di tengah jalan heeee.

Bagi nama-nama di bawah ni ada beberapa orang yang belum emailkan alamat kepada JM dan jika korang baca entri ni sila emailkan alamat ye

Kak Nasa, Afidah Azmi, Farhanah Adzlan, Yana TKK, Kak Kamsiah, Kak Zakie, Pha Is, Irrayan, Ibu Zarith, Azaleana a.k.a Mama Gojes, Kak Paridah, Wawa, Ayda Awie dan Abe Kie, surat untuk korang semua belum pos..tunggu eh!

Okey...JM berehat dulu macam ni. Berapa lama? seminggu? sebulan? tunggu apabila semangat itu pulih kembali. Entah- entah tak sampai 2 hari dah meroyan hahahaha.

Mugkin tak lama sebab pasti JM akan rindu korang semua eheheheeh.

Wat Pho, Reclining Buddha Wat Po Bangkok
Reclining Buddha, What Po
Bye! Love u guys! Selamat bercuti dan Happy Diwali

psst : Nak preapare itienary for next trip ngeh ngeh ngeh

Saturday, 7 November 2015

Siapakah Gerangan My Lovely Oktober blog JM? - Updated!

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Hari ni menjelang 2 November 2015? apa yang menarik di bulan November ni? adalah hehehehe.

Setiap kali masuk bulan baru je, JM akan update My Lovely Readers Of The Month

Merujuk kepada mereka yang rajin BOmmmm! di blog JM.

Nak tahu siapa mereka tu?

Nak tahu tak? nak tahu?

Tunggu!!!! hehehehhe....jahat tak?

Okey mcm ni...JM nak buat segmen "Teka Top Commentar Oktober"

Semua orang boleh sertai segmen ni. Apa yang korang perlu buat adalah listkan semua SEPULUH orang yang korang rasa akan termasuk di dalam Top Commentar Oktober tu, tidak perlu mengikut susunan pengomen yang paling teratas.

Klu : Mereka adalah yang sentiasa masuk dalam list top komentar bulan-bulan sebelum nya.

Peringatan : Senarai tidak semestinya mengikut susunan yang paling tinggi bilangan komen so good luck semua.

Kepada yang berjaya..in shaa Allah ada 'habuan' nanti.

Hadiah Top Commentar Julai - September dalam proses pengeposan (ehh leh guna ke perkataan ni).

JM beri tempoh 3 hari mulai 3 Nov - 5 Nov jam 12.00 mlm sahaja. Kemudian list sebenar akan di update dalam entri yang sama.

Menarik tak? heeee

Contest telah di TUTUP!!

Nak tahu siapakah Top Commentar Oktober?

Jeng! jeng! jeng! kita tengok siapa yang kena.....

Sunday, 25 October 2015

Trip Solo : Cabaran Mencari Silom Avenue Inn Hotel, Bangkok

Assalamulaikum dan salam sayang kepada semua reader blog JM yang setia,

Lamanya JM tak update blog...sorry pembaca kesayangan sekalian..mesti korang tertunggu je manalah entri baru dari JM kan kan kan....apa? TAK! hehehe...x pe biar JM je perasan sorang-sorang.

Jangan hairan ye si JM memang begitu. Ikut suka hati belalang je bila dia nak update. 

Sejak makan belalang di Yogja awal Oktober tu perangai malas semakin menjadi-jadi seperti Pak Belalang...Tak kenal? alaaaa Nujum Pak Belalang tu, nak minum kopi guna arang dari bontot kuali...ehh..kuali ada bontot eh..belasah je lah hihihih.

Bagi yang belum baca entri sebelum ni sila KOREK kat sini, mana lah tahu untung jumpa ketulan emas...kih kih kih

Dari Don Mueng Airport ke Bangkok City
Bus No 29 to Mo Chit BTS Station, Bangkok

Beberapa hari lepas dapat komen dari Kak Noor, seorang blogger dari Brunei membuatkan JM senyum lebar heeee. Kebetulan pulak dah lama JM tak up entri baru.

Komen dari Noor, seorang blogger hebat dalam dunia masakan
Kenapa kak Noor cakap macam tu? ahaksss...JM rasa semua dah tahu. Jika kak Noor baca entri ni sila emailkan kepada JM alamat rumah ye.

Trip solo ke Bongkok, ehhh Bangkok dari 23 Julai - 28 Julai 2015 selama 5 hari 4 malam JM beradu di Silom Avenue Inn (3* Hotel). Nah! beradu uolss..jangan main-main kih kih kih.

Sebelum berangkat ke Bangkok dulu, JM dah survey lokasi hotel ni dan kalau boleh nak cari berhampiran train stn, dekat dengan kedai makanan HALAL dan yang paling penting MURAH.

Kegigihan cari di google, so decide nak stay kat sini. Seperti biasa tempah melalui booking.com

Yes! buat masa ni JM masih setia dengan booking.com kerana tiada bayaran pendahuluan semasa tempahan, bayar semasa check in nanti dan free cancellation sekiranya last minute kita tukar fikiran nak stay di tempat lain.

Silom Avenue Inn Bangkok Thailand
Silom Avenue Inn, Bangkok
"Cabaran" katanya nak cari Silom Avenue Inn ni...susah sangat ke? Meh ikut JM.

Thursday, 15 October 2015

Ku Bawa Namamu ke Gunung Bromo dan Batok, Surabaya

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Perghh!! Best tak tajuk, gempak tak eheheheh

Mohon maaf ye semua hampir seminggu lebih blog tak ber'update'.

Balik dari trip di Surabaya -Yogja tempoh hari JM demam selesema kemudian power cable notebook ASUS pulak rosak jadi makin malas lah nak share story di blog ni.

Sehari sebelum balik Msia, kami ke Timang Beach, on the way tu Mas Akbar bagi tahu di kawasan ni ada orang jual belalang goreng, nak try tak? rasa seperti udang kering katanya.

Pastu Maz kawan travel JM nak try jadi beli sebungkus Rp5,000. Berani betul dia makan, terus masukkan sekor dalam mulut termasuk kepala, kaki, peha dan perut sekali. Dia cakap sedap rasa cam udang kering.

Then dia tanya JM, nak rasa tak? JM tengok pun dan kembang tekak ni. Alaah cuba je lah JM, rasa cam udang kering je. Cuba lah...'FEAR FACTOR' nih..katanya

Cubalah katanya lagi....sikit pun tak pe...JM pun ambil bungkusan belalang goreng tu patahkan bahagian kaki yang kurus kering tu, gigit rasa cam kayu kering je. Tak puas hati JM patahkan bahagian peha lak.

Terus gigit sikit demi sedikit menikmati sambil pejam mata...rasa seperti ikan kering goreng yang kita beli di Pangkor Laut tu. Bila dah habis kunyah sebelah peha tu...JM surrender memang tak boleh nak makan.....rasa pelik di tekak.

Selebihnya Maz yang habiskan...memang tabik spring toing toing toing kat Maz sebab boleh makan makanan eksotik macam tu.

Nak tengok belalang goreng rangup tu, rasa masin sikit-sikit.

Nah!!! inilah belalang goreng rangup tu...ada sesiapa berani?
Esok pagi pulak semasa sarapan pagi kami minum pulak air campuran Temulawak...tak de kaitan dengan Wak Tiga Lalat kih kih kih.....RASA? pahit nak mamp$%&!!!!

Tuesday, 6 October 2015

Teaser : Trip to Surabaya and Yogjakarta

Assalamualaikim sahabat-sahabat reader blog JM sekalian,

Ada yang rindu sama JM ngak heeee (mood : perasan)

Sekarang masih d Yogjakarta dan akan berangkat pulang jam 5.15 petang ni. Doakan JM selamat mendarat di Malaysia ya :-)

So layan dulu beberapa keping foto sebelum full story.

Percutian ke Pantai Gua Cina Malang Indonesia. Terletak di Malang
Pantai Gua China, Malang
Nak lagi?

Thursday, 1 October 2015

blackOUT Day!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM tu!!!


Kenapa tiba-tiba backout ni?

Nah!!! hari yang di tunggu-tunggu telah tiba..

This is BLACKOUT DAY!!!!

Ini adalah entri susulan dari Exchange Rates? SERAM!!!

Tempat tempat menarik di Surabaya
Nah!! bergelap lah 6 hari ni
Ke manakah JM tu?...ahaks!!! BERCUTI laaaaaaaaa, Jeling Siti Yang Mengamok!

Monday, 28 September 2015

Trip Solo : Bus No 29 to Mo Chit BTS Station, Bangkok

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Lama betul kan JM tak 'bersiaran' ada yang cari tak?


Ingat lagi tak apa yang berlaku di Don Mueng Airport, Bangkok?

Tak ingat? mestilah tak ingat kan sebab entri tu dah up beberapa minggu yang lalu.

Meh JM throwback...semasa solat di Surau, Don Mueng Airport..JM berjumpa dengan seorang student yang menuntut di salah sebuah universiti di Bangkok, kemudian dia 'offer' untuk tunjukkan cara naik bas ke Mo Chit Station. Kebetulan beliau nak balik asrama dan we are in a same direction.

Ingat? alaaa....dia nak balik asrama tetapi sebut jom 'ASMARA' heeheheh....

Nampak baik budaknya...cantik, putih dan gebus hihihi...kalau JM ni lelaki memang terpikat lah kih kih kih....jangan salah faham...itu hanya gurauan.

Sebenarnya JM nak ke Hotel Silom Avenue Inn tempat penginapan yang telah di tempah melalui booking.com selama 6 hari 5 mlm.

Jadi untuk ke sana perlu naik Bangkok Sty Train (BTS) dari Mo Chit Station, tranfer train di Siam Central pastu naik train ke Surasak Station

Dari Surasak Station perlu jalan kaki dalam masa 10min untuk sampai ke Silom Avenue Inn Hotel.

Train Route Bangkok City
BTS Sky Train Transit Guide
Dari Airport JM ikut je bontot budak cantik ni namanya Shafinaz.

Wednesday, 16 September 2015

Exchange Rates? SERAM!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM


SELAMAT HARI MALAYSIA
#SehatiSejiwa
selamat bercuti!

TO all my dear reader...i'm sorry belum sempat nak reply komen dari korang..
Acctually i'm really appreciate dengan kehadiran semua di sini...terima kasih...muah cikit!!!

"Nilai Ringgit Malaysia (RM) JATUH?"

Kepada kaki "travel" atau kaki jalan seperti JM terutama destinasi luar negara mesti tak senang duduk bila tengok kadar tukaran wang asing semakin tinggi.

Jika ada orang bertanya apakah penyebab atau punca nya, memang JM tak boleh nak jawab. I'm not the expert one.

Dulu sebelum mula terjebak dan 'beramas mesra' dengan dunia travel JM memang 'buta' bab tukaran wang ni...memang tak faham langsung dan tak pernah ambil peduli. 

Sejak mula berjinak dengan dunia travel pada tahun 2010 sehingga sekarang kaki ini agak sukar untuk 'berhenti'. Ia sudah menjadi satu 'event' penting setiap tahun. 

Sekarang JM ada penyakit 'KETAGIHAN' kepada 'travel'. Siapa ada 'ubat' u can share with me heeeee.

Apabila berpeluang 'travel' melihat dunia luar..ya Allah...luasnya bumi Allah...sangat bersyukur dan kagum dengan ciptaan nya. Allah maha BESAR!

Isu tukaran wang ni, JM menjadi resah!...why?

Cuba lihat dan teliti exchange rate yang JM dapat dari Bank Negara Malaysia kat BN Exchange Rates

Exchange Rates 2 minggu pertama bulan September 2015

Friday, 11 September 2015

JM sayang korang semua!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,


JM SAYANG SEMUA READER BLOG!!!!!!

Nah Flying Kiss!!!..kredit ti Dreamstime!

entri teaser....ada masa nanti 

Sambung!!!!

Muaahhh!!!!!

psst : ada ke nak baca entri ni kih kih kih kih...

Monday, 7 September 2015

A New Era of Resort World Genting

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,



Siapa pernah ke Genting Highland? jika pernah, boleh kongsi pengalaman dengan JM. 

Kepada mereka yang belum pernah ke sana, please! please read this entri kerana Genting Higland merupakan sebuah Entertainment Park yang terbesar di Malaysia. 

Apa yang menarik di Resort World Genting Highland?

Sejumlah 5 Billion telah diperuntukkan di dalam Genting Integrated Tourism Plan di mana Genting World Resort akan berwajah baru sepenuhnya pada penghujung Nov - Desember 2016.

First World Hotel merupakan antara hotel yang terbesar di dunia

Dalam fasa pertama sebanyak 412 bilik hotel telah di buka dan baki 874 akan di buka tidak lama lagi dan menjadikan jumlah keseluruhan di Tower 2A adalah 1,286 buah bilik. Jumlah keseluruhan bilik di First World hotel adalah 7,351 bilik buah, antara salah sebuah hotel terbesar di dunia.

Hotel Tower 2A yang baru mensajikan tetamu dengan suasana yang lebih elegan dan kontemporari di lobi , lengkap dengan visual televisyen 3D, muzik yang menenangkan 'featured wall' yang cantik.

Tower 2A Lobby yang lebih elegan dan menarik
BERITA BAIK kepada bakal pengunjung Resort World Genting Highland

Tuesday, 1 September 2015

Teaser : Blogger Review at Genting Highland

Assalamulaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Ada yang rindu JM tak? hikss! ye lah..dah lama rasa nya tak bersiaran di blog ni...tenggelam timbul je kan..nasib baik masih 'hidup' hihihihhi

Nampak tak..JM tekun ambil nota...why?
Begini cerita nya.....JM terima email dari Irene Chua, Senior Executive, Resort Communications & Public Relations, Resort World Genting

Melalui email tersebut JM telah di jemput untuk menulis/sharing review pengalaman selama 2 hari 1 malam di First World Hotel mulai 29 Ogos (Sabtu) sehingga 30 Ogos 2015 (Ahad) . Terdapat beberapa aktiviti dan program yang telah di rancang.

Berikut adalah petikan dari email yang JM terima :

Friday, 21 August 2015

Weekend Getaway!!!!!

Salam sayang buat semua reader blog JM!!!!


Hari ni JM nak share lokasi "Weekend Getaway"

Dah lama tak jalan-jalan cari angin di Malaysia. Asyik! Asyik! Asyik! ober the sea je kan...

Why not  kita terjah lokasi menarik di Negara sendiri. Mula sedar diri bila nilai Ringgit jatuh uhuhuh.

Akan JM 'semadikan' nama kamu...kamu...dan kamu di atas pasir yang putih bersih itu...

Ihsan Google!
Nak layan Sunrise!!!

Ihsan Google
Mesti ramai dah tahu....ke mana destinasi JM minggu ini....Trip menggelapkan kulit yang memang dah gelap!

Doakan JM selamat pergi dan balik. Jam 9.30 mlm nanti gerak.

Selamat berhujung minggu to all my dearest reader!

Monday, 17 August 2015

Trip Solo : Dari Don Mueng Airport ke Bangkok City

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Meh sini datang dekat JM...i nk kongsi my SOLO trip to Bangkok City.

Travel trip on 23 July 2015
Ini sambungan entri Do Not Miss Me

Kawan opis pun tak percaya.."BERANI nya ko travel SOLO...ko nak pegi Bangunan SAPURA Seri Kembangan guna WAZE pun sesat" (ayat perli) inikan pula Bangkok City sensorang?

Tak di nafikan....memang betul cakap kawan JM tu...sebut Shah Alam je....JM akan cakap jauhnya...sebut nak pegi IKEA Damansara pun....JM akan elak....sbb? takut sesat dan jem..see?

Ini kan pula Bangkok City?

Kepada yang dah biasa travel SOLO akan cakap 'kacang' je..Bangkok City je pun...public transport semua mudah..easy...can do it yourself....tapi bagi JM yang first time travel SOLO tetap CUAK.

Okey..kalau korang nak tahu apa yang terjadi kepada JM semasa di sana..haruslah follow this Bangkok Story.

Macam-macam yang berlaku sepanjang trip 6 hari 5 mlm tu :

Sunday, 9 August 2015

Autumn at Seoul & Busan 2014 : Last Day and Budget

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua reader blog JM,


Mood untuk sambung kisah di Busan semakin BOSAN!!! Hampir setahun JM nak habiskan story trip percutian musim luruh di Seoul dan Busan ni. Tetapi setiap permulaan mesti ada penamat, so mari kita sambung.

Sambungan dari Autumn at Seoul & Busan : Taejongdae Busan

Good bye Sam Wong Jang
Hari terakhir di Busan, masing-masing dah tak ade mood untuk jalan-jalan lagi. Dah penat, duit yang tinggal nak beli ole-ole pun tak cukup.

Flight jam 5.00 petang dan boarding time jam 4.10 ptg, kalau ikut kan masih sempat kalau nak ke Busan Tower dan Gukje Market tapi MALAS sebab JM akan datang lagi pada April 2015 so tak lah terkilan kalau x pergi dalam trip kali ni.

Monday, 3 August 2015

My Lovely Readers July 2015

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Cepat betul masa berlalu, hari ni 3 Ogos 2015..Oh tidak!!! sudah hampir tahun 2016

Bulan Julai, prestasi blog JM merudum...bilangan entri juga berkurang...apa nk jadi ni JM?

Masih ada yang sudi singgah sini tak? 

Masuk je bulan baru JM akan update senarai yang ngetop bulan sebelumnya. Terima kasih kepada semua yang rajin singgah sini..JM sangat hargai...kepada yang tinggalkan hanya 1 komen dalam sebulan pun tetap JM ingati...SILENT reader juga...terima kasih.

Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi sahabat JM di alam maya..."Happy Friendship Day"

Kepada 10 Top Commentar.,..u will get small gitf from me...then the rest i will 'boom' your blog.

1. Sc _ _ _ Se_ n
2. Deanna _ _ _ _ _
3. Cik _ _ _
4. _ _  _as
5. Siti Y_ _ _ M_ _ _ _ _
6. _ _ rr_ _ MF
7. _ _ _ _ _ Abadi
8. Ros R_ _ _ _
9. Puteri _ _ _ _ _ _
10. _ _ _ _ _ Farhana

Also thanks a lot to them
11. Amania Mads
12. Arz MoHa
13. Cik Mimie
14. Izzeyda
15. SalbiahM
16. Pha Is
17. Dunia Zumal
18. Muhammad Khairuddin Lim
19. Tiga Lalat
20. Qaseh Vee

Mesti ramai tertunggu-tunggu entri travel dari JM kan? okey...i will publish as soon as posible..gittew janji!

Wednesday, 22 July 2015

Wordless Wednesday : Do not Miss Me!!!!

Salam Aidil Fitri dan salam sayang buat semua reader blog JM,


JM pergi tak jauh...pergi tak lama so do not miss me hokey!!!! but i will miss oulsss!!!

Ini kali pertama JM travel secara SOLO, doakan JM selamat pergi dan balik ye!!! Aminnn

Perasaan? berdebor-debor...rasa seperti menunggu orang masuk meminang kah kah kah...gatal!!!!

Till we meet again after 6 days

Wednesday, 15 July 2015

Salam Lebaran 2015 dari Jari Manis

Assalamulaikum sahabat maya yang JM kasihi sekalian,

Kad Raya dari JM yang tak kreatif hihihihi
Ramadhan sudah hanpir ke penghujung dan Syawal bakal menjelma. Masing-masing sedang menghitung hari untuk Menyambut Hari Lebaran yang bakal tiba.

Monday, 6 July 2015

"Kad RAYA" - Dari Rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Hari ini kita berpuasa untuk hari yang ke BERAPA?

Ye...cepat betul masa berlalu dari Bulan Ramadhan, lebih kurang 12 hari lagi kita akan menyambut Bulan Syawal yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri oleh mereka yang beragama Islam.

So korang dah buat preparation belum?. Semasa JM ke Shopping Mall, sana sini lagu raya..meriah!!!!

TETAPI jangan kita lupa pada 10 malam terakhir Ramadhan, iaitu malam Lailatul Qadar, satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Rebutlah malam itu kerana ia hanya datang sekali dalam setahun.

Kalau baca ayat-ayat di atas belum layak jadi ustazah hehhehe...masih kurang ilmu. Hanya mengingati sesama Islam agar kita lepaskan peluang yang ada yek.

Isshh...apa yang JM bebel nih hhiihi.

Petang tadi balik dari ofis seperti biasa mesti check peti surat.

Jika dulu sebelum ada blog peti surat tu sentiasa kosong kalau ada surat pun mesti bil-bil letrik, air, astro, atau surat bayar hutang tetapi sekarang peti surat tu mesti penuh dengan surat dari rakan blogger hihihhi.....rasa seperti RERUPIS ahahahah sila muntah hijo!!!

Minggu lepas balik dari ofis ada beberapa keping lagi kad raya dan souviner dari rakan blogger..nak tahu dari siapa? moh ikut JM...
Kad warna biru dari SS dan warna hijau dari sis Vee...terima kasih kepada mereka berdua

Wednesday, 1 July 2015

Siapakah Top Commentar Jun 2015?

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Kini JM kembali bersiaran selepas 'hibernate' almost 2 weeks.

Tiada mood untuk berkongsi pengalaman travel, tiada mood untuk menulis. Kekadang 'datang' satu perasaan ingin berhenti menulis blog buat seketika.

Jumlah story setiap bulan juga semakin berkurang. Ke manakah 'mood' itu hilang, adakah kerana Bulan Ramadhan..entah lah...

Summary List Of Story
Walaupun bilangan entri berkurang tetapi bilangan pengunjung sentiasa bertambah. Begitu juga mereka yang rajin tinggalkan komen di blog. TERHARU!!!!

JM juga banyak terima email dari silent reader....my blog as a guidance for them untuk travel backpackers...so thank you very much. Syukur kerana dengan cara ini JM boleh membantu.

Doakan JM agar semangat itu kembali pulih dan keinginan untuk berkongsi cerita dengan semua rakan reader..

Kembali kepada topik sebenar, korang nak tahu tak siapa yang memasuki carta Top Commentar Jun 2015 di blog Jari Manis : Travel List....Nak tahu...Jom!!


Surprise!!!!

Sunday, 21 June 2015

Thank you my dear FRIENDS

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,


Selamat berpuasa kepada semua rakan maya blog JM dan pastikan puasa bukan hanya menahan makan dan minum tetapi puasa semua anggota fizikal dan rohani okey!!

Okey...sambung!!!

Ini adalah entri ucapan "Terima Kasih" kepada beberapa orang bloggers merangkap reader dan pengomen tegar blog JM. 

Mereka telah beri 'something' kepada JM sebagai tanda terima kasih kerana rajin tinggalkan komen di blog mereka. JM memang kaki 'MENGEBOM' kerana membalas kunjungan.

Kehadiran JM di blog mereka i get something....

Terima kasih Siti Humairah a.k.a Siti Yang Menaip or CT kerana hadiah kan sis JM sekotak teh perisa strawberry dan coklat Hazleen.

Siapa yang belum kenal CT yang paling comel ni sila klik link ni Siti Yang Menaip

Teh perisa Strawberry
Coklat kerana menjadi Top Komentar Jan - April 2015

Monday, 8 June 2015

Quick Update : Mendaki Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog,


Innalillah!!! itulah perkataan pertama yang terucap sebaik sahaja dapat line WIFI selepas check-in di Krisna Hotel, Kuta Lombok..Why?

Berita Gempa bumi di Ranau...Al-Fatihah kepada mangsa dan salam takziah kepada keluarga terlibat. Pada hari kejadian kami berada di Puncak Gunung Rinjani (Summit Rinjani) di ketinggian 3,726 meter.

Alhamdulillah..syukur ya Allah, JM selamat mendarat di KLIA2 pada 8 Jun 2015 jam 3.00 petang tadi. Terima kasih kepada semua reader blog yang mendoakan keselamatan dan kesihatan sepanjang berada di sana.

Syukur juga ya Allah kerana JM berjaya menawan Summit Rinjani di ketinggian 3,726 meter sedangkan JM bukan pendaki tegar..tidak!...tidak sama sekali. Cuma ada pengalaman mendaki bukit Broga dan Bukit Puchong..itu hanya KACANG!!!

Pernah ada pengalaman mendaki Gunung Ledang dan Gunung Datuk tapi 5 tahun lepas..ye 5 tahun lepas ketika itu masih muda dan kuat.

Banyak perkara lucu, sedih, gembira, perit sepanjang trip Mendaki Gunung Rinjani.

1. Masuk tandas nampak orang kencing berdiri
2. Pengalaman 2 jam perjalanan dari Bali Airport ke Feri Padang Bai, Bali jam 1.30 pagi
3. Rata-rata perempuan lombok menyusukan anak kecil keluarkan 'kopek' dari leher baju dan si anak menyusu....sambil berdiri...tanpa selindung...
4. Lelaki Lombok Caring dan Gentleman....ahahahaha...ini dari pengamatan JM ye..walaupun tak ada rupa paras yang menawan
5. Jika ingin mendaki Rinjani perlu kental, hati mesti kering, sanggup tak mandi 3-4 hari, buang air besar dan kecil dalam keadaan yang darurat. Cuci muka dengan wet tissue dan gosok gigi dengan air  yang terhad
6. Sanggup tido dalam kesejukan, solat dalam khemah, solat di Pos (hentian), berwuduk dengan cara bertayamun

YES!!!! selepas pelbagai rintangan yang di lalui, rasa pening, loya, merangkak, jalan seperti siput, laluan trek mendaki yang sangat mencabar dan sokongan moral dan bantuan dari guide Mahwin akhirnya JM berjaya menawan Puncak Gunung Rinjani. 

View Gunung Rinjani dari Bukit Pergasingan
Puncak Mt Rinjani - sila abaikan muka JM yang sunburn dan hitam kerana habuk pasir hitam
JM akan kongsi full story selepas tamat entri Seoul.

Wednesday, 3 June 2015

Wordless Wednesday : JM Away!!!!


Assalamualaikum buat sahabat reader semua,


Just nak inform that JM will away for 6 days!!!!

Flight TONIGHT!!!! Jeling Abe MKL.....bang oh bang bila nak berangkat ke Seoul..until now x de jawapan hihiihih.

Kepada my chenta hati and all my lovely readers doakan JM selamat pergi dan kembali bak kata SS "You go in one piece... You come back in one piece". In Sha Allah

Ada certain person yang tahu ke mana JM for this trip and for the rest, i will update soon.

Thank u dear SS...dedicated this sticker to me - cantik kan lukisan dari SS ni
Kepada yang nak guess ke mana JM...drop your comment here...

Nota kaki : banyak lagi blog yang JM perlu balas kunjungan huhuhu

My Lovely Readers Mei 2015


Assalamualaikum dan salam sayang buat sahabat reader dan bloggers,


Setiap kali masuk bulan baru, inilah rutin sebagai seorang blogger. Update senarai readers yang menjadi Top Commentar setiap  bulan.

Dari Jan - Mei, my sweetHEART menjuarai tahta dan juga she 'win' my HEART heeee.

Thank u dear SS, sentiasa menceriakan hari-hari JM so something special for you...tunggu!!!

Terima kasih semua...Top 10 Mei 2015
Kepada yang tersenarai dalam list Top 10 My Lovely Readers Mei 2015, JM akan pos 'ole-ole' sebagai tanda penghargaan.

Harap semua reader jangan salah faham ye, ini bukan salah satu cara JM nak pancing korang baca blog JM..no! no! no!..tidak sama sekali, its just a small acknowlegment kerana sentiasa memeriahkan lagi blog JM. Tanpa reader semua, siapa lah JM...hanya blogger picisan.

Kepada 20 lagi Commentar yang tidak tersenarai, JM tetap hargai kunjungan korang semua..Love u oulsss...sebagai balasan nantikan kunjungan balas dari JM ye...

Top 20 Mei 2015
Bagi bulan Jun 2015, ada sedikit kelainan di mana JM akan display 2 bloggers sahaja dalam list My Lovely Readers Jun 2015. Akhir bulan nanti baru JM akan 'reveal' 8 lagi bloggers yang masuk dalam carta Top Commentar Jun...."surprise" kan...heheheh

Tuesday, 2 June 2015

Autumn at Seoul & Busan : Taejongdae Busan


Assalamualaikum dan salam sayang dari JM,


Petang hari ke 3 kami ke sini...

Yeongdo Lighthouse
Taejongdae Cliffs
Jika ke Busan. sila masukkan Taejongdae ke dalam itie...pasti x akan menyesal...korang akan menyesal jika x ke sini...view sangat ohsem..

Nak tahu cara ke sini..jom ikut JM!!!

Saturday, 30 May 2015

Autumn at Seoul & Busan : Gamcheon Cultural Village Part2

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya


JM dah rasa muak! rasa nak muntah! masam-masam manis, pahit masin semua ada...

Why? sebab..sebab masih belum berjaya habiskan entri Korea...JM sendiri rasa bosan nak mam*&%!

Kepada semua kawan-kawan blogger yang masih sudi singgah dan tinggal komen...TERIMA KASIH....kamsahamnida kerana masih setia dengan entri-entri korea ni kalau di buat jeruk, pekasam or kimchi dan boleh makan dengan enak!

Niat di hati dah malas nak habiskan entri ni..tapi mesti ada yang ingin jadikan rujukan so JM kongsi lah ye.

Ingat lagi tak pada hari ke 2 di Busan kami ke Gamcheon Cultural Village, waktu tu hujan so kami balik awal, tak habis explore. Boleh baca kat Gamcheon Cultural Village Part1

Jadi hari ke 3 di Busan, awal pagi kami plan nak ke sana lagi. Cara nak ke sana seperti pada hari sebelumnya.

Oleh kerana malas nak mengarang, JM kongsi gambaran secara jelas perkampungan ni ye.. AMARAN!!! entri byk gambar

Kami masuk ikut entrance yang lain

Saturday, 23 May 2015

Autumn at Seoul & Busan : Nurimaru APEC House & Jagalchi Market Busan

Assalamualakum dan salam sayang semua rakan reader blog JM,


JM nak sambung story Trip ke Busan sambungan dari Dongbaek Island, Busan

Nurimaru APEC House, Busan

Direction :
- Naik Subway dan stop di Dongbaek Station Line 2
- Kemudian Exit 1
- Jalan melintasi Busan Chosun Hotel
- Terus menyusuri Dongbaek Park (boleh refer entri Dongbaek Island)

Cantik kan view waktu malam
Tapi JM ke sini waktu siang
Apa yang menarik tentang Nurimari APEC House ni...berbaloi ke nak datang sini...it's depends on individu..kalau tanya JM boleh skip this place tapi kalau dah alang - alang Pak Lang dah sampai di Dongbaek Island..singgah lah ye...view di luar memang cantik.

Kami kat sini petang dalam jam 4.30 petang camtu. Masing-masing dah tak ada mood nak ambil gambar, kebetulan kamera kawan JM tu pulak habis bateri. Samsung Tab JM lak time tu lah nyawa-nyawa ikan,

Sunday, 17 May 2015

Autumn at Seoul & Busan : Dongbaek Island Busan

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Hari ni terlebih rajin...terus cari gambar dalam external hardisk, edit sikit terus upload dalam blog. Jom...JM nak sambung kisah jalan-jalan di Busan..masih hari kedua.

Harap-harap lah boleh habiskan story trip Busan sebelum Jun kan...

Last entri baca sini : Heundae Beach Busan

Dongbaek Park
Dongbaek Island ni bersebelahan je dengan Heaundae Beach ni...kira berjiran lah...alaa...seperti jiran-jiran di bandar sekarang ni...nama je tinggal berjiran kekadang tak kenal pun siapakah jira gerangann sebelah tu...itu contoh lah...contoh!!! bak kata Dr Fadzilah Kamsah.

Senang cerita, kalau nak ke Dongbaek Island ni....follow je direction ke Heundae Beach...ahaa...sampailah nanti.....jangan ikut direction ke Taejongdae Island pulak...sampai balik Msia pun x jupe. Kat mana pulak Taejongdae Island tu...nantilah...tunggu dalam entri lain.

Tapi kan..sebenarnya ada cara lain nak ke sini...kalau korang x nak ikut cara JM tu follow cara ni 

Friday, 15 May 2015

Autumn at Seoul & Busan : Heundae Beach Busan

Asalamualaikum dan salam sayang semua,


JM kembali bersiaran.

Perkongsian trip ke Busan yang belum ada penamat...bak kata SS..adakah seabad lagi baru habis. Entahlah.....balik rumah je tak ada mood nak menulis. Maybe sebab penat di ofis, jam 6.00 petang dan kekadang jam 7.00 malam baru sampai rumah.

Meh kita sambung..masih hari pertama di Busan

Pagi di Busan hujan, selepas balik dari Gamcheon Cultural Village kami naik subway di Jagalchi Station dan stop di Heundae Station Exit 3. Kami nak ke sini.....

Sun & Fun at Heundae Beach
Mencari Mermaid di Dongbaek Island
Nurimaru APEC House
Nampak tak Gwangalli Beach kat belakang JM tu dan juga JM dan PINK bagai aur dengan tebing
Ahaaaaa....dah puas tengok gambar? ke belum puas...kalau belum..sambung scroll your mouth mouse tu.

NUFFNANG