Wednesday, 27 March 2013

Travel Itirenary : Trip 11D10N

Assalamualaikummmmm dan selamat sejahtera to all my lovely readers :-)


Ini adalah sambungan daripada entri yang  LEPAS

Selingan : Cuti sekolah sudah bermula, tak de ke perancangan bawak anak-anak, family bercuti , kalau soalan tu di ajukan kepada JM, jawabnya bukan JM yang bawak mereka bercuti tetapi JM pergi bercuti tinggalkan dorang ahaha..Yer lah..JM kan single mungle..so tak perlu lah risau nak bawak anak ke suami ke pergi beriadah...opsss terbongkar rahsia....ahahaha

Okey berbalik kepada tajuk sebenar, ada jugak rakan pembaca minta kongsi travel itirenary ke HK, kalau uolss tak minta pun JM sudi kongsi punya heeee. Ini bukan sekadar perkongsian itirenary ke HK je tetapi untuk tempoh 11 hari 10 mlm percutian JM overland China katanya. Ini adalah percutian JM yang paling lama, dah macam pergi bercuti ke Europe pulak kan..

Kepada rakan travel yang sentiasa follow setiap entri yang JM keluarkan, mereka semua dah tahu kemana JM selama 11 hari tu dan kepada yang baru membaca entri ini, sebenarnya JM akan bercuti ke Guilin - Guangzhou - Shenzen dan Hong Kong. Mesti ramai yang terkejut, mak aihh..lama tue, banyak nyer tempat nak cover, macam dah tak ada masa lain nak pergi, semua nak habiskan dalam satu masa hahaha...dah macam kerja gila kan..ye..ye..JM memang gila travel..heeeeeee

Sunday, 24 March 2013

Accomodation : Guilin - Guangzhou - Shenzen - HK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Hoyeeee.....Akhirnya habis jugak entry Journey to HatYai...meh sambung citer preparation to Guilin pulak.

Sebelum masuk citer entri sepatutnya, kepada pengkomen dan pembaca tegar blog JM, mesti dah tahu berkenaan citer permohonan Visa ke China melalui Entri INI kan.

Jadi selepas 3 hari, salah seorang rakan travel JM telah pergi buat visa collection dan Alhamdulillah semua berjalan lancar dan yang penting VISA ke China dah lulus.

Hari ini 22/03/2013 JM menerima berita baik "Surat Kelulusan ke Luar Negara telah di LULUSKAN".. kenapa JM excited sangat yer..iyolah..awal bulan Feb hari tu ada surat menyatakan permohonan cuti rehat dan permohonan keluar negara pada bulan Mac dan April akan di bekukan susulan pembubaran Parlimen. Sekarang JM boleh menarik nafas lega. Syukur Ya Allah. JM berdoa kepada Allah semoga semua berjalan lancar seperti di rancang. Amin

Friday, 22 March 2013

Journey to HatYai : Last Day

Assalamualaikum and selamat sejahtera to all my readers blog,


Sambungan dari sini   SEBENARnya

Bok pa lah dok habih lagi citer pasal trip ke HatYai ni..bak kata ore kelantan..tapi JM buke ore Kelantan tapi ore 1 Malaysia, serba buleh ahahaha. Eh apa kona ngan JM ni...tak sihat ko..idok lah..cuma pueh nak menghabiskan citer 2H1M di HatYai ni...baru 2 hari 1 malam ambil masa hampir sebulan nak siapkan..kalau travel 2 minggu maybe hampir 1/2 tahun baru nak habis kan...ahahahh...apalah JM ni..malas bonar..bukan itu sebabnya..kalau keja makan gaji macam JM ni mana ada masa nak update hari-hari kan..itu pun taip time rehat jer tau atau after office hour je mehh...

Uik panjang nyer intro..moh ikut JM kemana pulak hari ke-2 nih..

Pada hari kedua ni kami tak keluar merayau jauh ..cukup sekadar sekitar pekan HatYai ni jek. Oleh kerana tiket train kami pada jam 4.00 petang, so haruslah paginya kami keluar awal dari hotel..tak nak buang masa nanti tak sempat nak cari souviner lagik. Seawal jam 8.30 pagi kami dah keluar untuk mencari sesuap nasi..hamboi macam susah bonar nak carinya kan..ahaha...macem-macem....

Tuesday, 19 March 2013

Jom! Bangkok Time

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my lovely bloggers & readers,


Kawan-kawan jangan lor menyamfah dengan JM tau..sebab tak habis-habis nak kongsi, nak share pasal travel je ek. Apa boleh buat..dah nama pun Jari Manis : Travel List blog katanya..ahaha...

Hari ni JM ada terima komen dari salah my lovely blogger White Moon Rider a.k.a Aza..sebenarnya ramai my lovely blogger ni tak terkira dek jari..ahaksss...beliau ada hajak-hajak ayam nak travel ke Bangkok (yo lah dia kan sedang berisi sekarang ni heee), jadi JM dengan segeranya terus masuk website Air Asia dan kebetulan ada sale ke Bangkok...dah seperti orang mengantuk di sorongkan bantal.

JM pun sebenarnya tak tahu apa yang menariknya di Bangkok tu selain Floating Market tempat pengambaran City Hunter dan Running Man jek.

JM juga tak berhasrat nak beli pun tiket tu, sekadar nak tahu berapa prize jer..leh dapat murah ke tak. So kepada kengkawan yang berminat nak ke sana dalam masa terdekat ni boleh le book yer. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, akan di ambil orang...ehehehe

Monday, 18 March 2013

Journey to HatYai : Floating Market

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Tak abih lagi sebenar citer trip ke HatYai last month. Kalau ada yang sudi nak ikuti sambungan trip JM ke sana boleh terus scroll down sampai ke bawah yer. Kalau tak nak pun tak per..Aiman tak kisah...opsss..."JM tak kisah"...eheheeh.

Kepada yang belum baca entri sebelum ni..boleh refer kat SINI

Ahaa...kami seterusnya ke destinasi yang di tunggu-tunggu..mana lagi kalau bukan Floating Market yang femes emes tue..alahh..pasar terapung..tempat orang jual makanan atas sampan kecik tu...moh ikut JM ke sana. Kami gerak ke sana jam lebih kurang jam 3.00 petang dan cuaca agak redup. Sampai sahaja di sana, Mr Sucheep ask we all..u olls nak berapa lama kat sini..i tunggu..Oleh kerana kami semua kelaparan satu hari belum makan, kami nak spend masa lebih kurang 2 jam kat sini dan Mr Sucheep tak kisah..it's up to you..hoyeee...jom kita serbu..

Thursday, 14 March 2013

Journey to HatYai : Cable Car

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Hollaaaaaaaaa my fren.....Ikuti kisah sebelum nya kat  SINI YER

Moh ikut JM ke destinasi ke 3 pada hari pertama - HatYai Cable Car yang teletak di Municipal Park dan tidak jauh dari Ice Dome. Kiranya dari Ice Dome tu boleh nampak Cable Car, Style Of Buddha Image dan HatYai View Point dari bawah. Kami menaiki tuk tuk untuk ke sana dan ia sedikit mendaki kerana terletak di atas tempat yang agak tinggi.

Hat Yai Municipal Park is located on Kanchanawanit Road and is approximately six kilometers from the city center on the Hat Yai – Songkhla Highway.  The most memorable thing about the city for me is a huge 20 or so meter Buddha, standing hundreds of meters above the park. Many locals make their way up by motorbike but it’s an energetic and rewarding hour long climb up. The views over Hat Yai and the surrounding hills are magical – and across to the sea in the distance.

Monday, 11 March 2013

Journey to HatYai : Chang Puak Camp

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Terlebih dahulu JM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca dan kepada yang sudi menjadi follower blog JM ni...pertambahan follower setiap hari menjadi pembakar semangat kepada JM untuk terus berkongsi cerita dan pengalaman melancong ke negara orang. JM suka style mcm ni..

U follow me..I'm follow you back..If  I suka baca blog U , I akan follow walaupun u tak follow my blog pun I tak kisah..ada blog yang menarik minat JM..I follow

ehehe..faham tak ayat JM ni...eheehh

Saat yang paling gembira apabila pemenang Best Tourism Blog Of The Year 2012 dan 2013 juga sudi menjadi follower blog JM. Hoyeee....Nak kenal siapa orang nya sila baca bloglist JM tu yerr.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 9 March 2013

Journey to HatYai : Ice Dome

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan,

Mohon maaf lah yer kerana lambat update sambungan cerita di HatYai. Kepada yang ter'miss' entry sebelum ni boleh baca di sini  Journey to HatYai : part1

Trip kami ke HatYai hanya 2H1M...walaupun masa yang singkat..tetapi kami semua puas hati kerana boleh di katakan semua tempat sempat kami cover dalam masa separuh hari.

Selepas selesai check-in, masuk bilik buat apa yang patut kami turun ke Lobi dan Mr Sucheep dah tersenyum dari jauh..tadi dia dah cakap...you all pegi check in, i tunggu di lobi..(he speak in english yer..JM yang translate kat sini)..lama jugak kami kat dalam bilik tadi..ingatkan dia dah tak ada..tapi rupanya setia menunggu...

Wednesday, 6 March 2013

Permohonan VISA ke CHINA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan semua,


Terlebih dahulu JM mohon maaf kerana belum sempat update sambungan citer trip to HatYai...Hari ni nak update citer berkenaan buat VISA dulu yer..boleh tak..alahhh...boleh lah...eheeheh

Semalam JM dan rakan travel pergi ke bangunan OSK/Bank Of China bersebelahan Ampang Park tu....buat apa lagi kat sana...pergi buat VISA lah kan..kan JM and the geng nak ke China ujung bulan 3 nanti..sebenarnya surat kelulusan keluar negara belum keluar..LULUS atau TIDAK...kalau nak tunggu surat kelulusan tu nanti kang tak sempat lak nak dapat VISA kan..so JM gamble je..pegi je buat dulu.

Kepada yang malas nak drive boleh jer naik train turun kat Ampang Park dan kepada yang malas nak naik tren boleh parking kereta di Ampang Park.

Sebelum ke sana..perlu isi borang ONLINE atau MANUAL dulu..kat mana nak isi dan download borang tu..aha..tak perlu risau klik kat SINI, kemudian paparan page adalah seperti di bawah.

Friday, 1 March 2013

Guilin Season and Weather

Assalamualaikum dan selamat sejahtera to all my blog readers ,

"Ni Hao Ma?"....Citer pasal Guilin lagik...
Citer ni keluar hasil dari entry Percutian Tidak Di Rancang

Beautiful of Two Lake Four River
Kenapa tetiba je JM keluarkan entri ni yer..Aha..ini bertujuan sebagai rujukan JM sendiri dan juga kepada kengkawan yang berhasrat untuk melancong ke Guilin. Kenapa Guilin.

NUFFNANG