You can click on me :-)

Monday, 18 March 2013

Journey to HatYai : Floating Market

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Tak abih lagi sebenar citer trip ke HatYai last month. Kalau ada yang sudi nak ikuti sambungan trip JM ke sana boleh terus scroll down sampai ke bawah yer. Kalau tak nak pun tak per..Aiman tak kisah...opsss..."JM tak kisah"...eheheeh.

Kepada yang belum baca entri sebelum ni..boleh refer kat SINI

Ahaa...kami seterusnya ke destinasi yang di tunggu-tunggu..mana lagi kalau bukan Floating Market yang femes emes tue..alahh..pasar terapung..tempat orang jual makanan atas sampan kecik tu...moh ikut JM ke sana. Kami gerak ke sana jam lebih kurang jam 3.00 petang dan cuaca agak redup. Sampai sahaja di sana, Mr Sucheep ask we all..u olls nak berapa lama kat sini..i tunggu..Oleh kerana kami semua kelaparan satu hari belum makan, kami nak spend masa lebih kurang 2 jam kat sini dan Mr Sucheep tak kisah..it's up to you..hoyeee...jom kita serbu..


Turun je dari tuk-tuk kita akan melalui satu lorong yang menjual pelbagai jenis pakaian, makanan, t-shirt, mainan, souvenier, lampu tidur dan macam-macam lah dan memang meriah. Kami just pandang-pandang, jeling-jeling jer sebab tujuan utama nak ke Floating Market ni ha..Dari kejauhan dah nampak sampan-sampan kecil berderetan di 'gigi' air. Dah sampai lah tu.

Follow je sign
Kat sini tak perlu risau kepada sesiapa yang belum solat, surau juga ada di sediakan. Surau terletak bersebelahan dengan signboard kat bawah ni yer..

Kat bawah tu tepi sungai tempat orang menjual
Moh...tunggu apo laie..jom ikut JM, kita lihat apa yang di jual kat sini..Waduh-waduh nampak enak bangat makanan nya pelbagai jenis variasi juadah dan semuanya HALAL. Harga? tak perlu risau murah serendah RM2.00 jew..pilih, bayar dan makan kat tempat di sediakan. Jom tengok apa yang ada dan yang menarik perhatian kami. Comel tak..rasa sayang jek nak makan..Sushiiiii

Penjual nyer pun boleh tahan...aahhaaaakkkksssss
Kuih sebenarnya - inti kacang merah...sedap..mesti cuba tau kalau datang sini
Pelbagai bentuk bekas minuman yang diperbuat dari tanah liat..pilih mana suka..pastu leh bawa balik
Otak-otak..yang paling JM suka..abis satu...beli lagi satu..kalau dantang sini you oulsss must try okeyyy
Oleh kerana memasing kebuluran....ceh..mengata orang....JM yang kebuluran sebenarnya..lapor yak amat..nasib baik sempat baca bismillah..ahahah...jadinya tak banyak gambar sempat snap...mencari apa yang nak di makan..Argghhh...memang puas hati datang sini dengan perut kosong tapi jangan dengan tangan kosong..nanti melopong jer..ahahaah

Sedang kami menikmati hidangan..tiba-tiba...broooommmm...ehhh..betul ke bunyi macam tu..huhhu...hujan turun dengan lebatnya..berkeliaran kami lari mencari tempat berteduh....dalam hati berdoa Ya Allah..jangan lah ujan ni berpanjangan sampai ke petang, kami belum kenyang lagi..ehehe..boleh doa macam tu..boleh je..doa je apa sahaja kerana Allah maha mendengar..kami menunggu dengan sabar dan 10minit kemudian hujan pun reda (fuhh siap tengok jam tau masa tu..berapa lama hujan mau turun)..ahahah. Kami sambung semula mencari juadah untuk di makan.

Nampak tak..lengang jer ..time ni masih hujan
Makan pun sudah, perut pun dan kenyang, solat pun sudah, apa lagi jom kita balik ke hotel. On the way nak balik tu snap beberapa picture di laluan nak ke tuk-tuk. Ada tak sesapa tahu..buah apakah ini..

Pelbagai jenis variasi makanan
Lebih kurang jam 5.00 petang kami mula gerak balik ke pekan HatYai. Salah seorang kawan menyuarakan hasrat kepada Mr Sucheep untuk shopping kasut, handbang, souviner yang murah dan berkualiti. Mr Sucheep setuju untuk bawa kami ke Nora Plaza. Sampai sahaja di sana terdapat sebuah bas persiaran membawa pelancong dari Malaysia. Yang bestnya jurujual kat sini fasih berbahasa melayu dan setiap pengunjung di beri kad diskaun. Nora Plaza tutup jam 7.00 malam dan seperti biasa kami keluar dengan membawa bungkusan. Mana tempat pergi tak membeli kennn...

Nora Plaza...murah-murah barang kat sini
Lebih kurang jam 7.30 malam sampai hotel dan seperti di janjikan kami pun bayar THB500 kepada Mr Sucheep...then kawan JM menyuarakan hasrat untuk pergi Thai Massage coz seharian berjalan..kaki dah rasa sakit-sakit, pastu Mr Sucheep dengar perbualan kami dan dia offer nak bawak kami pergi satu tempat yang special katanya. Kami semua terkejut, biar betik Mr Sucheep ni..kang dia bawak kami ntah mana-mana tempat kang..ha..habis kita, dah la semua masih single dan suci ni..ehehehe. Mr Sucheep meyakinkan kami dan kami setuju untuk ke sana tanpa bayaran dan dalam jam 8.30 mlm Mr Sucheep datang jemput kami di hotel.

Carama Health massage
Terdapat pelbagai pakej urut yang disediakan dan kami semua setuju untuk Full Body Massage dengan bayaran THB300 for 1 jam 45 minit. Riuh rendah dibuat nya kerana masing-masing kegelian semasa diurut. Selesai sudah diurut, Mr Sucheep dan sedia menunggu untuk hantar kami balik ke hotel. Beliau sempat pesan kepada kami, esok kalau mau balik ke train station, telefon, dia boleh hantar FREE OF CHARGE you..ishhh..kami semua pelik sekali lagi..ada ke sesapa yang jampi sehingga membuatkan Mr Sucheep melayan kami sebegitu rupa..ahahaha...

Jangan tak tahu yer..depan Grand Plaza hotel ni memang meriah dengan jualan pulut mangga dan udang yang besar-besar seperti yang di 'post' oleh rakan travel blog JM. Kami sempat lah beli pulut mangga just untuk merasa tapi sekali buah mangga nya masam mehh..potong selera tul.

Pelbagai juadah di jual di hadapan hotel
Aha....baru habis cerita sepetang di HatYai untuk hari pertama..kesimpulannya hari ini kami ke Ice Dome, Chang Puak Camp, Cable Car, Floating Market, Nora Plaza dan Thai Massage. Memang amat puas hati. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.

Nantikan sambungan hari ke -2 (last day) kami di HatYai..

98 comments:

  1. JM,

    memang puas ati kan makan2 kat Floating Market ni, dah ler murah, sedap2 belaka, bersih & kemas aje peniaga + sampan diorang tu kan..

    Nampak sedap betul udang tu JM, marvelousnya.. besar gedabak! berapa harga sekor udang tu?? depa bakar @ rebus aje udangnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a yer..kalau dah rasa kenyang..pastu nak tapau bawak balik hotel pun boleh :-)

      Ha'a..nampak sedap tapi JM tak beli pung..JM tak tanya lak berapa reganya..udang tu dorang goreng..nanti pegi HatYai...cer terai :-)

      Delete
    2. JM,
      memang kena tido semalam dua la kat Hat Yai ni baru boleh berjumba2 dan makan macam2.. pegi sehari memang ler rushing & terlepas banyak benda yang best, macam udang tuuu! Huwaaaaaaaaaaaaaa!!

      Delete
  2. hahaha...sambil baca sambil gelak sorg2..kelakar la JM ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha...JM pun gelak bila baca komen Zila...ahahaah

      Delete
  3. wishlist tempat ni..
    tapi takde plan pun lg nak p Thailand nih hahaha

    btw, sini ke location citer City Hunter tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Dzuchan,
      Pegi lah try sekali..nak tren jer ke HatYai tu..mmg berbaloi :-)

      Ermm..City Hunter tu buat kat HatYai ke Bangkok ek..JM pun tak sure

      Delete
    2. city hunter tu kat floating market Bangkok..hee *sibuk je kan..*

      Delete
    3. Ha'a...betul-betul..kat Bangkok pun ader Floating Market kan..Terima kasih Aza..terjawab sudah..hiik..hik..

      Delete
    4. thanks sbb jawab..
      ada travel partner nnti boleh kot try,
      ramai kawan2 tanak pegi :-(

      Delete
    5. Lohh kenapa dorang xnk ikut best per, mknan halal senang je nk dpt pastu x perlu budget mahal2 pun. Mintak dorang baca entry JM ni mesti dorang teruja nk pegi nyer hehehe

      Delete
    6. jom kita travel ke bangkok bersama-sama..hoho

      Delete
    7. Dear Aza,
      Hohohooh..gelak Santa Claus, JM terus masuk Web AA..pastu ada sale ke Bangkok RM201 return from 30/05 - 03/06/2013..booking period (18/3-24/3)hahaha..hambek ko..baru balik nk berjln lagi..mau kena baling kasut ngan bos..ahaah

      Delete
  4. menyelerakan makanan yang colourful tu...nyum nyum..terus perut jadi laparr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr hani, makanan nya byk dan menarik membuatkan hati akak x keruan. Mmg sedap kuih tu klau ke sana jgn lupa try tau
      Bila la akak leh g ambik casing tu, bila hani free bg tahu ehhh

      Delete
  5. aiyyooo menariknya floating market ni! memang menggoda betul la picca2 JM ni utk KK memasang angan2 ke Hatyai lak pasni.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kiah..mane pergi..rindu bangat mehh...muah..muah
      rindu jugak nak baca entry baru Kak Kiah..Ujung bulan ni nk travel lagik kan..

      Ha'a..Kak Kiah..pegi lah..mmg best..kat FM byk makanan..boleh buncit perut kekenyangan..suma nk try..suma nk rasa sbb tak ada kat Msia..saja jerk nk kasi KK pegi cepat2..ehehe

      Delete
  6. hai..dtg ziarah dr blog Orga
    lawa giler gambar kat blog ni ;)
    semuanya nmpak sgt menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Irfa..
      terima kasih sudi singgah sini yer..Aha..Orga tu salah sorang rakan blogger JM

      Lawa ker..ahakss..tapi belum boleh challenge gan si Orga nyer gambo..lagi menarik dan tertarik..ehehe

      Rajin2 lah baca blog JM ni yer..terima kasih Irfa :-)

      Delete
    2. Hai Irfa, terima kasih kerana sudi follow dan baca blog JM ni
      Aha..Orga tu salah sorang rakan blogger JM :-)

      Lawa?..ahakss..guna kamera Lumix jer..belum boleh compare ngan rakan blogger yg lain..dorang guna DSLR..JM just snap pic mcm patung jer..tak kreatif..ehehe

      Rajin2 lah siggah kat blog JM nih..heeeeee

      Delete
    3. hujan rahmat tu jm, jalan-jalan pun best dah lepas tu kan, sejuk ja. banyak betul jualan dekat floating market tu, tengok penjual pun siap pakai topi khas, ada bunga-bunga lagi..

      patutlah asyik terbersin jer tadi, rupa-rupanya ada orang dok sebut nama, hehe...gambar biasa-biasa ja jm, banyak belajar dekat utube pasal photography ni, gigih tau awal-awal beli kamera dulu...

      Delete
    4. Wlpun hujan tetap tidak patahkan semangat kami utk merasa mknan yg hadoo :-)
      Itu bersih sbb habuk masuk hidung hahaha
      Teringin gak nk beli kamera mahai2 tu x mampu dr segi pitih lo pastu x mampu nk bawak ke hulu ke hilir berat jgk kenn

      Delete
  7. Hi cik JM, aduhhh teruja betul tgk pic2 sini.Insyaalah satu hari nanti nak jugak rasa dan tengok suasana ni
    - kak Haneem-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Haneem, saya der gak jugak singgah di blog Kak Haneem tu..baca story ke Korea kan..

      Aha..pegi lah..memang best.. :D

      Delete
  8. JM !!

    aku dah ngidam udang besau tu..warghh..hahahahah
    teringin nak g floating market tu..bila la nak sampai Hatyai lg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,

      Jgn ko..kalau ngidam kena carik..ahaha...ari tu banana milk dh dapat kan..

      Pegi lah sementara kandungan belum beso..boleh jek..2H1M pun dah cukup..udang2 kat sana mmg nampak menyelerakan tau..jahat tak..nk suruh Aza pegi cepat2 ke HatYai..hihihhi

      Delete
  9. Masa kat hatyai dulu saya ngan kawan asyik ulang alik dok beli pulut mangga, mmg sedap. Dan masa kat floating market tu saya berhenti kat satu makcik tu free hair pastu dia pakai topi, dan dia ckp kat saya "babi babi". Saya ternganga, rupa2 nya dia nak bg tau dia jual benda tu. Moral of the story, nak beli makanan kat sini kena cari yg pakai tudung, baru lah org Islam yg berniaganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha...best aa..dpt buah mangga manis
      Ohh..macam tu...nasib baik kami semua pegi beli kat orang yang betudung jek..kalau tak..eee..rupanya ada gak yang jual 'benda' tu ek...

      Delete
  10. lapor plak tgk makanan ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear DJ
      Semua nampak sedap khennn hihihi
      Bila lah leh baca entry kt blog DJ ni h lama tggu tau hiksss

      Delete
    2. hehehe takde apa yg baru sgt pun psl travel...hehehe tgh edit2 lagi n copy paste dr blog lama psl travel...tp nak buat lawatan awal leh la ke... http://wanderlustdj.blogspot.com/

      Delete
    3. Ahaaa ok2, thanks dear :-)

      Delete
  11. Ohh JM aku sungguh jeles sebab time ko pegi ni tak ramai org ... senangnye nak membeli segala kan.. time aku pegi aritu org seramai2 ummat... nak beli air segelas pun queue sampai 5 minit .... tapi aku mmg suka Floating Market nih.... rase heaven sesangat sebab dikelilingi makanan... hahahahah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaa sian kt Azra, kebetulan nasib kami baik le tue :-) senang je nk beli apa2 pn x perlu tggu
      Hehehe betul tu rasa suma benda nk kasik masuk lam peyut hihihi. Klau la dia boleh bersuara mesti dia ckp udah2 le tue x sempat kawe nk bernapeh ni ha hihihihi

      Delete
  12. Salam JM

    Wow....udang2 itew....membuat jiwa Yong bergelora...dan makanan2 itew juga amat menggiurkan mata coklatku....hehe
    Ish...bila ingat2 balik, rugi pulak rasa tak teruskan ke Hatyai dulu masa dah sampai sempadan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Yong ASP :-)
      Itulah Yong, food heaven katanya ahaksss
      Wowwww mata coklat tu mesti santek kannnn hiksss
      Alahhh Yong ada peluang nanti pegi tau :-)

      Delete
  13. Last year masa pergi ke floating market, tempatnya agak berserabut dan air sungainya agak cetek. Tempat yang baru iu agak kemas dan yang penting hampir semua makanan di situ adalah halal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Mie
      Nampaknya setiap tahun ada perubahan dan penigkatan ehhh
      Kalau lah JM pegi lagi next year, agak2 nya apa yg berubsh eh, maybe dorang pasang bumbung dan klau hujan JM x perlu lg larik cari tempat berteduh ek hihihi
      Dh lama en mie x update blog x sabar nk baca entri baru :-) . Ahaaa lupa nanti nk pegi China kannnn hikssss

      Delete
  14. JM,

    nmpk menarik btl floating market ni...mmg teringin nk pg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,

      Mmmg menarik dear, cer try sekali..mmg best..tak rugi tau pegi...heeee.

      Delete
  15. oo..cam best je udang besau tu..ngan patung seramik cartoon tu.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciku,
      Bila lagi..jommm aaa pegi HatYai..dokek je..cost pun murah jek...jahat kan menggoda hihih

      Delete
  16. sy selalu free je time cuti kak...tp mggu ni balik ipoh...
    mggu lagi satu (ujung bulan..hari ahad 31/03/2013) saya free...ada kat umh. Bole la akak nak datang. Bole sy masak2 gak :-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak Dear Hani,

      Akak mula travel ke Guilin- Guangzhou - Shenzen - HK mulai 28/03 - 07/04/2013
      Ingatkan nk bawak time travel tu...hohohho..macam mana ek..errmm..akak larik lah pegi umah nko sekejap waktu petang balik opis ke..boleh? Kalau boleh nanti akak msg..

      So..lain kali akak pegi baru nko masak2 yerr..leh akak hajak Nida sama :-)

      Delete
  17. Float market ni lah yang dilla tanya rituh JM
    Best mbangget ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss dear,
      Mmg best, bila lagikss heeeeeee, cepat2 tauuu

      Delete
  18. Salam.
    Nak tanya sikit.
    Safe ke hatyai nie kalau group perempuan je semua, jalan-jalan?
    Saya plan nak pergi dgn 5org kawan2 lepas raya.
    Lepas baca blog nie, rasa interested nak pergi sana... hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kom salam BK,
      JM ke hatyai hari tu pun semua group perembpuan 4 orang
      Alhamdulillah selamat dan teringin nak pegi lagi
      In Shaa Allah..sentiasa ingat Allah sentiasa bersama kita tidak kira di mana kita beraaa..hanya dengan pertolongan Allah sahaja perjalanan akan lancar. So don't worry..enjoy holiday kat sana yer..

      Delete
  19. salam..sy nak tanya sy nak pi hatyai ... tiket flight n hotel sy dh search dah cuma skrg nie saya nak tanya nanti dah sampai hatyai perlu kew kita ambik tour guide + kereta utk bwk pi jalan2 n tmpt menarik @ jalan sendiri2x jew .. blh bg info x ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak jalan sekitar bandar hatyai tak perlu sewa keta atau naik tuk tuk tapi kalau nk ke tempat tempat menarik spt floating market, cable car, ice dome, elephant camp, songkla perlu ambil tuk tuk. Kalau nk dpt servis bagus dan harga yg murah boelh refer dalam entry hari pertama JM di HatYai. JM ada sertakan no tel uncle tuk tuk tu..servis mmg terbaik

      Delete
  20. hi dear. akak nk tanya kalau time raya pegi hatyai ni ok tak. kedai makan muslim bukak ke?klu nk pg pun mcm raya ke 7/8 camtu ler??

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM pun kurang pasi akak tp pada firasat JM heeeee siapa firasat lg tu

      Dorang akan beroperasi spt biasa coz dorang raya x sot msia sampai sebulan :-). Klau pegi time raya ke 7 atau dpt tu x ada mslh bg JM lahh

      Best hat yai ni klau peluang nk pegi lagi heeee

      Delete
  21. Replies
    1. byk barang2 kulit, handbag kasut..pergi time sale lagi best..bawak duit je

      Delete
  22. sedapnyeee makanan tu..thnks JM utk info yg best..dlm planning nak g hatyai nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Paez sudi baca blog JM ni..ye kalau ke Hatyai wajib pegi floating market ni..semua mkanan nampak menarik dan kalau ke sini biar perut kos0ng baru BEST heeee

      Delete
  23. bersih dan kemas floating marketnya!
    klu saya sampai sini, mcm2 saya nak beli!

    ReplyDelete
  24. @Farrah : kalau datang sini sediakan duit byk2..rasa semua nak telan..nampak tak bahsa JM tu ahah...sbb pegi time lapar semua nampak sedap pastu makanan semua nampak cantik dan menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayanya begitulah, kak. Saya baru tengok gambar dah terliur,..apa lagi bila depan mata huhuhu

      Delete
  25. best la floating market tu...RM 2 ?? mmng murah la...kuih yg mcm buah2 tu cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KopiO : kalau ke floating market tu...mmg terliur..mcm2 jenis makan dan pelbagai variasi dan warna

      Delete
  26. Wah terbaik la khidmat Mr. Sucheep tu ;)

    ReplyDelete
  27. masa saya pergi floating market tu jadi kegilaan kejap.semua makan saya nk try... hehehe
    eh nora plaza rasanya macam mahal ckit...
    kalau souvenir baik beli kat area pantai sharmula..murah n boleh tawar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarul Fahana : jagi kegilaan? ahaksss....sis JM x lah sampai ke tahap tu cuma teruja je semua menda nk mkn nk try sbb? smua nampak menyelerakan pastu LAPAR pulak ..ape lagi heeee...

      Ha'ah..Nora Plaza tu agak mahal dan mmg tak memborong pun. Pandai Sharmula? ke Shamila Beach?

      Delete
  28. Sedap2 sungguh nampaknya food kat Floating Market tu. Sushi macam2 ada. Kuih pun colourful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazeck :jika datang sini semua nak try tau antara mampu ke tak je sbb? kenyang heeee

      Delete
  29. baik nye driver tuktuk kakak JM.. kalau ade rezeki nak ke sane.. boleh ricky die..

    ReplyDelete
  30. klu saya kat situ , confirm cari mknn yg x pernah jumpa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah...JM pun cari makanan yg rare

      Delete
  31. Terliur dah...

    Huda dan makanan berpisah tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi badan tetap maintain kan CML

      Delete
  32. Sis... acaner confident mknn tu halal?

    Nk g tmpat mknn best ni mmg kna ada transportation lah ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jay Emm kata nasib baik sempat baca bismillah... Maknanya halal laaa tuh! Ha ha ha

      Delete
    2. Huda..in sha Allah HALAL..yeaa..kena naik tuk tuk

      Delete
  33. Nora plaza tu jual apa?
    Level kualiti nya... mmg gud kualiti for fake item ke?
    Ke mcm mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nora jual CD.. persimpangan dilema... he he he...

      Delete
    2. Nora Plaza tu jual mcm2 kasut, handbag, barang kraft..harga? mencekik! kualiti? hurrmm biasa jek

      Delete
  34. bab makan pon memang kena rasa semua.. hehee
    lawa2 org thai. bab urut rasanya tak sanggup

    ReplyDelete
  35. Datang sini nak refer sini... Boleh? He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..SS nk ke sana lah tu kan kan kan :-)

      Delete
  36. SS nak bikar air doraemon tu!!! Nakkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 patern ada tau termbikar tu...kang SS nak semua..semua cute!

      Delete
  37. Buah mende tu kaler oren? Cam doyan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tanya plak..nanti SS try makan

      Delete
  38. Masih single dan suci katanya... He he he

    ReplyDelete
  39. Nasib baik mr suceep x buat bini... Ha ha ha

    ReplyDelete
  40. Replies
    1. Ada yang manis..tapi yang JM dapat tu mmg masam..so nak beli nanti test rasa dulu..masam cancel

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Nuffnang

2348 2349 2352