Sunday 31 January 2021

Permohonan Rentas Negeri Pada Musim PKP dan PKPB

 Assalamualaikum sahabat reader sekalian 💖


Semua orang tahu PKP 2.0 telah dilanjutkan sehingga 4 Feb 2021, jadinya semua rakyat tidak dibenarkan merentas negeri dan daerah sesuka hati kerana kes covid 19 makin galak sekarang...angka kes cecah ribuan kes sehari.

Bagi mengurangkan bilangan kes semakin bertambah dan virus semakin merebak dan juga mengurangkan jangkitan, pihak kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan raya untuk mengurangkan pergerakan kelaur masuk dari negeri yang bergejala.

Akan tetapi pihak kerajaan masih beri peluang kepada mereka yang mempunyai urusan yang terpaksa merentas negeri sebagai contoh ada kematian ahli keluarga, isteri nak bersalin, ibu ayah masuk hospital dan alasan-alasan seangkatan dengan nya masih lagi mendapat pertimbangan daripada pihak polis.

Susulan dengan itu, JM nak kongsi dengan korang pengalaman JM sendiri membuat permohonan rentas negeri.

Caranya :

Thursday 28 January 2021

Surbex - Zinc B Plus..bagus ke???

 Assalamualaikum semua sahabat-sabahat reader blog JM 💖💖💖


Apa khabar semua? JM alhamdulillah sihat walaupun ada beberapa rakan ofis dijangkiti Virus Covid 19, sentiasa lah berhati-hati dan patuh SOP ye...doa juga supaya Allah hapuskan dan bebaskan kita dari serangan virus ini yang tidak nampak oleh mata kasar. 

Sebab apa tau? ada yang mengaku saya dah ikut SOP buat seperti mana KKM syorkan tetapi terkena juga virus tu, jadinya kita jangan percaya kepada orang sekeliling sebab dia sendiri pun tidak tahu dia positif covid. Anggap la semua orang berpotensi kena covid jadi kita hendaklah sentiasa jaga jarak antara satu sama lain. 

Kalau kita ikuti perkembangan kes covid kat Malaysia akhir-akhir ni walaupun dah laksanakan PKP 2.0, jumlah kes masih lagi purata antara 2,000 - 4,000 kes sehari..SERAM sangat!!!!

Panjang betul mukadimah ahahah

Pejam celik pejam celik ehh...bulan ni belum ada entri baru lah..hari ni dah masuk 28 Januari 2021, Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada yang menyambutnya dan kepada mereka yang berada di negeri-negeri yang mendapat cuti umum pada hari ni, selamat bercuti dan kepada negeri yang tidak mendapat cuti umum selamat bekerja ye...

Hoyee..hari ni JM dapat cuti umum, pastu nak cerita kata korang ni....bukan nak cakap pasal covid pun sebab semua orang dah faham..

Nak cite nye beberapa hari lepas JM mengadu kat SS, lenguh dan sengal-sengah kat bahu sebelah kiri ni, nak pusing kepala ke kiri waktu beri salam lepas solat sakit sangat. Pastu SS suruh beli koyok tampal tapi still sakit cuma dah kurang sikit la.

So semalam SS minta JM beli Vitamin B Complex kat farmasi, siapa kat sini pernah consume B Complex? Share la dengan JM apa yang korang rasa lepas consume B Complex ni.

Jenama Surbex - sebotol 60 Tablet RM49++ dan kalau 2 botol 120 Tablet RM60 sahaja
 

NUFFNANG