Showing posts with label Tips berkaitan BLOG. Show all posts
Showing posts with label Tips berkaitan BLOG. Show all posts

Monday, 13 January 2020

Tulis BLOG dapat DUIT????

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Tulis BLOG dapat DUIT???? Siapa yang tak nak DUIT???? Betul tak? sebut je DUIT, MONEY..semua orang NAK??? Ada pelbagai cara nak dapat duit..TAPI dengan cara yang betul la..jangan pulak mencuri, merompak..NO..BIG No!!!

Beberapa hari lepas, JM ada baca blog Mak entri ni Pertama kali dapat duit dari Iklan Google Adsense. Sebenarnya JM dah lama tahu tau pasal Iklan google Adsense ni, tetapi dari bacaan JM sebelum ni, agak susah nak dapat kelulusan tau. Ada orang setahun berkali-kali apply tak APPROVED dan ada yang JM baca, kali ke-5 apply baru approved..means susah jugak nak dapat kelulusan tau. So JM pun malas nak cuba sebab blog JM ni pun sendu, update entri pun sebulan sekali paling banyak pun 4 entri sebulan.

Selepas baca entri dari blogger Mak tu, beliau share hasil dari Iklan Google AdSense, JM rasa tertarik nak mencuba. JM pun bacalah cara nak mendaftar Google Adsense ni. Boleh baca kat link ni Cara Mendaftar Google Adsense

Korang follow jek cara mendaftar tu, mudah je..pastu nanti dalam tempoh 48 jam pihak Google Adsense akan respond melalui email sama ada permohonan tu LULUS atau TIDAK. JM pun kurang pasti apakah CIRI-CIRI atau KRITERIA untuk dapat KELULUSAN tau, JM just cuba nasib je..suka-suka..kalau APPROVED alhamdulillah kalau tak berjaya cuba lagi.

KORANG NAK TAHU LULUS ke TAK????

Tuesday, 21 October 2014

JM nak BOM!!! blog korang!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader,


Yuhuuuuuuuuuuuuuu...JM in the HOUSE!!..Lama betul kan JM tak update entri...ada yang RINDU tak? Apa? tak ada ...huhuhhu sedihnya sob..sob..sobb

Sorry to all my dear friend coz lately JM bz sangat dengan preparation next trip just around the corner. Balik rumah settle down all preparation and blogwalking sikit-sikit. Ehh ko dah kenapa JM tetiba nak speaking bagai nko nak ke obersea negara orang putih kew hihihihi.

Orait!!! Sambung!!!

Terlebih dahulu JM ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada semua reader dan blogger yang sudi baca, terjah dan komen blog JM ni. Kehadiran kalian semua membuatkan hari-hari yang JM lalui penuh ceria dan bermakna sekali...hamoiiii ayat BODEK ke tuewww hihihhi

Ehh..tak lah..ini kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas heeee.

Friday, 10 October 2014

Mencipta dan menambah Tab Menu di blog

Assalamualaikum dan salam ceria buat reader semua,

"eh...eh..JM masih wujud ke?..ingatkan dah hilang...lama menyepi kan"

Hallooooo!!! JM masih setia dengan blog ni tau...ada masa mesti akan BW kawan-kawan cuma belum sempat nak update entri baru.

Beberapa hari lepas JM menerima permintaan dari salah sorang rakan blogger untuk mengajar bagaimana cara mencipta dan menambah Tab Menu di blog. Korang tahu tak yang mana satu Tab Menu yang dimaksudkan tu. Bagi blogger-blogger yang otai,  alaaahhhh...senang je tu tetapi bagi blogger baru termasuk JM ni mesti tak tahu kan.

Ok, sila lihat rajah di bawah.

Home, Favourite Travel Blog List dan My New Reader Bloglist is call as TAB MENU

Wednesday, 8 October 2014

Popular ke tak blog Jari Manis : Travel List ni?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Hai JM!!! nko nak kejar sangat ke KEPOPULARIAN blog tu? Kepopularian? bahasa alien mana nih?

Ahahahaha...perkataan paling mudah adalah famous atau glamour. Adakah blog Jari Manis : Travel List telah mula di kenali di kalangan pembaca di luar sana. Persoalan nya sekarang bagaimana nak tahu blog i tu femes ke tidak! popular ke tidak!

Adakah dilihat kepada jumlah pengunjung yang datang, atau jumlah komen yang di tinggalkan atau jumlah page view setiap entri. JM juga tiada jawapan yang khusus.

Tetapi yang PASTI ramai rakan blogger mengukur dengan cara melihat RANKING blog di http://www.alexa.com/

JM juga tidak ketinggalan telah menyemak RANKING alexa dan di dapati hasilnya seperti di bawah.

Sunday, 28 September 2014

BLOG dan BLOGGER mesra pengunjung?

Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca sekalian,


Kredit to Mazapoint.com - I love u olls my reader blog
Apa aktivi korang pada hari Ahad ni..

JM melepak depan PC semata-mata nak siapkan entri travel ke Jepun tapi sebelum tu nak up entri pendek buat bacaan kawan-kawan di luar sana.

Penting SANGAT ke sediakan BLOG dan BLOGGER yang mesra pengunjung. Mana lebih penting, salah satu atau kedua-dua nya.

Bagi JM kedua-duanya perlu MESRA. Jika blog dan blogger yang mesra rasa seperti hari-hari nak baca blog tu terutama sekali jika entri penuh informasi.

Tuesday, 23 September 2014

Blog JM dah KURUS!!!

Assalamualaikum reader setia JM sekalian,


Ya Ampun, lama betul JM tak bersiaran kat sini kan. Banyak lagi blog kawan-kawan yang belum sempat JM terjah...

Hai JM!..lama menyepi tiba-tiba up entry "BLOG JM dah KURUS" apasal?

Ahakss...JM nak kongsi rasa kegembiraan ni kepada semua reader sekalian kerana JM berjaya turunkan berat blog dari sebelum ini. Kalau beberapa hari lepas loading time adalah 24.24 sec tetapi bila JM check hari ini dah turun kepada 6.09 sec uolsss!!! TERKEZUT tak kak timah?

Friday, 12 September 2014

Beratnya Blog JM!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Ramai yang tertunggu-tungu sambungan kisah percutian ke Jepun tetapi JM perlu publish entri ni terlebih dahulu.

Kenapa tiba-tiba keluar tajuk ni..

Yer begini kisahnya...dua tiga hari ni JM nak reply komen kawan-kawan semua tapi bila bukak je blog..ya Ampun pesal lambat sangat 'loading page' ni...mesti ada yang tak kena..line internet slow ke?

Jadi JM cuba cari jalan penyelesaian, tanya sama pak cik google dan hasilnya....

Rupanya ada tools untuk "Timbang Berat Blog"

NUFFNANG