Thursday 28 June 2012

Teaser : Next Trip

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat dan pembaca blog JM sekalian...rindu kat JM tak?..ahahaha...perasan kan..ada ke yang sudi baca blog JM ni...terima kasih kapada sahabat Suhaila kerana sudi menjadi Follower blog dan kepada pembaca yang lain jangan segan silu untuk menjadi follower dan sila tinggalkan komen anda bagi membolehkan JM membuat penambahbaikan dari segi penyampaian. Kenapa lama tak update?..Lately agak sibuk dan baru balik dari menghadiri kursus dan juga bercuti rehat untuk pulang ke kampung.

Teaser?...ehehe...next week (Julai 2012) JM akan travel lagi..ke mana?..siapa boleh quess kalau lihat gambar di bawah. Antara tempat yang akan dilawati :


Teaser..teaser...teaser...eheheh...tunggu complete story selepas pulang dari sana nanti...

Wasalam

Ho Chi Minh 4D3N : Day 3

Assalamualaikum kawan-kawan.....

Nak tahu lagi kisah sambungan trip ke Saigon, Vietnam?...nak tahu tak?...eheheeh....tak nak tahu pun aku nak cerita jugak. Sebelum ni aku selalu dengar cerita dari kawan-kawan melalui blog...Vietnam macam tu..Vietnam macam ni...pastu dorang cerita pasal kain cotton vietnam murah..akhirnya aku sampai jugak ke tanahair Vietnam. Betul seperti yang diwar-warkan..memang murah..sampai aku nak pegi lagi untuk kali ke-2 pada bulan Sept 2012. Lagaknya seperti tourist guide lah nanti...ahahah...

Semalam kami semua berbincang, hari ke-3 kami bercadang nak pegi ke Chu Chi Tunnel. Apa yang best tempat ni...ada apa kat sana..jom kita baca sejarah atau kisah di sebalik Chu Chi Tunnel ni.

The tunnels of Củ Chi are an immense network of connecting underground tunnels located in the Củ Chi district of Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam, and are part of a much larger network of tunnels that underlie much of the country. The Củ Chi tunnels were the location of several military campaigns during the Vietnam War, and were the Viet Cong's base of operations for the Tết Offensive in 1968.
The tunnels were used by Viet Cong guerrillas as hiding spots during combat, as well as serving as communication and supply routes, hospitals, food and weapon caches and living quarters for numerous guerrilla fighters. The tunnel systems were of great importance to the Viet Cong in their resistance to American forces, and helped achieve ultimate military success.

The 75-mile (121 km)-long complex of tunnels at Củ Chi has been preserved by the government of Vietnam,[2] and turned into a war memorial park. The tunnels are a popular tourist attraction, and visitors are invited to crawl around in the safer parts of the tunnel system. Some tunnels have been made larger to accommodate the larger size of Western tourists, while low-power lights have been installed in several of them to make traveling through them easier and booby traps have been clearly marked. Underground conference rooms where campaigns such as the Tết Offensive were planned in 1968 have been restored, and visitors may enjoy a simple meal of food that Viet Cong fighters would have eaten.
Above-ground attractions include caged monkeys, vendors selling souvenirs, and a shooting range where visitors can fire a number of assault rifles, such as the M16 rifle or AK-47, as well as a light machine gun like the M60.

Friday 15 June 2012

Ho Chi Minh 4D3N : Day 2

Assalamualaikum...

Hari ni JM nak sambung aktiviti pada hari kedua di Bandar Saigon, bandar yang boleh dikategorikan sebagai sebuah bandar yang agak tercemar dengan asap-asap motor, tidak bersih, pendawaian elektrik yang tidak sempurna dan dipenuhi dengan motosikal yang memeningkan kepala.

Akan tetapi itu bukan masalah kerana bila di sebut Saigon, Vietnam..ia adalah syurga membeli-belah. Kenapa JM berkata demikian...jika tidak percaya sila amati gambar dibawah...hihhihi.


Hari kedua kami nak ke Sungai Mekong di sana boleh naik sampan menyusuri sungai, naik kereta kuda, makan buah-buahan segar dan melihat keluasan sungai mekong yang terbentang luas. Jom ikut JM menikmati keindahan suasana sepanjang perjalanan kami kesana (indah lah sangat...ehehe).

Thursday 14 June 2012

Ho Chi Minh 4D3N : Day 1

Assalamualaikum....

Akhirnya habis jugak cerita bercuti di Seoul, Korea dan hari ini nak sambung pulak trip ke Ho Chi Minh, Vietnam dari 25 Feb - 28 Feb 2012 bersama 4 orang rakan yang lain dan kami bergerak secara backpackers dan seperti biasa tiada khidmat travel agent yang digunakan :-) . 

Semua orang tahu, kalau travel memang mesti dengan syarikat penerbangan AirAsia. Iyolah orang makan gaji macam JM ni mana mampu nak terbang dengan Malaysia Airlines kan...jadi pilihan 'Everyone Can Fly'.

Harga tiket penerbangan kali in berharga RM156 return included meal and luggage...kira murah la kan atau kawan-kawan boleh dapat harga lebih murah dari itu. Macam biasa sebelum betolak perlu pastikan self-check in melalui online terlebih dahulu supaya di kaunter tiket kerja lebih senang dan lancar.

Perkara ke -2 tukar duit kat Money Changer. Vietnam menggunakan matang wang US Dollar dan Vietnam Dong dan kebanyakan mereka lebih suka guna USD berbanding VND. Jadi kalau sesiapa nak ke sana pastikan tukar USD melebihi VND dan biasanya duit VND digunakan untuk membayar teksi dan makanan.

Kadar tukaran wang pada bulan Feb yang lalu aku dapat 1USD = RM3.04 dan 1juta VND = RM156 dan kalau dilihat kadar sekarang bulan Jun 1USD = RM3.18 dan 1 juta VND = RM151. Kadar matang wang lain akan naik jita matang wang USD turun dan begitu sebaliknya...oleh itu jadilah pembeli yang bijak.

Tuesday 12 June 2012

Lovely Seoul Day 7 and Last Day : 25 Apr 2011

Annyonghaseyoo..

Hari ke -7 merupakan hari untuk bersuka ria...semalam kami dah puas shopping di Itaewon dan Namdaemun Market, hari ni kami nak ke Everland pulak. Tempatnya lebih kurang macam di Disneyland Hong Kong atau Universal Studio Singapore.

Direction to Everland :
1. Dari Hoeyon Subway Station ke Chungmuro Station
2.Dari Chungmuro Station tranfer line ke Seoul International University Station
3. Dari Seoul Internationl University Station tranfer line to Gangnam Staion
4. Apabila sampai di Gangnam Station, cari Exit No 6
5. jalan terus ke hadapan, berhadapan kedai Donkin Donut Krispy terdapat Bus Stand
6. Naik Bus No 5002 (Erverland Resort). Boleh guna T-Money, tambang KRW1,700
7. Apabila sampai di Everland Resort, terdapat bus yang akan membawa penumpang ke Everland dan  jarak  perjalanan dalam 10 minit dan tiada tambang yang dikenakan.
8. Boleh beli tiket di kaunter masuk per entry dengan harga KRW38,000

Jom kita bersuka ria di Everland.

Bus No 5002
view di Everland
Seharian kami di sana, beribu jugak gambar yang diambil..maklumlah semua sudut cantik kan..apa lagi..bergambar sakan lah kami. Itu adalah sebahagian sahaja gambar yang dapat di kongsi untuk entry kali ini. 

Esok hari -8 kami akan bertolak balik ke Malaysia pada jam 11.10 pm, lepas kami check out dalam jam 11.00 pagi, kami pergi sekali lagi ke Namsan Tower. Al-maklumlah guesthouse amat berdekatan dan jalan kaki tak sampai 15 minit. Kami terus mendaki ke Namsan Toer walaupun cuaca panas tapi udara sejuk dan kalau berjalan pun tidak terasa penat. Tempoh hari kami lihat view Namsan Tower pada waktu malam, kali ni kami nak lihat view pada waktu siang pulak. 

Dalam jam 5.00 petang kami gerak ke Hamilton Hotel untuk menaiki bas ke Airport. Tiket dan jadual bas boleh diperolehi dari kaunter receptionist dan harga tiket adalah KRW15,000 dan jarak perjalanan dalam 80 minit.

Goodbye Seoul dan ia merupakan lokasi yang JM akan repeat..ins sha allah. Plan trip akan datang akan ke BUSAN dan JEJU island pada musim luruh dan sejuk.

End of story at Seoul, Korea.....

Lovely Seoul Day 6 : 24 Apr 2011

Annyonghaseyooo...

Entri orang malas hikss

Tak habis lagi story travel at Seoul ni...dah masuk hari ke -6. Hari ni kami nak ke mana agaknya yer. Entry kali ini ada kelainan sikit. Surprise tak?...ehehehe...saja je gimik...tak ada apa pun...

MENU di Salam Turkish Restaurant
Kenapa banyak sangat gambar makanan nih?...korang terliur tak..hihih...aha...hari ni kami ke Itaewon lagi..gila kan..hari-hari pergi Itaewon..yo lah..kat sana jer terdapat banyak makanan HALAL..hari ni menu makanan TURKISH. Rasa kurang memenuhi citarasa..tapi sebab kami nak cuba sesuatu yang baru..makan je lah...

Selepas itu kami terus gerak ke Seoul World Cup Stadium.

Mudah je nak ke sini...Stop di Stop World cup Stadium Exit 2
Apa kelainan entry kali ini...korang perasan tak..lebih banyak kepada gambar dan kurang membebel kat sini kan. Hari ke - 6 hari kami bersantai sahaja...pegi makan di Itaewon, pastu gi jalan-jalan di Seoul World Cup Stadium kemudian terus balik ke Namdaemun untuk shopping lagi.

Itu sahaja kisah pada hari ini dan nanti sambung untuk hari ke - 7 pulak.....

Jumpa lagi...babai...

Monday 11 June 2012

Lovely Seoul Day 5 : 23 Apr 2011


Annyonghaseyooo...again....

Masih di Seoul untuk hari ke - 5. Semua tahu kan trip ini berdua sahaja pada tahun lepas...baru tahun ini nak update dalam blog. Bukan tujuan nak menunjuk yangJM ni pegi obersea tapi sekadar nak berkongi pengalaman agar semua pembaca dapat sedikit informasi bagi sesiapa yang merancang untuk ke sana. Sekarang dah banyak blog menceritakan kisah pengalaman bercuti di negara orang dan tidak menjadi masalah untuk mendapatkan panduan, 'google' semua maklumat di hujung jari dan bukan hanya di Jari Manis tetapi semua jari jemari yang ada...eheheh.

Day 5 : Namdaemun Market - Itaewon - The War Memorial of Korea - Yuido (Hangang Park and Cruise at Hangang River)

Mesti semua tertanya-tanya kenapa stiap entry sama sahaja destinsi nya..betul tak..sebab hari sebelum tu pun dah pegi ke Namdemun dan Itaewon. Yo lah..kawan-kawan kan semua tahu...tempat penginapan kami berdekatan dengan Namdaemun Market..jalan kaki 5minit sudah sampai, jadi hari-hari boleh shopping. Semalam kami shopping brouch sahaja itu pun mengambil masa hampir 1 jam lebih. Biasalah kan orang perempuan kalau pilih barang memang begitu gayanya..lepas belek..belek lagi..lepas pegang..letak..pegang semula..pastu tak puas hati ambil belek lagi...sampai puas hati. Bila dah dapat berkenan di hati..nak minta tawar pulak dan selagi tak dapat harga yang diminta takkan berganjak dari tempat tu dan kalau tak dapat jugak harga yang di minta, berlalu pergi cari tempat lain. Bagi sesiapa yang tak tahan sikap  lama memilih kena sabar lah ya...hihihhi. Nasib baiklah kawan JM tu pun sama je kekdahnya, jadi kami tiada masalah dalam bab pilih memilih ni.

Jom kita lihat apa yang kami pilih kat market tu....

Jari Manis dan buat tomato yang sangat manis :-)

Apabila dah selesai semua urusan kami terus ke destinasi ke 2- Itaewon...Itaewon lagi..yo lah kami ingat nak makan tengahari kat sana. Malas nak taip..jom layan gambar. Bagaimana nak ke Itaewon, JM kongsi direction dalam entry sebelum ni kan..jangan kat tak ada.....malas mak nak layan tau..ahahah

Shopping sekitar Itaewon
Dah penat shopping...nak berhenti rehat jap..mau makan tengahari dulu di Murree sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Makan dulu
JM oder nasi beriani, kuantiti amat banyak boleh makan untuk dua orang...puas nak habiskan..rasa nya not bad..agak sedap memang menuhi selera. Kemudian gerak ke Masjid dulu untuk solat Jamak.


Ruang Solat Wanita
Apabila dah selesai menunaikan kewajipan yang wajib, kami nak ke...tadaa.....

War Memorial of Korea
The War Memorial of Korea, as our unique war history museum in Korea, is the sanctuary of national defense to feel the live history which we had been defended this country for five thousand years, and this is a place we learned lessons from war and to make a practical determination that we will never experience the tragedy of war again.

Also, The War Memorial of Korea is the live educational center of Korean contemporary history to have a correct understanding of vivid history which have been safeguarded the free democracy including the meaning of Korean War which was the most tragic war in history.

How to get there:
Samgakji Station, Line 4 or 6, Exit 12 - 5 minute walk
Namyeong Station, Line 1 - 10 minute walk
Check out here for the map.
Admission: FREE
Opening: 9:00 - 17:00
Jom layan gambar dulu...

Kalau di tanya nk peg lagi tak tempat ni..jawapan nya cukup lah sekali
Cukup lah sedkit gambar sekitar War Memorial of Korea, moh kita ke destinasi terkakhir hari ni iaitu Hangang Park di mana terdapatnya 63 Building dan SBS Seoul TV Staion dan juga Hangang River yang menjadi tumpuan pelancong dan juga pengarah-pengarah Drama Korea membuat pengambaran di sini.

Kami sampai di Hangang Park sudah jam 7.00 mlm, jadi tidak sempat nak menikmati suasana siang di Hangang River. Sewa basikal disediakan kepada sesiapa yang ingin menyusuri sepanjang laluan di Hangang River ni.

Disebabkan kami sampai dah malam, so kami ambil keputusan untuk naik Cruise menyusuri sepanjang Hangang River sambil menikmati cahaya lampu di waktu malam dan di sertai dengan persembahan Magic dalam Cruise tersebut. Tiket yang dikenakan adalan KRW15,000 = RM42.75. Asyik bercerita je kan...How to get there : ???

From Samgakji going to Yeouinaru Station.

Memang agak penat kalau nak menapak guna tangga
63 Building
Cruise
Ticket Counter
Ada magic show
Hampir 1 jam 30 minit kami di Hangang Park badan dan penat, so itu sahaja destinasi kami untuk hari ini. Ambil Subway at Yeouido Exit 5 terus ke Hoeyon Station.

Jom balik
End of story for day 5. Nak tahu destinasi seterusnya untuk hari ke - 6?..tunggu...akan menyusul tak lama lagi.. :-)

Wassalam......

NUFFNANG