"Last preparation & ready to flyyyyyyy"
Ewahhhhhhhhh...macam lah ramai sangat pembaca blog JM ni kan...ehehhe...tak kisah le ramai ke sikit yang penting ada pembaca setia..hoyeee...suka sangat...terima kasih you oulssssss...Kepada rakan-rakan di luar sana yang minat sangat bab-bab travel ni..ini lah blog yang paling sesuai untuk korang. Pada masa yang sama, rakan-rakan blogger JM pun minat travel dan kami berkongsi cerita yang sama.
Kepada yang sudah biasa travel sendiri, maksud JM yang suka travel tanpa travel agen, semua sedia maklum persiapan yang perlu dibuat seawal mungkin supaya semua dirancang berjalan lancar. Berikut JM kongsi serba sedikit apa yang JM praktikkan selama ini sebelum travel ke satu-satu destinasi.
1. Tiket Penerbangan
Waktu bila nak beli tiket ni? Nak naik MAS ke Air Asia? atau MALINDO Air or Firefly? Tak kisahlah kan syarikat penerbangan yang mana satu pun yang penting tentukan dahulu hala tuju. Tanya pada diri sendiri nak pergi ke mana sebelum beli tiket. Kalau nak travel area Malaysia semua syarikat penerbangan menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi sebelum buat keputusan perlu bandingkan dahulu harga tiket. Apabila dah berpuas hati baru buat tempahan dan cari tarikh dan masa yang bersesuaian.
Seperti JM katakan tadi, kalau nak travel ke negara yang mempunyai 4 musim tu pastikan pilih musim dan cuaca yang sesuai serta harga tiket yang di tawarkan berpatutan dan mampu beli (bukan rumah je mampu milik heeee). Kalau musim di Gold Coast/Sydney/Melbourne :