Showing posts with label Macau. Show all posts
Showing posts with label Macau. Show all posts

Monday, 23 July 2012

Macau : Day 4

Assalamualaikum..

Tarikh : 08/07/2012

Aku masih lagi belum habis story pengalaman aku bercuti di Hong Kong dan Macau..so pada hari ke -4 kami berdua akan ke Macau selama 1 hari di sana. Ini kali pertama aku menjejak kan kaki ke tanah Macau dan aku tidak dapat bayangkan bagaimana suasana di sana dan aku banyak juga review pengalaman beberapa travel blog dan kebanyakan mereka menyatakan bahawa tidak berapa enjoy untuk ke sana tetapi kawan aku cakap best..rugi kalau tak pergi. Jadi pada hari ini kami merancang mengalaminya sendiri.

Sebelum aku memulakan story berkenaan Macau ni, terdapat satu lagi tempat menarik di Hong Kong dan kami tidak berkesempatan untuk ke sana kerana kesuntukan masa iaitu Ocean Park dan ia lebih kurang macam Gold Coast di Australia. Walaupun begitu aku tetap akan sediakan panduan untuk sesiapa yang ingin ke sana.

Direction to Ocean Park :
1. Naik MTR di Tsim Sha Tsui Stesen dan turun di Admiralty Stesen.
2. Sampai di Admiralty Stesen, ambil Exit B2
3. Apabila exit B2, akan ada anak panah dan tunjuk arah Stesen Bus ke Ocean Park
4. Kemudian, sampai je stesen bas, ambil Bus No 629 to Ocean Park
5. Pastikan belit tiket pergi balik di kaunter khas Ocean Park dan tiket masuk ke Ocean Park juga ada
    jual di sini
6. Kekerapan pergerakan bas setiap 5 - 10 mint dan tidak perlu tunggu lama
7. Tempoh masa perjalanan adalah lebih kurang 30 minit

Bus Fee Return :
Adult                           – HKD 21.20/person
Child (3-11 tahun)       – HKD 10.60/person

Entrance Fee to Ocean Park :
Adult                          – HKD 250/person
Child (3-11 tahun)      – HKD 125/person

Aku tidak pergi ke Ocean Park, so tak adalah gambar kami di sana. Okeehh...aku sambung story ke Macau. Seperti biasa seawal pagi kami dah bangun dan selesai sahaja sarapan kami mula bergerak ke destinasi. Antara tempat-tempat yang akan kami lawati adalah :

1. Hard Rock Hotel
2. City of Dream
3. The Venetian
4. Senado Square

Pekhidmatan yang disediakan untuk ke Macau adalah menggunakan Feri yang boleh di naiki di Chine Ferry Terminal. Kat mana pulak letaknya China Ferry Terrminal nih...tak perlu risauu..you all follow jer direction yang aku berikan kat bawah :

Direction to China Ferry Terminal :
1. Go along Haiphong Road (Haiphong Road terletak bersebelahan Masjid Besar Kowloon)
2. Jalan terus kehadapan iaitu arah ke Horbour City (akan jumpa Kowloon Park) di sebelah kanan
3. Jalan sehingga jumpa junction berhadapan bangunan Harbour City
4. Cross junction untuk ke sebelah kanan dan go along Canton Raod
5. Jalan sahaja terus ke hadapan sehingga terjumpa China Hong Kong City Shopping Mall sebelah kiri
6. Masuk shopping mall tu, naik escalator ke Level 1
7. Follow jer sign kat dalam mall tu untuk ke kaunter tiket

Senang bukan?...bagi kami yang first time pegi tu..risau jugak mencari lokasi...macam biasa jangan malu bertanya..nanti makan buah langsat pulak..hihihi...Jom aku letak gambar untuk membolehkan korang dapat gambaran yang lebih jelas. 

Direction to China Ferry Terminal
Terdapat banyak kaunter yang disediakan tetapi korang jangan tersalah pilih kaunter yer..pergi ke kaunter yang tertulis CotaiJet atau TurboJet. Yang mana satu nak pilih yer?...mesti korang keliru kan..macam lagu yang didendangkan oleh Nurul dan Ajai tu..ehehe..jangan pening-pening kepala....Kedua-dua jenis feri ni akan berlabuh di dua pelabuhan berbeza di Macau iaitu CotaiJet akan berlabuh di Macau Maritime Terminal, Taipa manakala TurboJet akan berlabuh di Macau Peninsula.

Aku memilih untuk menaiki CotaiJet kerana pelabuhan Taipa adalah berdekatan dengan City Of Dream, Hard Rock Hotel Macau dan The Venetian. Jikalau korang nak naik TurboJet pun tiada masalah kerana pelabuhan Macau Peninsula berdekatan dengan Airport Macau, Senado Square, Muzeum of Art, Grand Lisboa, St Paul of Ruins dan Fisherman's Wharf. Jikalau berlabuh di mana-mana pelabuhan pun tiada masalah kerana 'free shuttle bus' di sediakan di kedua-dua pelabuhan yang akan membawa penumpang ke tempat-tempat tersebut.

Okehh..aku belum story lagi yer harga tiket untuk ke Terminal Taipa, Macau kan..kalau nak berlabuh di Terminal Taipa perlu menaiki CotaiJet Feri dengan harga tiket adalah HKD151 dan tempoh perjalanan adalah lebih kurang 1 jam 20min. Bagi memudahkan korang membuat rujukan berkenaan jadual perjalanan dan harga tiket boleh rujuk kat laman web ni http://www.turbojet.com.hk/eng/schedule/prd6.asp atau lihat sahaja paparan yang aku sediakan di bawah. Waktu korang beli tiket ni jangan guna Octopus Card pulak...yang ni kena bayar tunai yer.

Kami sampai di kaunter tiket lebih kurang jam 8.45 pagi dan feri akan bertolak jam 9.00 pagi. Sebelum tu sempat lagi bergambar di terminal sebelum masuk ke kaunter Imigresen. Jangan lupa sediakan passport yer..sebab sebelum berlepas naik feri perlu cop Imigresen dulu. Dalam feri nanti perlu isi borang imigresen Macau. Jom layan gambar pulak.

 

Jom naik Feri
Selepas hampir 1jam lebih perjalanan, akhirnya kami sampai di Terminal Taipa. Turun sahaja dari feri, perlu berjalan dalam 100 meter untuk cop passport di kaunter Imigresen Macau. Ramai betul orang datang ke Macau ni..ye lah...takkan korang tak tahu..Macau ni femes dengan tempat orang berjudi..Casino memang bersepah sana-sini. Oleh sebab tu lah...memang susah nak cari peminta sedekah ker dan kes ragut pun kurang kerana mereka mudah untuk mencari wang dengan hanya berjudi..itulah Macau.

Selesai urusan cop passport walaupun kena beratur panjang, tetapi urusan dilakukan dengan pantas dan tidak perlu beratur lama. Destinasi pertama kami adalah City Of Dream dan Hard Rock Hotel Macau. Kedua-dua tempat ini adalah tempat yang sama kerana kedua-dua bangunan 'connected' sekali. Bagaimana caranya nak ke tempat -tempat ni. Tak perlu risau, kerajaan Macau telah menyediakan perkhidmatan bas percuma atau di kenali 'Free Shuttle Bus' ke semua destinasi. Ini kerana mereka menggalakkan orang untuk datang melabur dan menghabiskan duit di Macau. Mana tidaknya..kalau dah Casino bersepah sana-sini dan mereka tidak mempunyai masalah berkaitan duit.

Keluar sahaja dari kaunter Imegresen ke Arrival Hall...bas sedang menunggu di luar..pilih jer mana-mana bas dan destinasi. Terdapat laluan yang di paparkan pada dinding bas dan juga pada pintu masuk bas.Oleh kerana kami ingin ke City of Dream, kami memilih untuk naik bas berkaitan dan perjalanan ke sana hanya mengambil masa dalam 10 min sahaja.



Perasan tak..dalam bas ni tak ada orang..aku orang pertama naik bas ni..eheheh...semangat you all...jangan jeles tau..hihihihhi...kalau korang ada masa dan kelapangan..mesti datang sini tau..Dah sampaiii..



Jom kita membeli belah di Hard Rock Cafe...



Apabila masing-masing dah dapat baju kat Hard Rock Cafe, kami nak pergi tengok Dragon Treasure Show kat City of Dream. Tiket yang dikenakan adalah HKD50 dan sila beli tiket di kaunter seperti gambar di bawah.



Untuk pengetahuan semua, sekiranya korang ada membeli belah di Hark Rock Cafe atau City Of Dream Shopping Mall, tunjuk sahaja resit pembelian di kaunter tiket, maka bayaran tidak dikenakan untuk tengok show tersebut akan tetapi pastikan jumlah belian adalah HKD150 ke atas dalam satu resit. Jadi kalau ramai yang membeli..kumpul duit sorang jer yang bayar. Pertunjukan ni memang korang wajib tengok..memang sangat menarik....seperti berada di alam mimpi. Jom aku tunjuk sedikit gambar yang sempat aku ambil.

 


Tak boleh tunjuk banyak-banyak...korang kena datang dan alami sendiri. Pertunjukkan ini tak lama lebih kurang 15min sahaja tetapi memang berbaloi kerana kualiti sound effect dan cara persembahan yang amat mengkagumkan. Bukan itu sahaya, terdapat juga Water Dancing Show di mana air yang menyerupai ikan duyung berenang...ini pun persembahan yang tidak tercapai di akal aku. Bagaimana teknik yang digunakan untuk membentuk air seperti ikan duyung dan boleh berenang seperti ikan duyung sebenar. Cuba tengok gambar di bawah..macam tak percaya kan? Ikan duyung tu sebenarnya air..kemudian ia akan hilang dan tiada bentuk lagi...awesome... :-)


 

Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengahari..kami tidak boleh lama di sini kerana terdapat banyak lagi tempat nak pergi kan..jadi kami ambil keputusan untuk ke Venetian pulak..bagaimana nak ke sena..you allss keluar jer dari pintu masuk City of Dream tu...terdapat traffict light....cross jalan..dah sampai..mudah bukan...ehehe

Inside City Of Dream
View The Vinetian
Apa yang menarik di The Venetian ni yer..aha..jangan tak tahu..kat sini tempat orang datang untuk berjudi..tapi aku bukan dari golongan itewww....jangan salah faham. Meh aku stroy sikit pasal The Venetian nih.....

The Venetian Macao is a hotel and casino resort in Macau owned by the Las Vegas Sands corporation. The Venetian is a 40-story, $2.4 billion anchor for the 7 hotels on the Cotai Strip in Macau. The 10,500,000-square-foot (980,000 m2) Venetian Macao is modeled on its sister casino resort – The Venetian in Las Vegas – and is the largest single structure hotel building in Asia, The sixth-largest building in the world by area and the largest casino in the world.
The main hotel tower was finished in July 2007 and the resort officially opened on 28 August 2007.[1] The resort has 3000 suites, 1,200,000 sq ft (110,000 m2) of convention space, 1,600,000 sq ft (150,000 m2) of retail, 550,000 square feet (51,000 m2) of casino space – with 3400 slot machines and 800 gambling tables and a 15,000 seat CotaiArena for entertainment and sports events.

Aku tak nak cerita panjang pasal sejarah The Venetian...bukan korang nak baca pun..ehehehe..jom ikut aku tengok apa yang hado kat dalam tue... Kat dalam ni sah-sah ler ada Casino yang terbesar...mewah giler dekorasi kat dalam ni...melopong jugak mulut aku sekejap..teruja ya amat...memang cantik betul lah..malas nak citer panjang..jom layannnn.....

Entrance - The Venetian
Korang nampak tak gambar kat atas...korang naik je tangga tu...ada pintu masuk dan akan di sambut oleh dua orang jelitawan...ini lah landmark the Venetian..bersalut GOLD tu..jangan tak percaya...taraaaaa


Betul tak aku cakap..nampak mewah kan...luas betul tempat ni..satu hari jalan tak habis pusing. Bukan sekadar Casino, terdapat kedai makan, branded outlet dan juga kemudahan naik Canal iaitu sampan yang akan di dayung oleh orang purtugis untuk mengelilingi dan menikmati suasana di dalam The Venetian ni..memang teruja lah...Event..dalam tandas pun bersih dan dah macam bilik tidur..jangan tak percaya..aku sanggup ambil gambar dalam tandas dorang nih..ehehehe

Tandas - The Venetian
Tandas pun tandas lah jadi cantik dan bersih..ehehe..Kalau you all nak membeli belah dan menghabiskan duit korang yang banyak tu..boleh ke aras dua dengan escalator yang di sediakan. Korang pilih lah outlet mana yang korang suka..Zara, Victoria Street, Coach dan banyak lah...tak tersenarai aku kat sini. Cuba tengok gambar kat bawah tu..ada nampak tak langit biru tu..itu sebenarnya bukan langit sebenar tapi itu cermin yang menyerupai awan di langit..cantik bukan...


Panjang lebar jugak aku cerita pasal The Venetian nih yer..jom lah ikut aku ke Senado Square pulak..Bagaimana nak ke sana..itu senang jugak

Direction to Senado Square :
1. Ambil bas di luar pintu masuk The Venetian East Entrance ( turun ke Ground Floor..follow je sign Bus
    Depot )
2. Kat luar pintu masuk akan tertera laluan pelbagai jenis bas
3. Pilih sign 'Macau Ferry Terminal ..naik bas ke Grand Lisboa (Free Shuttle Bus) turun di Lisboa Hotel
4. Dari entrance Lisboa Hotel tu..jalan ke bahagian belakag hotel tu cari banguna Grand Lisboa.
5. Jumpa saya sahaja entrance Grand Lisboa..korang jalan terus ke kana menyusuri sepanjang jalan
    raya..terdapat sign Senado Square

Berdekatan Senado Square juga terdapat Espirit Outlet dan barang-barang sovinour di Senado Square memang murah berbanding di Hong Kong termasuk lah t-shirt dan keychain. Aku banyak menghabiskan duit untuk membeli keychain, t-shirt dan backpack di sini. Tidak jauh dari situ terdapat St Ruin of Paul. Aku leka sangat membeli-belah dan lupa nak ambil gambar kawasan sekitar :-)

Senado Square
Tak habis lagi cerita aku pasal pernalan di Macau ni..aku pun dah penat menulis..you allss..mesti lagi penat nak membaca kan...Jom aku bagi direction nak balik ke Hong Kong. Ye lah..badan pun dah penat ..seharian di Macau..jam 6 petang..kami mula bergerak ke Lisboa Hotel. Bangunan di sekitar memang cantik dan unik..antaranya Wlyn dan Sand..



Direction to China Ferry Terminal :
1. Naik bas di depan Lisboa Hotel. Pastikan naik bas tertulis Macau Ferry Terminal
2. Sampai sahaja di Macau Ferry Terminal, masuk entrance ke terminal
3. Selepas masuk entrance ada escalator, jangan naik escalator tu dulu..bergerak ke bahagian kanan terdapat kaunter tiket - TurboJet dan beli tiket untuk ke Kowloon/Tsim Tsa Tsui dengan harga HKD174 tetapi kami dapat diskaun dan kami bayar HKD170 sahaja.
4. Naik escalator untuk ke balai berlepas....perjalanan dalam 1 jam akan sampai ke China Ferry Terminal
5. Exit di China Hong Kong City Shopping Mall

End of day 4....aduhh...berhari-hari jugak aku nak menyiapkan entry ni.....tapi aku rasa berbaloi kerana ada orang sudi untuk membaca dan jadikan blog aku ini sebagai rujukan. Thank you for all my readers...ehehe..perasan..macam lah ramai yang baca blog aku ni kan...

Total Expences not include shoping budget :
Tiket Feri (HKD151 + HKD170) = RM131.61

Wasalam...

NUFFNANG