Showing posts with label China - Guangzhou. Show all posts
Showing posts with label China - Guangzhou. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

Holiday : Summer at Guangzhou Day 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


"Day 3 :  02 April 2013 Last day at Guangzhou"

Alamak!!!!! baru JM sedar rupanya cerita JM jelajah China belum habis lagi. Last sekali entri Summer at Guangzhou Day 2 Part II..pastu JM sambung cerita pergi mencandat dan mendaki kan. Moh lah JM Sambung cerita di Guangzhou pada hari ke tiga. Kalau simpan lama-lama dah tak menarik nak di baca kan.

Mana JM nak mula yer..dah lama trip ni JM pun dah lupa..kejap nak buka buku catatan trip..kalau hilang buku azimat ni habislah...tak ada backup lagi :-)

Pagi hari ke 3 di Guangzhou kami bercadang nak ke Sun Yat-Sen Memorial Hall, Guangzhou Zoo dan Beijing Lu. Seperti hari-hari sebelumnya JM dan rakan makan di restoran yang sama sebab tidak jauh dari hotel . Kami merupakan customer pertama yang masuk ke kedai pada pagi tu. Nak tahu apa pilihan menu JM pada pagi ni....taraaaaaaaaaa

Wednesday, 29 May 2013

Holiday : Summer at Guangzhou Day 2 Part II

Assamualaikum semua......

"Guangzhou...........Shopping time & Pearl River Cruise"

Pertama sekali nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca setia dan juga kepada yang baru jengah blog JM ni terima kasih banyak-banyak ye. Di atas kesetiaan korang mengunjungi blog JM ni meh JM nak bagi hadiah sikit....Muaachhh...love you oulsssssssss..heeeeeeeeee

Arghh!!!!...demam malas nak update blog mula melanda..waktu awal-awal mula menulis dulu bukan main lagi rajin menulis pastu simpan sebagai draft. Tapi sekarang ni penyakit M sudah datang dan sememang nya tak ada ubat untuk penyakit ni.

Oleh kerana mood malas nak mengarang, jadi entri kali ni pendek dan ringkas je.

Misi hari ke dua Guangzhou di teruskan lagi di mana kami akan ke China plaza, Haizhu Square dan Pearl River Cruise.

Ini lah adalah sambungan daripada entri INI

Selepas selesai makan Moon Boat Restaurant (turkey style), kami terus ke Yuexiu Park Metro Station Entrance A untuk ke China Plaza Shopping Mall.

Yuexiu Park Metro Station Entrance A
Destinasi : China Plaza Mall 
Location : 33 Zhongshan Road, Metro 1 Martyr's Park. Located on top of a metro station, this is another large shopping mall with brand name department stores, clothing stores, electronics stores and restaurants.

Monday, 20 May 2013

Holiday : Summer at Guangzhou Day 2 Part I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog JM yerrrr,


"Guangzhou...Yuexiu Park"

Ada yang nak baca lagi tak sambungan story JM di Guangzhou ni...meh ikut JM..ke mana pulak hari ke 2 kami di sini TAPI sebelum ni JM nak celoteh sikit.

Harap-harap semua sihatlah ye dengan keadaan cuaca di Malaysia sekarang yang panas dan kering ni..tido malam pasang kipas paling kuat..panas u oulsss...nak pasang aircond tak mampu. Bila cuaca macam ni mula lah verangan nak migrate ke negara 4 musim..gitewww.. Lebih advance lagi boleh terpikir nak kahwin dengan orang dari negara 4 musim tu..hahahaha...nko dah terlebih berangan JM, sodar diri tu..kalau nko tu santik macam retis..mesti lah ramai queue, ini nko nak dapat sorang pun susah..hihihhi (itu suara jauh di sudut hati) hihih. Udahlah mengarut sikit-sikit..jom kita ke topik sebenar.

Pada hari ke-2 ni kami nak ke :

1. Yuexiu Park
2. China Plaza
3. Haizu Square
4. Pearl River Cruise

Tuesday, 14 May 2013

Holiday : Summer at Guangzhou Day 1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua blogger dan reader,

"From Guilin to Guangzhou"

Oh hoiiiiiiii.....dah hampir sebulan balik dari dari bercuti Overland China baru siapkan entri 3 hari bercuti di Guilin. Nampak nya untuk menghabiskan story sehingga ke Hong Kong ni mahu lepas raya puasa lah baru habis kan hehehehe. Tapi kawan-kawan semua jangan bosan tau..keep on reading eh.

From Guilin to Guangzhou by Train..11 jam you oulss...Ada hati nak buat trip dari Beijing - Xian - Suzhou - Hangzhou - Shanghai heheheh..entah bila verangan je lebih
Day 4 : 31/04/2013 (Ahad) seawal jam 8.30 pagi

Thursday, 7 February 2013

Lawatan sambil belajar ke China, KATAnya

Assalamualaikun dan selamat sejahtera kengkawan kesayangan,

Entri ini dikeluarkan sekadar ingin bertanya pendapat rakan pembaca sekalian. Opis JM ada menganjurkan trip ke Guangzhou dan Shenzhen pada bulan April nanti. Lawatan sambil belajar katanya..'rombongan shopping sebenarnya'.

Awal tahun ni belum ada trip mega lagi, cuma trip kecil pada ujung bulan 2 nanti itupun ke negara jiran yang berdekatan je.

Kaki dah rasa gatal-gatal nak berjalan nih...eheheeh
  
Yuexiu Park, Guangzhou
Window Of World, Shenzen
Suggested Itirenary :

Tarikh : 5 April - 9 April 2013 (5H4M)
Harga : RM1,810 termasuk tiket kapal terbang dan Makan (luggage sendiri)

4 April 2013 (Khamis) - Kuala Lumpur
- Berkumpul di Lapangan Terbang LCCT (AirAsia)
- Bertolak ke China

5 April 2013 (Jumaat) - Guangzhou, China
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou
- Terus bertolak ke Shenzen

Shenzhen, China
- Jalan-jalan dan Shopping di Shenzen
- Singgah solat di Masjid
- Makan Malam
- Check in di Changan Hotel

6 April 2013 (Sabtu) - Shenzen, China
- Sarapan pagi di hotel
- Melaat Lotus Mountain Park
- Melawat Kilang Sutera dan Jade
- Makan tengahari dan solat
- Membeli belah di dewan Commercial Luohu
- Makan malam

7 April 2013 (Ahad) - Shenzen, China
- Sarapan di hotel dan terus check out
- Membeli belah di jalan Dongmen
- Makan tengahari dan solat
- Bertolak ke Guangzhou

7 April 2013 (Ahad) - Guangzhou, China
- Melawat Yuexiu Park
- Melawat kubur Saad bin Abi 'Waqas
- Makan malam
- Membeli belah di Beijing Road
- Chek in Duobao Hotel

8 April 2013 (Isnin) - Guangzhou, China
- Sarapan pagi
- Melawat Dr Sun Yat-Sen Memorila Hall
- Makan tengahari
- Solat di Masjid Guang Ta
- Membeli belah di Jln Shangxiajiu
- Makan malam

9 April 2013 (Selasa) - guangzhou, China
- Saparan dan check out
- Membeli belah
- Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou
- Bortolak ke Kuala Lumpur, Malaysia

Apa pendapat you olllsssssss..berbaloi tak kalau JM ikut trip ni...JM masih membuat pertimbangan.. ..rasanya pergi sendiri lagi best, banyak lagi tempat menarik boleh explore..tapi itulah..bak kata JM di awal tadi..ini rombongan shopping kan..

Jumpa lagi..byeee..Anyeonggg... 

Friday, 18 January 2013

Kenali Guangzhou, China

Assalamualaikum  dan salam sejahtera  to all follower & silent readers,


Hari ini aku nak kongsi sedikit info berkenaan GUANGZHOU, China. Kenapa aku pilih Guangzhou sebagai salah satu tempat impian aku???

Guangzhou Map
Selain Beijing, Guangzhou juga merupakan salah satu tempat menarik untuk di kunjungi kerana ia merupakan sebuat tempat 'syurga membeli belah'. Memang popular di kalangan Rakyat Malaysia yang suka atau gemar shopping dan juga punca utama pemborong unntuk mendapatkan baran secara borong dengan kadar harga yang murah untuk di jual di Malaysia. Jadi Guangzhou lebih kepada tempat untuk 'melabur' duit.

NUFFNANG