Showing posts with label Indonesia - Bukit Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Indonesia - Bukit Tinggi. Show all posts

Monday, 27 August 2012

Bukit Tinggi Indonesia : Mencari kain sulam Pt2

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua...selagi masih di bulan Syawal..tak salah kan aku buat ucapan Selamat Hari Raya kepada pembaca semua...kalau ada yang nak buat open house tu...sudi-sudilah jemput aku sekali (hehehe...muka tak malu...)

Tak habis lagi story aku di Bukit Tinggi ni....dalam bulan puasa hari tu..mood aku nak menulis makin berkurang....idea juga makin kurang selari dengan kekurangan tenaga untuk menaip...Bulan Ramadhan la katakan hihihih.

Jadi aku sambung dalam bulan Syawal pulak sebab mood aku dalam bulan ni lain sikit...hihiih..

Ok..tak nak buang masa jom ikut aku pada hari ke -2. Kemana kami hari ke 2 ni..

DAY 02 : Bukit Tinggi ~ Minangkabau (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)
-   Sarapan pagi di hotel
-   melawat ke Panorama Ngarai Sianok
-   Melawat ke sulaman Hj Rosma di Kampung Baso
-   Melawat ke Tabek Patah, pembuatan kopi dan kerepek pisang
-   Melawat batu sangkar melihat Istana Silinduang Bulan
-   Makan tengahari di local restoran
-   Melawat ke Tasik Singkarak, kembali ke Bukit Tinggi
-   Sampai di Bukit Tinggi, acara bebas
-   Makan malam di local restoran

Aku tak boleh nak story detail perjalanan aku pada hari ni..almaklumlah ..ada driver yang bawak kami sambil dia berceloteh panjang kat depan..dan sesekali aku terlelap jugak dalam kereta tu. Pelbagai cerita dan sejarah dia nak kabor....mana seronok nak dengar kan...huhuh..jom layan gambar je lah..

Breakfast kat hotel


Shopping kat Pandai Sikek....Jubah kat sini murah sangat..kalau yang jenis menjual..memanng sesuai lah kalau borong kat sini.

Cantik kan jubah-jubah ni :-)
Kain pasang pun ada :-)
Demo cara menenun songket
Istana Besar Pagaruyung
Selepas puas bershopping, kami di bawa pulak untuk melawat Istana Basa Pagaruyung. Jom ikut aku :-)



Seterusnya kami di bawa untuk menikmati kopi umphhh di Tabek Patah.


Korang selera tak nak minum kopi tue.... :-)

Kemudian kami di bawa ke kedai sulaman Hjh Rosma di Kampung Baso. Tiada apa yang menarik di sini melainkan sulaman kain yang halus buatannya dan harga agak mahal. Kami sekadar melihat dan meninjau apa yang ada.

Sulaman pada kain telekung
 

Selesai sudah cerita aku pada hari ke-2. Esok seawal jam 4.30 pagi kami akan bertolak ke Airport. Kiranya kami di Bukit Tinggi solid untuk 2 hari sahaja. Kepada sesiapa yang ingin datang ke sini pesanan daripada aku..'make sure you all planning well' ok.

Selamat hari raya...jumpa lagi on next entry..byyeeeeee.. :-)

Friday, 3 August 2012

Bukit Tinggi Indonesia : Mencari kain sulam

Assalamualaikum dan salam manis untuk semua... :-)

Selamat berpuasa...
Selamat bershopping baju raya, kasut raya, biscuit, kuih raya dan semua berkaitan raya lah senang citer...hihi

Dah lama aku tak update entry terbaru kerana kesibukan kerja..mesti you rindu nak baca entry aku kan...eheheh...perasan....

Entry aku kali ni ada kelainan sikit..mesti korang tertanya-tanya kan..apa yang lain nyer.. :-) 

Cuba korang 'guest' aku kemana kali ni kalau lihat gambar di bawah..ahahaha..sah-sah korang jawab..apa lah..dah tertera kat tajuk...Bukit Tinggi Indonesia ..ke mana lagik....ahahaha..saja nak buat lawak...jadi tak lawak bodoh aku nih... :-)


Trip aku ni dah lama..baru sekarang aku nak update dalam blog ni...

Macam biasa lah..aku melancong ke mana-mana destinasi dengan AA..everyone can fly...Aku beli tiket ni pada April 2011 dengan harga RM29 buy 1 free 1..memang murah giler...tarikh penerbangan pada disember 2011. Aku telah memilih untuk ke sana pada 01/12/2011 - 03/012/2012 (3H2M) bersama rakan-rakan sepejabat. Bagi aku 3H2M sudah mencukupi kerana aku ni bukan shopping holic. Trip aku kali ni bukan secara backpackers yer kawan-kawan ...kami menggunakan khidmat travel agent kerana ia lebih sesuai dan murah.

Kami mengambil keputusan untuk mengambil khidmat dari Raun Sumatra Tours & Travel. You allsss boleh google jer untuk mengetahui dengan lebih lanjut pakej yang di tawarkan. Pakej 3H2M Minangkabau yang kami dapat RM325/pax termasuk pengangkutan , hotel dan makan. . Untuk makuman itierenari ini disediakan oleh travel agent bergatnung kepada bilangan hari kita di sana. Jadi tidak perlu risau, maklumkan sahaja bilangan hari you allss kat sana..nanti mereka akan sediakan. Jom tengok itirenary kami di sana.

DAY 01 : Padang ~ Bukit Tinggi (Makan malan, Makan tengahari)
-    Tiba di Bandara International Minangkabau
-    Bertolak dari Padang ke Bukit Tinggi, berehat sebentar di Air Terjun Lembah Anai
-   Makan tengahari di loacal restoran
-   Melawat ke Pandai Sikek, kerajinan Songket Ukiran Kayu
-   Melawat ke Pasar Atas dan Jam Gadang
-   Check in hotel
-   Makan malam di local restoran

DAY 02 : Bukit Tinggi ~ Minangkabau (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)
-   Sarapan pagi di hotel
-   melawat ke Panorama Ngarai Sianok
-   Melawat ke sulaman Hj Rosma di Kampung Baso
-   Melawat ke Tabek Patah, pembuatan kopi dan kerepek pisang
-   Melawat batu sangkar melihat Istanan Silinduang Bulan
-   Makan tengahari di local restoran
-   Melawat ke Tasik Singkarak, kembali ke Bukit Tinggi
-   Sampai di Bukit Tinggi, acara bebas
-   Makan malam di local restoran

DAY 03 : BUKIT TINGGI ~ DEPARTURE (Sarapan Pagi)
-   Sarapan pagi di hotel
-   Bertolak menuju ke Airport

Package Included :
1. Transportation Service with driver & tour guide
2. Hotel Accomodation at selected hotel with daily breakfast
3. Meals as mentioned in itirenary, mineral water on arrival
4. Entrance fee as mentioned in iterenary

Any enquiry, please contact :

PT. RAUN SUMATRA TOUR & TRAVEL
JL.A Yani No. 99 Kampung Cina - Bukit Tinggi
West Sumatera, Indonesia
Phone : +62755221133
Fax     : +62752625171
Website : www.raunsumatra.com
Email     : info@raunsumatera.com
Yahoo Mesenger : widia.raunsumatra@yahoo.com

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba pakej ini sila layari laman web yang di berikan dan boleh juga email untuk mendapatkan suggested itirenary melalui alamat email di atas. Itirenary masih boleh di buah mengikut ksesuaian masa.

Oleh kerana trip aku kali ini pergi dan travel agent...aku tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pelbagai info untuk ke sana. Apa yang penting sediakan duit dan buat pengesahan dengan travel agent bila tarikh kami arrival dan departure..selesai. Lain-lain hal travel agent tersebut yang akan uruskan.

Kami sampai di Minangkabau International Airport (Padang) pada jam 10.40 pagi di mana masa perjalanan adalah lebih kurang 2 jam perjalanan. Untuk pengetahuna waktu Malaysia dan Indonesia tidak sama yer...Bukit Tinggi tidak terdapat lapangan terbang yer jadi pastikan beli tiket AA turun di Padang. Jarak perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi lebih kurang 4 jam perjalanan denga laluan jalan yang agak berliku dan berselekoh dan hanya yang cekap sahaja boleh memandu di kawasan ini.

Pemandangan dari dalam Flight
Dalam kenderaan yang menjemput kami di Airport
Berikut adalah pemandangan sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi dan pada masa yang sama hujan renyai-renyai. Korang jangan aspect sesua yang gah la kan..nama pun Indonesia..semua orang tahu bagaimana suasan kehidupan dan cara hidup orang di sana kan.



Destinasi pertama kami di bawa ke Air Terjum Lembah Anai sekadar untuk mengambil gambar kenangan.



Seterusnya kam di bawa untuk sarapan pagi di rumah makan Lamun Ombak.


Kalau korang tanya aku bagaimana rasa makanan di sini..sedap ke tidak aku tak leh jawab secara tepat bergantung kepada tekak masing-masing. Secara jujur aku lebih suka makanan Malaysia :-). Harga makanan macam biasa agak mahal dalam ribuan rupiah kalau kita convert dalam RM agak mahal sikit lah.

Selepas makan kami di bawa ke Panorama Ngarai Sianok..kalau korang tanya aku apa makna nya..aku pun tahu..tapi korang boleh lihat gambar di bawah seperti rupa bentuk rumah yang unik.


Apabila kami dah puas bergambar disini , perut masing-masing sudah lapar dan perlu di isi, kami di bawa makan tengahari di kedai Pak Datuk Unik kan nama-nama kedai di sana. Kalau korang pergi sendri tanpa travel agent, ketika berada di kedai makan, mereka ada hidang lauk pauk yagn pelbagai di atas meja makan. Jadi pastikan korang pilih lauk mana sahaja yang korang nak makan..yang selebihnya letak ke tepi jangan nanti korang cubit lauk ni sikit lauk tu sikit lastly tak habis makan ...korang mampu nak bayar harga ratusan ribu...eheheh...aku tak sanggup sebab aku spend duit untuk shopping jer. Sebab tu untung pergi ngan travel agent...kalau dorang hidang lauk penuh meja makan..korang belasah jer semua...tak perlu risau...travel agent tu dan include dalam pakej..so makan sepuas-puasnya. Aku pernah ada pengalaman pergi Bandung sendri tanpa travel agent...agagk susah untuk cari kedi makan yang sedap dan harga berpatuta. Kami ada sewa driver tapi dia bawak kami ke kedai makan yang mahal-mahal dah tu tak sedap pulok..meme frust gilo...ehehe.


Nampak tak..banyak kan hidangan atas meja..pilih jer mana korang nak makan..tengok tu licin...ehehe...yo lah tengah kebuluran...

Hoyeeeee..masa untuk shopping...kami di bawa ke kedai Linduang Bulan..agak mahal harga kain di sini..kami sedakar mencuci mata sahaja.


Kemudian kami terus gerak Pasar Atas dan Jam Gadang.  Lokasi hotel adalah di kawasan berhampiran jadi kami singgah sebentar di sini untuk survey kedai-kedai yang menjual kain dengan harga yang murah. Kawan-kawan jangan mudah tertipu yer..banyak lot-lot kedai kat Pasar Atas ni..so kena pilih kedaia yang menjual kain dengan harga yang murah dan berkualiti. So pandai-pandai lah pilih. Keadaan kedai adalah seperti Pasar Baru di Bandung yang bezanya Pasar Baru ada banyak lantai atau banyak tingkat tapi Pasar Atas hanya 1 tingkat sahaja.


Kami tidak lama di sini...just singgah sebentar, pusing-pusing lihat kawasan kedai kerana esok baru ambil keputusan untuk melihat apa yang menarik. Masing-masing dah penat, jadi mood shopping dah kurang, maka kami di bawa untuk check in hotel dulu.


Aku pun dah tak ingat apa nama hotel ni. Apabila urusan check in, masuk bilik, rehat, mandi dan tunaikan apa yang wajib dan lebih kurang jam 8.00 malam kami di bawa untuk makan malam. Makan lagik...memang best lahh...


Selesai makan, kami di hantar balik ke hotel untuk merehatkan badan dan minda. Tamat kisah aku untuk hari pertama. Aku aku review semula..panjang jugak entry aku ni yer..aku ingat nak siapkan kisah 3H2M aku di sini dalam satu entry sahaja tetapi memang tidak boleh. Jadi kawan-kawan jangan jemu untuk membaca yer. Cukup dulu untuk hari ini..nanti aku sambung lagi untuk next day.....tapi tak janji bila kerana kesibukan kerja aku makin bertambah sejak pegang beberapa jawatan di opis nih..

Wasassalam.....

NUFFNANG