Showing posts with label China - Shenzen. Show all posts
Showing posts with label China - Shenzen. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

Holiday : Shenzhen - Windows Of The World

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua,


"Windows Of The World, Shenzhen"

Hari ni JM nak story sambungan percutian di Shenzhen untuk hari ke dua - 04/04/2013 dah basi kiranya citer ni tapi baru nak keluarkan entri. Walaupun dah basi tapi still lagi wangi tau heee...

Hari kedua di sini kami akan ke Windows Of the World yang femes emes di kalangan pelancong tu. Mesti korang nak tahu apa yang ada kat sana kan..sabar..sabar..jap lagi JM citer.

Windows Of  The World - Introduction
Shenzhen Window of the World is a fantastic replica park situated at the Overseas Chinese Town. Here you can see vivid replicas of the world's wonders, historical heritages and famous scenic sites. Within one day, you can visit many reproductions of famous sites from different countries. For example you can find the Mahamuni Pagoda of Mandalay and the Angkor Wat of Cambodia here. European architectural splendors, such as the Eiffel Tower, the Ancient Athens, the Leaning Tower of Pisa and the Tower of London will carry you back to the cradle of classical European culture. Source from travelguidechina

Senang cerita WOW merupakan replica park yang menempatkan bangunan yang menjadi tarikan pelancong dari negara-negara yang berlainan. Tapi sayang Menara Berkembar KLCC tiada kat sini kiranya Malaysia tidak termasuk dalam senarai.

Tanpa membuang masa seawal jam 8.30 pagi selepas sarapan roti dan minum pagi kami mula bergerak ke subway untuk ke WOW.

Monday, 22 July 2013

Holiday : Shenzhen - it's attractive?

Assamualaikum to all my readers blog dan selamat berpuasa jugak!!!!


Wollla weeiii...tajuk entry omputeh tu heeeeeeeee...buang tebiat ke JM nih..ahahaah...sekali sekala maaa...

Bulan puasa ni mood JM nak keluarkan entri baru makin menurun tapi dek kerana terdapat permintaan di antara rakan pembaca yang ingin tahu pengalaman JM di Shenzhen, so JM cuba cari ruang untuk keluarkan entri ni. Hambooi!!!..macam lah busy sangat kan..ahahah..malas sebenarnya...bukan sibuk pungggg...

Untuk pengetahuan rakan pembaca semua, sebenarnya ramai sudah rakan travel blog JM yang pergi ke Shenzhen dan sekiranya korang rajin, boleh scroll kat panel sebelah kanan blog ni dan terdapat cerita dan pengalaman yang berbeza. Jadi bila sebut je Shenzhen mesti trip tu akan bersekali dengan Hong Kong ..betul tak?..kenapa yer..siapa tahu :-)

Yer..memang rugilah kalau pegi Shenzhen tapi tak singgah di Macau dan Hong Kong dan selalunya 3 tempat ni boleh travel dalam 1 trip je. Kepada mereka yang plan nak travel ke Shenzhen, meh JM bagi suggestion route.

Route 1 : Macau - Hong Kong - Shenzhen
Route 2 : Shenzhen - Hong Kong - Macau
Route 3 : Macau - Hong Kong - Shenzhen - Guangzhou
Route 4 : Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong - Macau
Route 4 : Guilin - Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong (ni route yang JM buat lah) tetapi kenapa tak terus ke Macau coz JM dah pegi sebelum tu..malan nak repeat lagi.

Monday, 8 July 2013

Holiday : Journey From Guangzhou to Shenzhen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog JM yerrrr,


"Day 4 : Journey From Guangzhou to Shenzhen"

Sebelum JM mula penceritaan dan perkongsian travel JM ke China yang belum habis-habis lagi tu, JM nak ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan blogger dan pembaca blog JM. Susulan daripada Entri Blog JM kena Cilok tu, semua memberi kata semangat, perangsang dan keperihatinan di atas apa yang berlaku. I Love u oulsss...Walaupun JM baru kenali u oulss melalui alam maya tetapi seperti sudah bertahun lamanya heeeee giteww.

JM tahu ramai lagi silent reader yang follow dan support blog JM.. sokongan dari korang semua sangat JM hargai.

Kepada pembaca yang baru tahu akan keujudan blog Jari Manis : Travel List ni jangan segan silu untuk singgah dan baca yer dan kalau ada apa-apa nak komen baik ke buruk ke dialu-alukan kerana dari komen kalian membolehkan JM improve apa yang kurang. 

Bagi kes entri blog JM kena cilok tu, apa yang dah berlaku biarlah berlaku dan JM pun tidak simpan dalam hati dan JM maafkan blogger tersebut walaupun beliau tiada menyuarakan hasrat untuk mohon maaf. Kepada beliau JM nasihatkan jangan buat lagi perkara seperti itu.

Kepada pembaca setia terima kasih banyak-banyak dan teruskan membaca yer. Kepada new readers, blog ni lebih kepada travel story tau.

Hari ni AirAsia ada buat sale 5 SEN tu..ada tak antara rakan travel JM yang sempat grab tiket murah untuk travel next year..dengar khabar mmg murah betul harga tiketnya TAPI sayang coz JM tak sempat. Bila check harga tiket pagi ni dah mahal terutama ke Melbourne dan Tokyo. Try jugak tengok tiket ke Surabaya RM67.00 dan balik ikut Bandung RM37.00 total RM104.00...murah tuuuu..tapi JM tak beli pun. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk di laman web Air Asia tau.

NUFFNANG