Showing posts with label Blogger - Gift. Show all posts
Showing posts with label Blogger - Gift. Show all posts

Monday, 31 December 2018

Goodbye 2018 😢 WELCOME 2019 💖💖

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖,



Goodbye 2018 L
Welcome 2019!!! J


Hari ni 31 Disember 2018, esok dah masuk tahun baru uolssss!! Tahun DUA RIBU SEMBILAN BELAS!!! Cepatnya masa berlalu....setahun 365 hari, rasa terlalu pantas masa bergerak...tak tahu la apa pencapaian JM tahun 2018 ni. Paling ketara rezeki dari Allah dapat mendiami sebuah rumah sendiri..Alhamdulillah.

Yang pasti umur dah tambah 1 angka..bukan makin panjang umur tapi semakin pendek umur sob sob sob. Angka usia makin besar tetapi hati tetap rasa muda keh keh keh..Siapa perasan muda macam JM hahahaha

Masuk je tahun baru mesti korang ada setup azam baru betul tak? ke tak ada? Yelah kot la azam nak beli rumah ke, kereta ke, nak beli perabut rumah ke (itu azam JM la hihihi) nak cari awek ke, nak cantikkan gigi ke..apa-apa azam lah!!! Nak turunkan berat badan ke (azam JM yang tenggelam timbul ahaha) Tak pun nak kurangkan hal dunia lebihkan akhirat ke..

Tak kira lah apa azam korang, JM doakan supaya Allah permudahkan semua urusan dan impian korang tercapai. JM doakan juga semua reader blog JM sentiasa sihat., murah rezeki dan hubungan silaturahim kita kat alam maya ni berpanjangan..Aminnn.

Sebut pasal hubungan silaturrahim ni, JM nak semua nama dalam LIST kat bawah ni, emailkan JM alamat surat menyurat ye....ada certain person JM dah ada alamat dorang tapi inginkan kepastian alamat masih sama or dah bertukar... kecuali alamat SS la hihihih

Friday, 1 July 2016

Salam Lebaran dari Rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua reaer blog JM,


Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Selagi hayat di kandung badan, perbanyak kan amalan-amalan baik terutama di bulam Ramadhan kerana pahala yang Allah berikan berlipat kali ganda kalau nak di bandingkan dengan bulan-bulan Islam yang lain.

Ahaksss...cam ayat buku tak? tapi belum boleh challenge entri Cikgu Ceketed kerana bahasa yang di gunakan sangat teratur.

Semalam JM pos beberapa keping kad raya untuk rakan blogger, balik umah petang tu tengok peti surat..mak aih!!! banyak nye kad raya...sambil senyum lebar kat peti surat tu...dan mula lah perasan diri tu RERUPIS ahakssss.

Berkeping - keping kad raya dari blogger

Wednesday, 17 February 2016

JM!!!! oooo JM...mana entri baru?

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM


Hallllloooooooooo! i'm back! (BOLD sikit hehehe)

Entah berapa lama nak bertahan ni..sabarlah ye kawan-kawan

Ehh!!!! ada yang masih follow story kat blog ni ke?

Ke ramai dah mula 'melarikan' diri... ngeh ngeh ngeh....rasain loh!

Itulah ko JM...orang nak tulis blog..ko pun nak tulis blog...pastu asyik malas je...asyik tak de mood je..apa nak jadi ngan ko ni!

Haaaa...tengok bila hati kecil JM bersuara!

Yes!! almost 2 weeks blog ni bersawang...ohhh TIDAK!!!! wakeup JM wakeup..jangan lama sangat 'berehat'..ramai yang rindu tu heeeeee (tutup muka)

Mehhhh...nak vacum sikit sawang tu...

Ingat lagi tak? JM masih hutang ole2 Top Commentar dan Pengomen Setia 2015..ni haa hadiah nye...belum siap lagi huhuh...belum bungkus lagi...sabar ye pembaca kesayangan sekalian

Fridge Magnet design sendiri selepas puas belajar dari SIFU SS
Hasil memancing di Busan dan Korea hari tu
Bukan itu je...JM juga nak ucapkan terima kasih kepada mereka ni....SIAPA? Semua kenal mereka ni...

Thursday, 26 November 2015

Hadiah dari Rakan Blogger (5)

Assalamualaikum buat sahabat reader blog JM sekalian,


*****Hadiah Rakan Blogger (5)*****

Hari ni 26/11/215 balik dari office terpandang peti surat nampak satu sampul coklat size A4 dan terus senyum. Ni mesti hadiah dari rakan blogger ni. Masuk rumah belum buka tudung terus koyak sampul tu..nampak penyakit tak sabar dah datang heheheeh. 

JM keluarkan 'something' keras dari sampul dan senyum lagi heeee. Rupanya hadiah dari rakan blogger Ikhwan Yusuf pemilik blog Dunia Kita yang masih belajar di sebuah Universiti Tempatan.

Korang mesti nak tahu apa yang JM dapat kan..tul tak? heeeee...tengok je tau jangan minta..i is tak bagi heeee

3D Puzzle Kapal Perang
Ikhwan hadiah kan JM satu set 3D Puzzle Air Craft Carrier or Kapal Perang dalam bentuk 3D Puzzle. 

Pada mulanya Ikhwan nak hadiah kan 3D Puzzle kapal Titanic, JM pun dan berangan nak buat adegan romantik atas kapal tu tetapi angan ku musnah kerana kapal Titanic tu karam di lautan huhuhhu. 

Kenapa boleh karam boleh baca kat SINI. JM mengenali penulis blog Dunia Kita melalui blogger Farrah MF so JM seperti biasa kalau terjah blog orang ni tak boleh nak tinggalkan komen satu or dua je rasa tak puas so dek kerana sangat RAKUS, JM telah manjadi salah seorang Top Commentar di blog beliau bagi bulan Oktober. Kah kah kah...rakus ko!

Jadi sebagai tanda penghargaan Ikhwan kirimkan hadiah ni. Terima kasih Ikhwan...tak perlu susah-susah sebenarnya nak beri something sebab sis JM BW kerana balas kunjungan. 

Terima kasih Ikhwan dan sis JM doakan supaya Ikhwan jangan lalai dalam pelajaran, siapkan assignment dan jika ada masa terluang baru BW eh..

Ada lagi >>>>

Sunday, 15 November 2015

Hadiah dari Farrah My Friend a.k.a Farrah MF

Assalamulaikum dan salam sayang buat semua pembaca blog JM ye,


SURRISE tak? semalam satu entri hari ni ada lagi satu entri...begini lah jadinya kalau mood rajin.

Semalam balik dari ofis, ada sekeping Notis dari Pos Laju. JM dah senyum sebab dah boleh agak mesti ada something dari rakan blogger.

Mula nya tak boleh nak guess dari siapa tetapi bila baca entri di blog SS "Istanbul Aku Jeles" JM dapat rasa mesti dari Farrah MF. Confident Level tinggi uolss hehehe.

Awal pagi tadi terus serang pos laju, sampai ofis terus bukak..then..mak aihhh!!!!!

Baaaaanyakkkkkkkkkkk!!!! nye..itu perkataan pertama keluar dari mulut JM

Bila belek-belek hadiah tu...JM senyum lagi bila tengok tulisan tangan bolat-bolat tu dah tahu siapa yang kirim..YES!!! ramalan ku benar belaka, dah macam tajuk lagu.....dari Farrah MF!!

Farrah MF a.k.a Farrah My Friend not Farrah Mother Father bak kata Wak Lat ehehee. Farrah MF juga di kenali sebagai Cikgu Ceketed.

JM tahu semua orang kenal Farrah MF ni dan tak perlu di kenalkan lagi.

Ini bukan kali pertama JM terima hadiah dari Farrah tetapi dah banyak kali. Terima kasih Farrah!

Kalau dulu JM ke pejabat pos laju, staff tu akan tanya...siapa Jari Manis ni? pastu JM jawab lah itu nama glemer hihihi...kali kedua staff tu cakap ni nama company ke..JM senyum je...so until now dorang dah tak tanya lagi ye lah asyik-asyik yang datang collect Jari Manis kih kih kih.

Nak tengok tak apa yang JM dapat tu?

Monday, 6 July 2015

"Kad RAYA" - Dari Rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


Hari ini kita berpuasa untuk hari yang ke BERAPA?

Ye...cepat betul masa berlalu dari Bulan Ramadhan, lebih kurang 12 hari lagi kita akan menyambut Bulan Syawal yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri oleh mereka yang beragama Islam.

So korang dah buat preparation belum?. Semasa JM ke Shopping Mall, sana sini lagu raya..meriah!!!!

TETAPI jangan kita lupa pada 10 malam terakhir Ramadhan, iaitu malam Lailatul Qadar, satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Rebutlah malam itu kerana ia hanya datang sekali dalam setahun.

Kalau baca ayat-ayat di atas belum layak jadi ustazah hehhehe...masih kurang ilmu. Hanya mengingati sesama Islam agar kita lepaskan peluang yang ada yek.

Isshh...apa yang JM bebel nih hhiihi.

Petang tadi balik dari ofis seperti biasa mesti check peti surat.

Jika dulu sebelum ada blog peti surat tu sentiasa kosong kalau ada surat pun mesti bil-bil letrik, air, astro, atau surat bayar hutang tetapi sekarang peti surat tu mesti penuh dengan surat dari rakan blogger hihihhi.....rasa seperti RERUPIS ahahahah sila muntah hijo!!!

Minggu lepas balik dari ofis ada beberapa keping lagi kad raya dan souviner dari rakan blogger..nak tahu dari siapa? moh ikut JM...
Kad warna biru dari SS dan warna hijau dari sis Vee...terima kasih kepada mereka berdua

Sunday, 21 June 2015

Thank you my dear FRIENDS

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,


Selamat berpuasa kepada semua rakan maya blog JM dan pastikan puasa bukan hanya menahan makan dan minum tetapi puasa semua anggota fizikal dan rohani okey!!

Okey...sambung!!!

Ini adalah entri ucapan "Terima Kasih" kepada beberapa orang bloggers merangkap reader dan pengomen tegar blog JM. 

Mereka telah beri 'something' kepada JM sebagai tanda terima kasih kerana rajin tinggalkan komen di blog mereka. JM memang kaki 'MENGEBOM' kerana membalas kunjungan.

Kehadiran JM di blog mereka i get something....

Terima kasih Siti Humairah a.k.a Siti Yang Menaip or CT kerana hadiah kan sis JM sekotak teh perisa strawberry dan coklat Hazleen.

Siapa yang belum kenal CT yang paling comel ni sila klik link ni Siti Yang Menaip

Teh perisa Strawberry
Coklat kerana menjadi Top Komentar Jan - April 2015

Thursday, 16 April 2015

Apabila 'manusia' sayang!


Assalamualaikum dan salam sayang semua nya,


Apa nak jadi dengan JM ni malas betul nak update blog....cite trip Busan pun belum habis lagi.

Moh JM update entri pendek supaya blog ni tidak bersawang terlalu lama...nanti SS perli heeee.

JM ada terbaca pepatah ini...

" Jika manusia sayang ia akan beri perhatian"
"Jika Allah sayang ia akan beri ujian"


Adakah ini tanda nya SAYANG?

Wednesday, 1 April 2015

JM Gila kuasa katanya ahahahhha

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya


Hari ini 1 April 2015, semua orang akan hadapi GST (Goods & Service Tax) bukan Goverment Service Tax ye...nak tak nak kita perlu hadapi dengan tenang walaupun berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Hari ini juga JM di kejutkan dengan satu entri dari salah seorang blogger yang sudah lama JM kenal di alam maya dari blog yang lama sehingga beliau tukar ke blog yang baru. 

Blogger Tiga Lalat, kepada yang belum kenal boleh klik link ini Tiga LALAT

Kenapa Tiga Lalat, tidak 4,5 or 6 LALAT..itu perlu tanya beliau hikss...

Malam tadi JM terima email daripada beliau minta alamat kerana telah menjadi Top Commentar blog beliau, so JM agak surprise kerana bukan sentiasa tinggalkan komen..bukan hari-hari tetapi time ada kelapangan masa je..yang pasti kalau dah tinggalkan komen bukan satu or 2..semua entri yang belum di baca lah kan.

Ini adalah picture yang JM copy dari blog beliau.

Kredti to 3lalat : Top Commentar Giveaway blog 3lalat
Kredit to 3lalat : JM - Top Commentar blog beliau
Ini adalah petikan kata-kata dari blog beliau yang membuatkan JM tergelak besar...ahahaha

"HARI INI 1hb April dan GST sudah bermula. Dan hari ini juga saya rasa teruja untuk membuat entri tentang pemenang Top Commentator dalam blog saya yang merapu entah apa apa yang biasa biasa saja ini. Dan seperti yang diketahui bahawa pengomen tegar untuk 3 bulan lepas adalah tidak lain dan tidak bukan ialah cik JM Jari Manis yang manis jeliter yang suka travel jalan jalan korea itu. Walaupun beliau bukan hari hari meninggalkan komen di blog saya ini, tetapi apabila beliau berkomen akan pulun mengomen kesemua entri-entri saya sebelum ini. Kiranya cik JM gila kuasalah di blog saya yang ini juga. Oleh itu untuk hari ini sahaja saya akan memberi hadiah kepada beliau cik JM yang jeliter itu sekeping gambar iphone 6 yang cantik seperti diatas. Tahniah untuk cik JM sekali lagi. Dan hadiah akan dikirimkan kepada beliau hari ini juga. Cik JM, sila hubungi saya untuk menuntut hadiah tersebut. "

NaMPAK!!!! sekeping gambar Iphone 6 yang cantik ye uoulsss...bukan Iphone 6 yang JM dapat ahahah...tak pe lah..gambar pun gambar lah boleh JM buat kenangan...Rezeki jangan di tolak terima dengan hati terbuka...Terima kasih Tiga Lalat..terharu sangat bila baca entri tu..

Sesungguhnya JM komen blog kawan-kawan dengan niat hati yang ikhlas..tidak mengharapkan apa-apa balasan..itu adalah kunjungan balas kerana bagi mereka yang rajin tingglkan komen di blog JM tetapi dek kerana kekangan masa masih terdapat banyak blog yang belum sempat JM terjah!

Terima kasih Tiga Lalat...ARPIL FOOL katanya ehehehe

Siapa lagi blogger yang ingin JM jadi Top Commentar blog beliau..so sila tinggalkan komen anda di sini....ahaha....matilah..x tido malam JM lepas ni merayap di blog orang.

Wasalam...salam 1 April!

Thursday, 5 March 2015

Jangan BACA! cite ni tak BEST!!!

Assalamualaikum!!!!



Aku tanya apa khabar....aku tanya apa KHABAR!!! aku tanya apa KHABAR SEMUA...........

















Jangan baca, nanti NYESAL!!!!



Ada juga yang nak baca ke?

Saturday, 24 January 2015

Penghargaan kepada pembaca blog JM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan reader,


Tujuan entri ini di keluarkan adalah untuk impress my feel to alls my readers blog. YESSS!! ini adalah ucapan terima kasih ikhlas dari hati kerana sentiasa support blog JM walaupun ada kalanya entri tidak di kemaskini secara konsisten sehingga ada rakan reader yang 'BERSIN' bila singgah sini ahahaha....apa boleh buat kerana kekangan masa. JM juga  sibuk membuat kunjungan balas semua blog reader yang datang ke sini.

Traffic blog sentiasa meningkat setiap hari
Dengan kehadiran kalian semua - traffic blog JM sentiasa meningkat, mendapat kepercayaan dari nuffnang dan JM juga dapat ramai kenalan di alam maya.

Tidak lupa juga kepada semua follower blog JM Travel List yang semakin bertambah, i will follow u back

Saturday, 17 January 2015

"Rezeki" sebagai Penulis Blog


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua blogger dan reader,

Fuuhhhh...fuhhhh...nak cuci habuk dan sawang di BLOG ni..rasanya lebih baik guna vacum sebab banyak sangat habuknya.. Almost 2 weeks JM tidak kemaskini atau publish cerita baru..2 minggu kawan-kawan!...biasa paling lama pun 4  - 5 hari je kali ini memang PARAH. Mood untuk update blog dan share pengalaman travel semakin merudum.

Last publish on 3 Jan sebelum bertolak ke Pasir Mas bagi menghadiri misi banjir di sana. Ramai yang minta up kan story berkaitan, so in sha Allah ada masa JM kongsi di blog.

Dalam tempoh itu juga ramai yang tertunggu-tunggu entri sambungan travel di Seoul dan Busan serta yang terbaru pengalaman travel ke Utara Thailand. Masih terdapat lagi kisah percutian di Krabi dan Phuket, juga belum di kongsi dan tersimpan rapi. I'm so sorry to all my dear bloggers and readers kerana seminggu dua ni JM sangat sibuk balik dari pejabat hampir jam 6 petang bila sampai rumah penat, mood nak menulis entah ke mana. Hanya mampu blog walking beberapa blog rakan reader je itu pun masih banyak blog JM hutang blog walking.

Nak tulis blog ni pun perlu ada mood dan idea, ketika dalam keadaan waras dan cergas otaknya supaya nanti dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca. Betul tak?

Wahhhh..panjang nya intro, moh kita ke topik sebenar.

JM terima hadiah atau ole-oke dari rakan blogger tapi x lah berbungkus cantik begini :-)
"Rezeki as a blogger?"

Wednesday, 14 August 2013

Kad Raya from SomeOne?

Asssalamualaikum kengkawan semua,


Dah start kejer ke belum ni atau masih dalam mood beraya. Ahaaa..JM..raya ke 5 dah start keje you oulssssss..Kebanyakan ofismate JM mula kerja on 19 Ogos..lama kan dorang cuti. JM tak boleh cuti raya lama-lama..end of Ogos akan bercuti selama 5 hari so perlu berkorban kat situ.

Meh sini..dekat-dekat sikit JM nak kongsi satu berita gembira nih heeeeee...Apa yang gembira sangat tu..ye lah..kalau korang nak tahu dah bertahun-tahun JM tak hantar atau mengepos kad raya kepada kawan karib dan sahabat handai ni..bukan itu sahaja dah lama tak terima kad raya pun..seingat JM last sekali waktu belajar di Uitm dulu lepas tu semua ucapan di sampaikan melalui khidmat SMS, Facebook, Twitter dan seangkatan dengannya.

Zaman sekarang ni orang lebih suka menggunakan media sosial termasuklah BLOG kan untuk menyampaikan Ucapan Selamat Hari Raya tu..semua di hujung jari je.

Bila dah lama tak terima kad raya ni...baru-baru ni bila bukak je peti surat...taraaaaaaaaaaaa..surprise JM tau..secret admire mana pulak yang hantar nih...JM ada peminat ke...ahahah...perasan..JM..JM..kalau ko tu selalu kuar paper macam blogger kaki berangan tu..baru lah boleh nak berangan kan..heeee

Kad Ucapan Selamat Hari Raya
Mesti korang tertanya-tanya kan..siapakah gerangan yang hantar kad ucapan tu...ehehehe..tengoklah sendiri..ada tertera kat bawah tu..terima kasih beribu lemon kepada yang menghantar yer...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jugak kepada blogger dan isteri tersayang yer. Kad ni telah JM gantung di dinding partition kat opis ni haaa.

Terima kasih kepada blogger ituewww
Alahh..JM ni baru dapat satu je kad raya dah nak heboh satu dunia kan.....bukan macam tu..sebenarnya JM amat hargai akan pemberian dari kawan-kawan so JM nak kongsi lah kat sini...betul tak?...Jangan jelessss tau heeeee.

Hari raya tempoh hari sempat jugak JM bergambar bersama beberapa orang adik kesayangan JM tu, adik lelaki tu adik kembar yang no 7, dua orang lagi tu adik perempuan JM yang no 4 dan No 6. So siapa tahu JM ni anak yang ke berapa?...cer teka...cer teka...hihhihi..kalau betul pun tak hadiah tau...just suka-suka je

With my younger sister and brother
Salam sayang from JM...muaachhhh

Selamat Hari Raya Semua....selagi belum habis bulan Syawal..suasana raya masih terasa kan...

NUFFNANG