"Cerita duka di Tulips Festival, Huis Ten Bosh"
*AMARAN!!! Entri ni agak panjang..kalau malas nak baca scroll down jeww..no prob...heee
Terlebih dahulu JM nak ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan pembaca sekalian yang tidak jemu-jemu untuk singah dan baca blog Jari Manis : Travel List yang mana tiada story berkaitan gossip, ilmu agama, motivasi, isu-isu semasa, kehidupan selepas mati atau apa-apa sahaja. Hanya sekadar bekongsi cerita pengalaman bercuti di negara orang dan pada masa yang sama semua tempat yang JM pergi ada antara rakan pembaca yang telah jejak kaki ke sana. Semoga perkongsian pengalaman ini boleh menjadi rujukan kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia 'travelling'.
Jika belum cukup info di sini boleh klik pada senarai blog yang terdapat di panel sebelah kanan blog..sebahagian besar daripada nya adalah blog travel dan banyak info boleh di 'gali' kat sana.