Showing posts with label Japan - Tokyo. Show all posts
Showing posts with label Japan - Tokyo. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

Spring at Japan : Day 4 - Hakone (2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat pembaca semua,


"Mount Fuji lagik"


View Mount Fuji from Hakone Ropeway
Ada lagi tak yang berminat nak baca sambungan kisah JM di Hakone ni..tak pe kalau tak ada yang nak tahu pun janji ia boleh di jadikan rujukan kepada diri sendiri pada masa akan datang hikss...

Monday, 12 May 2014

Spring at Japan : Day 4 - Hakone (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


"Misi mencari Mount Fuji"

View Mount Fuji from Lake Ashi
Day 4 : 07/04/2014 (Isnin)

Sudah masuk hari ke - 4 kami di bandar Tokyo...rasa dah lama benar di sini bak kata DJ . Empat hari jugak lah baru semalam baru kami makan nasik di Turkish Restaurant di Roppongi Area...makan like tak jumpa nasi sebulan.. Itu lah kalau tekak orang Msia ni mana boleh pisahkan dengan nasi, pagi nasi, petang nasi dan malam pun nasi dan sebab tu orang Msia sihat-sihat kerana syurga makanan. Nasib baik lah JM ni jenis makan nasi sehari sekali pun dah cukup lebih-lebih lagi kalau travel ke negara yang kurang kedai makanan HALAL kan...kalau jenis yang memang perlu makan nasi tu perlu bawak bekalan Nasi Brahim's sebanyak mungkin, just masukkan dalam air panas...siap untuk di hidang. (cer kira berapa banyak perkataan nasi kat sini hikss)...nasi oh nasi ...dah boleh buat puisi..

Malam tadi sebelum tido dah bincang esoknya jam berapa keluar dari hotel coz akan bergerak jauh sikit dari bandar Tokyo. Tiga hari sudah berlalu hampir semua area kami dah cover so nak tengok view keindahan alam pulak. Jadi semua setuju nak lihat Mount Fuji dari Hakone..sebenarnya boleh jugak nak tengok view tu dari Kawaguchiko.

Esok nya seawal jam 8.00 pagi kami dah gerak ke Shinjuku Station.

Seperti biasa sebelum prepare itirenary dan buat research bagaimana nak ke Hakone ni, oleh kerana JM ni baik hati...JM kongsi  sedikit info tu kat sini...tak perlu lah korang nak google lagi. Tapi kalau ingin info lebih detail boleh klik link

 

Friday, 9 May 2014

Spring at Japan : Day 3 - Roppongi Area & Odaiba Park

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

" NO more SAKURA heeeeee"

Nak citer ape ek hari ni hrmmm...susah jugak sebenarnya nak menulis, nak buat susunan ayat lagi TAPI belasah je lah janji boleh di jadikan rujukan buat diri sendiri kalau nak repeat trip ke Jepun nih. 

Ramai rakan blogger sedang update citer Jepun, so sila jangan BOSAN untuk baca kisah perjalanan mereka yang tidak kurang menarik nya kerana masing-masing melalui pengalaman berbeza walaupun destinasi yang sama. 

Boleh juga terjah blog my fellow friend DJ, Bibie dan Azra. TTBoy juga sudah ke Jepun cuma story beliau belum UP lagi begitu juga blog yang menjadi KGHAIRAHAN JM untuk membaca...blog Supermeng Malaya...setiap entri beliau sangat menarik dan tertarik. Tengok tu siap guna ayat ghairah yang tak tahan tu..nasib baik bukan Datin Ghairah...hayooooo...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah sambungan dari Harajuku Station kami akan ke Roppongi Area...Terdapat banyak tourist attraction kat sini tapi kami berhasrat untuk ke Hard Rock Cafe je.

Hard Rock Cafe Roppongi
So many attraction spot at Roppongi Area
JM ada terbaca from somebody punya blog tapi tak ingat siapa punya, kepada peminat barang HRC boleh cari di sini so kami decide untuk ke sana. Mengikut kepada satu direction yang JM dapat stop di Roppongi Stn, cari McD tengah renovate then HRC di belakang McD.

Jadi kami pun follow seperti direction tu tetapi malangnya selepas beberapa ketika berjalan tak jumpa - jumpa McD yang di cari....waktu tu Norman Hakim (NH) dam Sabri Yunus (SY) dah maju ke depan. JM dan Mrs A still lagi jalan lenggang kangkung kat belakang.

JM dan Mrs A stop sekejap, rasa cam tak puas hati..eh kita macam dah salah arah ni..panggil mereka berdua untuk pusing balik. Kemudian masuk ke dalam Family Mart kedai serbaneka seperti 7 e-leven kalau di Msia. JM cuba tanya cashier tu kat mana McD pastu dia cakap tak ada McD kat area tu. So tak pe lah..alang-alang dah masuk kedai tu beli beberapa ketul origini buat bekalan untuk esok.

Jadi kami keluar dari kedai Family Mart tu pusing ke arah kami datang tadi...arah ke stesen ada simpang besar kat situ then jalan je ikut simpang tu...SY cakap kita jalan je lah ikut simpang ni..kalau nasib baik jumpa lah kan..kalau tak kita balik je..sambil - sambil jalan tu kami jumpa kedai makanan HALAL...ofcoz lah TURKISH Restaurant, ape lagi..melonjak lah hati setiap orang..dah beberapa hari ni tak jumpa nasik..masing-masing excited. Kalau tak jumpa HRC nanti, balik kita singgah makan kat sini.

Kami terus lagi jalan ke depan...nampak kedai 100 yen di sebelah kanan jalan tapi TUTUP..alaa frust nya baru nak ricky apa yang ada.  Tak pe..kita jalan lagi then NH menjerit....tu ha...HRC..nak tahu kat mana tempat nya meh JM kongsi kat sini.

Direction to Hard Rock Cafe Roppongi :
1. Stop at Roppong Station on Hibiya or Oedo Line
2. Arrive at stn take Exit 3
3. Dari Exit 3 dari gerak arah ke kanan sehingga nampak simpang dan tertera Gaienhigashi-dori
4. Dari simpang tu belok ke kana lagi, jalan terus ke hadapan akan nampak restoran HALAL di sebelah kiri dan kedai 100 yen di sebelah kanan
5. Jalan terus ke depan dalam 100 meter akan nampak simpang ke HRC sebelah kanan

"Paham ke tidak direction ni...tak paham...ok...meh JM citer dalam bentuk bergambar pulak"

Dari Exit 3,  belok kanan akan nampak simpang 3 ni..then terus belok ke kanan
Belok ke kanan its mean follow Gaienhigashi - dori ni
Dari simpang 3 tu nanti akan nampak Roppongi Roppongi di sebelah kiri
Dari simpang tadi, Ikut je arah kerea bergerak tu
Akan nampak kedai 100 yen di sebelah kanan jalan CLOSED on SUNDAY
HALAL Restaurant terletak di sebelah kiri jalan
Kami hanya melihat Tokyo Tower dari kajauhan
Dari kedai 100 yen tadi jalan teus ke hadapan sehingga jumpa kedai ni..pandang ke kanan akan nampak Hard Rock Shop
Hard Rock Cafe terletak di belakang kedai Tenkaippin Roppongi dan bukan McD

Reaksi muka excited sampai sini
JM was here..tak beli apa-apa pun..Mrs A pilih, pilih dan pilih last end up tak ada size...haishh...
Udah jom..kalau tak jadi beli moh kita pegi makan...dah lapar sangat dah ni. Mrs A memang macam tu..kalau boleh shopping memang tak ingat nak makan...ahaha..matilah kalau dia baca entri ni.

Then kami gerak ke Turkish restaurant tadi dan JM pilih menu nasi bersama daging lembu berharga 1000 yen lebih kurang RM32.00 for one meal + air kosong je. Jangan jangka harga yang murah kat sini ye.

Sebelum - banyak nyer boleh habis ke nih
Selepas...hahaahha..tak boleh habis konon
Sambil makan sambil bincang nak ke mana lepas ni. Selepas dapat kata sepakat kami akan ke Odaiba Park.

Usai makan, on the way ke train station, si SY cakap..eh itu bukan kawan JM ke..mana?..terserempak pulak dengan si Bie and the gang nak ke HRC jugak. Time tu nak cepat so sempat bergambar sekejap ngan Bie. Tanya Bie nk ke mana, dia cakap nak ke HRC..chee wahh..JM dengan confident bagilah direction..padahal JM pun sesat pada mula nya ahahhaha...ntah-ntah Bie dah tahu lokasi tu...

Odaiba Park
1. Dari Roppongi Station, stop at Shimbashi Station
2. Dari Shimbashi Stn ambil train ke Odaiba Stn

Ada pelbagai attraction place di Odaiba Park like :
1. Fuji TV Building
2. Aquacity Odaiba
3. Statue of Liberty
4. Rainbow Bridge
5. DiverCity Toko Plaza

Sebaik sampai sahaja di Odaiba Park..Ya Ampun nak bercakap pun tak boleh gigi terketar-ketar...sejukkkkkkkkkkkkkkkk sangat seperti berendah badan dalam ais batu. Nak ambil gambar pun tak ada mood...asyik...grrrrr....grrrr....grrrr je..

View waktu malam memang cantik tapi dek kerana sejuk sangat...kami cepat-capat snap apa yang patut pastu terus lari masuk ke Aquacity.

Rainbow Bridge and Tokyo Tower
Sejuk gile time ni mencucuk sampai ke tulang
Statue of Liberty
Fuji TV dan Aquacity Odaiba terletak bersebelahan. Fuji TV Building memang. Lampu akan bertukar tukar warna mengikut rentak lagu
Masuk je ke Aquacity, ternampak lah kedai buat sale...Mak ni budget ciput so window shopping je lah nok...

Selepas tiada yang berkenan di hati terus naik train balik ke hotel

Oh maaii...hasrat di hati nak tulis pendek je..tapi panjang jugak JM membebel kosong kat sini ye...yukkk sambung lagi untuk hari ke 4 di Tokyo nanti.

Assalamualaikum..babai!!

Thursday, 8 May 2014

Spring at Japan : Day 3 - Harajuku Area

Assalamualaikum rakan pembaca kesayangan JM sekalian tu,


Bila baca blog kengkawan travel...wahh..melopong mulut dek kerana gambar yang cantik-cantik, suka sangat tengok tapi diri sendiri tak ada skill macam tu...amatur je..hhuhuuh...bila check balik gambar yang di ambil..alih-alih muka sendiri BOSAN!!!

Sudah masuk hari ke - 3 di Tokyo..korang mesti nak tahu apa planning kami pada hari ini kan?..saje tak nak mention dalam tajuk entri nanti dah tak saspen...ahahaha...ADA ORANG KESAH Kak Limah!!!!

Sebelum travel ke Jepun hari tu tugas JM adalah prepare itirenary dengan complete it's mean mana nak pegi and how to get to every destination. Ms Xx pulak booking hotel dan draft itie secara kasar then minta JM complete kan. dua orang mamat lagi tu tugas dorang baca map subway hahaa...

So awal pagi hari ke tiga berkumpul di lobi hotel sambil minum kopi panas, JM akan keluarkan itirenary dan beri sedikit briefing mana nak pegi on that day...hambooi....macam tour guide lah pulak kan...bila semua dah clear...ofcoz update dulu status dalam FB, Insta, Twitter manakala JM haruslah update blog secara live tu..di lobi hotel je dapat FREE Wifi access.

Day 3 - 06 April 2014 (Ahad)


Barrels of SAKE

Monday, 5 May 2014

Spring at Japan : Day 2 - Sumida Park, Akiharabara & Shibuya Area

Assalamualaikum sahabat-sahabat JM sekalian,


Wowww...apa perancangan korang dalam bulan Mei ni..JM ada dengar beberapa rakan blogger akan terbang jauh within this month..walau ke mana jua destinasi semoga gembira dan enjoy your holiday.

Kalau di tanya ke mana JM bulan Mei ni..jawapan nya duduk diam-diam di rumah, siapkan entri Jepun.

Ok...jom kita sambung perjalanan hari ke dua..jangan risau this one is the last part of day 2.

"Cherry Blossom at Sumida Park"

Selepas puas bergambar di Senso-ji Temple, kami berjalan ke arah Tokyo Sky Tree yang boleh nampak dari kejauhan dan jarak perjalanan dalam 170 meter sahaja. Sebenarnya terdetik di dalam hati masing-masing, alahh dekat je nak ke Tokyo Sky Tree tu boleh jalan kaki je tapi jika tengok kepada map perlu naik train. Selepas beberapa minit berjalan…ahahaha…masing – masing gelak pada diri sendiri kerana kami sampai di tepi sungai dan Tokyo Sky Tree terletak di seberang nun jauh di sana. Rupanya kami dah sampai ke Sumida Park yang terletak  bersebelahan Sumida River.

Tokyo Skytree dari kejauhan
Sumida Park
Memang tidak dapat nak elak..orang memang ramai
Bila JM lihat pokok sakura dengan bunga yang banyak dan sedang kembang mekar ni...JM mula berangan nak buat aksi begini jika sudah berjumpa dengan soulmate...ahahaha..sila jangan muntah darah...

Pada asalnya berseorangan...kemudian...
Romantiknya lah hai...ehehehe....
Lihat lah aksi kanak-kanak riang ni
Dalam kesibukan bergambar sakan, kami di tegur oleh seseorang.

"Kamu dari mana?"
"Malaysia"
"Ohh..saya pun orang Malaysia. Shah Alam..tetapi sudah lama tinggal di Jepun almost 35 year"

Kemudian bermula lah sesi berkenalan dan rupanya beliau adalah seoang pesara pensyarah di sebuah Universiti di Jepun, telah berhijrah ke Jepun almost 35 years dan berkahwin dengan orang Jepun. Kami bertukar Facebook dan we are still in contact until now.

Ini lah kenalan baru kami..perempuan yang berdiri sebelah JM tu..Nama beliau Eri Yokota
Dah..let's go..kita ke Akihabara Electronik Town

"Next destination : Akihabara Electronic Town"

How to get there :
- From Asakusa Station, stop at Akihabara Station
- Then just follow the sign

Dari Sumida Park, kami naik train ke Akihabara Electronic Town. Just jalan-jalan kawasan sekitar dan tiada niat untuk membeli barang-barang elektronik di sini. Kepada peminat barang-barang elektronik seperti Camera, Handphone, Komputer dan segala bagai jenis peralatan dan perkakasan elektronik boleh datang ke sini.

Mari kita layan gambar sekitar Akihabara Electronic Town ni.

MAK pun ada di Japan
Banyak kedai electronik kat sini korang pilih je mana nak masuk TAPI barang di ingat..semua harga barang will include tax 8%
Yang bestnya tu ada kedai Camera second hand Nikon DSLR berharga 10000yen tidak termasuk battery, niat nak beli tapi bila tengok budget tak cukup terus berlalu pergi dengan rasa hampa. Kepada peminat gadget sinilah tempatnya.

Kedai jual Camera secon hand..semua nampak baru dan harga pun murah
Bergambar dengan adik tiri..ehhh
Ini adalah last kedai yang kami masuk sebelum balik ke Hotel
Kemudian ke JR akihabara Station untuk balik ke Hotel..simpan beg-beg plastik tu sebelum keluar semula nanti
Dari JR Akihabara Station kami balik ke Shinjuku seterusnya ke Hotel di Akebonobashi Station. Balik mandi-mandi dan rehat sekejap serta tunaikan perkara yang wajib kami keluar semula ke Shibuya Area.

Tips : Jika ingin penjimatan dari segi tambang subway, boleh beli One Day Pass from ticket machine yang bernilai 1000 yen so tak perlu beratur di mesin tiket setiap kali nak naik train for whole day.

One day pass - 1000 yen
"From Shinjuku to Shibuya Area"

Dari Shijuku Stain naik JR Yamanote Line to  Shinjuku Station
Arrive at Shibuya Station
Tourist Attraction at Shibuya Area :
- Pachinko Statue
- Shibuya Crossing Road
- Starbuck
- Shopping Mall
- Shibuya 109

Tujuan sebenar nak ke Shibuya Crossing Road yang famous di kalangan tourist tu. Sampai sahaja kat sana..wahhh...ramai nya orang dah tunggu nak melintas di setiap penjuru..memang luas betul junction tu...kalau nak dapat better view boleh masuk ke Starbuck atau naik jejantas. Kami pun hairan dari manalah datang nya orang yang ramai tu..sebaik habis melintas dalam beberapa second je dah penuh dengan orang lain pulak melintas.

Kami stay je di junction tu...bila dorang melintas je terus ambil gambar...seperti semut dapat gula..

We ouls at Shibuya Crossing Road - selfie time
Nampak tak..ramai tunggu turn untuk cross junction ni
Mula-mula kami sampai..masing -masing dah menunggu nak melintas
Dah srat melintas - Gambar agak gelap kerana kurang cahaya di junction tu
Jom kita sama-sama melintas nak tak..jom lah..bila lagi nak buat kerja gila ni kan...kami cross jalan tu berkali-kali almost 5 times..ha nko..ahaha

Cross with the crowd
Nampak tak..sporting gila orang Jepun nih
Puas sudah cross sana sini..jom kita merayau kawasan sekitar ni. Waktu ni almost jam 10.30 malam banyak mall yang tutup...

With my travel partner yang setia
Apakah respond Mas Gunadi, Abe MKL dan Pak Lang Mie bila tengok pic ni kan..it's just a pic nothing special
Shibuya Area memang meriah dengan manusia terutama malam minggu
Shibuya 109
Shibuya Centre
Penat sudah ..jom balik hotel tak sempat nak cari Pachinko yang pemes tu.

End of day 2...Horeeeeeeee!!!

NUFFNANG