Friday, 28 February 2020

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!!! Cisssss!! apa la ko ni JM ahahahah....marah diri sendirik!! Adeh! Sibokkkkkkkkkkkk!  ye ke sibok ke jadi penyebok hahah..nak blogwalking pun tak sempat..Macam mana nak jana income melalui blog ni..nak update blog pun malas..Issskkkk!

ADAKAH KERANA FAKTOR USIA...makin berusia ni makin malas pulak nak menulis. Seronok tengok blog kawan-kawan sentiasa ada cerita baru..

Hari ni mood JM rajin sikit so nak sambung journey story di Guangzhou China. Sambungan dari entri Baiyun & Leather Market

Sebut pasal China ni..satu dunia tahu pasal penderitaan rakyat China yang perlu berdepan dengan serangan Corona Virus atau Covid19 yang mana virus tersebut mula merebak ke beberapa buah negara lain termasuk Malaysia. Bila China dapat serangan 'seperti' ni, ekonomi negara secara tidak langsung amat terjejas begitu juga sektor pelancongan. Tiket penerbangna dijual dengan harga murah tetap tidak mendapat sambutan..tidak berani untuk menempah maut. Duduk la diam-diam kat rumah.

Semoga apa yang terjadi menjadi iktibar, pengajaran dan peringatan kepada semua dan ia adalah 'teguran' bagi mereka yang BERFIKIR. Hanya mampu berdoa agar 'serangan' ini dapat dipulihkan dengan cepat dan semoga wujud kesedaran dikalangan penduduk dunia atas apa yang berlaku itu adalah 'peringatan' dari yang Maha Agung terutama bagi yang beragama Islam.

Jom sambung story trip di Guangzhou

Guangzhou Cultural Park

Tourist Map Of Guangzhou Cultural Park

Monday, 13 January 2020

Tulis BLOG dapat DUIT????

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Tulis BLOG dapat DUIT???? Siapa yang tak nak DUIT???? Betul tak? sebut je DUIT, MONEY..semua orang NAK??? Ada pelbagai cara nak dapat duit..TAPI dengan cara yang betul la..jangan pulak mencuri, merompak..NO..BIG No!!!

Beberapa hari lepas, JM ada baca blog Mak entri ni Pertama kali dapat duit dari Iklan Google Adsense. Sebenarnya JM dah lama tahu tau pasal Iklan google Adsense ni, tetapi dari bacaan JM sebelum ni, agak susah nak dapat kelulusan tau. Ada orang setahun berkali-kali apply tak APPROVED dan ada yang JM baca, kali ke-5 apply baru approved..means susah jugak nak dapat kelulusan tau. So JM pun malas nak cuba sebab blog JM ni pun sendu, update entri pun sebulan sekali paling banyak pun 4 entri sebulan.

Selepas baca entri dari blogger Mak tu, beliau share hasil dari Iklan Google AdSense, JM rasa tertarik nak mencuba. JM pun bacalah cara nak mendaftar Google Adsense ni. Boleh baca kat link ni Cara Mendaftar Google Adsense

Korang follow jek cara mendaftar tu, mudah je..pastu nanti dalam tempoh 48 jam pihak Google Adsense akan respond melalui email sama ada permohonan tu LULUS atau TIDAK. JM pun kurang pasti apakah CIRI-CIRI atau KRITERIA untuk dapat KELULUSAN tau, JM just cuba nasib je..suka-suka..kalau APPROVED alhamdulillah kalau tak berjaya cuba lagi.

KORANG NAK TAHU LULUS ke TAK????

NUFFNANG