Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian....yuhhuuu,....ehehe
Kalau lihat kepada tajuk entry memang agak bosan kan...JM nak kongsi jugak dengan kengkawan...rasanya masih ada lagi yang belum pernah sampai ke Langkawi pulau lagenda tu..bila sebut jer Langkawi mesti orang teringat akan kisah Mahsuri di kenakan hukuman bunuh dan darah mengalir berwarna putih..termasuklah kisah sumpahan Mahsuri. Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi pilihan keluarga untuk membawa anak-anak melihat peninggalan Sejarah.
 |
| Langkawi Map |
Seperti JM cakap sebelum ni lah...JM nak kongsi jugak dengan korang :-)
Kepulauan Langkawi terdiri dariapda 99 pulau yang terletak di Laut Andaman, di Selatan Thailand. Ramai pelancong dari pelbagai negara datang melihat dan menikmati pantai yang indah lagi mempesona, pusat peranginan yang hebat dan melakukan aktiviti berasaskan alam semulajadi yang menyegarkan. Pantai yang terbaik seperti Pantai Chenang, Teluk Burau, Pantai Kok dan Pantai Datai.Pelbagai jenis penginapan seperti Hotel, Resort & Spa, Kabin dan Chalet dari pusat peranginan bertaraf dunia seperti The Datai dan The Andaman sehingga ke chalet yang mampu dihuni dan kemudahan kos rendah bagi pengembara. Kedai bebas cukai di Langkawi menawarkan pelbagai barangan yang menarik. Rangkaian kedai di pekan Kuah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menawarkan pengalaman membeli belah yang menarik.
Aduhh...sakit kepala menyusun ayat secara formal ni....guna bahasa rojak lah eh...sebab dah macam tulis karangan ketika ambil SPM dahulu...eheheheh. holla..back to normal...cerita..cerita jugak...macam mana cara nak ke Langkawi ni...ehehe...Pulau Langkawi tidak seperti Pulau Pinang yer ada jalan Darat, Laut dan Udara....nak ke Langkawi ada 2 cara sahaja sama ada jalan Laut atau Udara.
How to get there :
1. Melalui perkhidmatan Feri - Perkhidmatan Feri di sediakan dari Jeti Kuala Perlis dan Kuala Kedah
Dari Jeti Kuala Perlis - Pulau Langkawi
1. Harga Tiket RM18.00 (Dewasa) dan RM13.00 (Kanak-kanak)
2. Jarak perjalanan : 1 jam 15 minit
3. Masa Operasi : 7.30 pagi - 7.00 mlm
4. Masa bertolak : selang 30 minit
5. Ticketing Counter Tel. No. Kuala Perlis : 604-985 1899 / 604-9852539 / 604-985 2690
Dari Jeti Kuala Kedah - Pulau Langkawi
1. Harga Tiket RM23.00 (Dewasa) dan RM17.00 (Kanak-kanak)
2. Jarak perjalanan : 45 minit - 1 jam
3. Masa Operasi : 7.30 pagi - 7.00 mlm
4. Masa bertolak : selang 30 minit
5. Ticketing Counter Tel. No. Kuala Kedah : 604-762 6295 / 604-762 6296
Melalui pekhidmatan AirAsia dan MAS (Malaysia Airlines). Tepuk dada tanya selera ..pilih lah sendiri cara mana yang korang suka :-)
TIPS :
1. Tempoh masa untuk melancong ke Langkwi 3H4M atau 4H3M sudah mencukupi
2. Tidak perlu guna GPS kerana boleh dapatkan MAP di Jeti Langkawi atau Airport Terminal
3. Sepanjang jalan di Langkawi terdapat signboard/tanda arah dan nama destinasi yang hendak di tujui
4. Tidak perlu risau kerana stesen minyak yang banyak
5. Pastikan tidak isi minyak terlalu penuh kerana semasa pulangkan kereta nanti, pastikan minyak sampai ke tahap E level
6. Dapatkan kereta sewa yang tidak kenakan charge tambahan jika pulang kereta melebihi tempoh masa. Boleh dapatkan kereta sewa dari Syarikat Let Go Travel.
Perkhidmatan kereta sewa :
Pekhidmatan kereta sewa disediakan kepada semua pelancong yang ingin melawat sema tempat-tempat menarik di Langkawi dan kadar sewa yang di kenakan bergantung kepada Low Season (Hari Biasa) dan Peak Season (Shool Holiday) di mana harga kereta sewa untuk satu hari (24 jam) lebih mahal berbanding pada hari biasa. Harga juga bergantung kepada jenis kereta. Syarikat berbeza membari perkhidmatan dan kadar sewa yang berbeza, jadi sila buat perbandingan harga terlebih dahulu kerana terdapat syarikat yang menyediakan kereta dalam kondisi yang teruk tapi harga yang mahal. Jadilah pengguna yang bijak :-) . Kalau korang rajin..boleh tanya pakcik google : taip jer kereta sewa langkawi.
Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa adalah :
1. Let's Go Travel & Tour Langkawi Sdn Bhd (Contact Person : Zarina - 019-465 8363)
2.
S@bagus TRavel & Tours Sdn bhd (contact Person : Azliza - 019-5489195/017-5480154)
3. Rizzuan (012-5348278/012-4144408)
Tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi :
Sebenarnya terdapat pelbagai tempat menarik unutk di lawati antaranya :
1. Ismail Group dan Idaman Suri - memang menjadi tumpuan para suri rumah
2. Taman Burung
3. Taman Burung
4. Sangkar Ikan
5. Air Terjun durian Perangin
6. Telaga Air Hangat
7. Pantai Pasir Hitam
8. Pantai Datai
9. Pantai Cenang
10. Taman Buaya
11. Taman Ular
12. Makam Mahsuri
13. Agro Park
14. Taman Herba
15. Air Terjun Lubuk Sembilang
16. Beras Terbakar
17. Harbour Park
18. Cable Car - Oriental Village
19. Taman Kuda
20. Air Terjun Telaga Tujuh
Memang banyak tempat menarik kat Langkawi ni..kepada sesiapa yang belum pernah sampai..masukkan dalam kalender pelancongan korang untuk ke sana. Berikut antara sebahagian lokasi yang menjadi tumpuan pelancong.
Dataran Lang (Helang)
 |
| Dataran Lang |
Dataran Helang merupakan salah satu inspirasi yang diilhamkan oleh YAB. Dato' Sri Mahathir Mohamad. Dataran Helang ini di bina untuk memperkenalkan Pulau Langkawi. Sebuah arce berbentuk helang setinggi 12 meter merupakan arca utama di dataran itu yang terletak berhampiran Jeti Kuah. Terdapat beberapa lanskap menarik di sekitar dataran tersebut. Keluasan taman kira-kira 19 ekar mampu menarik para pengunjung malah merupakan tempat pelancongan yang mesti di kunjungi. Boleh melihat panorama matahari terbenam pada waktu petang.
Entrance Fee :
Free of charge (FOC)
Taman Lagenda
 |
| Taman Lagenda |
Taman Lagenda berhampiran dengan pantai dan hanya 400 meter dari Pekan Kuah. Terletak bersebelahan Taman CHOGM dan Masjid Al-Hana. Taman Lagenda seluas 50 ekar dibina untuk menceritakan sejarah Langkawi, lagenda, cerita dongeng dan bayak lagi. Terdapat 4 buat tasik buatan, 17 monumen yang terdapat kisah tersendiri, pantai buatan manusia dan beberapa buat tempat rehat yang dibuka untuk orang awam. Setiap sudut taman dihiasi denga lanskap yang indah. Monumen-monumen yang yang dibina kebanyakan nya dari cerita-cerita rakyat antaranya berkisarkan perlawanan antara Mat Raya dan Mat Cincang. Monumen lain yang unik seperti Bukit sawah, Belanga Pecah, Ayer Hangat dan Tanjung Chinchin. Kunjungan ke taman ini akan dapat menerokadi sejarah Langkawi. Jadi tunggu apa lagi ..jom cuti-cuti Langkawi.
Direction : 400 meter dari Jeti Kuah..dari Jeti Kuah sebelah kiri jalan..kalau dari Airport Langkawi sebelah kanan jalan.
Waktu Operasi : 8.00 am - 11.00 pm
Harga Tiket : RM5.00 (Dewasa) dan RM2.50 (Kanak-kanak)
Underwater World Langkawi
 |
| Underwater World |
Underwater World Langkawi terletak di Pantai Cenang merupakan sebuah akuarium laut yang terbesar di Asia. Akuarium ini mengandungi 5,000 spesies hidupan laut, ikan air tawar dan ikan laut, serta spesies-spesies lautan dalam yang lain dalam 100 buah akuarium. Di sini boleh melihat ikan jerung, penyu dan sebagainya. Pengunjung berjalan dalam lorong berbumbung kaca dan semua spesis berlegar-legar di sekeliling dan di atas kepala pengunjung. Temapt ini memang amat sesuai dan menarik untuk kanak terutamanya. Terdapat juga spesis haiwan tidak bertulang belakang, ikan eksotika seperti Koi Pond dan Kap Jepun, gua buatan manusia dan lain-lain. Hasil-hasil laut turut dijual di Dragon Seefood Centre, Neptune Cafe. Zon Shopping Paradise merupakan kawasan yang menjual barangan bebas cukai.
Waktu Operasi :
Daily : 10.00 am - 6.00pm
School and Public Holiday : 9.30 am - 6.30 pm
Harga tiket :
Dewasa (MyKad - RM38.00) / (Tanpa MyKad - RM28.00)
Kanak-kanak (3-12 years) - RM28.00 (Tanpa MyKad) / RM18.00 (Dengan MyKad)
Laman Padi Langkawi
 |
| Sawah Padi/Paddy Field |
Laman Padi - para pengunjung dapat melihat setiap perkembangan industri padi iaitu industri tertua di Malaysia. Semua orang tahu..sebut sahaja Negeri Kedah..Negeri Jelapang PAdi...Negeri pengeluar padi...tahu tak padi tu apa..alah...pengeluar beras yang kita makan hari-hari tu...Kepada anak-anak yang dilahirka di ibukota memang tiada peluang/belum pernah melihat pokok padi..jadi inilah tempatnya.
Di sini terdapat juga sebuah muzium yang mempamerkan sejarah perkembangan industi padi di Malaysia. Untuk mengalami pengalaman sebenar, para pengunjung boleh menanam padi secara traditional di kawasan laman padi yang berhampiran. Para pengunjung boleh menikmati keindahan sawah padi di anjung bangunan lamat tersebut. Terdapat juga Taman Herba Traditional.
Waktu Operasi : 10am - 6pm
Harga Tiket : Adult
(RM2.00) / Child
(Free below 12 years)
Galeria Perdana
 |
| Galeria Perdana |
Idea untuk membina gelari ini adalah khas untuk Yang Amat Berhormat Daato' Seri Dr Mahathir bin Mohammad. Galeri yang unik ini di bina untuk mempamerkan kepada semua anugerah-anugerah serta hadia yang diterima oleh Perdana Menteri dan Isteri daripada tokoh-tokoh negara dan dunia ketika menjalankan tugas di Luar Negara. Galeri tersebut di bahagikan kepada beberapa bahagian antaranya seperti hadiah dan cenderahati yang diperbuat daripada kayu, kristal dan beberapa alat muzik. Terdapat juga bahagian yang mempamerkan barangan tekstil, alat permainan, senjata, seramik, dan beberapa hasil seni bercirikan keislaman. Antara barangan lain adalah hadian yang diperbuat daripada tembaga, gangsa dan pewter. Selain dari itu, beberapa jenis automobil buatan luar negaraturut dipamerkan. Galeri ini juga di kelilingi landskap yang indah dan menarik dengan tanaman tumbuhan tempatan dan herba.
Waktu Operasi : 10.00 am - 5.00 pm
Harga Tiket : Dewasa
(RM3.00) / Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma
Makam Mahsuri
 |
| Makam Mahsuri |
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 kilometer dari Pekan Kuah. Makam ini telah didirikan bagi memberi penghormatan Mahsuri, seorang gadis yang adil yang tidak adil dituduh berzina. Menurut legenda, dia berdarah darah putih bagi menggambarkan beliau sebagai tanda dia tidak bersalah. Semasa nafas terakhir beliau telah bersumpah bahawa Pulau Langkawi tidak akan maju selama tujuh generasi. Kisah ini telah berlalu selepas tujuh generasi telah sejak berlalu dan kini, Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang berkembang pesat.
Waktu Operasi : Setiap Hari (8.00am - 6.30 pm)
Harga Tiket : Dewasa (RM5.00)
Langkawi Coral, Pulau Payar
 |
| Snorkeling at Pulau Payar |
Pulau Payar terkenal sebagai taman laut yang tercantik di Malaysia. Airnya yang jernih membolehkan pelancong melakukan aktiviti snorkeling boleh melihat kehidupan laut dengan memasuki terowong dalam laut yang diperbuat daripada kaca dan pengunjung tidak perlu basah untuk melihat kepelbagaian spesis tersebut.
How to get there :
Untuk ke Pulau Payar, para pengunjung akan menaiki bot yang disediakan khas oleh Langkawi Coral
Masa berlepas : 9.45 am
Bayaran : Dewasa
(RM220) / Kanak-kanak
(RM140)
Pakej Menyelam :
RM280
Cable Car Oriental Village
 |
| Cable Car |
Terletak di gunung mat cincang..nak ke sana senang sahaja...ikut arah jalan padang mat sirat...follow jer singnboard Oriental Village Cable Car. Ini adalah salah satu destinasi yang wajib di lawati.
Ticket Price :
Harga tiket happy hour dari jam (5.00 ptg - 7.00 mlm) >>
Harga tiket Public Rate Without MyKad
RM30 (Dewasa) dan
RM20.00 (Kanak-kanak ~2-12 tahun)
Harga tiket Public Rate with MyKad
RM15.00 (Dewasa) dan
RM10.00 (Kanak-kanak ~ 2 - 12 tahun)
Waktu Operasi :
Isnin - Khamis : 10.00 am - 7.00 pm
Rabu : 12.00 pm - 7.00 pm
Jumaat - Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah :
9.30am - 7.00 pm
Taman Buaya
 |
| Taman Buaya |
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak lebih kurang 32 km dari Pekan Kuah. Terdapat lebihk urang 1,000 spesis buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Pengunjung boleh mengambil gambar dan melihat persembahan akti buaya.
Waktu Operasi : Setiap hari (9:00am - 6:00 pm)
Harga Tiket : RM15.00 (Dewasa) RM10.00 (Kanak-kanak)
Menarik tak entri kali ini..ada membuatkan korang nak melancong ke Langkawi tak?..ehehe...asyik melancong ke Luar Negara je kan..apa kata kita melancong Dalam Negara pulak..."Jom..Cuti-Cuti Malaysia"....cuti sekolah sudah dekat..sudah ada perancangan unutk bercuti..pilihlah Langkawi sebagai salah satu destinasi...ehehe...dah macam agen pelancongan pulok...ehehe
Jumpa lagi di lain siaran...byeeee