Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan semua,
Terlebih dahulu JM mohon maaf kerana belum sempat update sambungan citer trip to HatYai...Hari ni nak update citer berkenaan buat VISA dulu yer..boleh tak..alahhh...boleh lah...eheeheh
Semalam JM dan rakan travel pergi ke bangunan OSK/Bank Of China bersebelahan Ampang Park tu....buat apa lagi kat sana...pergi buat VISA lah kan..kan JM and the geng nak ke China ujung bulan 3 nanti..sebenarnya surat kelulusan keluar negara belum keluar..LULUS atau TIDAK...kalau nak tunggu surat kelulusan tu nanti kang tak sempat lak nak dapat VISA kan..so JM gamble je..pegi je buat dulu.
Kepada yang malas nak drive boleh jer naik train turun kat Ampang Park dan kepada yang malas nak naik tren boleh parking kereta di Ampang Park.
Sebelum ke sana..perlu isi borang ONLINE atau MANUAL dulu..kat mana nak isi dan download borang tu..aha..tak perlu risau klik kat
SINI, kemudian paparan page adalah seperti di bawah.