Showing posts with label Australia - Sydney. Show all posts
Showing posts with label Australia - Sydney. Show all posts

Monday, 25 November 2013

Form GC to Sydney, NSW : Queen Victoria Building & Hyde Park

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my readers,


Ok...to all my dear friends dan blogger...ini adalah entry terakhir kisah percutian JM ke two City (Gold Coast dan Sydney) bagi tempoh 10 hari 9 mlm. Mesti ada yang dah bosan kan...tak habis-habis lagi citer ni orang lain travel ke Jepun pun dah balik, pastu ada lagi 2 org kawan kita tu nak Jepun jugak on this Winter dan sorang lagi maybe balik kampung di Korea. Bagi JM...bulan 12 nanti rehat dulu pastu baru sambung semula bulan Jan 2014. Ada lagi ke travel?....ingatkan rehat panjang...ahahah..ini lah kalau jenis suka berjalan....mana boleh duduk diam kan...tangan dah gatal ni..betul tak DJ

Hari ni Air Asia ada buat sale...FREE SEAT..ada sesiapa yang dapat beli ke..dengar khabar dari blogger Nanatron..cam frust je coz tiket nak ke Maldives MAHAL....JM dapat jugak 1 trip on Autumn next year..ke mana dan dengan siapa....biarlah RAHSIA dulu..sebab trip kali ni bersama partner baru....

Thursday, 21 November 2013

From GC to Sydney, NSW : Shopping time

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


"JM dah BALIkkkkkkkkkk.....korang rindu JM tak...oleh kerana rindu pada korang semua JM terus blogwalking rakan kesayangan...banyak betul story baru"

To all my blog readers...how's your day today....hamboi JM...speaking plak kekdahnya..buang tebiat ke apa...ahaha...tak ada lah..sekadar mahu menceriakan suasana kerana entry hari ke - 4 adalah shopping time..ni lah masa nya nak habiskan duit yang ada tu...aha...shopping lah sangat kan...

Hari ni kami plan akan ke Paddy's Market dan Birkenhead Point

Paddy's Market
- Operating Time : Wednesday - Sunday
- Closed on : Monday - Tuesday
- Operating Hour : 9.00am - 5.00pm

Kepada yang jauh dari city area like on George street tu boleh naik train stop at Town Hall or Central Station, then only 5 mins walk to Paddy's Market. Paddy's Market terletak dalam bangunan Market City, Hay Street.

Bagi kami tak perlu risau kerana keluar je dari pintu masuk hotel dah nampak Market City dalam 100meter dah sampai. Oleh kerana keluar jam 8.30 pagi, so kedai pun belum beroperasi lagi....jom lah kita bergambar dulu. Seperti JM maklumkan sebelum ni bersebelahan hotel adalah China Town dan jalan ke hadapan sedikit boleh nampak sign ke Powerhouse Muzeum, Darling Harbour, Sydney Aquarium, Madame Tussaud Sydney dan Hard Rock Caf.

Meh kita lihat view sekitar Market City ni di pagi yang nyaman dan sejuk. Mula terbayang di fikiran kalau lah boleh migrate ke sini..alangkah bahagia nya.

Thursday, 14 November 2013

From GC to Sydney, NSW : Scenic World

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Scenic World - Blue Mountain Austr
Ahaaaa....belum habis lagi cerita percutian di Sydney dan rasa nya dah berminggu-minggu JM menulis apa tidak nya terlalu banyak yang nak di kongsi. Ini adalah sambungan dari entry yang lepas iaitu dari Blue Mountain kami akan ke Scenic World.

Monday, 11 November 2013

From GC to Sydney, NSW : Blue Mountain - Three Sisters

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


"Berbunga-bunga hati JM bila lihat bilangan follower makin bertambah...terima kasih kepada kalian semua..jutaan terima kasih kepada yang sudi baca dan komen kat blog JM ni..."


Kalau ke Sydney tapi tak pergi tempat ni seperti mamak makan nasi tampa kari...ehh..betul ke pepatah ni..Ke mana lagi kalau tak ke "Blue Mountain"

Okey...let's read my story...ikuti kisah percutian di Sydney untuk hari ke -3 pulak. Semua orang tahu banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi selain dari Sydney Opera House,  Bondi Beach, Darling Harbour, Royal Botanic Garden, Paddy's Market, Hyde Park, Victoria Building, Fish Market dan banyak lagi lah...

Rakan blogger JM..siapa lagi kalau bukan DJ dan Syarleez, mereka juga telah keluarkan entry berkenaan Blue Moutain ni dan kalau nak baca entry versi dorang just click pada senarai blog yang JM follow disebelah kanan tu ye. Kalau berminat nak baca versi JM...sila scroll sehingga ke bawah :-).

Seperti biasa tidak perlu di ceritakan lagi.. mestilah keluar seawal pagi....tak boleh buang masa rugi maaa...Alright..let's go..siapa nak tahu direction ke Blue Mountain ni..angkat tangan...kalau tak ada orang angkat pun..JM tetap nak kongsi info ni dengan korang heeee.

Wednesday, 6 November 2013

From GC to Sydney, NSW : Bondi Beach

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Alahai...bila lah nak habis cerita Sydney ni....lama-lama dah lupa apa yang nak di tulis kat sini tetapi JM akan cuba kongsikan kat sini yer..kalau rasa malas nak baca tu..tengok gambo je lah...

Seperti yang dijanjikan dalam entry ynag lepas kami akan ke Bondi Beach, sebutan yang betul adalah (Bond-dy/bondai) Beach. 

Bondi Beach or Bondi Bay (/ˈbɒnd/ BON-dy) is a popular beach and the name of the surrounding suburb in Sydney, New South Wales, Australia. Bondi Beach is located 7 km (4 mi) east of the Sydney central business district, in the local government area of Waverley Council, in the Eastern Suburbs. Bondi, North Bondi and Bondi Junction are neighbouring suburbs. (source from WikiPediA)

Bondi Beach is one of Australia's most famous beaches and among the world's most well-known beaches. The beach is roughly a kilometre long and is patrolled by lifesavers who make swimmers stay between the yellow and red flags.  

How to get to Bondi Beach :
- You can reach there by BUS or Train

Bus: Catch any bus marked 380 or 333 but make sure it's marked Circular Quay not Bondi Junction. The trip to Circular Quay takes 45 minutes on the 380 bus, and about six minutes less on the 333. All 381 and 382 buses terminate at Bondi Junction. 

Train: Catch any bus (Bondi Junction or Circular Quay) and change to join the train at the Bondi Junction interchange. Follow the crowds. This is generally quicker on weekdays especially in peak hour, but not as scenic as staying on a bus for the full trip to the city. 

For MORE information about Bondi Beach, please refers here : http://www.bondivillage.com/

Saturday, 2 November 2013

From GC to Sydney, NSW : Royal Botanic Garden

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog JM yang di kasihi,


"HAAaalllooooooooooooooo....anybody home"

Waduh...waduh...lama betul tak update blog dan nak blogwalking kawan-kawan pun tak sempat....arghhh.....rindu dendam sama kalian semua.....curik-curik masa pepagi dan time rehat je jengah blog kawan-kawan tu...mesti korang pun dah tak ingat akan kewujudan JM ye dok....jangan lah macam tu JM masih setia di sini.

Story percutian di Sydney belum habis lagi dan sekarang dah masuk bulan November 

Siapa ingat lagi..last entry JM stop at Botanic Garden kan..okey...meh kita sambung story...Alahh..JM ni citer Sydney dah basi lah..ada lagi ke orang nak baca?...alah..biar lah..manalah tahu ada segelintir pembaca di luar sana memang menanti-nanti sambungan entri ni kan..

Dari Sydney Opera House tu boleh ke Royal Botanic Garden just bersebelahan je dan tempat ni memang ramai orang berjoging, bersantai dan ada yang duduk lepak-lepak bersama pasangan (part ni yang JM Paling suka ehehehe).

Sunday, 20 October 2013

From GC to Sydney, NSW : Sydney Opera House & Harbour Bridge

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Kenapa lah sejak akhir-akhir ni JM agak kemalasan nak update blog...TAPI rajin sangat baca blog kengkawan. Percutian ke Sydney sebulan sudah berlalu, tapi story belum bermula lagi. Aduhai..JM..JM..kalau lah malas nak makan kan bagus..boleh kuruskan sikit berat badan kan..ini tidak....kalau bab makan rajin je.....

Oleh kerana masih dalam MOOD malas, so di pendek kan cerita moh ikut JM...ke mana kami pada hari pertama di Sydney. Last entry JM story akan ketibaan di sini kan, so hari ni nak story aktiviti pada hari kedua pulak.

Seperti biasa bangun seawal pagi, selepas solat teruskan sediakan sarapan pagi. Ye lah...dah disediakan kitchen, rice cooker pun dah ada...kita masak dulu. Apa menu kami pagi ni...meh tengok.

Nasi putih dan sambal ikan bilis brahim's..pedulikan rupa pinggan tu..kalau masuk master chef ni mesti fail

Wednesday, 16 October 2013

From GC to Sydney, NSW : Arrival

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca semua,

"Sydney ..here we come"

Lately...JM agak sibuk dan tidak berkesempatan untuk berkongsi cerita dan pengalaman bercuti ke Luar Negara tetapi hari ini JM ambil peluang yang ada untuk sambung story percutian ke Sydney. Siapa ingat lagi last entry JM stop kat mana...sila angkat tangan heeee.

TAPI sebelum tu JM nak kongsi sedikit info berkenaan Australia ni. 

Australia is divided into 6 states: New South Wales, Victoria, Queensland, South Australia, Western Australia and Tasmania and 2 territories; the Australian Capital Territory and the Northern Territory.

Map of Australia : Google
                                Cities                                    States / Territories
                                Canberra                                    Australian Capital Territory
                                Sydney                                       New South Wales
                                Darwin                                       Northern Territory
                                Brisbane/Gold Coast                 Queensland
                                Adelaide                                    South Australia
                                Hobart                                       Tasmania
                                Melbourne                                 Victoria
                                Perth                                          Western Australia

Nampak tak  route JM terbang dari GC ke Sydney..apa tak nampak..tak pe..tak pe..JM pun tak nampak
Aha...yang ini lebih jelas
Kita tinggalkan dulu citer pasal peta Australia ni..meh ikut JM pegalaman hari pertama di Sydney. Dari Gold Cost Airport kami menaiki pesawat Tiger Airway dan di jangka tiba di Sydney Airport pada jam 9.00 malam.

Bandar Sydney dari udara sebelum mendarat
Apabila pesawat mendarat sahaja terdapat shuttle bas yang sedang menunggu untuk di bawa ke bangunan Domestic Terminal. Sampai sahaja di terminal airport tidak perlu melalui pemeriksaan kastam bagai..terus je claim luggage pastu cari transport untuk ke hotel.

Bas yang akan bawak penumpang ke bangunan terminal
Nampak tak..masing-masing dengan beg yang dah beranak-anak
Sebenarnya kalau nak ke Sydney City dari aiport boleh naik Sydney's Airport Train, tambang AUD16 dan train akan berhenti di Central Station tetapi oleh kerana kami malas nak tarik beg yang berat ni, so ambil keputusan naik mini van dengan kadar tambang AUD32 return dan dorang akan hantar terus ke hotel tempat kita menginap. So tak perlu risau nak cari lokasi hotel lagi malam-malam buta tu kan..pastu time nak balik ke Airport nanti maklumkan tarikh dan masa untuk dorang pick up dari hotel.

Sydney's Airport Train
Ini lah kaunter unutk beli tiket mini van tu..tak susah nak cari kerana berada di arrival hall je
Satu je yang JM tak suka dengan servis mini van ni, lama betul kami mengunggu untuk bertolak ke hotel pada malam tu lebih kurang 30 minit menunggu tapi tak gerak-gerak lagi, so nak kill time sambil layan Candy Crush dan Facebook kerana dapat internet free di airport. Tapi sewaktu nak balik ke airport boleh pulak datang jemput on time..geram betul..kawan JM dah maki-maki kat dalam van tu..sabar je lah.

Kami menginap di Breakfree On George yang terletak di George Street, lokasi sangattttttttttttttt DEbommmm dan menarik kerana keluar je entrance hotel dan nampak Market City iaitu terletaknya Paddy's Market, bersebelahan China Town dan dalam beberapa minit sahaja jalan kaki untuk ke Darling Harbour. Kepada mereka yang ingin ke Sydney dan masih mencari-cari hotel yang Terbaeekkk..JM memang syorkan hotel ni. Jika nak tahu lebih lanjut berkenaan hotel ini boleh refer entry JM kat Accomodation

Sampai sahaja hotel, terus check in, masuk bilik..walllah wehh...bilik besar...yang penting ada tempat masak lagi..di sediakan pencuci pinggan, senduk, sudip, sudu, garpu, pinggan mangkuk dan oven. Wah..apa lagi memang tak rugi kami bawak rice cooker yang berat tu. Boleh save budget untuk makan macam ni.

Bilik besar dan bersih..ada balkoni
Bilik air pun besar
Ini lah kitchen tu
Dah masuk bilik..buat apa yang patut..pastu tidooooooooo...ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz...bila dah tidur habis lah story untuk hari ni...nanti JM sambung lagi story lepas bangun tido tu ek...oleh kerana entry kali ni pendek je..so tak bosan lah nak baca kan...

Nantikan sambungan Day 1 di Sydney..ke mana kami..Tunggu!!!

Kalau nak baca citer Sydney versi lain boleh terjah blog DJ dan Sharleez yer..

Selamat hari raya Qurban...byeee

Sunday, 1 September 2013

Teaser lagi : Queen Victoria Building


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua,

Sekarang  jam 12.30pm  dan cuaca dingin sekali, JM berada di Queen Victoria Building (QVB). Oleh kerana terdapat kemudahan Wifi Free..apa lagi JM ambil kesempatan untuk update blog :-) sebelum sambung jalan-jalan sekitar city.

Siapa berani shopping kat sini JM cuci mata sambil guna melihat kecantikan architechure nya.


Architechure in Queen Victoria Building (QVB)
JM senyum sorang-sorang lepas baca komen kawan-kawan dan JM akan reply lepas balik nanti. Enjoy sangat kat sini sampai tak ingat nak balik katanya. Kepada yg belum sampai Sydney dan akan datang ke sini dalam beberapa hari lagi, JM syorkan korang mesti datang..memang best.

Jam 5.00 petang nanti peru gerak ke airport coz flight jam 9.25 malam, ohhh tidak tak nak balik nak migrate ke sini boleh heee.

Jumpa lagi

Thursday, 29 August 2013

Sydney Opera House

No other words

Memandang keindahan design Sydney Opera House

Teaser : Sydney Opera House

Assalamualaikum,

Khas buat kwn kwn JM di luar sana baru lepas bergambar di Sydney Opera House, gigih update di Mc D coz free WiFi dan nantikan full story lepas balik nanti, jap lagi nk ke Bondi Beach .... muahhh syg semua hee

View sekitar Circular Quay

NUFFNANG