"Hat Yai Trip bersama SS dan HH"
![]() |
| Best naik tuk tuk berangin jek - muka excited dalam perjalanan ke Grand Plaza Hotel dari Hat Yai International Airport |
Baru - baru ni JM ada trip ke Hatyai bersama orang kesayangan SS dan HH, kenal tak? Mesti ramai yang kenal dengan 2 nama ni.
Awal nya mereka berdua dah ada tiket tapi dalam bulan 5 camtu kalau tak salah, JM suarakan hasrat kat SS nak ikut dorang travel bersama, pastu dia cakap pergi beli tiket. apa lagi hati berbunga-bunga cinta lah hihihih.
Ini trip kali ke 2 ke Hatyai, trip pertama dulu tahun 2013 naik keretapi dari Kuala Lumpur Central ke Hatyai Station. Trip kali ni dari 31 Julai - 2 Ogos 2016 naik kapal terbang.
Semua tahu Hat Yai sebuah bandar di Thailand yang terletak di sempadan Malaysia, sangat popular di kalangan pelancong terutama rakyat Malaysia kerana Hat Yai terkenal dengan makanan HALAL yang sedap terutama Tom Yam!
"Adeh!! masih teringat kesedapan Tom Yam di Restoran Salma..bertambah sedap dan selera bila makan bersama orang tersayang....ahaksss!!!!!"
