Showing posts with label Thailand - Phuket. Show all posts
Showing posts with label Thailand - Phuket. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

Misi mencari James Bond - Phuket

Assalamualaikum kawan2,

Just nak bagi tahu misi Jm nak cari James Bond telah berjaya heeee jika nak tahu siapa orang nya tungguuuuu Jm balik esok ye

Nanti Jm kongsi gambar James Bond tu heeee
Lupa nak cakap, gambar kami berdua ni "James Bond" yang tolong ambilkan....sporting kan...dia yang offer diri heeee...

Thursday, 27 February 2014

"Misi mencari James Bond"

Assalammualaikum dan salam sayang semua,


Sebelum JM sambung strory ke Tasik Ton Le Sap tu, JM nak publish entry ni dulu..

Awayy again?...ish..Jm...Jm ke mana pulak ko ni...tak reti duduk diam ke?...asyik nak habiskan duit je kan...

Ahaksss...jangan lah macam tu...travel adalah salah satu hobi yang tidak boleh di bendung ibarat orang merokok yang di larang merokok mesti lah rasa tak senang duduk kan heee...betul tak abang Meng.

Satu lagi hobi JM adalah baca blog kengkawan di alam maya ni kalau ada masa free je mesti nak terjah blog kawan-kawan tu dan korang jangan lah bosan ngan komen-komen dari JM tu ek..bukan apa bila baca blog tu hilang rasa stress kerja eheheheeh.

Ok berbalik kepada tujuan asal, JM akan fly ke Thailand dan kebanyakan dah tahu ke mana destinasi JM tu..seperti biasalah kan, orang lain travel diam-diam je tahu-tahu dah balik dan buat entry baru. JM pulak nak heboh satu dunia ahahah. Iyelah masing - masing ada cara dan style yang berbeza kan begitu juga citarasa, kalau semua sama  je tak berseri lah nanti.

Tempat yang JM akan pergi ni kebanyakan rakan blogger dah pernah ke sana, ada tu baru je balik dan sedang update story beliau. Tiket penerbangan di beli pada september 2013 dengan harga RM248 (return) - mahal kan. Ini lah kes beli tiket tak rancang betul - betul, kan dah rugi huhuhu.

Harga tiket semasa pergi
Harga tiket semasa balik

Surat kelulusan ke luar negara pun dah di LULUSKAN, so kita jumpa lagi next week ok.

Surat kelulusan ke luar negara bagi pegawai kerajaan

Sebelum tutup story ni, just nak tanya ada tak sesiapa yang sempat hunting tiket murah or FREE SEAT Air Asia 2-3 hari lepas, ke ada yang tak tahu ada sale hikss. JM ni pantang tengok je, gatal je tangan ni klik mencuba nasib kan mana tahu time klik klik tu dapat zero fares...pilih nyer pilih tarikh tu dapat return tiket to "destinasi 1" RM233 dan another "destinasi 2" RM540 return.

Free Seat you ouls..tapi memang menguji kesabaran betul
Asyik masuk waiting room je
Akhirnya berjaya dapat ke dua destinasi untuk tahun 2015 - semoga panjang umur kerana setahun lagi tu :-)

Okey...itu sahaja untuk entri kali ini...jumpa lagi dalam next entri selepas JM balik nanti ek...

Bye - bye semua dan salam sayang dari JM heeee

NUFFNANG