Wednesday 26 June 2013

Jom ikut JM masuk HUTAN...masuk hutan???



Assalamualaikum rakan-rakan blogger dan pembaca setia semua,


Setiap kali nak update blog akan terlihat bilangan follower makin bertambah (walaupun tak ramai), hati JM mula berbunga-bunga dan amat hargai kalian. Bukan bilangan yang JM utamakan tetapi kesudian untuk baca blog JM ni. Waahhhh...makin bersemangat tau JM nak menulis. Terima kasih kepada follower dan pengkomen tegar yang JM sayangi..kepada follower baru, sudi-sudi lah baca dan komen yer..nanti boleh mengeratkan hubungan silaturrahim di alam maya gitewww.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ke mana you oulssssssssssss....hujung minggu lepas...ke korang melepak je kat umah di sebabkan keadaan udara yang tidak sihat di sebabkan oleh JEREBU dan Indek Pencemaran Udara (IPU) semakin meningkat. Tidak bagi JM, dalam keadaan udara macam tu pun boleh lagi lakukan aktiviti luar bersama teman tersayang katanya....ahaaa..nak tahu ke mana JM pergi..moh baca entri ni sampai habis.

"XPDC masuk hutan.  Tak percaya? ..jom tengok gambar dulu"

Ada brannniii????
Ada lagiii...
yer...dah percaya..kami masuk hutan. Gambar kurang memuaskan kerana JEREBU
Lepas masuk laut, timbul pulak perancangan mahu masuk hutan. Perancangan untuk ke sini telah disuarakan salah seorang rakan yang pernah ke sana dan beliau memaklumkan terdapat sebuah tasik biru kat dalam hutan tu dan terpelihara. Kami semua excited..tasik biru?..biar betul..jadi masing-masing ingin melihat dengan mata dan kepala sendiri. 

Perancangan di atur dan perjanjian di buat, maka pada hari yang dijanjikan kami mula bertolak dari rumah masing-masing menuju ke destinasi yang dituju. Mesti korang tertanya-tanya..kat mana tempat ni atau ada rakan-rakan pembaca dah tahu kat mana tempatnya..alah..dah tak surprice lah.....So kepada pembaca di luar sana yang ingin tahu lokasi dan direction untuk ke sana boleh rujuk kat SINI

Pendakian bermula jam 7.30 pagi. Waktu kami sampai tempat parking memang penuh kiranya ramai jugak orang mendaki bukit ni dan kebanyakan mereka adalah orang Cina dan terdapat beberapa orang sahaja Melayu. Disini kita boleh lihat tahap kesedaran kesihatan di kalangan orang Melayu termasuklah JM..sebulan sekali baru nak buat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Paling JM salute adalah pada waktu tu, dah ramai turun ke kaki bukit sedangkan kami baru nak mulakan pendakian, cuba korang bayangkan jam berapa mereka mula mendaki. Tapi jangan patah semangat, mari kita mendaki. Gambar kurang jelas kerana JEREBU.

Waktu ni trek masih lagi mendatar
Akan jumpa 2 persimpangan, simpang kiri lebih jauh tetapi trek tidak terlalu mencabar stamina dan simpang sebelah kanan agak mencabar..so pilihan di tangan anda
Apa yang menarik dengan gambar ni...cuba lihat betul2 camera yang di gunakan adalah canon tetapi di galasnya paper bag..korang sanggup..hahaha
View sepanjang mendaki dan terjumpa pokok Tongkat Ali. Gambar ke tiga tu dah sampai puncak
Siapa cakap mendaki tak penat, sakit betis tau sampai sekarang kaki JM masih sakit jalan pun dah macam rupa penguin. Itulah akibatnya kurang joging tetiba nak mendaki..kan dah sakit ..siapa yang susah..diri sendiri juga hehehe.

Kami mendaki secara santai sahaja, jika rasa penat berhenti berborak seketika dan kemudian sambung mendaki lebih kurang jam 9.00 pagi kami sampai ke puncak Bukit Puchong. Kalau betul-betul mendaki JM rasa dalam 1 jam dah boleh sampai ke puncak tu ha..rasanya Bukit Broga lagi mencabar.

Oh ya..korang mesti nak tahu..kat mana pula yang dikatakan Blue Lake..ahaaaa...nak ke sana perlu trek yang lain. Dari puncak tu ada satu trek yang di halang dengan tali NO ENTRY tapi dek kerana kami ni degil..kami cross sahaja dan pada masa yang sama pandang-pandang juga orang sekeliling. Kawasan ni perlu berhati-hati kerana tasik biru ni adalah kawasan terlarang dan terpelihara, sekiranya terserempak renjer hutan..nasib lah..nanti kena halau balik. Tapi alhamdulillah nasib kami baik boleh sampai ke sana tanpa halangan. Perjalanan ke sana ambil masa dalam 30 minit bergantung kepada keupayaan seseorang.


Hoyyeeeeeeeeee...dah sampai..tak sabar nak terjun nih..walaupun terdapat peringatan dilarang untuk bermandi - manda, tapi kaki sentuh air je..arghhhhhhhh..tak boleh tahan...

Ada tak sesiapa yang tak nak terjun bila tengok air yang jenih, bersih dan sejuk ni...grrrrrrr
Apa-apa pun kita makan dulu...perut dah lapar nih..Lebih kurang 2 jam kami habiskan masa disini sebelum berpatah balik ke pangkal jalan.


Akhirnya jam 2.00 petang kami sampai di tempat letak kereta dan masing-masing kepenatan. Itulah sahaja trip pendek pada jujung minggu yang lalu. Kepada yang belum pernah sampai ke sini di alu-alukan kan.

Sekian story kali ni...next entry JM sambung citer pasal trip ke China yang dah lama tertangguh..aduhai..bukan malas nak update tapi kekangan masa katanya.

Thursday 20 June 2013

Mencandat???....Hasil yang MENGECEWAKAN!!!!

Assalamualaikum semua,

                   "Mencandat yang tiada hasil...nak tahu kisah nya, perlu baca sampai habis"

Semua orang tahu JM telah pergi mencandat sotong last week. Kalau yang belum baca perancangan mencandat tu boleh rujuk SINI


Perjalanan ke Kuala Terengganu (Perhentian Risda Marang)
Seperti yang di rancang hari yang ditunggu telah tiba dan seawal jam 8.30 mlm JM mula bergerak ke Hentian Putra (perhentian bas bagi destinasi ke arah Pantai Timur) dengan menaiki Komuter dari KL Sentral. Hanya 3 stesen sahaja dari KL Sentral - Stesen Kuala Lumpur - Stesen Bank Negara - Stesen Putra dengan kadar tambang RM1.00 sahaja you ouls..murah tu. Sekarang ni kalau nak tahu, tren Komuter dah cantik, baru dan penuh informasi kat dalam tren tu seperti naik tren di HK, Korea dan China pulak. Pastu ada KOC khas untuk wanita sahaja.

Tren komuter dah semakin canggih dan cantik sekarang..kalau nak tahu kena cuba naik
Lebih kurang jam 10.00 mlm sampai di Hentian Putra dan menunggu rakan-rakan lain yang belum sampai.Apabila semua ahli dah berkumpul kami menaiki bas Sani Ekspres bas 2 tingkas dan JM memang puji lah perkhidmatan bas ni..'ontime', besar dan selesa dan tambang RM40.00 sehala. Dalam jam 10.30 mlm bas mula bergerak menuju ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan tido je lah seda-sedar kawan kejutkan dalam sampai di Pejabat Risda Marang lebih kurang jam 4.40 pagi dan kami berhenti di situ. Turun dari bas, member call contact person yang uruskan pakej kami iaitu dari Coral Heritage. Lebih kurang 10min menunggu, budak tu pun sampai untuk bawak kami ke rumah transit yang terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Marang, dalam 5min je perjalanan. Sementara menunggu esok pagi, kami lepak-lepak dulu dalam bilik sehingga subuh.
Inilah rumah transit yang di sediakan oleh Coral Heritage tu..agak besar
Hari pertama : Aktiviti Snorkeling dan Mencandat

Jam 8.00 pagi kami turun mencari sarapan, rupanya rumah transit tu betul-betul berhadapan tapak pasar pagi dan bersebelahan Pasar Besar Marang tu, so tiada masalah nak cari makan. Pastu pulak nak ke Jeti Marang tu dalam 150 meter jer. Pagi tu kami makan nasi dagang..wahhhhhhhhhh..sedap yak amat sehingga menjilat jari hanya RM2.00 sahaja sebungkus. Kalau la JM orang terengganu kan best..leh makan keropok lekor dan nasi dagang banyak-banyak. Moh layan gambar sikit.

Tengok tu nasi dagang, nasi kerabu
Nasi dagang kat gerai mak cik memang sedap compare kat dlm gambar atas. JM jilat jari manis tau
Jom beli tembakau kita isap rokok daun
Kan tak jauh dalam 150 meter je ke Jeti Marang dari Pasar Besar Marang ni
Terdapat 2 agen boat untuk mencandat Mak Cik Gemuk dan Corah Heritage. Kalau tanya JM, dua-dua bukan pilihan, Nak tahu sila baca sampai habis
Jam 9.00 pagi kami mula bergerak ke Jeti Marang dan bot sudah sedia menunggu dan hanya kami berlima sahaja kat dalam bot tu. Apa lagi aksi bergambar posing ala-ala dalam filem TITANIC lah heeeee. Tak jauh sebenarnya dari Jeti Marang ke Jeti Pulau Kapas tu lebih kurang 10 minit je.

Jom ke jeti
Perlayaran bermula - abaikan aksi TITANIC tu
Sampai sahaja di jeti, kami terus check ini di Kapas Beach Resort dan kami arrange dengan resort tu untuk snorkeling waktu pagi, so petang nanti boleh berehat sebelum keluar mencandat. Jadi dalam pukul 10.00 pagi kami semua dan bersiap-siap untuk snorkeling sehingga jam 12.30 tengahari. Tapi sebelum tu masing-masing sapu sunblock dulu takut nanti jadi udang bakar. Jom kita snorkelling.

Dah sampai jeti Pulau Kapas
Kapas Island Resort
Jom kita snorkeling
Ikan yang tak berapa nak ada
Selesai snorkeling, masing-masing kepenatan dan balik ke resort untuk makan tengahari kerana termasuk dalam pakej. Tapi sayang coral kat sini banyak yang dah mati dan ikan-ikan pun tak banyak dengan air yang agak keruh dan memang tidak menarik berbanding waktu JM snorkeling di Pulau Perhentian Kecil suatu ketika dulu.

Nampak tak? Kami memang lapar
Selesai makan semua, masuk bilik mandi dan solat dek kerana masing-masing kepenatan, tido terbongkang sehingga lah masuk waktu asar. 

Jam 6.30 petang kami bergerak menaiki bot di jeti untuk mencandat. Ini lah bot yang akan kami naiki yang warna biru tu boleh muat dalam 4-8 orang termasuk  pemandu bot dan pembantu. 1 jam sebelum tu masing-masing dan telan ubat mabuk laut, sekali lepas je naik bot JM ok lagi dah setengah jam perjalanan ke tengah laut rasa mengantuk cam nak tido je. Kepala dah mula pening-pening mata rasa berat je...ha sudah...boleh tertido macam ni..belum start mencandat lagi ni...adusss

Perjalanan baru bermula...masing-masing boleh lagi tersenyum...lepas tuuuuuuuuu
Pada peringkat permulaan perjalanan masing-masing muka masih lagi boleh tersenyum dan tak sabar nak mencandat coz ini merupakan pengalaman baru kan. Kami hanya mendengar bunyi enjin bot dan deruan ombak sahaja. Hari semakin gelap dan bot terus bergerak ke tengah laut untuk mencari tempat berlabuh dan tempat yang sesuai untuk mencandat. Bot kali ini di kemudi oleh pakcik Adam dan beliau merupakan 'orang laut' kiranya kerja pakcik Adam ni adalah nelayan sepenuh masa dan beliau memang arif tentang cara dan musim yang sesuai untuk mencandat.

Dalam perjalanan tu pakcik bertanyakan kepada kami kenapa datang bulan Jun kerana bulan ini, sotong semakin berkurangan dan beliau memaklumkan bahawa semalam ada bawa satu rombongan untuk mencandat dan mereka hanya mendapat 4 ekor sahaja selepas beberapa lama menunggu. Kami berpandangan sesama sendiri, apalah nasib kami pada malam ini.

Akhirnya kami sampai di tempat yang sesuai untuk mencandat dan sauh di jatuhkan ke laut untuk membolehkan bot berada dalam keadaan statik tidak di pukul ombak. Pakcik Adam dan rakan nya mengeluarkan peralatan mencandat dan mengajar kepada kami cara-cara untuk mencandat dan sementara itu mereka pergi solat Maghrib.

Inilah kawasan untuk mencandat
Pak Cik Adam..korang nampak tak?
Peralatan yang akan digunakan untuk mencandat
JM dan rakan-rakan mula jatuhkan umpan ni ke dalam laut kemudian pakcik Adam mengatakan air laut deras jadi kail yang di gunakan di bawak arus deras, kemungkinan besar tiada hasil kami pada malam itu. Tunggu punya tunggu....kail tidak di sambar sotong pada masa yang sama kesan ubat mabuk mula terasa...JM mula pening dan mengantuk sangat. Dek kerana frust lama menunggu sekor pun tak dapat ambil keputusan tido je kat atas bot tu. Biar je kawan-kawan yang lain mencandat. Sedar dalam jam 10.00 mlm macam tu tanya member dorang cakap tak dapat jugak. Arghh..masing-masing frust coz rakan JM dah bawak bekalan tepung, arang konon nya nak masak sotong atas bot.

Tanpa berputus asa, pakcik Adam bawa ke kawasan lain mencuba nasib..pun sama sambil kami menyanyi lagu Najwa Latif....KOSONG....KOSONG...KOSONG....Pakcik Adam ulang lagi sekali statement beliau kenapa datang bulan Jun, masa ni memang sotong dah berkurang paling banyak bulan April dan Mei hasil tangkapan boleh mencecah berkilo. Kami mana tahu pakcik, waktu sewa bot hari tu agen tu tak cakap pulak bulan ni tak sesuai untuk mencandat. Kenapa tak tanya 'orang laut"....eh pakcik ni..kami mana lah ada saudara mara org laut nak tanya..kami pun baru kenal pakcik hari ni. Argghhhhhhhhhh....memang kecewa sangat-sangat. Pakcik Adam juga kecewa kerana beliau juga cuba mencandat tapi sekor pun tak dapat. Jam sudah pukul 11.00 malam, masing-masing dah penat, kami pun ajak pakcik Adam balik je lah..kalau tunggu lagi belum tentu dapat.

Dalam perjalanan tu, pakcik Adam tanyalah..berapa korang bayar untuk sewa bot ni, kami pun jawab RM1000 sebuah bot. Beliau terkejut besar sambil besarkan matanya dan maklumkan bahawa Coral Heritage tu bayar RM500 untuk sewa sebuah bot dan memang itulah harga standard dan sekiranya tiada hasil , balik awal pakcik Adam ambil RM300 sahaja. Jadi beliau memang simpati dengan kami kerana telah di tipu oleh agen dan dengan mudah agen tu mendapat RM500 baki daripada sewa bot tadi. Pakcik Adam nasihatkan kepada kami kalau nak datang mencandat telefon pakcik Adam sendiri tanpa perlu melalui agen. Perasaan kecewa kami semakin berganda..ohhhhhhhh tidakkkkkkkk kami kena tipu..penat dan tiada hasil..huhuhhuuhhu....menangis tidak berlagu tapi apa boleh buat pasrah je lah. Jadi pakcik Adam beri no telefon beliau untuk di hubungi sekiranya ingin datang mencandat lagi. Jadi kepada rakan-rakan di luar sana boleh call no ni yer : 019-914 7296

Sebelum pergi masing-masing membayangkan sotong yang besar-besar dan kemanisan sotong bakar hendaknya..tapi apakan daya ..sudah nasib begitu. Jadi kepada rakan-rakan di luar sana..maaflah yer dek kerana tiada hasil so tak ada  gambar sotong dan tak ada  sotong  berbakul dek kata blogger Orga.

Malas nak citer panjang jom JM terus sambung aktiviti hari ke dua.

Hari kedua : Dari Marang ke Kuala Terengganu

Bangun seawal pagi pergi sarapan kemudian jalan-jalan sekitar persisiran pantai ambil angin laut dan gambar barang sekeping dua sebelum kami balik ke pangkal jalan. Selain dari Kapas Island Resort terdapat juga chalet lain seperti Pak Ya Sea View, Mak Cik Gemuk Resort dan KBC Chalet.

View sekitar persisiran pantai
Kami check out jam 1.50 tengahari dan bot sampai di jeti jam 2.00 petang dan mula bergerak ke Jeti Marang. Oleh kerana masing-masing kelaparan kami berjalan ke KFC yang terletak sebelum Pasar Besar Marang untuk makan tengahari dan itu sahaja pilihan yang ada sementara menunggu kedatangan seseorang. "Surprise" - siapa orang itu biarlah RAHSIA heheheheeh.

Untuk pengetahuan semua, salah seorang rakan blogger JM balik kampung di Terengganu dan beliau offer untuk bawak kami jalan-jalan sekitar Kuala Terenggau, so tanpa fikir panjang kami semua setuju. Jikalau rakan blogger JM tu baca entri ni, JM nak ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kebaikan beliau sanggup datang dalam 1 jam perjalanan untuk sampai ke Marang ni. Ini lah kali pertama kami berjumpa dan beramas mesra, sudi pulak bawak kami jalan-jalan, JM suka dan sangat terharu, baik orangnya...Terima kasih dear...muaaah...muahh..muaahh....hhehehe. kalau tak kerana beliau maybe kami terpaksa naik public transport atau mati kutu je kat area kawasan tu. Alhamdullillah rezeki tu. Kepada sesiapa yang dah tahu siapa orangnya..diam-diam je yer..eheheheh

Dalam jam 3.00 petang kami mula bergerak ke Pasar Payang, singgah di ICT dan juga bergambar di Turtle Valley area. Seterusnya beli keropok lekor di Seberang Takir dan makan ikang celup tepung (ICT) sebab semalam tak dapat makan sotong celup tepung. Malas nak citer panjang jom tengok gambar.

View baju batik sekitar pasang payang, tak membeli pun sekadar cuci mata je
Terengganu pun ada I -City tau
Welcome to Turtle Alley - nak tahu pic di sebelah kiri, skecth tu siap 1 hari sebelum kami sampai dan gambar berbaju kelabu dalam gmbar sebelah kanan tu adalah professor yang telah bersara dari UMT, merupakan salah seoarnag NGO yang menjayakan Turtle Alley projek ni..untung tak kami boleh berjumpa beliau
Kalau nak tahu info lebih lanjut boleh visit URL yang di sediakan
Gambar Sekitar Turtle Alley
Dek kerana tak dapat makan sotong celup tepung atas bot semalam, rakan JM bawak kami makan ikan celup tepung di berdekatan dengan airport.

Nyum...nyum..nyum...ada ikan, sotong, udang dan cendawan setaip hidangan RM6.00 kecuali ikan RM3.50 seekor
Selesai menjamu selera, lebih kurang jam 7.00 malam kami ke Masjid Putih untuk solat Maghrib sebelum ke stesen bas Kuala Terengganu untuk balik ke Kuala Lumpur pada jam 10.30 malam.

Selesai sudah perjalanan JM 2hari 1mlm, aktiviti mencandat yang tiada hasil tapi kami tetap enjoy. Sebelum tu meh JM kongsi sedikit tips untuk korang semua

Tips :
1. Bagi pendapat JM kalau semata-mata datang Pulau Kapas untuk snorkeling, JM rasa tak perlu coz coral dan hidupan laut kurang menarik berbanding di Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Redang. Tapi kalau dah sampai untuk mencandat apa salah nya kalau nak cuba kan

2. Jangan mencandat pada bulan Jun kerana pada waktu ni sotong dah kurang. Lebih sesuai mencandat pada bulan April dan Mei dan hasil candat boleh mencapai berkilo-kilo

3. JM nasihatkan jangan ambil travel agent Coral Heritage (not recommend)/orang tengah

4. Kalau nak mencandat, boleh telefon Pakcik Adam dan beliau adalah orang boat yang akan bawa mencandat dan harga boleh di bincang bengantung kepada tempoh masa mencandat dan julat harga dalam RM300 - RM500 sebuah boat

5. JM juga mendapat info perkhidmatan bilik dari travel agent Mak Cik Gemuk juga kurang memuaskan  dan kalau nak tahu boleh cuba. Info yang JM terima, cukup hanya sekali. (Matilah JM lepas ni). Kepada yang membaca info ini jangan salah faham kerana JM hanya berkongsi info dan apa yang baik boleh ikut.

Ke mana pulak JM lepas ni..tungguuuuuuuuuuuuu

Friday 14 June 2013

Trip Candat Sotong di Pulau Kapas, Terengganu

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca,

Mohon maaf lah yer..cerita trip ke China belum habis JM dah tulis cerita baru. Kali ni JM nak kongsi perancangan untuk candat sotong pada hujung miggu ni.

"Jom! Ikut JM Candat Sotong di Pulau Kapas"

Lokasi Pulau Kapas
Pulau Kapas antara pulau peranginan yang paling hampir dengan pantai terengganu yang terletak dalam daerah Marang. Terletak kira-kira 18km dari Kuala Terengganu dan 6km dari jeti Marang. Pulau Kapas menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti snorkeling dan juga candat sotong.

Jom candat sotong
Perancangan untuk mencandat sotong telah di suarakan oleh salah seorang rakan travel JM sewaktu balik travel dari Hatyai bulan februari lalu dan kami bercadang untuk menjayakan aktiviti ni pada 15/06/2013 - 16/06/2013 (2H1M) dan akhirnya perancangan tersebut telah berjaya di atur dan maklumat detail serta pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Pakej :
Coral Heritage,
PT 158 Bandar Baru Marang,
21600 Marang,
Terengganu
Email : coralheritage@gmail.com
Tel : 014-500 6948 / 019-917 1656
fax : 09- 6181 533

Penginapan : Kapas Island Resort :

Penginapan RM175 seorang merangkumi
- Bilik berhawa dingin - sebilik muat 5 orang 9Deluxe Garden)
- Bot pergi dan balik dari Marang ke Pulau Kapas
- Sarapan pagi, tengahari dan malam
- Aktiviti Snorkeling di Pulau Kapas

Sewa bot untuk mencandat
- Sewa boat RM1000 untuk 5 orang....kalau ramai lagi murah
- Boat pick up around 6.30 petang
- Kelengkapan mencandat di sediakan
- Terdapat bilik air dan dapur untuk memasak

Pengangkutan :

Tiket Bas ( Kuala Lumpur - Kuala Terengganu)
Departure : Hentian Putra - Kuala Terengganu (Sani Ekspress)
Tarikh : 14 Jun 2013 (Jumaat)
Harga : RM40.00 per person (one way)
Waktu bertolak : 10.30 mlm

Tiket Bas ( Kuala Terengganu - Kuala Lumpur)
Departure : Kuala Terengganu - Hentian Putra (Sani Ekspress)
Tarikh : 16 Jun 2013 (Ahad)
Harga : RM40.00 per person (one way)
Waktu bertolak : 10.30 mlm

Budget Trip per person :
Peginapan = RM175.00
Sewa Bot = RM1000/5 = RM200
Tiket Bas pergi dan balik = RM80.00

Total : RM455.00

Itirenary :
Day1 
- 9.30 am : Boat tranfer to Pulau Kapas Island from Marang
- 10.00 am : Welcome Drink
- 12.00 pm : Check In
- 01.00 pm : Lunch
- 02.30 pm : Snorkeling
- 05.30 pm : Squid Fishing Trip (wait at the Kapas jetty)
- 08.00 pm : Dinner in the boat

Day2
- 8.30 am : Breakfast
- 12.00 pm : Check Out
- 02.00 pm : Boat to Marang

Banyak pakej yang di sediakan untuk mencadat sotong ni antaranya boleh layari website ni http://marangkapas.blogspot.com/ (makcik gemuk). Salah seorang rakan travel, DJ guna perkhidmatan ni.

Ok..sekadar itu dahulu info yang JM ingin kongsi bersama kawan-kawan semua dan jumpa lagi minggu hadapan ye. Hoyee (suka..macam lah tak pernah naik bas kan) malam ni nak naik bas gerak ke Terengganu. Iyolah..mana pernah naik bas ke Terengganu lagik biasa naik kereta kan.

Babai kawan-kawan..tunggu entry aksi JM mencandat lepas balik dari sana nanti...heeuuuuuuuuuuu..aksi katanya...netah dapat ke tidak heeeeeee

Tuesday 11 June 2013

Ke Mana JM Menghilang?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,

"JM di mana nko menghilang?" ....Gitewwwwww

Siapa JM nih...ahaaa..kalau sesiapa yang belum kenal JM..inilah orang nya..hahaha..MOTIP nko tayang gambar nko kat sini JM..yelah kan tajuk entry pun ke mana JM menghilang..kalau sesiapa yang mencari JM..inilah orang nya...hahahah...

Orang yang sama tapi gaya tak serupa :-)
Halllloooooooooooooooooo...kawan-kawan JM semua..apa khabor you oulssssssssss...lama betul JM tak update blog kan..dah hampir 2 minggu rasanya coz last update 29 Mei 2013 dan kiranya ini adalah entri pertama untuk bulan Jun kan.

Waduh..waduh..rindu betul JM pada korang semua...rindu pada semua rakan-rakan blogger dan juga pembaca tegar blog JM ni..gitewwww...ehehe...sejak kebelakangan ni JM sibuk betul lah..last week keluar pergi Audit pastu balik perlu sediakan report. This week asyik meeting je pagi dan petang....nak terjah blog sendiri dan blog kengkawan pun tak sempat. Banyak betul story dari blog kengkawan tak sempat JM baca dan komen.

JM masih di sini..tak ke mana-mana pun....JM sihat seperti biasa bagi menjawab pertanyaan dari rakan blogger Ayu Fatarina...2-3 bulan ni masih di Malaysia dan belum ada plan keluar travel sehingga Hari Raya Puasa. Selepas hari Raya Puasa bermula lah episod menjelajah bumi Australia..giteww mcm lah byk tempat sangat nak pergi kan heeeeee. itulah kalau dah start travel ni..setiap tahun paling kurang mesti ada 2 atau 3 destinasi..itu paling kurang lah..ahahah (mcm lah duit byk)

Tapi yang pasti hujung minggu nanti JM nak pergi Candat Sotong..hoyeeee...nak makan sotong fresh katanya...

Jadi kepada rakan blogger dan pembaca semua jangan jemu baca blog JM ni ..coz episod perjalanan JM di Guangzhou belum tamat lagi, termasuk Shenzen dan Hong Kong..tunggu tau...ada masa nanti JM update yer..tapi tak janji maybe dalam 2-3 hari lagi...

Bye..love you oulsssssssss...

NUFFNANG