Wednesday, 3 April 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Masjid Saad Bin Abi Waqas

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖


Hari kedua - 22 Nov 2018 (Destinasi ke -2)

Selesai di Yuexiu Park, kami balik semua ke train station Exit A untuk pergi ke Masjid Saad Abi Waqas. Kalau nak pergi masjid ni korang tak perlu naik train tau sebab lokasi masjid ni kat Yuexiu Park Station jugak, so ambik Exit B2.

Maksudnya..kalau korang naik train Stop di Yuexiu Park Station, korang boleh pergi 2 lokasi menarik di Guangzhou :

1. Five Statue Rams - korang stop at Yuexiu Park Station Exit A
2. Masjid Saad Abi Waqas - korang stop at Yuexiu Park Station and then Exit B2

Nampak tak..dari Yuexiu Park Station tu..kalau nak ke Yuexiu Park keluar ikut Exit A dan kalau nak ke Masjid Abi Waqas keluar ikut Exit B2 pastu ikut Lanpu Road. NAnti JM share direction detail nak ke Masjid tu
Alang-alang kami dari Exit A, kami keluar pulak ikut Exit B2 tapi kena touch metro card untuk keluar dari palang exit tu. Ingatkan free sebab kami tak naik train just tukar exit je..korang nak tahu berapa charge bila touch??..1.90 yuan so baki card waktu tu 36.70 yuan. Anggaran minimum tambang dari satu station ke satu station adalah 1.90 yuan kalau jarak perjalanan tu jauh sikit dia akan charge 2.00++ yuan. Murah kan tambang trainn kat Guangzhou itu sebab train sentiasa penuh!

Watu cari info lokasi dan cara nak pergi ke masjid ni ramai blogger yang share tapi direction yang dorang bagi kurang jelas. Ada yang cakap keluar je dari Exit B2 tu jalan terus akan jumpa North Gate. So JM pun cakap lah dekat geng ikut jalan seperti yang JM baca tu, jalan dalam beberapa meter tak nampak apa-apa.. macam jauh jek..Pastu SS cakap ikut je map yang dia print dalam Kitab Busuk, masuk ikut South Gate lagi mudah dan dekat. Rupanya nak masuk Masjid ada 2 pintu, satu melalui South Gate dan North Gate.

Jom ikut cara JM pergi ke Masjid dari Exit B2 lagi mudah.

Direction to Yuexiu Park dan Masjid Abi Waqas, Guangzhou
Keluar sahaja dari Exit B2 jalan terus akan nampak simpang pertama sebelah kiri Lanpu Road  korang jalan je ikut arah Lanpu Road ni
Ni Lanpu Road bukan Lampu Road..korang jalan je terus dalam 280 meter akan jumpa pintu masuk seperti gambar di bawah
Pintu masuk ikut South Gate - lagi dekat dan mudah
Masuk je ikut pintu kecik tu
Masuk ikut South Gate
Jalan masuk ke kawasan masjid ni redup je sebab di penuhi dengan pokok-pokok ibarat seperti Masjid dalam taman, sejuk je berada di sekitar masjid ni. Waktu kami sampai sini lebih kurang jam 10.00 pagi jadinya tak ramai orang. Waktu kami kat depan masjid tu hanya kami bertiga je sebab belum masuk waktu solat.

View luar masjid
Secara ringkas masjid ini dibina oleh salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, Saad bin Abi Waqqas yang telah menyebarkan Islam ke China di pertengahan abad ke-7. Sejarah mengenai pembinaan masjid ni boleh baca di SINI
Inilah Masjid Saad bin Abi Waqas
Ruang solat lelaki
HH tengah masukkan duit ke dalam tabung masjid
Tempat ambil wuduk - berhadapan pintu masuk dari North Gate
Setiap destinasi yang kami pergi kat negara mana pun mesti masukkan Masjid sebagai salah satu tempat untuk kami singgah. Tunaikan solat dan bersedekah. Tak kiralah di mana bumi ko pijak ingat tanggungjawab kepada Allah perlu ditunaikan.

-Bersambung-

6 comments:

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG