PKP –
Perintah Kawalan Pergerakan
Lama betul tak update entri...bulan Mac tak ada entri langsung sedangkan banyak masa free kat rumah...kemasalan betul!
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua umat Islam. Kita mula berpuasa pada 24 April 2020 dan ada kemungkinan tak kita sambut raya pun dalam tempoh PKP?
Tujuan JM tulis entri ni sebagai kenangan dan memori bagi tahun 2020. Bila eh kita start PKP kerana Covid -19 ni..18 Mac 2020 - 12 Mei 2020 (ni ada kemungkinan sambung lagi tak?)
JM bukan orang yang arif yang cakap pasal Covid-19...semua rakyat seluruh dunia tahu, bila sebut je Covid-19 ni semua orang faham CUMA masih lagi yang ingkar perintah PKP. Mereka bukan tak faham kenapa perlu PKP dan #StayAtHome..bukan susah pun nak Stay At Home tapi entah..ada je yang degil sampai kena denda bayar beratus ada yang kena bayar sampai beribu kerana langgar perintah. Paling kelakar tu kena bayar denda RM800 kerana nak hantar kek batik buat kekasih..adehla..macam-macam.
Jadi dalam tempoh PKP ni, tolong la kurangkan pergerakan, tolong ikut arahan pihak berkuasa, jangan kerana kita boleh menyumpang kepada penyebaran wabak. Jangan sampai jadi seperti di Amerika Syarikat, jumlah mangsa terkena wabak Covid-19 hampir cecah 1 juta!
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni..bersama-samalah kita berdoa agak wabak Covid-19 semakin berkurang, jumlah kematian, jumlah mangsa baru dan jumlah pesakit yang di jangkiti Virus ini berkurang dan mohon supaya hilang terus wabak ni supaya kita dapat melaksanakan aktiviti harian dengan lebih bebas dan sempurna.
Kepada sahabat-sahabat yang baca entri ni..sudi-sudilah share apa aktiviti korang sepanjang PKP ni :-)
Salam Ramadhan buat semua dan selamat berpuasa 😍
Terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung di blog JM..
JM cuba balas kunjungan ye...
Salam Ramadan JM..stay healthy..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak Nohas..adehh lama betul JM x masuk blog
DeleteAllahu Akram..
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa JM..
Aktiviti CH dgn anak2 mcm Ramadan yg Lepas..
Cuma bezanya aktiviti dilakukan dirumah.
Rasanya lebih seronok..santai..
Selamat Hari Raya kak CH..Allahu..lama betul JM x jengah blog akak..biasa kalau nak cari resipi mesti cari kat blog akak hihih..kan sejak PKP dan PKPB ni..stay at home :-)
Deletesalam ramadan JM....
ReplyDeleteKak Nieda..sihat ke..lama betul JM x bersiaran
Deletemasa memula jer rasa cam boring dok rumah pasal PKP tapi lama2 dah ok.
ReplyDeletesiap boleh meniaga kuih raya lagi.cari duit tepi..............kan
Bln 10...Putrajaya, Selangor dah kena PKPB..nak gerak ke mana2 pun terbatas..tapi still kena pegi keje..kalau keje dari rumah pun kena sediakan laporan bertugas
DeleteKak Nieda..share ar resipi kueh sedap
Salam jm
ReplyDeletelamanya rasa kita tak berlogging ya..hahha samlah
waktu RMO inilah baru ada masa nak bukak2 balik blog
bila dah x de benda nak buat waktu kuarantin ni
btw slamat berpuasa
stay at home and safe
Wkomsalam Sobyie...masih aktif ke kat blog..ha'ah la lama betul x jumpa kat alam maya ni walau dah lama kenal hihih..ni pun selepas 6 bulan JM muncul kembali...sejak masia kena serangan covid ni ..mood nak berblog pun makin malas..trip pun dah x adahuhhu
DeleteWaalaikumussam JM sayang. Haii. Harap JM sihat dan baik² aje ya.
ReplyDeleteRuby rasa PKP ni lanjut sampai lah habis puasa habis raya. Puasa dan raya dalam tempoh PKP selagi kes harian tak sifar. Ruby agak jelah JM. Apa2 pun, nak tak nak kena ikut apa yang giv sarankan. Janganlah degil.
Pasal kek batik tu Ruby tak tahu. Hehe. Nk tergelak pulak baca. Macam2 lah diaorang ni ya.
Harap semuanya berakhir baik.
Take care JM
Selamat berpuasa.
Sahabat alam maya JM,
Ruby 🥰
Eehh, blog JM dah ada adsense lah
ReplyDeleteWahhh. Selamat menabung ya 🤑🤑🤑
I hope things will get better soon. stay safe and take care.
ReplyDeleteRasanya macam memang kena raya dalam tempoh PKP ni. Bertabahlah kita. Ini tanggungjawab kita untuk terus kekal di rumah dan elakkan pergerakan yang tak perlu.
ReplyDeleteTime PKP, saya banyak kali try bakar kek... alhamdulillah, menjadi... sebelum nk tak pandai 😅
SALAM RAMADAN JM PATUHI KP KERANA NYAWA KITA KALAU HILANG TAK JUMPA DAH KAN
ReplyDeleteAktivi sehari-hari saya dalam masa epidemi covid-19 ini diantaranya membaca artikel blog teman-teman.
ReplyDeleteDari sanalah saya banyak mrndaoay informasi menarik :)
Salam
Hhmmm apa menu JM hari ni ya...oder ja ke msk sendiri
ReplyDeleteTengok TV. Dah rajin tengok berita.
ReplyDeleteLepas tu ada masak makanan yang lama tak buat.
Chaiiyook....setuju...kena control diri dari nak jalan2 merata...apapun stay safe stay home...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Ramadhan JM..masih ingat kat bunda tak..
ReplyDeleterauya dalam pkp la nampaknya.
ReplyDeleteaktiviti yang tidak di sangka2 ketika pkp adalah membuat blog baru setelah 10 tahun tak aktif. ahaa
I am happyPKP will be relaxed pada hari Isnin, 4.5. Staying at home for 45 days is stressful, Selamat Ramadhan
ReplyDeleteSalam Ramadan. Aktiviti PKP - work from home, home school kan anak sambil tu, blog-walking, layan k-drama, active dengan online bisnes.
ReplyDeletebanyak jugak rupaanya...kita follow taw blog ni...
salam Ramadhan
ReplyDeleteSelamat berjuang di th ini
ReplyDeletesalam kenal dan selamat berpuasa
Salam ramadhan JM....
ReplyDeletesalam ramadhan cik jm tuuh..
ReplyDeletekeep safe n stay at home.. :p
Selamat berpuasa JM. Lama betul saya tak jalan-jalan kt blog. Asyik travel kat instagram dengan facebook je hehehe
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Ajlaa..ha'a betul.jumpa kat IG jek..at leat still berhubung la kan heee...terima kasih masih ingat pada JM..muah!
DeleteBertabahlah kita semua moga cepat happusnya wabak ni.. Selamat Hari Raya JM tinggal 2 hari je lagi
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Mulan..mesti byk buat biscuit dan kek raya ni sbb Mulan pandai buat biscuit n kek
Deleteselamat hari raya JM...kita raya dalam PKPB...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Rietta..thn ni mmg raya kat umah jek tak kluar menziarah..orang pun x datang :-)
Deletehai! selamat hari raya JM...tak tahu lah cuti PKP ni habis bila...
ReplyDeleteSelamat hari raya cikgu...seronok la cikgu masih 'berehat' kan kat umah ke WOrk From Home skrg?
Deletewalaupun PKP tapi saya rasa malas nak menaip, jari pulak makin besar hahahaha
ReplyDeleteEhh sama lah kita Cikgu..MALAS tahap gaban padahal bila stay at home tu lagi byk masa tapi skrg dah kena Work From Home
DeleteSELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
Selamat Hari Raya jugak Acu...DONE follow u back
Deletejom jom update hehe
ReplyDeletedah update entri baru ke..tadi ada baca review Crush Landing On You..BEST cite tu :-)
Deletetgk sampai epi 11 jer, tak mampu nak teruskan huhu
DeleteJM, kenapa korea utara tak masuk wishlist?? huhu
DeleteSelamat Hari Raya 2.0 sis JM 😉. Bila nak update entry travel lagi? Untuk orang-orang yg rindu travel baca blog pasal travel pun dah cukup buat masa sekarang 😅
ReplyDeletetersangkut la aktiviti travel JM...
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeleteMaaf zahir batin JM..... dah habis Syawal baru dapat dtg sini hihi.... Apa khabar JM ? sihat ke?
ReplyDeleteTulah ...harapnya lepas ni negara kita bebas Covidlah kan, rasa sesak nafas pulak pakai mask sentiasa hihi
Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
ReplyDeleteSaya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
JOM TUKAR BLOGLIST
Skrg dah PKPP... Pastu PKLAHSENDIRI... 😂
ReplyDeletenice info.....
ReplyDeleteSalam PKPP JM. Sorry la lambat balas kunjungan ye
ReplyDeletehai JM, jom update blog hehe...boleh rehat, tapi jangan lama sangat ya.
ReplyDeleteJM, saya dah up entri baharu, JM pun up lah jugak hehe
ReplyDeleteSalam JM, cikbunga dtg melawat kamu🌹🌹
ReplyDelete🥰🥰🥰
ReplyDeletebantingtravel.blogspot.com
ReplyDeleteCuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant
waalaikumusalam sis jm baru nak singgah sini hihihi...
ReplyDeletewow.. lama menyepi dari april sampai oktober.. hahaha..
ReplyDeletetime pkp banyak masa work from home tapi x boleh nk work sanagt sebab jaga anak.. hehehehe
kite time pkp knon nk masak2, akhirnya asik melepok dgn phone n tv jer, masuk ramadan baru rajin masak, haha!
ReplyDeletelepas tu lama punyak menyepi.. hehehe..
ReplyDeleteHaahahh kita pun duduk rumah jadi malas nak update blog...
ReplyDeleterasa bertahun gak aritu senyap...
ni tetiba mood datang balik...
assalamualaikum JM, lama x singgah sini hehehe