Friday, 3 August 2012

Bukit Tinggi Indonesia : Mencari kain sulam

Assalamualaikum dan salam manis untuk semua... :-)

Selamat berpuasa...
Selamat bershopping baju raya, kasut raya, biscuit, kuih raya dan semua berkaitan raya lah senang citer...hihi

Dah lama aku tak update entry terbaru kerana kesibukan kerja..mesti you rindu nak baca entry aku kan...eheheh...perasan....

Entry aku kali ni ada kelainan sikit..mesti korang tertanya-tanya kan..apa yang lain nyer.. :-) 

Cuba korang 'guest' aku kemana kali ni kalau lihat gambar di bawah..ahahaha..sah-sah korang jawab..apa lah..dah tertera kat tajuk...Bukit Tinggi Indonesia ..ke mana lagik....ahahaha..saja nak buat lawak...jadi tak lawak bodoh aku nih... :-)


Trip aku ni dah lama..baru sekarang aku nak update dalam blog ni...

Macam biasa lah..aku melancong ke mana-mana destinasi dengan AA..everyone can fly...Aku beli tiket ni pada April 2011 dengan harga RM29 buy 1 free 1..memang murah giler...tarikh penerbangan pada disember 2011. Aku telah memilih untuk ke sana pada 01/12/2011 - 03/012/2012 (3H2M) bersama rakan-rakan sepejabat. Bagi aku 3H2M sudah mencukupi kerana aku ni bukan shopping holic. Trip aku kali ni bukan secara backpackers yer kawan-kawan ...kami menggunakan khidmat travel agent kerana ia lebih sesuai dan murah.

Kami mengambil keputusan untuk mengambil khidmat dari Raun Sumatra Tours & Travel. You allsss boleh google jer untuk mengetahui dengan lebih lanjut pakej yang di tawarkan. Pakej 3H2M Minangkabau yang kami dapat RM325/pax termasuk pengangkutan , hotel dan makan. . Untuk makuman itierenari ini disediakan oleh travel agent bergatnung kepada bilangan hari kita di sana. Jadi tidak perlu risau, maklumkan sahaja bilangan hari you allss kat sana..nanti mereka akan sediakan. Jom tengok itirenary kami di sana.

DAY 01 : Padang ~ Bukit Tinggi (Makan malan, Makan tengahari)
-    Tiba di Bandara International Minangkabau
-    Bertolak dari Padang ke Bukit Tinggi, berehat sebentar di Air Terjun Lembah Anai
-   Makan tengahari di loacal restoran
-   Melawat ke Pandai Sikek, kerajinan Songket Ukiran Kayu
-   Melawat ke Pasar Atas dan Jam Gadang
-   Check in hotel
-   Makan malam di local restoran

DAY 02 : Bukit Tinggi ~ Minangkabau (Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam)
-   Sarapan pagi di hotel
-   melawat ke Panorama Ngarai Sianok
-   Melawat ke sulaman Hj Rosma di Kampung Baso
-   Melawat ke Tabek Patah, pembuatan kopi dan kerepek pisang
-   Melawat batu sangkar melihat Istanan Silinduang Bulan
-   Makan tengahari di local restoran
-   Melawat ke Tasik Singkarak, kembali ke Bukit Tinggi
-   Sampai di Bukit Tinggi, acara bebas
-   Makan malam di local restoran

DAY 03 : BUKIT TINGGI ~ DEPARTURE (Sarapan Pagi)
-   Sarapan pagi di hotel
-   Bertolak menuju ke Airport

Package Included :
1. Transportation Service with driver & tour guide
2. Hotel Accomodation at selected hotel with daily breakfast
3. Meals as mentioned in itirenary, mineral water on arrival
4. Entrance fee as mentioned in iterenary

Any enquiry, please contact :

PT. RAUN SUMATRA TOUR & TRAVEL
JL.A Yani No. 99 Kampung Cina - Bukit Tinggi
West Sumatera, Indonesia
Phone : +62755221133
Fax     : +62752625171
Website : www.raunsumatra.com
Email     : info@raunsumatera.com
Yahoo Mesenger : widia.raunsumatra@yahoo.com

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba pakej ini sila layari laman web yang di berikan dan boleh juga email untuk mendapatkan suggested itirenary melalui alamat email di atas. Itirenary masih boleh di buah mengikut ksesuaian masa.

Oleh kerana trip aku kali ini pergi dan travel agent...aku tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pelbagai info untuk ke sana. Apa yang penting sediakan duit dan buat pengesahan dengan travel agent bila tarikh kami arrival dan departure..selesai. Lain-lain hal travel agent tersebut yang akan uruskan.

Kami sampai di Minangkabau International Airport (Padang) pada jam 10.40 pagi di mana masa perjalanan adalah lebih kurang 2 jam perjalanan. Untuk pengetahuna waktu Malaysia dan Indonesia tidak sama yer...Bukit Tinggi tidak terdapat lapangan terbang yer jadi pastikan beli tiket AA turun di Padang. Jarak perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi lebih kurang 4 jam perjalanan denga laluan jalan yang agak berliku dan berselekoh dan hanya yang cekap sahaja boleh memandu di kawasan ini.

Pemandangan dari dalam Flight
Dalam kenderaan yang menjemput kami di Airport
Berikut adalah pemandangan sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi dan pada masa yang sama hujan renyai-renyai. Korang jangan aspect sesua yang gah la kan..nama pun Indonesia..semua orang tahu bagaimana suasan kehidupan dan cara hidup orang di sana kan.



Destinasi pertama kami di bawa ke Air Terjum Lembah Anai sekadar untuk mengambil gambar kenangan.



Seterusnya kam di bawa untuk sarapan pagi di rumah makan Lamun Ombak.


Kalau korang tanya aku bagaimana rasa makanan di sini..sedap ke tidak aku tak leh jawab secara tepat bergantung kepada tekak masing-masing. Secara jujur aku lebih suka makanan Malaysia :-). Harga makanan macam biasa agak mahal dalam ribuan rupiah kalau kita convert dalam RM agak mahal sikit lah.

Selepas makan kami di bawa ke Panorama Ngarai Sianok..kalau korang tanya aku apa makna nya..aku pun tahu..tapi korang boleh lihat gambar di bawah seperti rupa bentuk rumah yang unik.


Apabila kami dah puas bergambar disini , perut masing-masing sudah lapar dan perlu di isi, kami di bawa makan tengahari di kedai Pak Datuk Unik kan nama-nama kedai di sana. Kalau korang pergi sendri tanpa travel agent, ketika berada di kedai makan, mereka ada hidang lauk pauk yagn pelbagai di atas meja makan. Jadi pastikan korang pilih lauk mana sahaja yang korang nak makan..yang selebihnya letak ke tepi jangan nanti korang cubit lauk ni sikit lauk tu sikit lastly tak habis makan ...korang mampu nak bayar harga ratusan ribu...eheheh...aku tak sanggup sebab aku spend duit untuk shopping jer. Sebab tu untung pergi ngan travel agent...kalau dorang hidang lauk penuh meja makan..korang belasah jer semua...tak perlu risau...travel agent tu dan include dalam pakej..so makan sepuas-puasnya. Aku pernah ada pengalaman pergi Bandung sendri tanpa travel agent...agagk susah untuk cari kedi makan yang sedap dan harga berpatuta. Kami ada sewa driver tapi dia bawak kami ke kedai makan yang mahal-mahal dah tu tak sedap pulok..meme frust gilo...ehehe.


Nampak tak..banyak kan hidangan atas meja..pilih jer mana korang nak makan..tengok tu licin...ehehe...yo lah tengah kebuluran...

Hoyeeeee..masa untuk shopping...kami di bawa ke kedai Linduang Bulan..agak mahal harga kain di sini..kami sedakar mencuci mata sahaja.


Kemudian kami terus gerak Pasar Atas dan Jam Gadang.  Lokasi hotel adalah di kawasan berhampiran jadi kami singgah sebentar di sini untuk survey kedai-kedai yang menjual kain dengan harga yang murah. Kawan-kawan jangan mudah tertipu yer..banyak lot-lot kedai kat Pasar Atas ni..so kena pilih kedaia yang menjual kain dengan harga yang murah dan berkualiti. So pandai-pandai lah pilih. Keadaan kedai adalah seperti Pasar Baru di Bandung yang bezanya Pasar Baru ada banyak lantai atau banyak tingkat tapi Pasar Atas hanya 1 tingkat sahaja.


Kami tidak lama di sini...just singgah sebentar, pusing-pusing lihat kawasan kedai kerana esok baru ambil keputusan untuk melihat apa yang menarik. Masing-masing dah penat, jadi mood shopping dah kurang, maka kami di bawa untuk check in hotel dulu.


Aku pun dah tak ingat apa nama hotel ni. Apabila urusan check in, masuk bilik, rehat, mandi dan tunaikan apa yang wajib dan lebih kurang jam 8.00 malam kami di bawa untuk makan malam. Makan lagik...memang best lahh...


Selesai makan, kami di hantar balik ke hotel untuk merehatkan badan dan minda. Tamat kisah aku untuk hari pertama. Aku aku review semula..panjang jugak entry aku ni yer..aku ingat nak siapkan kisah 3H2M aku di sini dalam satu entry sahaja tetapi memang tidak boleh. Jadi kawan-kawan jangan jemu untuk membaca yer. Cukup dulu untuk hari ini..nanti aku sambung lagi untuk next day.....tapi tak janji bila kerana kesibukan kerja aku makin bertambah sejak pegang beberapa jawatan di opis nih..

Wasassalam.....

24 comments:

  1. Salam. Seronoknya tengok jarimanis pergi Padang. Teringin sangat nak pergi. Tapi belum lagi ada peluang.

    Kalau jarimanis ada masa lawatlah blog saya ya.

    www.nota-kembara.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan ..terima kasih kerana sudi singgah blog saya yang tidak seberapa ni..ehhe...sebenarnya saya memang dah lama follow blog nota kembara ni... :-)..dan dah lama juga saya letak kat favorite.. eheeh..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Salam kenal dari :

    KITA HOLIDAYS Travel & Tour Indonesia
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Salam kenal.. Akan kesana this may.. Tak sabo rasanya.. Hehe

    ReplyDelete
  5. Salam kenal.. Akan kesana this may.. Tak sabo rasanya.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali,

      Best tau pegi sana..yang penting bawak duik bebanyakk...baru best..hehe

      Delete
  6. Berminat melancong ke Padang Bukittinggi? Kami boleh uruskan semuanya untuk anda.
    Pakej menarik dan insyaallah termurah untuk anda.
    Tempahan kendeaan dan supir juga boleh diuruskan.
    Call/sms/whatsapp saya di 0126665436

    harga pakej boleh dibincangkan kemudian.

    Visit my Blog:
    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Salam..sy nak ke bukit tggi may ni..masih survey tempat menarik..hajat nk mencari kn sulam utk bisnes sy.. salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. alam kenal eyja, thanks coz sudi singgah blog JM
      Aha kat sana byk kedai jual kain sulam tp perlu pandai bargain :-)

      Delete
  8. assalamualaikum.....
    sekedar berbagi, bagi siapa nak pergi ke bukittinggi bisa juga hubungi kami di
    facebook BUTIK KAIN SULAM or
    email mmrusdianto@yahoo.com
    or tlp. +6285263012661 (liza)

    kami menyewakan kereta sewa yang selesa, harga murah free pemandu yang akan membawa puan/tuan jalan-jalan di bukittinggi dan sekitarnya.

    selain menyewakan kereta, kami juga membuat /produsen dan menjual kain sulam bukittinggi .
    silahkan layari blog dan web kami
    www.bukittinggi-fashion.blogspot.com
    www.bukittinggifashion.com

    ReplyDelete
  9. kak JM, saya baca entry ni tahun 2014. hehe. esok abang saya dgn family dia nk p sana. kot ada tempat yg murah boleh la order siap2 :)
    best nya p sana. nanti dah keje memang kena pegi. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HSB!!!! sorry baru nk reply komen ni..mesti abang dah balik kan..banyak tak dia borong

      Delete
  10. aduh....kangen bnget nk ke padang lagi!!!... x puas jalan n makan..

    ReplyDelete
  11. Mesti berbeza harga sekarang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat jauh beza Ekin...kalau dulu 1 juta Rupiah RM200++ je tapi skrang 1 juta Rupiah RM300++ huhuh

      Delete
  12. byk kebaikan juga guna travel agent ni cuma terkongkong dgn jadual mrk lah kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis Vee..tapi kalau ke Padang or Bukit Tinggi better booking transport ni senang nak gerak

      Delete
  13. Assalamualaikum..
    Salam dari BUKITTINGGI PADANG..
    Salam juga dari saya ARMAN.bergerak dibidang pelancongan sebagai driver dan tour guide.juga melayani penyewaan TRANSPORT.
    Saya nak tumpang promotion kat blog jari manis.
    Bila ada Tuan dan Paun yang nak buat rancangan untuk melawat ke BUKITTINGGI PADANG.Tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan lawatan.Jangan risau.Saya boleh bantu..Untuk info detail nya.Sila contact saya ditalian..
    Call/sms/whatsapp...+6285374176166
    E_mail.armanpribadi123@gmail.com
    facebook. .komen_ajo


    terimakasih



    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..
    Salam dari BUKITTINGGI PADANG..
    Salam juga dari saya ARMAN.bergerak dibidang pelancongan sebagai driver dan tour guide.juga melayani penyewaan TRANSPORT.
    Saya nak tumpang promotion kat blog jari manis.
    Bila ada Tuan dan Paun yang nak buat rancangan untuk melawat ke BUKITTINGGI PADANG.Tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan lawatan.Jangan risau.Saya boleh bantu..Untuk info detail nya.Sila contact saya ditalian..
    Call/sms/whatsapp...+6285374176166
    E_mail.armanpribadi123@gmail.com
    facebook. .komen_ajo


    terimakasih



    Wassalam

    ReplyDelete
  15. entri ni pada 2012..masih meletup lah JM..maksud etuza tetap banayk komentar..bab pakaian wanita huuu!! banyak betul kan..mujur Etuza lelaki hahah ..lari ke marah lah..mengusik anak dar orang... Gurau ja ya JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahhh rajin lak Cikgu Etuza baca entri lama JM....maluuuu!!! tutup muka

      Delete
  16. Nampak macam ada terung berlada lah ats meja tuh. Ummmmm dapnyaaaaa

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG