"Hat Yai Trip bersama SS dan HH"
Best naik tuk tuk berangin jek - muka excited dalam perjalanan ke Grand Plaza Hotel dari Hat Yai International Airport |
Baru - baru ni JM ada trip ke Hatyai bersama orang kesayangan SS dan HH, kenal tak? Mesti ramai yang kenal dengan 2 nama ni.
Awal nya mereka berdua dah ada tiket tapi dalam bulan 5 camtu kalau tak salah, JM suarakan hasrat kat SS nak ikut dorang travel bersama, pastu dia cakap pergi beli tiket. apa lagi hati berbunga-bunga cinta lah hihihih.
Ini trip kali ke 2 ke Hatyai, trip pertama dulu tahun 2013 naik keretapi dari Kuala Lumpur Central ke Hatyai Station. Trip kali ni dari 31 Julai - 2 Ogos 2016 naik kapal terbang.
Semua tahu Hat Yai sebuah bandar di Thailand yang terletak di sempadan Malaysia, sangat popular di kalangan pelancong terutama rakyat Malaysia kerana Hat Yai terkenal dengan makanan HALAL yang sedap terutama Tom Yam!
"Adeh!! masih teringat kesedapan Tom Yam di Restoran Salma..bertambah sedap dan selera bila makan bersama orang tersayang....ahaksss!!!!!"
Boleh di katakan Hat Yai syurga makanan, sediakan duit je...kalau ada rezeki, JM nak pergi lagi semata-mata nak JJCM (jalan-jalan cari makan) boleh tak SS heeee. TERBAIK Nok!! hihihihih
Eh!! ni nak kongsi bab makan or tuk tuk ni...hehehe....
Okey!!! kepada yang pertama kali nak ke Hat Yai, perlu di ingatkan pengangkutan yang paling efisyen dan sesuai adalah Tuk Tuk.
Kenapa di panggil Tuk Tuk....jangan tanya JM....cuba tanya Mr Boon!!! eh siapa Mr Boon ni ?haaaaa!! kalau nak tahu siapa gerangan Mr Boon bukan adik kembar Mr Bean sila baca sampai habis entri ni jangan ngelat baca awal dan akhir perenggan jek hihihi.
Kepada yang biasa travel, mesti akan facing this problem...
What problem? ye lah..kalau dah sampai di satu-satu destinasi tu mesti fikir apakah mode dan jenis pengangkutan yang sesuai.
Nak sewa kereta ke, nak naik subway ke, BTS ke, bus ke...betul tak?
Kalau ke Korea, China dan Jepun sah - sah kena study subway line. Kalau ke Perth mudahnya sewa kereta, kalau ke Sydney kena study train map dan route dan kalau ke Gold Coast kena faham no bus dan route no.
Maknanya setiap negara terdapat mode pengangkutan yang berbeza begitu juga Hat Yai, pengangkutan yang menjadi pilihan adalah Tuk Tuk.
Mudah sebenarnya nak dapat Tuk Tuk di Hat Yai ni...BERSEPAH...pilih je..terutama kalau menginap di Grand Plaza Hotel...bersusun Tuk Tuk menunggu pelanggan TAPI mesti ingat MAHAL nak MAMPOS sampai tahap hisap darah sampai kering lebih rakus dari Drakula..adeh!!!!
Pengalaman kami sendiri, semasa on the way nak pegi breakfast di Restoran Salma dari Grand Plaza Hotel, kami di approach oleh seorang driver tuk tuk ni tanya nak ke mana..kami cakaplah nak pergi breakfast.
Pastu dia cakap "nak pergi Songkla tak dia boleh bawak"
Then HH tanyalah "berapa dia charge dan ke mana lagi dia boleh bawak"
Driver tu cakap "pergi ke Samila Beach Songkla, Underwater Aquarium dan Chang Puak Camp dia charge 2000 THB return"
GILA!!!! mahal nak mampos!!!!
Kami senyum je lah sebab kami dah hire Uncle Boon hihih....
Pernah juga baca dalam beberapa blog kongsi harga tuk tuk di Hat Yai ni, ada yang kena charge 500 THB return to Floating Market Hat Yai yang jauh nya below than 5km, itu pun ada tempoh masa 2 jam je kat sana.
Kemudian ada yang kena charge 1800 THB kalau ke Songkla return..adeiiiii...MAHAL kot!!!!
1. Anda menghadapi masalah mencari tuk-tuk di Hat Yai?
2. Sukar mendapat driver tuk tuk yang boleh di percayai?
3. Susah mencari tuk tuk yang menawarkan harga MURAH dan berpatutan?
Jika anda menghadapi masalah seperti di atas, jangan risau..JM ada jalan penyelesaian, JM boleh bantu anda..kih kih kih..dah macam iklan Yun Nam Hair Care.
Mari JM kenalkan Mr Boon!!!!
"Mr Boon or Uncle Boon"
Beberapa minggu sebelum bertolak ke Hat Yai, JM cuba cari info melalui google "tuk tuk service in Hat Yai"..
Ada blog yang share "The Best Tuk Tuk in Hat Yai". Kredit kepada blog hijabtrip.com
Selepas dapat contact no Mr Boon, JM serahkan kepada SS minta HH yang deal dengan Mr Boon sebab JM percaya HH lebih bijak dalam bab deal transport dan booking Hotel. SS pulak dia pakar dalam mencari hotel yang bersuaian, menyedia dan menyusun itirenary. JM? pandai makan je hihihih.
HH pun cuba hubungi Mr Boon deal berkenaan transport selama 3 hari kami di sana, banyak kali juga HH call for confirmation sebab harga yang di tawarkan sangat MURAH!!!
Uncle Boon beri penerangan perjalanan pada hari ke 2 di Hat Yai |
Kawan gaduh tapi MESRA..HH dan Mr Boon heeee |
Hehehhe..kalau nak tahu mesti baca entri SS - Kembara Hat Yai sampai habis sebab trip kali ni sangat enjoy. Apa yang boleh JM katakan kat sini..I'm really happy and enjoy travel with them...dalam banyak-banyak trip JM ke oversea, this trip paling HEAVEN!!!
So kepada SS dan HH, kalau JM nak follow uolss nyer trip lagi boleh tak?
JM nak kongsi sendikit info berkenaan Mr Boon ni. Dia seorang yang sangat rajin bekerja sebab dia ada cakap kat JM, dia tidur sehari 2- 4 jam je sebab dah ada customer call untuk hanter ke sini hantar ke sana. Memanf sangat sibuk!
Customer beliau kebanyakan foreigner sebahagian nya dari Nepal, China, Indonesia dan Malaysia. Mr Boon ni seorang bekas pensyarah di sebuah Universiti, Major dalam Matematik dan Minor dalam English, berumur 61 tahun dan masih kuat bekerja. Seorang yang banyak bercakap dan kongsi cerita. "Selalu bertekak dengan HH" bila HH suka tanya "How Much to go there to go here" hehehehe..lawak!!!
Beliau boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik dan fasih.
Boleh juga seorang yang peramah, baik, kadang suka berguarau,mesra, bertanggungjawab, tepati masa, sangat friendly dan helpfull. Bagi beliau bukan keuntungan yang di cari tetapi dia akan pastikan semua tourist yang datang ke Hat Yai akan berpuas hati dengan servis yang di berikan, mengenali budaya dan tempat - tempat menarik di Hat Yai dan Songkla.
JM leh kategorikan beliau sorang yang "touch people heart not people money" sebab beliau akan pastikan keselamatan customer, di jaga dengan baik, kadang tu dia layan kami like his family. Pastikan kami makan pagi dan tengahari, bawak kami ke kedai makan yang harga berpatutan sebab HH suka tanya kedai tu "mahal ke tak" hahaha...JM suka cara HH.
Lagi satu dia tengok SS carry kamera besar, so dia tahu SS suka ambik gambar jadi kalau boleh dia nak kami pergi tempat-tempat yang boleh berfoto balik ke Malaysia ada kenangan. Mana nak cari driver tuk tuk seperti Mr Boon ni....
Jadi kepada yang beminat untuk mendapatkan perkhidmatan Tuk Tuk di Hat Yai boleh call beliau di
Contat Phone No : +0864833533.
"Servis Tuk Tuk MURAH di Hat Yai"
Harga yang di tawarkan oleh Mr Boon :
Hari pertama :
- Transport dari Hat Yai International Airport to Grand Plaza Hotel : 230 THB per tuk tuk (tak kisah berapa ramai harga tetap 230 THB). Kalu amik tuk tuk kat airport, charge dikenakan adalah 100 THB sorang...Mahal! Sebab kira per head.
- Tuk tuk ke Floating Market Hat Yai : 350 THB per tuk tuk return (tak kisah berapa lama kat sana)
Hat Yai Floating Market - Klong Hae Market Hat Yai |
Plan asal kami hanya nak ke Samila Beach dan Municipal Park je tetapi sebelum balik dari Floating Market tu, Mr Boon "ask our plan for tommorow" tetapi kami tiada tempat yang khusus nak pegi. Malas nak pergi Ice Dome, Chang Puak Camp dan 3D Eye Museum.
Jadinya Mr Boon yang plan untuk kami, beliau cadangkan beberapa tempat dengan harga 800 THB per tuk tuk dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam.
1. Kedai Souviner 20% Discount |
2. Breakfast di Muslim Restoran |
3. Masjid Besar Songkla / Central Mosque Songkla |
4. The Biggest Sleeping Buddha, Songkla |
5. Handmade craft, Songkla |
6. Beli lunch di Muslim Restoran |
7. The Great Serpent "Nag" or Dragon, Songkla |
8. Tang Kuan Hill, Songkla |
9. Samila Beach, Songkla |
10. Municipal Park, Hat Yai |
11. OTOP Exibiton - jual pelbagai jenis barang dari daerah yang berbeza |
Ada tak sesiapa yang pernah ke tempat-tempat ini jika ke Hat Yai dan Songkla dengan bayaran hanya 800 THB sehari. Kalau ada boleh kongsi dengan pembaca yang lain.
Hari ke tiga :
Kami request nak pergi ke Cental Festival, Mr Boon charge 20 THB seorang
Central Festival Mall Hat Yai |
On the way ke Airport kami makan i keai ni..SEDAP!!!! |
Hat Yai International Airport |
Perancangan awal kami nak naik tuk-tuk depan hotel je, kiranya bargain waktu tu jugak, jadi anggaran kasar budget untuk 3 orang sebuah tuk-tuk kalau tak hire Mr Boon :
Airport Shuttle return : 600 THB
Klong Hae Market Tuk Tuk (2 hours) Return : 500 THB
Hadyai Municipal Park Tuk Tuk return : 300 THB
Samila Beach Tuk Tuk return : 1,500 THB
Kiranya total kos transport seorang anggaran jika cari tuk-tuk sendiri : 967 THB
Summary Transport Budget after hire Mr Boon for 3 days :
Airport return : 460 THB
Klong Hae Market Tuk Tuk (3 hours) Return : 350 THB
Songkla and Hat Yai Trip Tuk Tuk return : 800 THB
Tuk tuk ke Central Festival : 60 THB
556 THB
Total Cost : 1670 THB
Jadi total kos transport seorang jika hire Mr Boon : 556 THB sahaja...murah!!!
Terdapat perbezaan yang ketara jumlah kos yang perlu di keluarkan sekiranya tak hire Mr Boon, so kepada sesiapa yang ingin travel ke Hat Yai, JM sangat recommend korang cari lah Mr Boon, contact beliau sebulan awal buat reservation terlebih dahulu dan keep reminder seminggu atau 2,3 hari sebelum berlepas kerana beliau sangat sibuk.
Sekali lagi JM tegaskan, harga yang di tawarkan sangat MURAH, boleh hubugi beliau di talian +0864833533 (call sahaja)
Perlu di ingatkan jika korang ada lokasi pilihan, just maklumkan kepada Mr Boon dan berapa lama nak stay kat satu-satu tempat tu just say it TAPI kalau tak ada idea atau tempat pilihan serah je kepada Mr Boon dia akan susun itirenary dan plan..MUDAH!!! Dia akan cadangkan tempat menarik.
BERSAMBUNG!!!!!
Scdha Sein (SS)5 August 2016 at 13:29
ReplyDeleteEhemmmm... Ehemmmm...
Jari Manis 5 August 2016 at 13:31
Deletesakit tekak ke heeee
Ohh,..ni kira komen2 republish lah ni ye :)
Deleteha'ahh...entri ni TERDELETE..sib baik SS penyelamat..syg SS ahaksss
DeleteScdha Sein (SS)5 August 2016 at 13:30
ReplyDeleteMakkk aihhhh... Berde'eh nak baca... Panjangnyaaa...
Jari Manis 5 August 2016 at 13:31
Deleteplan nak tulis pendek je tetiba rasa mcm2 nak share..adehhh
Scdha Sein (SS) 5 August 2016 at 13:53
DeleteDah macam x cukup jari eh nak menaip... Kah kah kah...
Jari Manis 5 August 2016 at 14:02
Deletepinjam jari SS yg CUTE tu boleh
Scdha Sein (SS) 5 August 2016 at 14:33
DeleteKita tuko jari... He he he
Jari Manis 5 August 2016 at 16:49
Deletehihih..i nak Jari Manis boleh?
Huhuhuhu emang panjang berjela!
DeleteTak cukup satu napas nak baca ni haaa
DeleteFarrah..panjang lagi highway PLUS :-)
DeleteFarrah : minta nafas Ning Baizura lah
DeleteScdha Sein (SS) 5 August 2016 at 13:52
ReplyDeletePaling penting... Mr Boon ni... Dia ada hati yang baik...
Jari Manis 5 August 2016 at 14:04
Deletebetul tu...walaupun berlainan agama..baru jumpa tapi mudah MESRA..terutama HH hihihi
Beruntunglah dapat jumpa Mr.Boon ni kan,..
Deleteuntung sangat Farrah..like our 'father' hhihih
DeleteScdha Sein (SS) 5 August 2016 at 13:54
ReplyDeletecepat laaa sambung entry! Kah kah kah
Jari Manis 5 August 2016 at 14:04
Deleteaik...tggu SS sambung dulu
Scdha Sein (SS) 5 August 2016 at 13:59
ReplyDeleteLagi ramai lagi save budget...
Jari Manis 5 August 2016 at 14:05
Deletebetul tu..klau berenam..still charge 230 THB..tak ke untung
nhhas 5 August 2016 at 17:23
Deletetu lah ... apsal tak hajak kita....
korang memanggggggg
Jari Manis 5 August 2016 at 18:25
DeleteSS kena jawap ni ;p
Scdha Sein (SS)5 August 2016 at 13:59
ReplyDeleteSatu tuk tuk boleh muat around 6 orang
Jari Manis 5 August 2016 at 14:06
Deletebetul tapi tgk size lah..kalau Nina Garcia dan CT Menaip yang naik..ahahha..larik!!!
Scdha Sein (SS) 5 August 2016 at 14:17
DeleteKomen carik pasal! Larikkkkk...
Jari Manis 5 August 2016 at 14:23
Deletekah kah kah..sesekali teringin nak usik budak 2 org tu..harap2 dorang x baca komen ni heheheh
nhhas 5 August 2016 at 17:24
DeleteSitiiii...
Nina....
masuk masuk ...
nhhas 5 August 2016 at 17:24
DeleteNina tengah masuk utan... hi hi hi ...
#NinaNakMainPacat
Jari Manis 6 August 2016 at 20:35
DeleteSiti n Nina tgh sibok
Jari Manis 6 August 2016 at 20:36
Deleteeee..main pacat..eeee geli!!!
Pening lalat nak biasakan diri baca komen2 ni. Sebab gambar semua gambo sis JM, komen dari orang lain :)
DeleteFarrah..jangan baca komen baca entri ;p
DeleteScdha Sein (SS) 5 August 2016 at 14:00
ReplyDeleteCheap cheap many many cheap... Kah kah kah
Jari Manis 5 August 2016 at 14:07
Deleteehehehe...how much..how muchh..Mr Boon mesti ngeri dgr soalan tu dari HH..if u r a man i will punch u..hadoi lawak! lah Mr Boon ni
Tny Tiny 5 August 2016 at 16:49
DeleteHe almost traumatise...
nhhas 5 August 2016 at 17:24
Deleteseriously MR BOON cakap macam tu? kih kih kih
Jari Manis 5 August 2016 at 18:24
DeleteTny!!! ahahaha...sbb asyik dgr je ayat tu
Jari Manis 5 August 2016 at 18:24
Deleteye Huda..tapi dalam gelak tawa..sbb dia suka bergurau
Scdha Sein (SS) 5 August 2016 at 14:02
ReplyDeleteSape budak pakai topi tu? Ha ha ha
Jari Manis 5 August 2016 at 14:08
DeleteKacak kan budak tu
Scdha Sein (SS) 5 August 2016 at 14:17
DeleteAhaksss...
Jari Manis 5 August 2016 at 14:22
Deletemasih SOLO ke?
Scdha Sein (SS) 5 August 2016 at 14:34
DeleteNak TRY ke? Ha ha ha
Jari Manis 5 August 2016 at 16:49
Deletesudi tak..kih kih kih
Nieda ramly 5 August 2016 at 14:22
ReplyDeletepasai pa tak ajak ....jeles tau
Jari Manis 5 August 2016 at 16:49
Deletekak Nieda masuk Hat Yai cam balik kg je..setahun berkali2..hihihi
Nieda ramly 5 August 2016 at 21:55
Deletehahhaahah...baru nak cakap
Jari Manis 9 August 2016 at 15:39
Deleteuntunglah 'kg' dekat ;p
nayfatimah rasyid 5 August 2016 at 14:25
ReplyDeletenie entry baru nieee ;)
Jari Manis 5 August 2016 at 16:45
Deletemasih panas lagi ni Nayfatimah..baru kuar dari oven hihih...psst.. org tu x sudi email alamat kat titeww...kad raya tertulis nama tanpa alamat ni, ada ole2 nk pos kat u :-)
nayfatimah rasyid 8 August 2016 at 09:01
Deletekita dah send email laaa ;) nanti cek dah lama dahhhh
nayfatimah rasyid 8 August 2016 at 09:10
Deletekitew dah resend balikkk ;) nanti cek tau email hahahahhaa dah sabau nak dapat kada raya ngan ole-ole!!!!!
Jari Manis 8 August 2016 at 09:11
Deleteye ke..betul ke send ke address jarimanis4ever@gmail.com
Soalan tak berkaitan, sis JM ada berapa email?
Deletekih kih kih..sikit...3 jek
DeleteNieda ramly 5 August 2016 at 14:47
ReplyDeletelepas ni sure , Mr Boon masyuk banyak maaa
Jari Manis 5 August 2016 at 16:44
Deletekalau ramai book Mr Boon rezeki dia lah..at the same same leh bantu traveller dari msia jugak heee
Nieda ramly 5 August 2016 at 14:48
ReplyDeletemasjid besar songkla tu...orang panggil masjid taj mahal ka ? ada macam kolam sebelum naik tangga tinggi tu?
Jari Manis 5 August 2016 at 16:44
Deletemmg ada kolam kak Nieda tapi org mana yg panggil camtu ;p
Puan Wawa 5 August 2016 at 16:16
ReplyDeletewahhh, seronoknyaa jalan2 bersama..")
Jari Manis 5 August 2016 at 16:43
DeleteWawa..bila nak jenjalan ngna sis JM lak ni
Tny Tiny 5 August 2016 at 16:51
ReplyDeleteBudak hh tumpang glam kat blog rerupis...
Jari Manis 5 August 2016 at 18:23
Deleteahaks..mmg akan makin glemer pasni..bila sebut je HH Semua org kenal heeee
nhhas 5 August 2016 at 17:18
ReplyDelete1. macam tak caya SJM up entry
Jari Manis 5 August 2016 at 18:22
Deletekah kah kah..seprais lah ni eh
nhhas 5 August 2016 at 17:18
ReplyDelete2. tak boleh terima hakikat sebab kena tinggal
Jari Manis 5 August 2016 at 18:22
Deletealaa..cian nya..sape yg tggal tu
nhhas 5 August 2016 at 17:19
ReplyDelete3. watak HH amat penting di sini. lenkali nak kidnap HH
Jari Manis 5 August 2016 at 18:20
Deletekalau nk kidnap kena dendiam tak pun minta izin dari SS n sis JM dulu heee
Menarik! Bab makan JJCM yang paling best! Mana-mana pergi fikir nak makan je. Kalau siqah lah. Hehe. Kalau nak ke Hat Yai, blog JM jadi panduan pastinya =)
ReplyDeleteSiqah!! yeay..wajib tau refer sini ;p
DeleteAssalammualaikum JM
ReplyDeleteWaalaimumussalam Cik bunga..how's ur day :-)
Deletesib baik ade backup
ReplyDeleteNayfatimah : nasib aikk SS ada buat backup..she's my superman..selamat kan entri tu..alhamdulillah
DeleteSSS - SS Superman! ;)
Deleteha'ah..sib baik dia ada..syukur!
Deleteyey!! nasib baik JM up entry cepat..
ReplyDeletenext week nak gi Hat Yai kot..
hahahha
amoi Nina..pas kuar hutan masuk bandar pulak hihih..pergi Hat Yai cam balik kg..ini mendatangkan kejelesan hihih..jgn lupa cari Mr Boon!!!
Deleteseronok dengan JM cerita pengalaman di tempat orang..
ReplyDeleteSiti Rohaida..pengalaman ciput jek ;p
Deletenhhas 5 August 2016 at 17:21
ReplyDelete4. TETIBA rasa nak g hat yai juga.
tahun lepas - dah bayar dah nak ikut trip Hatyai - ntah macam mana TER admited spital pulak. BURNT lah duhet ...huhuhuhu
Jari Manis 5 August 2016 at 18:21
DeleteHuda..kalau nk ke Hat Yai ni pergi je dlm group 2-3 org..pastu call Mr Boon ni..then jgn lupa ckp sis JM kirim salam heeee
nhhas 5 August 2016 at 17:21
ReplyDelete5. Haruslah pandai english - kan lecturer...
Jari Manis 5 August 2016 at 18:19
Deleteahaks..kan!!!
nhhas 5 August 2016 at 17:22
ReplyDelete6. Teringin nak g Floating Market tu ... nak makan ... nak beli tu tembikar yang boleh minum air tu
Jari Manis 5 August 2016 at 18:18
Deleteada org tu beli tembikar Do e mon!!
nhhas 5 August 2016 at 17:22
ReplyDelete7. Balik dulu ... nanti datang lagi ...
Jari Manis 5 August 2016 at 18:16
Deletemak dah panggil ke hihihi
nohas 5 August 2016 at 19:45
ReplyDeletenaik tuk-tuk best, berangin jer..
memang angin atas bawah..angin dalam pun kasi kluar hehhe
DeleteMuhammad Khairuddin Lim 5 August 2016 at 20:27
ReplyDeletehatyai tempat kegemaran saya sebelum ringgit merundum berbanding Bath.
Jari Manis 6 August 2016 at 20:32
DeleteBath ke Bhat..adeii...makin mahal Bhat skrg..almost RM12
Muhammad Khairuddin Lim 5 August 2016 at 20:28
ReplyDeleteselamat berblogging
Jari Manis 6 August 2016 at 20:31
Deletesemakin hari semakin malas ni
Wahhh nak pergi Hat Yai jugak lah nanti cam besttt!
ReplyDeleteArdilla..WAJIB!!! byk tempat best..cari Mr Boon tau!
Deletethanks makluamt tentang tuk tuk itu
ReplyDeleteSama-sama abe MKL..war warkan lah kepada yg lain eh
Deletesemoga terus menulis
ReplyDeletein shaa Allah..akan cuba
DeleteHihihi... Ptt lah semalam sggh sini ... Tak nmpk entri nie . =)
ReplyDeleteNia : kih kih kih..sib baik SS ada..kalau x? hilang selamanya lah entri ni
Deletepart soalan tu macam orang nak jual ubat.. kite tanakkkk !!!! hek2
ReplyDeleteFirah : eheheh..lari cepat!
Deleteaduh..mcm nk p lagi ja..
ReplyDeleteZarul Farhana : masih ada tempat lom cover ke
DeleteSeronok lak akak baca komen, JM cakap sorang2, hi3
ReplyDeletekak Umi Alya..kih kih kih pesal x baca entri
Deletesalam JM. lama nyaaaa ida tak jenguk sini.. tau tau JM dah ke Hatyaiiiiii hehehhhe... Hatyaii surgaaaa makaaaannnaaaaannnnn..... heheh
ReplyDeleteEIDA!!! how r u..lama x nampak bayang kat sini
Deleteeehh ! ice dome ada ea ?? alaaaa
ReplyDeleteFirah : Ice Dome dia kecik!
DeleteAsalamualaikum..pembuka bicara, lama tak ke sini. Moga JM sentiasa selamat dan dilindungi walau ke mana..Hebat traveling. JM pasti sda plan ke Umrah di Mekah ..
ReplyDeleteWkomsalam cikgu Etuza..ye lah..ke mana menghilang? kalau x de 'masalah' 3 tahun lepas dah sampai di MEKAH tetapi belum ada rezeki..in shaa Allah one fine day akan sampai jgk nanti
DeleteTerbaik lah kak JM. Nanti kalau ada rezeki ke Hatyai, boleh contact Mr Boon! hehe
ReplyDeleteScha : pas setahun nanti ajak abg pergi eh :-)
DeleteMuhammad Khairuddin Lim 5 August 2016 at 20:28
ReplyDeleteSemoga terus aktif..
Jari Manis 6 August 2016 at 20:31
DeleteJM aktif kat wasap jek heeee
Muhammad Khairuddin Lim 5 August 2016 at 20:28
ReplyDeleteMiss your writing so much.Banyak info.
Jari Manis 6 August 2016 at 20:31
DeleteTerima kasih abe MKL
dilabangiWORLD 5 August 2016 at 21:17
ReplyDeletedilla selalu berangan nak rasa kat floating market tu
tengok owang pergi best giller lah JM
Jari Manis 6 August 2016 at 20:30
DeleteDilla..pat g cari tiket
iryanty ismail 6 August 2016 at 10:37
ReplyDeleteAssalamualaikum jm..apa khabar...sweet nampak ber3 travel :-)
Jari Manis 6 August 2016 at 20:34
DeleteWkomsalam kak Yan..lama menyei..kak Yan sihat? JM sihat alhamdulillah..ahakss..dulu berdua skrg dh bertiga
nadiah izzaty 6 August 2016 at 15:37
ReplyDeleteOhhh~ ke Hat yak rupanya korang... Jenuh teka dkt ig SS ari tue ... Complete info JM bagi, next time bleh jadikan reference entry JM jika nak ke Hat Yai... Tq =)
Jari Manis 6 August 2016 at 20:30
DeleteAssalam Nadiah..kalau ke Hat Yai..kirim salam kat Mr Boon eh heee
nadiah izzaty 6 August 2016 at 22:12
ReplyDeleteJM~ tq tq singgah dan bagi advise pada nadia . Nak belajar pasal top comment list tue dari JM . Macam mana nak letak =)
Jari Manis 6 August 2016 at 22:38
DeleteNia..bg email add nanti sis JM guide
umi alya 7 August 2016 at 10:19
ReplyDeleteadoiiiiiiiii JM, panjamg lebar entri ni, sempat baca separuhnya, separuh lg sbg silent reader boleh? sementara tu tgok gambar jer, hu3
Jari Manis 7 August 2016 at 20:50
Deletekak Umi Alya..x yah baca x best..nanti mengantuk hehehe
ujie othman 7 August 2016 at 14:51
ReplyDeletethanksss JM, sudi share info Mr Boon tu. Kot ada rezeki nak ke sana, senang akak!
moga murah rezeki JM.
Jari Manis 7 August 2016 at 20:51
DeleteSama-sama kak Ujie..mmg high recommend! in shaa Allah Aminnn
nayfatimah rasyid 8 August 2016 at 09:02
ReplyDeletenayfatimah dtg sini
Jari Manis 8 August 2016 at 09:09
Deletemasuklah..nak minum ape :-)
nayfatimah rasyid 8 August 2016 at 09:02
ReplyDeletepi travel ngan JM
Jari Manis 8 August 2016 at 09:10
Deleteeheheh..surprise tak
nayfatimah rasyid 8 August 2016 at 09:02
ReplyDeletekat alam maya
Jari Manis 9 August 2016 at 15:28
Deleteheeee..rasa dah sampai sana tak
nayfatimah rasyid 8 August 2016 at 09:03
ReplyDeletejalan-jalan carik makan
Jari Manis 9 August 2016 at 15:28
Deletejalan jalan cari makan x pe jangan jalan jalan cari pasal heeee
nayfatimah rasyid 8 August 2016 at 09:11
ReplyDeletebila lah cek nak sampai cini
Jari Manis 9 August 2016 at 15:29
Deletejom JM bawak
nayfatimah rasyid 8 August 2016 at 09:12
ReplyDeleteSinhapore yg dekat tue pon tak sampai lagiiii .mode : .. nangis tepi bucu katil
Jari Manis 9 August 2016 at 15:30
DeleteSinhapore? kat mana tu..JM pun x penah sampai lagi..nk tumpang menangis sekatil lah heeeee
nayfatimah rasyid 8 August 2016 at 09:12
ReplyDeleteJM kita da h email awakkk !!!!
mode : muka tak malu ehhh
Jari Manis 9 August 2016 at 15:31
DeleteCik bunga..titew dah dpt alamat awak..nanti kita pos yek
nayfatimah rasyid 8 August 2016 at 09:14
ReplyDeletetq awak ) memang JM nie comelll lahhh and baik hati sesangat
Jari Manis 9 August 2016 at 15:31
Deleteahakss..puji ada makna ke ni
dekdaa 8 August 2016 at 13:28
ReplyDeleteAssalam.... wah dah berbulan tak jenguk blog JM.
hati terpanggil2 nak baca ni.
Syok nya JM... ada details driver tuk tuk lagi.
Baguih la uncle boon ni.. at least bila kija.. dpt mengenal warganegara lain pulak.
Ok will try uncle boon ni.. hehe tq JM.
Walaupun Kelate dkt jah dgn Hatyai.. belum terpijak lagi di bumi Thailand hukhuk.
Jari Manis 9 August 2016 at 15:35
DeleteWkomsalam Dekda..ha'ah..dah berkurun kot tak jengah sini kih kih kih..FAHAM org tu sibuk berniaga kan..ce try ke Hat Yai..sekali pegi nk repeat tau ;p
SarahFJ 8 August 2016 at 13:34
ReplyDeleteBila nak sampai Siam nih, belum jejak kaki lagi huhu
Jari Manis 9 August 2016 at 15:33
DeleteSaraFJ..Hatyai tu dokek je..pergilah heaven tau
Muhammad Khairuddin Lim 8 August 2016 at 17:57
ReplyDeleteblogwalking ke sini...
Jari Manis 9 August 2016 at 15:32
Deletesorry Abe MKL..belum ada entri baru huhu
nadiah izzaty 8 August 2016 at 19:58
ReplyDeleteJay Emmm~ hihhi ... Tq so much =)
Jari Manis 9 August 2016 at 15:34
Deletesama-sama Nia..nanti buat seperti di sarankan tau..nanti lihat perbezaan nye...cam pakai Fair n Lovely hihih
Seronoknyaa jalan jalan :)
ReplyDeleteInani : heeee..best time jalan2 tu bila balik duit kurang tu yg sedih ;p
Deleteparidah 8 August 2016 at 21:56
ReplyDeleteBanyak info menarik yg perlu diketahui untuk travel ke hatyai dlm n3 JM ni...tapi tah bila nk sampai sana
Jari Manis 9 August 2016 at 15:37
Deletetak dapat pergi pun tak pe Kak PI..baca entri JM like kak PI dah sampai sana :-)
nayfatimah rasyid 9 August 2016 at 15:20
ReplyDeleteknock knock ade org tak ?
Jari Manis 9 August 2016 at 15:27
Deleteahakss..ada ni..masuklah
nayfatimah rasyid 9 August 2016 at 15:20
ReplyDeleteminum kopi sambil jenjalan kat sini
Jari Manis 9 August 2016 at 15:27
Deletehaip!!! hati2 kang bos nampak :-)
nayfatimah rasyid 9 August 2016 at 15:21
ReplyDeletepanorama kat hatyai
Jari Manis 9 August 2016 at 15:26
DeleteJM belum share lagi panorama yg lagi BEST tau
jm manis sory lambat balas
ReplyDeleteharga allono tak lebih drp rm43
ye kak Nieda..aha..okey2
DeleteJMmmmm
ReplyDeleteye Niaaaaaaaaa!
DeleteHi , saja singgah sini =D
ReplyDeleteHai Nia..cari entri baru ke? :-)
DeleteAahhhhh~ pandai JM ... Nak baca trip JM lagi =D
DeleteNia..dah ada sambungan entri baru ;p
Deletebelum pernah ke hatyai, cantik2 juga gambar tu
ReplyDeleteRaihanah : pergi lah sekali..tom yam sedap sgt tau
DeleteTerima kasih kepada semua yang tinggalkan komen..ada free time nanti JM blogwalking eh
ReplyDeleteWahhh...dah travel bertiga ehh skrg?
ReplyDeleteha'ah..bertiga lebih meriah pastu ada fotographer bertauliah
DeleteSaya pun dah lama xsinggah blog k.JM kan? Selalu ingat kawan2 blogger tapi apakan daya xsempat BW.
ReplyDeletejanji Shikin tak lupa kita orang pun dah syukur
DeleteOfis nak buat trip p Thailand tp rasa tak berani nak join. Hehe
ReplyDeleteasalamualaikum , Sis JM jenguk sini
ReplyDeleteberjela jela penerangan! .. terbaik la Mr boon ni!
ReplyDeletepasal seronok baca trip ni kat blog SS...
ReplyDeleterajinya sis JM copy komenhehehe
ReplyDeletepatutlah kat feed ada dua post ni
ReplyDeleteterus terus menulis lagi ye Sis JM
ReplyDeletetengah syok baca entry hatyai pastu ss sambung singapore pulak ... hahahha
ReplyDeleteIskk..tak kenal pun SS tu..lawyer ke majistret??
ReplyDeleteBestnya berhoneymoon kt Hatyai bertiga..JM dan Thailand berpisah tiada
ReplyDeleteMemang murahlah kalau hire Mr Boon ni..puas ati..gambo sape yg skema sgt pakai cap berdiri dpn Samila Beach sign tu??
ReplyDeletepergh...mmg nampak JM puas hati dgn khidmat MR Boon..
ReplyDeletetunggu sambungannya..huhu
nak kena cari tomyam salma la ni
ReplyDeletetuk tuk pengangkutan yang popular di thailand kalau di malaysia hehehe saja tanya...
ReplyDeleteakhirnya dah lama menanti sis JM bergabung dengan HH...alhamdulillah
bagus juga kan ada perkongsian macam ni...baru mudah untuk orang lain...itupun kalau yang baca blog...
ReplyDeletekawan baik mesti selalu bergaduh....huhu macam HH dan SS
ReplyDelete