Friday 3 June 2016

Trip Solo : Prayer Room at Siam Paragon Mall, Bangkok City

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,

Masih hari ke 2 di Bangkok City (24 Julai 2015)..

Meh nak sambung lagi entri Bangkok yang dah bengkok ni..tak nak tangguh-tangguh lagi kang tahun 2017 pun belum tentu khatan ehhh khatam.

Siapa ingat lagi last entri stop kat ne? haaaa? tak ingat ish ish ish..pergi ulang baca kat sini Trip Solo : Yana HALAL Restaurant keh keh keh..jadi cam Cik Manisah Lesung tu siap buat ulangkaji blog sis SS dia tu..jeles kita nok!!

Pas dah "gendang gendut tali kecapi kenyang perut cari bantal" kih kih kih

JM pun keluar lah dari Yana Restaurant tu sambil lambai-lambai tangan kat semua pekerja di restoren tu (yang ni jangan percaya..terang-terang JM tipu korang hihihi). Plan nak solat di Siam Paragon Mall..kat mana tu?

Senang je nak ke sini...

Map ke Surau
Ha mudah je, ikut je map yang JM share kat atas tu. Kat mana lagi korang leh jumpa map detail macam kecuali di blog Jari Manis ni kih kih kih....penuh informasi!

Keluar dari MBK Mall jalan atas jejantan eh jejantas tu, follow je sign seperti kat bawah ni 
Follow je sign ni
Kalau berminat nam masuk Madam Tussaud boleh masuk melalui Siam Tower bersebelahan Siam Center
Berminat nak tengok artis seksi boleh beli tiket kat kaunter ni, betul-betul di pintu masuk Siam Center
Pintu masuk Siam Center
Gigih sangat kan cari Surau, di MBK Mall pun ada kat Aras 6 tapi hari tu nak pergi Surau di Siam Paragon. Dalam pada tu boleh cuci-cuci mata di Siam Centre dan Siam Paragon Mall tu.

Siapa suka shopping angkat tangan, siapa suka window shopping juga sila angkat tangan kasi nampak ketiak bucuk tu eheheh.

Nah!! Bila sebut pasal shopping ingat drama airmata HH di Xian  ahaksss. Sebenarnya shopping ni adalah salah saru terapi minta tau boleh hilang stress. Tak beli pun tak pe janji boleh tengok belek-belek barang  pun dah memadai.

Tapi lagi best kalau ada barang yang berkenan terus rembat bak kata SS, dia pernah cakap kalau nak shopping better di oversea sebab kadang barang tu lebih murah dari Msia.

Jadi kalau ke Bangkok jangan lepaskan peluang untuk pergi ke 4 mall ni yang terletak bersebelahan satu sama lain. MBK Center, Siam Paragon, Siam Centre dan Siam Square.

Kalau yang jenis suka shopping barang-barang branded ni memang JM syorkan korang pergi mall ni, macam-macam ada!!! "This medium size shopping complex houses many popular local fashion designers and global brand names such as Guess, DKNY, Shiseido, Mac, Diesel. North Face and more".
Surau di Siam Paragon Mall

Pintu masuk ke Siam Paragon berhadapan dengan pintu masuk Siam Center
Nak ke Surau, cari South Lift yang terletak di Ground Floor (G) pastu turun ke aras LG. kalau naik lift lain sampai ke Isyak korang takkan jumpa surau tu.

Dari Ground Floor cari lift ke South Lobby
Naik lift ni turun ke LG
Peliknya Surau kat sini ada staff yang bertugas, jaga di pintu masuk surau tu. Jadi kalau nak masuk solat mesti tulis nama atas batu eh atas buku, waktu masuk dan waktu keluar. Mungkin dorang nak monitor ada orang yang masuk tak keluar-keluar silap-silap dah berdengkur kat dalam tu hihih.

Prayer Room at Siam Paragon
Jom masuk solat...tulis nama, waktu masuk dan keluar kat atas kertas tu 
Surau kecik je tapi selesa sebab tak ramai orang. Surau untuk lelaki dan perempuan berasingan cuma berkongsi tempat wuduk. Telekung dan sejadah juga di sediakan.

Bilik pertama surau lelaki dan bilik ke dua surau perempuan
Tempat berwuduk
Ruang solat
Sejadah disediakan
Telekung juga banyak
Cerita pasal surau je pun dah satu entri, entah bila leh habis trip Bangkok ni...sabar lah labu. Selesai solat JM nak ke sini.

Jim Thompson House Museum 
Nak tahu apa yang ada kat sana.... sambung dalam next entri eh...

BERSAMBUNG.......

261 comments:

  1. Replies
    1. camne lah tahu JM update blog ni heee

      Delete
    2. Tilik guna AIR... he he he...

      Delete
    3. SS ni mesti ada salasilah nujum pak belalang ni :)

      Delete
    4. haaahaa yana setuju statement kak farrah

      Delete
    5. SS ske kerok bontot... Kuali... He he he...

      Delete
    6. selamat berpuasa ...eh posa tak ?

      Delete
    7. SS mmg berbakat dlm bab tilik2 ni.. hihihihhi

      Delete
    8. Elok sgt la tu..blog SS , Jm 1st.. Blog JM, SS 1st..bila pulak turn kitaorg ni.. ;) ermmm feeling musykil

      Delete
    9. Ada sesape nak bangkang? Kah kah kah...

      Delete
    10. hahahhaa saya bantah yg arif! :p

      Delete
    11. kita ketinggalan sokmo... tahniah SS

      Delete
    12. ss duk tunggu depan blog jm ke? boleh first sokmo tu.. haha

      Delete
    13. Tak dok depan... Selit celah tiak Jay Emm jek... he he he...

      Delete
  2. Orang kaya je soPINK kat Malaysia... SS tak mampu... He He He..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah nak heee heee sgt... ha ha ha...

      Delete
    2. siapa tu SS?? meh bisik sikit..

      Delete
    3. yang shopping luar negara tu la banyak duit hihihihi

      Delete
    4. orang terlebih kaya sopink kat obersea. =P

      Delete
  3. Cer citer skit kisah Jim Thompson yang hilang tak balik2 tu... Nak gak tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jim ke..ingat JM.pakai hp ni x nampak . apalah dosa Jari Manis ni company saya block blog dia.nak baca n komen kena pakai hp.

      Sal

      Delete
    2. Apsal cik sal munge x login google... Dah mcm pendatamg asing... Ha ha ha...

      Delete
    3. Ekin kalau nak tahu kena tanya SS..dia Sejarahwan :-)

      Delete
    4. patutlah cik Sal dah lama x datang sini..susah nk komen rupanya

      Delete
  4. Cik Manisah Lesung mana? Lama tak nampak bayang...
    * Matik laa kena lesing... he he he...

    ReplyDelete
  5. macam berjanji nak update hari ni kikikiki

    ReplyDelete
  6. masa yana tengok entry ni kat feed baru tiga minit... buka buka tuptup komen SS dah ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana duduk depan feed 24 jam ke? he he he...

      Delete
    2. Sebelum tekan publish lagi SS dh standby nk komen

      Delete
    3. Kalu boleh hari ni jay emm publish... Semalam SS dah komain... Keh keh keh...

      Delete
    4. SS ad dimana2.. hati2,,hahahah

      Delete
    5. ss dok depan pintu ... yana dok kat tangga ...

      kalah 3 minit ... ohemgeeee

      Delete
    6. alang - alang biar kalah 3 hari ..
      ha ha ha

      Delete
    7. ss tak tido tu boleh komen hahahahahha

      Delete
  7. Bersih tempat solatnya JM..
    Tak macam negara kita ni kan..
    Telekung elok jer tersusun rapi..
    Negara bukan Islam pun lebih bersihkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. norhayati..mgkin sbb tak ramai yg gi solat ;p

      Delete
  8. JM shopping ke buat windoww shopping ni? Hehehehe. Bersih suraunya, selesa !

    ReplyDelete
  9. pergh pasal surau pon boleh satu entri, tambah banyak gambar tetiba je habis dah!

    ReplyDelete
  10. Entri baru menyinari hari ku kekekeek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha nampak tak semua excited SisJM update blog :D

      Delete
    2. Jay emm dah macam matahari... He he he

      Delete
    3. sama la gak tapi agak terlambat busy loni

      Delete
    4. bulan Jun makin mendung huhuh

      Delete
    5. Bulan Jun makin mendung tak pe Jay Emmm... Jangan bulan July mengandung... Ehhhh... Ha Ha Ha...

      Delete
  11. Map tu yang paling mahalllll!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sungguh berinformasi blog sisJm ni

      Delete
    2. Map ke tu? Dah macam carta organisasi jek...
      * matik laaaa kena tembak.... Ha ha ha...

      Delete
    3. map tu mmg mahal kan.... bgus sis M nih... :D

      Delete
    4. kannnn siap buat map dah ahkak jm kita ni

      Delete
    5. Kalu sesat tak tahu laa nak kata pe... Details dah tu!

      Delete
    6. Farrah : map tu tak jual kat mana2 tau ;p

      Delete
  12. Suraunya kecil tapi nampak bersih dan selesa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi akak boleh bayangkan tak kalau kat malaysia .:P

      Delete
    2. Farrah..mgkin tak ramai yg guna itu sbb bersih

      Delete
    3. Yana..klau kat Msia telekung dah 'belacan'

      Delete
  13. Part bersambung tu ada kuciwa sikit. Tak sempat panas montot ;)

    ReplyDelete
  14. Syukur ada prayer room memudahkan perjalanan. Maaf zahir batin selamat berpuasa dear.

    ReplyDelete
  15. susah jugak kan nak cari surau kat sana...tapi bila dah ada entry ni,mne yang mencari tu insya allah senanglah mereka

    ReplyDelete
  16. Kongsi tmpt wuduk tu cmane?

    ReplyDelete
  17. Saya pun nak kaji lah blog JM ni jauh dh tertinggal

    ReplyDelete
  18. nina dah sampai siam paragon.. tapi x gi MCK mall.. x tau kat sana ada halal food.. rugi2..

    ReplyDelete
  19. drama HH di Xian.. tetibe otak flashback dengan sendiri nya.. hik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh! Kuat memori... Salute!

      Delete
    2. drama air mata tu ke Firah? mmg win tau

      Delete
    3. story SS sentiasa dlm ingatan sbb menarik :-)

      Delete
  20. rajinnya die... siap draw map nak ke surau.. memang tepat, padu dan jitu.. ai like ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. supaya Firah tak sesat kalau nk ke sana..baik tak sis JM hehehehe

      Delete
  21. kecik, tapi selesa.. bersih lak tu...

    ReplyDelete
  22. Bersih suraunya walaupun kecil. Takpelah, asalkan boleh solat dan selesa. Syukur kalau pergi negara orang dan ada tempat solat :)

    ReplyDelete
  23. Sambung tak ada masalah cuma lama menanti tu JM.
    Yg kakak salute boleh ingat pulak JM moment di sana satu-satu walau dah lama perginya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Zakie..itu pun ada yg JM skip story sbb tak ingat..masuk bulan Ramadhan ni blog semakin berhabuk lah

      Delete
  24. assalamualaikum jm

    apa khabar..lama tak jenguk cni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Kak Yan..lama menghilang...sibok ke..alhamdulillah JM sihat je ni

      Delete
  25. jm selamat menyambut ramdhan yang akan tiba...maaf jika ada penulisan kak yan yang buat jm terasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa kak Yan..ye sama-sama kita bermaaf maafan yek

      Delete
  26. wow..mall kat thailand pun ada surau..tapi mmang bersih surau dia..
    mesti selesa solat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Yuk Baiq...mcm kat msia gak...ada surau dalam Mall

      Delete
  27. Replies
    1. Abe MKL..bulan puasa makin x de masa nk taip entry baru huhuh

      Delete
  28. Replies
    1. Terima kasih abe MKL....ahakss..kembang montot neh

      Delete
  29. Alhamdulillah, senang nak solat. Lepas tuh shopping? hehe

    ReplyDelete
  30. Hai JM...
    Bersih dan teratur je surau nya... siap kena tulis nama lg tu dengan time masuk & keluar..😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Nurul..mgkin sbb tu surau kat sana bersih

      Delete
  31. salam manis JM, moga sihat hendaknya.
    Takde pe sebenarnya, hanya nak ucapkan salam ramadhan je.
    MOga kita semua diberi kesempatan untuk merebutnya.
    Aminn.
    JM ramadhan kat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam kak Azie..selamat berpuasa dan mari kita gandakan amalan baik pada bulan ni ye

      Delete
  32. Salam singgah hujung minggu JM.... bersihnya ruang solat dan kemas jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Mardiah Diana..petang ni masak pe utk berbuka?

      Delete
  33. Nak beribadat pun kita selesa....

    ReplyDelete
  34. wau nak solat pun kena kasi nama ye..btw nampak bersih sgt tempat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Husna..maybe dorang nak jaga kebersihan ruang solat dan hanya org yg betul2 nak solat je leh masuk

      Delete
  35. Shopping oomplex 5 beradik (Siam Paragon, Siam Centre, Siam Discovery, Siam Square & MBK) ni mmg happening sungguh..bersih suraunya..

    bagus jg ada mak guard monitor mcm tu tapi kalau kat M'sia, tak terlarat nak tulis nama dlm buku..ramai beno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sesuai nak apply tulis nama mcm tu kat Msia ni kak Nohas..baru beratur nak tulis nama..waktu solat pun dah habis acaner..kih kih kih

      Delete
  36. salam ramadhan JM
    maafkan kaknoor kalau ada salah dan silap ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam kak Noor..salama Ramadhan jugak..kosong-kosong eh

      Delete
  37. kalau sudi sila bagi address JM pada kaknoor disini
    nooriahabdullah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah..JM baru perasan komen dari kak Noor ni..sekarang jgk JM email

      Delete
  38. Replies
    1. manalah tahu kan..tetiba JM nk ke sana lagi leh refer entri ni..tak gitew Intan ;p

      Delete
  39. JIM Thampson rupanya ingat JM thampson tadi.. ehh,... hihihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jim Thampson? sape tu Ikhwan..sis JM tahu Jim Thompson jek ;p

      Delete
  40. puasa pertama dtg jenguk entri Sis JM.. Hepi fasting sis JM..

    ReplyDelete
  41. nmpk kemas surau die... bguslah siap ad security jaga..

    ReplyDelete
  42. rasanye klau saya mmg xjumpa kot surau ni Sis JM.hihihihihihh...

    ReplyDelete
  43. JM.. mummy mai ni...ayaq kopi ada dak? kikiki opss posa cheq lupa da..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy minum KOPI tak takut nanti kulit jadi hitam ke ;p

      Delete
  44. Selamat Berposa Jm..muahhhsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa juga buat Mummy tu :-) smlm masak kari ikan sembilang eh..nampak SEDAP!

      Delete
  45. Perrghhh citer surau satu entry..baguihhh baguih! bila tahun mau habis daa..

    ReplyDelete
  46. Nak software buat map.. mummy tak reti..kikiiki

    ReplyDelete
  47. Baguih la blog ni..detail sgt2.. nanti nak pi jenjalan mummy refer sini ok.. ish ish ish blog sapa la ni

    ReplyDelete
  48. selamat ber ramadhan JM...

    kalau terserempak kita kat teraweh tak yah tegur ye...

    kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... Tak yah tegur.. Buat buat tak kenal...

      Delete
    2. Buat -buat tak nampak je.. tgk pun pakai hujung mata.. kikiki :p

      Delete
    3. Selamat berpuasa Huda..aik! ayat meajuk ke ni

      Delete
  49. Telekung dia fancy2 ... i like! pink takde ker? hehhee

    ReplyDelete
  50. Baguih jugak tulis nama tu..bole tinggalkan memori..hhehhe :D

    ReplyDelete
  51. Siam Paragon dan Siam Centre ni kalau baguih kalau digabungkan.. senang nak cari , lagipun nama dah dekat2 tu..hehhee

    ReplyDelete
  52. lebih kurang sama je deco Surau Kat Dataran Pahlawan Melaka ni..heheheh.. kenapa cari jauh2..ehhh! hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy dan Melaka berpisah tiada... Kah kah kah

      Delete
    2. pe cur last Dataran Pahlawan ;p matiklah! klau mummy baca komeng ni

      Delete
  53. Wahhh kat siam pun ada Madame Tussaud... menarik... salam Ramadan JM!! :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa bro KK

      Delete
  54. Teringgin sangat nak ke bangkok. Kalau pergi thailamd mesti setakat yala je. Hukhuk

    ReplyDelete
  55. Fuuh, lama tak singgah sini ..

    ReplyDelete
  56. rasa bersalah pulak baca entry pasal surau tapi dok fokus kat madame tussauds tu.. kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fokus yang masak ranum tu ke? Ahaksss... Astaga! Puasa! He he he

      Delete
  57. Nampak lengkap semua dalam ruang solat tu

    ReplyDelete
  58. Wahh kat Bangkok pun ada Madame Tussauds, menarik. Bersih ruang solatnya.. Perkongsian yg sangat menarik. Tunggu LZ pi Bangkok ntah bila.. Baca entry JM terus feeling2 ke Bangkok.. ;-)

    ReplyDelete
  59. bestnya dpt jln bnyk tempat. thailand baru sampai krabi je huhu bangkok city bila tah nk pi huhu

    ReplyDelete
  60. selamat menjalankan ibadah puasa Mbak JM. maaf lahir batin.

    ReplyDelete
  61. thumbs up akak jm, even pasal surau, tapi bermakna!! ;)

    ReplyDelete
  62. salam ramadan JM lengkap map yg JM beri tu..

    ReplyDelete
  63. awat tak dak gambar jm? hihi

    ReplyDelete
  64. Salam Ramadhan & selamat berpuasa JM

    ReplyDelete
  65. Apa2 pun...nak angkat tangan sebab suka shopping especially window...ehhh

    ReplyDelete
  66. Nampak bersih dan selesa surau tu

    ReplyDelete
  67. kebanyakan peniaga online pun cari stock kat siam JM ...

    ReplyDelete
  68. Salam Ramadhan JM.
    Telekung tu cantik-cantik dan bersih nampaknya, kalau kat Mesia banyak yang macam belacan.

    ReplyDelete
  69. Salam Ramadhan JM...banyak sis terlepas ni...kn baca entry yg sebelum2 ni

    ReplyDelete
  70. Selamat berposa JM ...
    Bnyak tahun dah x sampai ke siam nii

    ReplyDelete
  71. dah lama tak datang blog kak JM. selamat berpuasa kak JM!
    jangan nakal-nakal, nanti tak dapat duit raya :P

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG