Thursday 19 April 2018

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Morib

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 👄,


FFFuuuhhhhhhhhhhh...lama betul JM tak update blog. Jeles tengok SS, selang 2 hari mesti ada entri baru. "Itew jeles arr dengan SS...dia rajin..itew tak ada idea nak tulis 😀"

Tengok-tengok last entri 19 Mac..adeh..almost sebulan tak ada entri baru..mesti ramai tertunggu-tunggu jek entri baru JM kan ahaksss...jeling SS dan Mak...ehhh...Mak...JM pun dah lama tak skodeng blog Mak dan rakan-rakan blogger yang komen kat sini...adeh!!!!!!

Ntah macam mana malam ni terasa nak kongsi rumah penginapan yang JM stay bersama SS dan HH hari tu. Ada lah borak dengan SS, dia cakap ramai yang komen kat blog dia..dorang cakap susah tau nak booking rumah peranginan ni..ada tu setahun sebelum dah tempah, ada yang cuba tempah..tapi 'fully book'. 

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) - Hanya kakitangan kerajaan sahaja yang layak membuat tempahan
Lain pulak kes nya dengan JM...alhamdulillah buat masa ni, JM dah tempat rumah RPP di Morib, Cameron Highland dan Bukit Fraser tak perlu tunggu lama..bila buka je tarikh untuk tempat terus JM cari tarikh..ada tu dah lama tarikh tempahan tu di buka..lagi sebulan nak stay..hari ni tempah esok check dah LULUS..memang rezeki kami lah kan.
Rumah peranginan persekutuan (RPP) ni merupakan satu kemudahan yang diberikan kepada penjawat awam, pesara kerajaan dan ahli keluarga mereka. Jika salah seorang ahli keluarga, kawan baik, suami atau isteri kakitangan kerajaan, mereka boleh buat tempahan melalui laman sesawang ni SBBPH : Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah

Sebelum tempah tu kena daftar dulu ye..pastu semak dulu tarikh tempahan dibuka sevara ONLINE dan tarikh penginapan ye. Bila buka je tarikh tempahan tu cepat-cepatla cari tarikh penginapan sebab tak lama akan fully book..ye lah..kalau kadar sewa 1 malam di RPP Morib ni, Rumah Berkembar 2 bilik RM80 dan kalau Banglo 3 bilik RM100..tak ke MURAH tu..memang berebut la orang tempah kan.

Tarikh tempahan dibuka secara ONLINE bagi tahun 2018
JM ni kerja dah berbelas tahun tapi sekali pun tak pernah tempah rumah peranginan ni tau. Pertengahan tahun 2017, HH dan SS tanya la.."JM tak try book rumah peranginan persekutuan tu ke..murah kot....kita stay la satu malam ke..kita try kat Morib dulu....pastu kita try semua rumah peranginan yang ada kat Msia ni hihihih"

Jadinya pada 27/11/2017, JM pun tempah la rumah peranginan Morib tu untuk satu malam rumah berkembar 2 bilik.

RPP Morib

1. Ada 2 jenis penginapan di RPP Morib, Rumah Berkembar 2 bilik (4 katil) RM50 dan Banglo 3 bilik RM100. So pilih la jenis penginapan mengikut jumlah penghuni.

2. Kemudahan yang disediakan bagi setiap rumah : parking, dapur, peti sejuk, peralatan memasak (periuk, sudu, garpu, senduk, sudip, pinggan mangkuk, cerek, meja makan, ruang tamu yang luas dan tv) terdapat juga tempat untuk barbeku dan taman permainan untuk anak-anak. Terletak betul-betul bersebelahan pantai morib.

3. Perlu diingat ye..tuala, telekung, keperluan lain termasuk toiletorist, bahan masak semua sendirian berhad 😀bawak sendiri dari rumah

4. Bila dah tempah, nanti semasa nak check in bagi IC jek...kalau nak cetak surat kelulusan bawak semasa check in pun tiada masalah.

5. Bagusnya RRP ni, hanya penghuni sahaja dibenarkan masuk dalam kawasan rumah peranginan tu tau..kat pondok pengawal tu ada pasukan RELA bertugas, dorang akan check kenderaan keluar masuk, perlu register no plat kenderaan, tarikh check-in dan tarikh check-out serta bilangan penghuni. Waktu check-in jam 2.00 petang, let say korang sampai jam 1.50 ptg pun, dorang tak akan bukak pintu pagar hahahaha....so merayau la dulu tempat lain. Pasukan RELA akan buat pemantauan setiap masa.

Pintu masuk dan pondok pengawal
Tanda arah heeee
Pejabat atau tempat daftar atau tempat check-in
Waktu check-in dan check-out
Inilah rumah berkembar tu..
Balkoni ke veranda heee
Ruang tamu yang luas dan TV
Ada dapur, peti sejuk, sabun cuci pinggan mangkuk
Semua ada..tak perlu bawak dari rumah
Set pinggan mangkuk, cawan, sudu garfu...complete!
Ada 2 bilik setiap bilik ada 2 katil dan bilik berhawa dingin
Taman permainan untuk kanak-kanak
We are here..pantai morib
Keciknya matahari tu heeee
Macam mana? teruja tak nak stay kat sini..cepat-cepat pergi booking 😀😀

Selepas RPP Morib....RPP mana plak ye???

161 comments:

  1. Kalau kawan keje kerajaan pon boleh ke tempah😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Bunga..boleh tempah..tapi kwn yg keje kerajaan la yg tempah..yang keje swasta leh stay sana bersama kawan tu

      Delete
    2. TKSH INFO JM BOLEH CUBA SEWA NNTI

      Delete
  2. ok.. baru tau pesara pun boleh...

    tapi kalau orang lain yg booking, tapi org lain yg check in boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh Nina..hanya org yg booking sahaja boleh check in sbb waktu checkin dorang akan verify mengikut nama orang yg booking

      Delete
  3. Wah, murah rate harga RPP ni yer patut la sentiasa fully booked... Tempat pun cantik dan selesa. Kemudahan macam duk rumah sendiri lak...

    ReplyDelete
  4. wah, bestnya. Nanti nak try jugakla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanina..try la..booking kat Cameron lagi best tau

      Delete
  5. Waahhh sukanya design rumah peranginan ni..

    ReplyDelete
  6. Macih jay emm menyemoncer penginapan!

    ReplyDelete
  7. Kita pulun seluruh Mesia! Ha ha ha... over naaaa!

    ReplyDelete
  8. RPP Cameron bila nak update Bos? He He He

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cameron tu..tak banyak gambo..mintak leh heee

      Delete
  9. been there a few years ago. rumah peranginan ni kena rajin check hari2 kalau nk book. cameron highland paling susah sbb rmai sgt yg book.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nasib kami baik Julie..sekali je check tarikh..ada kosong..cuba la lagi

      Delete
  10. ingat kat pantai tioman...untung le kalau di tioman.

    ReplyDelete
  11. teman pun lama tak update blog...sibuk kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..bila nak update cite pergi Tokyo tu..nak tgk gambo abe MKL bwh pokok Sakura heee

      Delete
  12. Wah selesa juga ni.. Bolehla nnt plan gi. Masih ingat Yanty lagi tak, KakJM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yanty..mestila ingat!!! byk kali tau sis JM nampak Yanty kat area Putrajaya..kadang selisih bahu tapi i is malu nak tegur heeee..tinggi orang ahaksss

      Delete
  13. Memang la lama tgk JM tak up entri...mana janji manis tu?? ke harap jari je manis nih??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss..Mak oo Mak..JM sibok sikit skrg ni..nak skodeng kengkawan pun x sempat huhuhu

      Delete
    2. Jay emm busy jadi petani mak... menanam tebu di pinggir bibir... 🤣🤣🤣

      Delete
  14. Bantal bersulam uuu..mcm dedolu

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. mmg rumah lama Mak..design lama..tapi kukuh

      Delete
  16. Rindu kt JM, dan SS...bestnya dok bercutiiii aje uolls ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu Mak jugak..kami jenjalan dalam Msia je Mak

      Delete
  17. Dah dekat juga dengan rumah kita. Lain kali kalau singgah Morib, boleh hello hello kita :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah..awak tu dah balik dari Canada ke..bak no HP hihihi

      Delete
  18. rumah peranginan persekutuan ni mmng best, ruang luas harga pun berpatutan
    kitorang kalau bercuti kt mana2 selalu jugak book yg rumah persekutuan je

    ReplyDelete
  19. memang ohsem.
    aida lom register.
    lom pernah reserve la.
    kata nyer susah nak reserve ekk.
    ari tu sekali dok kat pd. tu pun member yg reserve kan.
    apartment besar!!! 3 bilik. 1 mlm = RM50. wow kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIDA..Ada gak nk stay PD tapi closed lak skrg ni

      Delete
  20. tak pernah stay morib.. sebb ada yg stay tempat macma terbiar.. tapi bila baca review JM.. nmpk ok lepas ni boleh la booking..huhuuu

    ReplyDelete
  21. Hai JM.. menarik ni.. kemas, bersih dan selamat. Seronok nampaknya klu menginap kat sini :)

    ReplyDelete
  22. ooo baru taw ada tarikh yang dbuka erk...bukan bleh book hari hari....hehehe.....

    ReplyDelete
  23. Akak tak tengok apa2 dah. akak rasa bantal tu cantik sgt sylaman dia.
    hehehehe.. rare kan comment cam ni. hehehe

    ReplyDelete
  24. wahh..bestnya JM, macam nak try la.. tak pernah lagi try.. info yang menarik

    ReplyDelete
  25. wah murah lah
    nampak besar dan lawa juga

    ReplyDelete
  26. family belah hasben rajin tempah RPP ni dan so far dapat je. Pernah tempah RPP cameron untuk kursus, dan ok la puas hati bilik besar.

    ReplyDelete
  27. owh, JM keje gomen rupanya.. ingatkan tokey bisnes besar, banyak duit pi melancong merata.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pha Is : keje gomen gaji ciput hihih lain la gaji ahli farmasi hihih

      Delete
    2. pamasi biase2 je.. hehhe.. lain la doktor. hehehe

      Delete
    3. bukan senang tau nak jadi pharmacist..silap bg obat..naya hihihih

      Delete
  28. peluang tipis la..kawan n keluarga tak ramai yg keje kerajaan...

    ReplyDelete
  29. bagi tarikh tempahan dibuka tu, kalau betul nk pakai rumah peranginan, sedara saya cakap malam tu pukul 12 dah boleh start masuk tempah dah, kalau x nnti full.. dia keje bahagian tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pha Is : ooooh mcm tu..kena sentiasa alert la ekk..tak pun buat reminder tarikh boleh booking..harga murah ni mmg like pisang goreng panas

      Delete
    2. betol2.. mmg cepat full tempahan..

      Delete
  30. jangan duduk kat rumah peranginan kat fraser ja.. keras sikit.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERAS ek? alhamdulillah kami stay ok cuma ada jgk scene seram tapi buat tak tahu je

      Delete
    2. ada kawan sewa situ, x sampai tengah malam, lari keluar, check in kat hotel lain.. anak dia asyik cakap ada orang ajak main kat tingkat dari luar.. hahahaha

      Delete
    3. seram na!!! pernah kena kat kami..pintu dapo tertutup sendiri..nak kata angin tolak tak mungkin sbb angin arah bertentangan..seram tu seram tapi buat tak tahu jek

      Delete
    4. bak kata orang tua2, jangan tegur.. hehehe

      Delete
  31. Wahhhh best nyer jm...kita tk pnh try pn rrp ni...ingat nk try jgk laaa... Tmpt paling seram..fraser hill..hik3. windu sama jm...lama taw tunggu entri baru...citer laa lagi..citer ler lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. CAnon Rider : Lorr rugi arr tak try ..murah kot! JM ni pantang dgr benda murah tak leh dok diam...Waktu stay kat Fraser Hill tu seram gak sbb ada dgr cite mcm2 tapi alhamdulillah x ada yg 'mengganggu'

      Delete
  32. Tak tahu kenapa.. everytime i heard of morib selalu bayangkan a pulau dekat sabah.. terkompius dgn apa eh? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah? Morib? jauh beno perginya..takkan terkonpius dengan pulau Manukan hahaha

      Delete
  33. Assalamualaikum JM, lama tak singgah sini =)

    Bestnya dapat tengok view laut, dah lama tak pergi berkelah dipantai nan indah..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam..

      Diari ibu Zarith..same to me..dh lama x singgah blog kwn2..hhuh..tgh kejar sikit2 ni balas kunjungan

      Delete
  34. salam JM nak tanye..upload gambo guna ape yek since photobucket da blog ni.den x tau dah nak guna source apo T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Miss..JM guna features yg di sediakan blogspot jek

      Delete
  35. Hari ni 19 July 2018... Genap 3 bulan anniversary Jay Emm tak update entry baru... Kah Kah Kah...

    ReplyDelete
  36. cantik ..teruja ..Malaysia indah sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu Etuza..meh la turun semenanjung byk tempat cantik

      Delete
  37. lama menyepi balik nampaknya.. hahaha.. hampir 4 bulan dah nih.. berjalan sakan paa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pha Is..berjalan dalam rumah je..kejap ke dapur kejap ke ruang tamu kejap ke balikoni kejap ke bilik hahaha

      Delete
  38. lama betul menyepi kali ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga diberi kekuatan untuk terus travel dan menulis..

      Delete
  39. 4 bulan berlalu, jeng jejeng...

    JM sibuk ya?

    ReplyDelete
  40. Replies
    1. Lynda..kat pantai tu ada org kutip kepah sbb air kering

      Delete
  41. Pnh stay sini skali... lma dah... hehe.. p ler kenyir plak... x pon cameron... cameron lawa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fary..Cameron dah p..kenyir lom lagi..tapi kenyir tu jauh dari pekan kan..susah arr nk cari kopok lekor

      Delete
  42. masih menunggu entri JM nih..

    ReplyDelete
  43. Sila lah datang ke blog saya.. Https://akuman85.blogspot.com

    ReplyDelete
  44. Replies
    1. Wkomsalam..x de orang..dia pergi bercuti hihih

      Delete
  45. Replies
    1. kita pun lama x ziarah cik bunga tu..makin kembang berseri ke tak bunga tu ihihi

      Delete
    2. kita pun lama x ziarah cik bunga tu..makin kembang berseri ke tak bunga tu ihihi

      Delete
  46. Replies
    1. x berapa sihat...dapat selesema dan batuk huhuh

      Delete
  47. Assalamualaikum... lamanya tak tinggal jejak kat blog sis JM hahaha nak buat macam mana loni keadaan tak mengizinkan nak ruangkan blogwalking huhu... panas minyak dulu nanti ekin mai boom ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Ekin..panas minyak? ingat nak masok masok tadi hihih

      Delete
  48. 5 bulan dah ni menyepi.. hehehe

    ReplyDelete
  49. Replies
    1. terima kasih kerana sabar menanti..baru nk start balik enjin ni

      Delete
    2. okay, enjin dah panas, dah boleh rem2..

      Delete
  50. Macam nk g jgk... Klu weekday bnyk la yg 0,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikna..time weekday..org gi keje meme kosong arr hihih

      Delete
  51. murah je rate nya.
    patutla sentiasa penuh ya. ikut rezeki la kan sesape yang boleh dapat

    ReplyDelete
  52. kak JM pun tak aktif sangat update ya..
    sama lah kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. ietams : skrg dah nk start aktif balik...harap2 la hihih

      Delete
  53. murah juga yer untuk kakitangan kerajaan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg murah Dalila..plan nak stay kat tempat lain plak

      Delete
  54. Lamanya x update sis JM. .Sihat ka

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum JM.

    Teringat pada JM, Ruby kunjung ke sini. Macam rindu menggamit pula. Hehe. Sihat ke?
    Cantik juga RPP Morib ni. Tenang ja pikiran lepak2 kat situ sambil hirup udara segar. Tgk laut. Tgk matahari terbenam kan. Murah ja sewa tu ya JM ekk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Ruby, JM kurang sihat..batuk2 sikit...ha'ahh..leh la nk tenangkan fikiran tempat murah hihihi

      Delete
  56. Menariknya.. kalau dapat pergi, best nie.. bayaran pun murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahida..best woo leh barbeku..time cuti sekolah best bwk anak2 berkumpul

      Delete
  57. assalam, maaf nak tanya kalau bawa ramai ahli keluarga boleh ke. sebab ni pertama kali saya nak pergi, xtahu kena inform bila bwk ramai.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam..saya pernah stay dat RPP Cameron...saya nampak yang booking tu sorang je (ibu) dan stay bersama ahli keluarga yang lain..tapi kalau nk lebih confirm boleh tanya staff yang handle tempahan RPP ni

      Delete
  58. Replies
    1. setahu saya tak kena charge boleh tanya person incharge waktu booking rumah RPP for confirmation

      Delete
  59. wak dgr byk citer psl kes paranormah kat umh peranginan camni., sbb lama x dihuni ., ghituuu

    anyway., semoga dipermudahkan urusan kita semua dgn wabak kes virus covid skrg nih., aminn

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG