Bila dah selesai di Canton tower kami gerak plak ke destinasi seterusnya ke HUaisheng mosque/Masjid Huaisheng
1. Awal pagi kami melawat Canton Tower. Boleh baca kat SINI
2. Kemudian kami akan ke Huaisheng Mosque
3. Dari Huaisheng Mosque kami pergi shopping di Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre
Huaisheng Mosque Guangzhou |
Direction to Huaisheng Mosque/Panduan ke Masjid Huaisheng
1.Get in metro Line 3 (line warna oren)
2. Stop at Ximenkou Station
3. Exit B
Tengok macam senang je kan nak pergi Huaisheng Mosque ni...HAKIKAT nya tak mudah. Walaupun kami semua dah print screen map, dah ada kita busuk semua tapi still blur bila sampai Ximenkou Station Exit B.
Waktu nak buat kitab busuk pun ada jugak cari info cara nak ke sini tapi tak ada blogger yang share detail dan tak jelas. JM punya style bila dah ada pengalaman pergi satu-satu tempat tu bila balik je Msia, JM suka share direction yang jelas supaya mudahkan orang lain.
Keluar sahaja dari Exit B, depan tu main road so tak pasti nak ke kiri ke kanan. Bukak kitab busuk, fokus pada nama jalan, so kami try arah ke kiri dulu..jalan beberapa meter macam tak sama seperti dalam kitab. Pastu HH pergi tanya kat kedai jual air, surat khabar..tunjuk la Q Card yang ada gambar Huaisheng Mosque dan alamat dalam bahasa China..orang tu blur-blur tak tahu..padahal dah ada alamat kot..takkan ko tak tahu jalan tu kat mana kan???
Pastu kami decide ikut arah ke kanan dari Exit B tadi, jalan je sambil mata tengok signboard jalan. Kalau ikut map dalam kitab busuk tu kena masuk simpang ke kanan tapi sebab tak confident dan risau salah simpang. HH try tanya orang-orang kat tepi jalan pun tak tahu kat mana tempat tu.
Apabila kuar dari Exit B Ximekou Station korang akan nampak tandas awam dan pejabat pos sebelah kanan..sebelah kiri main road |
So kami jalan ke depan sikit, ada nampak Volunteers Kiosk.
Volunteers Kiosk tak jauh dari pejabat pos tadi |
So HH pergi la tanya kat Volunteers yang kerja kat situ..
Ni la tempat HH tanya tu..semua pekerja dia dah tua-tua hihih...yang sorang pekerja tu ambik gambo ahahaha...JM dan SS pun tukang ambik gambar sebab nak update dalam blog hahahah |
Nampak!!! HH tunjuk kitab busuk dan Q Card kepada salah sorang volunteers tu..dok geleng-geleng kepala blur tak tahu kat mana..ha sudah..ko nak jadi volunteers sepatutnya ko kena jadi professor serba tahu.
Merekalah harapan kami..ye lah, kerja kat Volunteers Kiosk so infomasi yang kami nak tahu..tempat kami rujuk. Pastu SS suruh HH tunjuk kitab busuk yang ada tulis Huaisheng Mosque dalam bahasa China dengan alamat sekali..nasib baik salah sorang tu tahu kat mana masjid tu.
Alhamdulillah...dia tunjuk arah kat kami. Kita ni kalau tak tempat orang tempat yang kita tak biasa pergi..kalau tak tahu arah jalan tu jangan berat mulut nak bertanya. Kalau ko sombong tak nak bertanya..sesat la ko kat situ hihihhi..
Itu yang bestnya travel ni..bukan sekadar pergi ambik gambo, shopping then balik..kita kena feel the nature, blend together with local people and feel their life kat sana. So we can lean something. Bila balik Msia nanti boleh la share kat orang-orang kampung..apa yang best kat Guangzhou ni..giteww hihihi.
Jom ikut saya katanya hihih..kami membontot kat belakang sebab nak ambik gambo |
Auntie tu bawak kami sampai ke simpang pertama dari Volunteers Kiosk tadi.
Dari simpang ke kanan tadi jalan jek terus sehingga jumpa simpamg 4, belok ke kiri arah kat Guangta Road |
Kalau tengok board tu dia tulis Huaisheng Temple tapi sebenarnya Huaisheng Mosque |
Kalau nampak menara/Lighthouse ni dah betul la tu |
Alhamdulillah akhir kami ke sini berpandukan juga kepada map yang kami print dari google map. Tujuan pergi sini nak solat sunat pastu nak cari makanan halal..Ye lah, kalau pergi tempat-tempat macam ni, nak carik makanal HALAL cari masjid....mesti banyak kedai jual makanan HALAL.
JM ni suka share direction dalam bentuk map supaya mudah bagi backpackers yang buat trip tanpa bantuan travel ajen boleh rujuk. Allah berfirman " kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita" :-) dan kita juga dapat pahala selagi sesuatu yang bermanfaat tu menjadi rujukan orang lain.
Kalau sesat lagi tak tahu lah nak cakap macam mana. Kalau nak mudah tak nak pening-pening kepala, ikut jek travel agen tetapi kalau jenis suka travel sendiri boleh rujuk blog Jari Manis Travel List.....Hahahahah....promote blog sendiri..
Next entri JM akan share gambar-gambar Masjid Huaisheng dan kedai makanan HALAL...
Teruskan setia bersama blog JM....bulan ni terlebih rajin pulak update blog hahahaha.
JM ni suka share direction dalam bentuk map supaya mudah bagi backpackers yang buat trip tanpa bantuan travel ajen boleh rujuk. Allah berfirman " kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita" :-) dan kita juga dapat pahala selagi sesuatu yang bermanfaat tu menjadi rujukan orang lain.
Direction to Huaisheng Mosque |
Next entri JM akan share gambar-gambar Masjid Huaisheng dan kedai makanan HALAL...
Teruskan setia bersama blog JM....bulan ni terlebih rajin pulak update blog hahahaha.
Membontot kat belakang ek jay emm? 🤣
ReplyDeletehihihih...sbb bontot lebo
DeleteKita mudahkan org... org mudahkan kita... asalkan org tu bukan org utan... org utan x fhm... 🤣
ReplyDeleteahahaha...
DeleteKalu sesat... amik flight tiket balik mesia 🤣
ReplyDeleteahahaha..rugi rugi
DeletePelik ramai yg xtau tempat tu. .. Mgkin depa tak paham kot
ReplyDeleteSbb dorang tak pergi Masjid ZF..hahahaha
Deletejelesnya akk tengok list jalan jalan JM. mesti byk pengalaman nih.
ReplyDeleteTerima kasih akak Lalu sudi jengah blog JM..alhamdulillah selagi ada rezeki lebih, kesihatan yang baik nak panjangkan langkah heee
Deleteakk dah follow blog awak. ada fb x. nanti add akk ye Puan Cik Anakat fb. seronok tengok experience awak jalan jalan.
ReplyDeleteAkak Lala..FB JM dah x aktif..hihih
Deletehahahha kelakar la aunty tu amik gmbaq HH, Jm amik gambaq dia dri belakang kikiki
ReplyDeletehihihih...ambik bukti tu Ain
DeleteBagus la JM ni. Seee bgi direction mmg betul2 satu2 supaya org senang faham. Maybe yg volunteer tu bukan org situ? hahaha cuba husnuzon kikiki. Tapi still dekat dgn tempat dorang kan hmmm musykil. Belum profesor mungkin bru spm?
ReplyDeletekalau ada yang sesat lagi follow map ni tak tahulah..baik ikut travel agen jek hihih
DeleteMalu bertanya sesat jalan yedok JM. Kalau dah sesat tu menangis la tepi jalan kahkah
ReplyDeletekah kah kah...
DeleteTips tuuu. kalau travel negara yg penduduk islam minoriti cari masjid mesti jmpa kedai makanan halal
ReplyDeleteYe betul tu Ain..pandai nya..anak siapalah ni hihih
DeleteJM gigih cari masjid.,
ReplyDeleteJM gigih gak lakar peta .. knape x paki google map je?
Wak tak baca la tu dalam entri JM dah cite..
Deleteok ok wak dh baca psl ggogle map yg JM print.. tp maseh gigih lakar peta sendiri.. hebatt
DeleteYe Wak..nak tahu sbb ape JM gigih buat map tu?? Sbb JM x nak org lain rasa susah nak cari tempat tu mcm mana JM lalui..so bg sesiapa nk ke sini boleh refer map yg JM share..allah akan permudahkan urusan kita kalau kita mudahkan urusan org lain..x gitew Wak??
DeleteAkak nampak sejuk ja cuaca kt sana...
ReplyDeleteBulan November sejuk kak Kham
DeleteSalam. Saya pun dah lama tak update blog..saje melawat kat sini
ReplyDeleteWkomsalam...abe MKL..patutlah masuk jek blog x de entri baru..x mcm dulu..entri bertalu2 bagai kompang d palu hihih
DeleteSemangat melihat JM menerbitkan satu blog terkini, saya pun menerbitkan satu blog setelah sekian lama menyepi. Tq JM.
ReplyDeleteTerbitkan satu BLOG ke satu ENTRI :-)
DeletePatut la depa tak tau, masjid pun depa tulis temple
ReplyDeleteKami pun baru tau heee
DeleteThanks la JM berkongsi banyak ilmu, mana tau terlajak pergi boleh rujuk
DeleteSama sama
Delete🤗😁
Deleteheeee
Deleteok terasa gak..sbb akak dah pegi tapi pun tak tulis dgn jelas direction. haha
ReplyDeletesebab...tak reti nak explain. kena lukis mcm JM la kan..terbaik la JM!
akak tanya staf hotel, bahasa ayam itik. Last2 akak sebut muslim..islam..baru dia paham. Dia just tunjuk arah, pastu rayau la cari signboard jln Guang Ta.
Kak Ujie..hiihi...x pe masing-masing ada kelebihan berbeza..cuma jgn malu bertanya jek
DeleteAlhamdulillah..ada panduan..xie xie JM...bagus gak ada makcik2 yg buat volunteer service macm ni..
ReplyDeleteye kak Nohas..manalah tahu ada rezeki JM nk ke sini lagi leh refer map ni jek heee
DeleteSemoga kegigihan JM melakar map ini akan memudahkan pencarian masjid ini..
ReplyDeleteYou are the best JM.. :)
In shaa Allah aaminn..semoga bermanfaat buat yang mencari
DeleteSeronok tgk org travel jauh2...rasa nk pi je hehe
ReplyDeleteMembotot ya, nasib tak kena kentut. Hahaha. Unik kan ada rumah api kat dengan masjid tu
ReplyDelete