Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕
|
Huaisheng Temple or Huaisheng Mosque |
|
Mosque Lighthouse |
Masjid HUaisheng juga dikenali sebagai Masjid Menara Cahaya atau Masjid Rumah Api
(Lighthouse), terletak di No. 56, Jalan Guangta. Dengan luas 2,966 meter persegi (3,547 meter persegi), ia adalah masjid tertua yang ada di China, mengesahkan kedudukannya yang luar biasa di antara empat masjid tertua di kawasan pantai, dengan tiga lagi ialah Quanzhou Kylin Mosque, Yangzhou Crane Mosque, dan Masjid Hangzhou Phoenix. Masjid Huaisheng pertama kali dibina pada tahun 627, semasa Dinasti Tang (618-907), ketika Islam diperkenalkan ke China untuk kali pertama. Ia dilaburkan dan dibina oleh beberapa orang Arab dan dinamakan sebagai Masjid Huaisheng, yang bermaksud 'mengingati orang bijak', sebagai penghormatan kepada nabi Muhammad S.A.W.
Secara amnya, Masjid Huaisheng mengekalkan gaya senibina asal Arab. Laluan ke pintu masuk yang sempit, dinding skrin dapat dilihat, yang menghalang pengunjung melihat halaman dalaman. Tetapi melalui dinding skrin, bangunan-bangunan pelik kelihatan.
|
Alhamdulillah..akhirnya kami sampai di Masjid Huaisheng. Ini tembok luar masjid. Berhadapan masjit tu ada deretan kedai makanan HALAL. Nanti JM share dalam entri lain |
|
Pintu masuk utama..jom kita masuk tengok kat dalam apa yang ada... |
Masjid di China ni memang berbeza tau senibina nya berbanding masjid-masjid di negara Islam yang lain seperti di Malaysia dan Indonesia sebagai contoh.
Masjid di sini dikelilingi pokok-pokok rendang yang kehijauan, kiranya masuk je kawasan masjid ni rasa nyaman dan sejuk je. Walaupun bayak pokok, kawasan sekeliling bersih terjaga rapi. Ada petugas yang membersihkan rumah Allah ni.
Kami datang masjid ni dengan niat nak solat sunat dan beri sedikit sumbnagan untuk kegunaan walaupun sedikit.
|
Pokok-pokok menghijau |
|
Ini adalah ruang solat utama |
|
Ruang solat utama untuk lelaki sahaja |
Masuk je kawasan masjid...wahhhhh...klik..klik..klik..ambik gambar sebagai kenangan. Pastu bila time sejuk macam ni pundi kencing pun tak menahan...asyik terasa nak kencing jek. So pergi carik tandas dulu, ambik wuduk..solat..pastu sambung klik..klik...klik...hihihi
|
Suka tengok lanskap kat sekitar masjid ni..sejuk mata memandang |
|
Ni pintu masuk ruang solat wanita. Tempat wuduq berhadapan pintu masuk ni |
|
Agak luas ruang solat nya...tenang jek |
|
Tertarik tengok pokok ni |
|
Memag menarik design dia..kalau nak tengok masjid ala-ala di China boleh pergi ke Masjid Beijing di Kelantan tu |
SELESAI sudah MISI kami di Masjid Huaisheng..Jom kita pergi MAKAN!!! Nak makan kat mana???? tunggu next entri ye..
Masjid ni cantik dari luar dan dalam. Senibina pun unik.
ReplyDeletesejuk mata memandang
DeleteHmmm kan JM kan
DeleteEhhh... SS rasa mcm dah komen kat entry ni... iskkss
ReplyDeletekih kih kih...tajuk entry yang mengelirukan...
DeleteSS ske masjid ni... redup... damai
ReplyDeletekan!!! sama ar..suka ngat heee
DeleteCuma yg x best... ramai peminta sedekah...
ReplyDeleteyang meminta tu semua nampak sihat..adeh..ada je beberapa org kurang upaya..bg kat sorang lain dtg serbu...adeh
DeleteSetiap hari jumaat ada jualan makanan sepanjang jalan depan masjid...
ReplyDeletebetul...boleh la nak merasa mcm2 mknan
DeleteKekuda rehal tu unik... macam nak suruh abg J buatkan jek... abis ngaji leh yehaaa yehaaa naik kuda... 😆
ReplyDeletehihihihi...naik kuda nk ke mana ter
DeleteIalah beza sangat rekabentuk masjid di cina dengan di sini.
ReplyDeleteBetullah orang kata jauh perjalanan luas pemandangan
betul sgt Mrs A...bijak nye hiihihi
DeleteMrs. S pon bijak... he he he
DeleteMrs. S Bijak, Encem, Kacak, Kreatif...ehhh semua laahhh heeee
Deletenampak tenang je keadaannya
ReplyDeleteKalau hati rasa gundah gulana..masuklah masjid mesti akan rasa tenang je :-)
Deleteterima kasih JM sudi singgah blog saya, ada benda baru saya akan kongsikan nanti, stay tune hehe
ReplyDeleteSama-sama..mestilah sudi Cikgu...hihih...x sabo!!!
Deletesejuk mata memandang..suasana hijau, bumbung hijau, carpet pun hijau...tenang je semuanya..
ReplyDeletebetul kak Nohas..bila solat kat situ pun tenang jek
Deleteterbaik JM...niat nak solat dan beri sumbangan.
ReplyDeleteruang solat wanita dah ubah ke tempat lain nampaknya. akak pegi dulu solat kat ruang utama, tapi ada tirai pembahagi. maksudnya jemaah wanita makin ramai sampai perlu buat ruangan lain. alhamdulillah.
momen yg indah masa akak dok terjenguk2 kat pintu utama, tetiba ada suara bagi salam dan tanya 'Malaysia?'.
hihih..kan kak Ujie..dorang tgk dari segi pakaian jek dorang dah tahu mesti dari Msia
DeleteCantiknya suasana di masjid ini. Memang terjaga betul. Moga dapatlah ke sana nanti..
ReplyDeletein shaa Allah Faa..aamiinnn
DeleteMasjid dia cantiknya.. Macam berada di dalam taman..
ReplyDeleteMasjid dalam taman atau taman dalam masjid, lanskap dia mengancam betul.. sejuk mata..
Taman dalam masjid? lain macam jek..Masjid dalam Taman lew hihih
Deletecantik landskap dan seni binaan masjid ni. tenang rasanya tengok
ReplyDeleteKan Fizah...masuk dalam masjid kalau tak de aircond pun sejuk jek
DeleteSejuk mata memandang sebab banyak pokok2.. mcm dlm taman pun ada...
ReplyDeletebinaan masjid2 kat sana mmg unik seni binanya..beruntung jg kiranya sbb dapt melawat masjid tertua di China ni..
ye Atie...alang2 mmg beza dari Msia..pokok2 keliling masjid..so redup jek
Deletecantik masjid dia JM. rasa tenang dan segar je sebab byk pokok di sekeliling. hiasan dalaman pun unik.
ReplyDeleteye Ana..betul tu..abis solat lepak bawah pokok...nyaman jek..tapi x leh la nak membawang hihih
DeleteYou have performed a great job on this article. It’s very precise and highly qualitative. You have even managed to make it readable and easy to read. You have some real writing talent. Thank you so much. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...
ReplyDeleteThank you Susan
DeleteMemang seronok tengok senibina masjid China sebab ada banyak pokok. Redup dan tenang sangat. Sha tak pernah sampai China lagi. So, this is my checklist..
ReplyDeleteindah.
ReplyDeleteunik.
simple.
santai.
senibina yg klasik pada aida.
Azhan: seronok tgk pengalaman org travel ni..
ReplyDeleteSejuk mata memandang. Cantik laa landskap dia. Rasa tenang ja kat sini, duduk lama2 pun tak apa.
ReplyDelete