Monday, 8 July 2013

Holiday : Journey From Guangzhou to Shenzhen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog JM yerrrr,


"Day 4 : Journey From Guangzhou to Shenzhen"

Sebelum JM mula penceritaan dan perkongsian travel JM ke China yang belum habis-habis lagi tu, JM nak ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan blogger dan pembaca blog JM. Susulan daripada Entri Blog JM kena Cilok tu, semua memberi kata semangat, perangsang dan keperihatinan di atas apa yang berlaku. I Love u oulsss...Walaupun JM baru kenali u oulss melalui alam maya tetapi seperti sudah bertahun lamanya heeeee giteww.

JM tahu ramai lagi silent reader yang follow dan support blog JM.. sokongan dari korang semua sangat JM hargai.

Kepada pembaca yang baru tahu akan keujudan blog Jari Manis : Travel List ni jangan segan silu untuk singgah dan baca yer dan kalau ada apa-apa nak komen baik ke buruk ke dialu-alukan kerana dari komen kalian membolehkan JM improve apa yang kurang. 

Bagi kes entri blog JM kena cilok tu, apa yang dah berlaku biarlah berlaku dan JM pun tidak simpan dalam hati dan JM maafkan blogger tersebut walaupun beliau tiada menyuarakan hasrat untuk mohon maaf. Kepada beliau JM nasihatkan jangan buat lagi perkara seperti itu.

Kepada pembaca setia terima kasih banyak-banyak dan teruskan membaca yer. Kepada new readers, blog ni lebih kepada travel story tau.

Hari ni AirAsia ada buat sale 5 SEN tu..ada tak antara rakan travel JM yang sempat grab tiket murah untuk travel next year..dengar khabar mmg murah betul harga tiketnya TAPI sayang coz JM tak sempat. Bila check harga tiket pagi ni dah mahal terutama ke Melbourne dan Tokyo. Try jugak tengok tiket ke Surabaya RM67.00 dan balik ikut Bandung RM37.00 total RM104.00...murah tuuuu..tapi JM tak beli pun. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk di laman web Air Asia tau.


Source from Air Asia Website :-)
Ishhhhhhhhhhhh...panjang betul intro entri kali ni..belum masuk citer pasal cuti ke China lagi ni..yok ikuti kisah percutian JM di Shenzhen pulak

Ini adalah sambungan daripada entri Holiday : Summer at Guangzhou Day 3

Hari ni kami tak ada plan nak merayau-rayau lagi di Guangzhou ni sebab seawal jam 9.00 pagi kami dah check out from Zhuhai Economic Hotel. Sementara kawan JM uruskan check-out tu, JM sempat tinggalkan jejak di reception counter ni. Tujuan sebenarnya nak tayang winter coat dan boot yang JM baru beli tu. Lepas beli terus rasmi you oulss..tak ada nak cuci dulu..nasib baik tak gatal-gatal....winter coat to from Guilin...boot tu pulak from Guangzhou..time ni lah nak melaram pun..dah balik Msia..simpan elok-elok dalam lemari heee.

Cantik tak winter coat dan boot pilihan JM tu heeeeee
Selesai urusan check out..masing-masing tarik beg yang dah beranak pinak tu. Nasib baik hotel tak jauh dari stesen subway so tak lah terasa penat sangat. Hari ni kami akan bergerak ke Shenzhen. So mesti timbul persoalan kat sini kan..kat mana nak naik tren ke Shenzhen tu? ok tak perlu risau meh JM nak bagi sedikit info dan direction. Semua info ni JM perolehi dari website Travel Guide To China. Website ni sangat membantu kepada backpacker traveller. Kami ke Shenzhen dengan menaiki bullet train.

Info :
 Guangzhou-Shenzhen Bullet Trains (i.e. D trains)
Both the Railway Station and East Railway Station provide the bullet trains to Shenzhen. Each day, there are 27 bullet trains starting from the Railway Station to go to Shenzhen, while the bullet trains from East Railway Station to Shenzhen outnumber the ones from Guangzhou Railway Station. At an interval of 10 to 20 minutes, there are 89 bullet trains leaving here for Shenzhen each day, which also pass Shilong, Dongguan and Zhangmutou. The first run is at 05:35 and the last run is at 22:50. The whole trip takes about 52 minutes. The ticket cost is around CNY100 for first-class soft seat and CNY95 for second-class soft seat.

 How to get to the Station
1. By Bus: Nos.180, 201, 210, 211, 228, 234, 254, 257, 269, 275, Night11, Night14, Night15, Night18, Night25
2. By Subway: It can be reached by Subway Line 1 and 3.
3. By Airport Shuttle Bus: The Airport Shuttle Bus Line 6A departs from Baiyun Airport to go to the station. The ticket fare is CNY20. The whole trip needs about 50 minutes.
4. By Taxi: It is about CNY80-100 from Baiyun International Airport to the station by taxi, while the taxi fare is about CNY60-70 from South Railway Station to the east one.

Seperti JM maklumkan di atas tadi kalau nak ke Shenzhen boleh naik bullet train from Guangzhou Railway Station atau Guangzhou East Railway Station. Kami mengambil keputusan untuk naik dari Guangzhou East Railway Station. Dari Ximenkou Station kami stop dahulu di Gongyuanqian station coz nak refund baki duit yang terdapat dalam Yang Cheng Tong (kad subway tu) boleh repund tau. Kat mana nak refund. Meh JM story. Kalau nak refund, di Gongyuanqian station tu carik exit J pastu lokasi tempat tu sebelah je kedai 7 eleven.

Counter for refund cash
Ok..selesai sudah refund kad tu...dapat balik cash nyer..leh guna untuk shopping di Shenzhen pulak hehehe. Dari Gongyuanqian Station kami stop at Guangzhou East Railway Station Exit E atau D untuk ke kaunter tiket bullet tren.

Seperti biasa keluarkan passport untuk beli tiket dan harga tiket sehala adalah RMB100, dek kerana ada passport leh la dapat diskaun so dapat lah harga RMB99.50..jadilah..janji ada diskaun kan..Kat sini tak susah nak beli tiket just cakap je Shenzhen..kalau di Guilin tu yer..agak susah sikit. Tiket sudah beli apa lagi jom lah naik tren. Berkejar-kejar jugak time ni sbb tak nak terlepas train jam 10.29 pagi dan di jangka sampai di Shenzhen jam 11.48 pagi. Kat mana nak naik tren..kat mana entrance tak perlu risau kerana ada direction kat dalam station tu..mudah..follow je sign.

Nampak tak gambar bergegar coz ambil gambar sambil berjalan..mana tak nya nak kejar tren lagik..kalau beli camera yang canggih sikit...sambil bergerak pun gambar sharp je kan
Shenzhen Ticket
Banyak tren ke Shenzhen so pastikan tengok betul2 no tren di tikect jangan nanti tersalah naik tren
Nah..inilah suasana dalam tren..memang selesa...laju dan tiada gegaran. Abaikan aksi gediks tu heee
Dah sampai Shenzhen Station
Adusssssssssss..penat jugak sebenarnya ye nak siapkan satu-satu entry ni..so JM stop kat sini dulu...nak tahu apa yang JM buat kat Shenzhen pada hari pertama ni tunggu on next entry je..sabar tau..

Bye kawan-kawan..jumpa lagi..ta ta..ti ti..tu tu..heeeeeee...

65 comments:

  1. JM ! Nak winter coat tuuuuuu !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Lin, JM sewakan boleh
      Nk pinjam boleh :-)

      Delete
  2. JM ade permintaan ni ! memandangkan JM dah jalan merata boleh tak buat satu entry : negara dan musim/bulan yg sesuai untuk travel (ayat tunggang langgang) haha.Sbb kadang kita ni beli flight main taram je. tak tau cuaca ok ke tak ke? hartu g HK. Hujannn ! tak boleh berjalan langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh berat jugak permintaan nih heeee
      Ok ok boleh sbb JM klau nk beli tiket mmg akan tgk musim yg sesuai nk travel. Nanti JM kongsi yek. Alahhh naper x baca entri yg JM kluarkan musim yg sesuai nk travel ke HK bleh refer kat situ. Hari tu JM ke HK bln april hujan je manjang mmg frust jgk lah huhuhu

      Delete
  3. assalam,

    bunda datang lagi ziarah JM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'komsalam bunda
      Selamat kembali JM sihat2 ja hendaknya heeeee

      Delete
  4. Replies
    1. Dear GB, khennn cantik kan hahaha
      Murah je dlm RMB58 tp syg JM beli sepasang je. GB nak pinjam heeee

      Delete
  5. sama la kiter.tak rembat mana-mana tix pun promo AA kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HL, x per AirAsia kerap buat sale tak rembat skrg next sale kita rembat :-)

      Delete
  6. Hati JM dan berbunga kembali nampaknya... hehe

    Bullet train kat China memang respek betul... punctual, selesa dan tiketnya murah pulak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilahhhhh dpt support dr kengkawan yg baik hati tu sukaaaaa sgt tau heeeee

      Ha'a betul tu setuju sgt :-)

      Delete
  7. Replies
    1. Pendek ke alaaahh penat JM karang tau heeeeP

      Delete
  8. Hi...JM sy tgh cr travel prtner tuk ke surabaya next year ni(11-14 april)...tix dah beli time promo sblm ni tp partner mcm x cnfm je nak join...mane tau la kot2 JM bminat...sy ni x bnyk pglaman travel,almaklum la kena bnyk belajar lg selok belok travel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha mcm best je tp sudi ke travel ngan JM nanti x ngam susah jgk kan :-)
      Apa2 pun cer email pd JM detail tiket mana tahu esok nk beli ke :-) tp naper 4 hari je cukup ke :-)

      Delete
  9. 50-50 JM nak rembat or x tiket AA tu..xrmbat kang myesal,jom JM pi HK ag hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dpt tix g hong kong best tu, JM? HK? Heeee nanti2 lah nk pegi tempat lain pulak pastu dh abis baru repeat ahaa verangan x abih2

      Pssst.. X de blog ke leh JM sggah :-)

      Delete
  10. SELAMAT BERPUASA JM ;)
    trench coat tu lawa sangat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa jugak buat Irfa..yok mlm ni kita g terawikh :-)

      Lawa?..eheheh...terima kasihhhh

      Delete
  11. Tak grab mana2 walau tejumpa tiket murah.
    Hint orang sebelah: "mei 2014 tak buleh travel keeee?" (date besday beliau).
    Jwb dia: "tak ingat ke baby kecik lagiiii?"

    Hu hu hu sedihhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheeheh...kalau dh ada baby nanti agak terbatas lah kan dekdaa..so pelu tggu baby leh jln dulu lah..tak pun dekdaa jln2 kat msia pun boleh heee

      Delete
    2. Tu la.. jln2 kat malaysia pun tak abis lg.
      Repeat sabah keeee.... masa mula2 rapat dgn orang sebelah kikikiki.

      Delete
  12. JM...org pompuan ni kalo nk travel kena kira ari..hahaha (JM phm x ni?). Kalo main grab jer mana2 ticket yg murah, susah pulak kalo silap ari. dats y me n my sis selalu beli ticket sebulan atau 2 bln sebelum fly..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, Eheeeemmm..mcm paham je heeeeeeeeee
      JM ni tak pernah lak kira hari tu..main belasah je janji tiket murah dan musim yg sesuai..tapi pernah gak travel time 'tooooooot' tu heeeee..budak2 bwh umur 18thn tak leh baca komen nih hihihih

      Delete
  13. Selamat berpuasa JM..coat dan boot tu cantik kot..matching gitew i like!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga tuk MS jaga mkn tau coz baru je lepas operate tu :-)
      Cantik? Hoyyyeeeee sukanya heeee

      Delete
  14. JM ! Selamat berpuasa ^_^ best yer jalan2 guangzhou @_@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieya,

      Selamat berpuasa jugakkk!!! :-)
      Yer..JM ni kalau bab berjln mana2 pun best tau terutama tempat soping ngeeee

      Delete
  15. yee...dah sampai part shenzen, kena study betul-betul ni. kalau takda aral melintang, tahun depat bakal ke sini, hehe...boleh lah wat rujukan nanti. tapi jangan risau, tiru itinerary jer, bukan tiru entry, hehe...gurau je jm :)

    selamat berpuasa yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,
      Shenzhen ni tak besar then tak byk tempat manarik yg boleh di lawati selain WOW tu..2 hari pun dh cukup rasanya. Aper nak tiru entry..opssss..heheeheh..nk tiru itirenary..boleh di alu-alukan..kalau nk tiru entry nanti dh tak best org nk baca kang sama je dlm setiap blog..BOSAN heeeeee

      Selamat berpuasa..kalau ada salah dan silap terkasar bahasa mohon maaf yer..JM hanya insan biasa yg sentiasa buat kesilapan..hhehehe..cam nk beraya pulak

      Delete
  16. JM,

    entry saya pun kena cut & paste jugak, sebijik2 dia paste pasal tips ke Istanbul tu.. bukan nak bagi credit kat kita pun kan, tu yang geram tu, penat la kita mengarang beria2.. huhu.. Sabor jer la!

    Tu winter coat yang saya cakap cantik tu kan??? Memmangggggggg cantik, matching2 dengan boots! Comel kak ton! :) :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,

      Ye ke..siapa yg buat kerja mcm tu..meh kabor sini JM nk ketuk kepala tu..hehehe..mcm lah berani..Bagi lah link blog tu..leh JM baca :-)..eee geram betul JM ngan org mcm ni tau..opssss JM puasa hari ni..sabor..sabor..nanti kurang pulak pahala puasanya :-)

      YO laahhh...beli kat Guilin tueeee...cantik ke..heee..kembang bontot JM nihhhh

      Delete
  17. Hehehe...... sampai bulan pose tak abis lagi n3 jenjalan JM... best kan round da world..... Selamat berpose eh

    Saya dah penat tekan keyboard nak cari tiket 5 sen... hampeh tak dapatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. My Dear, heeeeeeeeee..sampai raya kot baru habis hahaha..apa tak nya kalau 1 mggu 1 entri kik kik kik..Selamat berpose jugak buat SR..kosong2 tau

      Dear..harga tiket 5sen tu ada tapi bila di campur ngan airport tax dah cecah RM20++ utk domestic destination. Kalau nk cari fly ke obersea mmg tak de lah..Pandai kan dorang nyer sale strategy :-)

      Delete
  18. Jauh perjalanan luas pandangan
    itu satu Bonus bagi yang suka travel macam JM ni....ai suka :-)

    ** Bagi pencilok Blog ni sebenarnya mereka malas
    hanya nak INPUT saje sedangkan semua tu dari Urang lain
    carilah identiti sendiri dan jangan bermalas malasan
    hakcipta urang lain itu ada harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..betul tu luas pandangan...TAPI itulah kadang2 duit dan masa menjadi kekangan :-)
      Bila kita leh travel sama2 nih...ngan SR sekali

      JM suka qoute ni :-)

      Delete
  19. pertama kali singgah sini...seronok membaca catatan perjalanan tuan rumah..akak cuba follow tp ada masalah sikit..tak boleh...asyik keluar pls try again memanjang..takpe next time akak akan datang lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah...pertama kali ke?..rasanya bukan kali pertama coz JM rasa akak pernah komen sebelum ni dan akak dah ready jd follower blog JM heeee

      Terima kasih akak..JM pun ada baca dan follow blog akak jugak heeee

      Delete
  20. Selamat berpuasa dear...
    Seronok baca catatan perjalanan Jm...boot tu cantik sangat...akak suka, tapi serius spnjng hayat ni, akak tak pernah pakai boot .hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa jugak akak :-)

      Terima kasih heee...JM pun kalau tak kerana pegi Guangzhou musim sejuk dan hujan tu tak adanya nak pakai boot tu heee

      Delete
  21. JM, bestnyaaaaaaaa dia selalu travel :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mek Onie, terima kasih coz sudi baca blog JM..rajin2 lah singgah sini :-)

      Alah..Mek Onie pun boleh nak travel..nak ngan tak nak jer...JM ni mmg dh jadi hobi kalau ckp bab travel ni..kalau x travel dlm 1 tahun tu cam tak kena je heee

      Delete
  22. slm jm..xsbr nk tgu entry shenzhen ni...best nyer boot...tp tu la blk mesia cm segan nk pkai pulok;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kom salam,

      Tak sabar nk tggu entry SHenzhen..mau ke sana eh..tggu ye..latley sibuk sikit kat opis pastu mlm nak tulis nk g terawikh pulak kan..so perlu cari masa free je..time rehat :-)

      Nk pakai kat Msia?..heheeh..malu lah nanti org pandang cam kita ni alien plak hihih

      Delete
  23. Salam..seronok Nya ke china..saya Akan pergi ke china Guangzhou bulan 12 ni..planning d sana dlm 4 hari gtu..Akan juga ke Hong Kong ,Shenzhen .,nak Tanya..if kami guna metro d sana..ok tak..I mean d Guangzhou ..mana 1 yg best,,sewa kereta or metro..mana yg save budget ..then orang2 kat sana..bagaimana..DEngar x budi bahasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..mau ke sana yer..better guna metro coz lebih jimat dan efisyen dan every attraction destination can easily reach by metro n subway

      Kalau ckp pasal org2nya..better dari msia..kalau ada yg tak berbudi bahasa tu kat msia pun ada kan, nobody perfect..but since 4 days JM kat sana..no prob..org2nya baik2 jer yg JM jumpa..so dont worry ok..bagi JM if we think positive n smile always we can attract all people yg baik2 je :-)..bak kata prof muhaya..kuasa minda..chee wah..panjang pulak komen nya heee

      Delete
  24. salam JM..kat shenzhen xde kad cam octopus kad tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kom salam,

      Ada ada nanti JM citerkan dlm entri shenzhen. Masih dlm draft, tggu tau heeee

      Bila mau pegi shenzhen?

      Delete
  25. datang lagi...follow sini & sedekah dalam tabung hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akakkkkk..sayang sama akak heee..terima kasih..

      nanti JM pun nk sedekah jugak lah..lately lambat pulak JM nk keluarkan entri baru :-)

      Delete
  26. perghh salute..agak2 balik dari china leh baca bahasa cina tak? haha.. tgk tiket dulu r.. blurr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaah...belum boleh lagi maaa..kalau nk cakap ni hao ma boleh la heeee

      Delete
  27. Salam.
    tumpang tanya.. if guna train dari Guangzhou ke Shenzhen.. Apa hal dgn beg yg dah "beranak-pinak" tu?
    Kat mana kita nak simpan? Boleh tak kita bawa simpan depan krusi train? kira Hand baggage yg beg "beranak pinak" tu.
    atau ada Limit / Had berat beg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'komsalam,
      ok...train ke gunagzhou ada beberapa type of seat whether hard sleaper, sotf sleaper atau hard seat )seperti seat dalam bas). Kalau pilih hard or soft selaper..ada ruan/rak utk letak beg..kalau hard seat...pandai-pandai lah cari tempat nk simpan beg tu kerana ada ada space. Biasa yg pilih had seat ni bawak bagpack...kalau bawak anak pijank beg tu better sleaper coah sbb train ambil masa berjam-jam..tak selesa nk tdo

      Delete
  28. JM..ade short iti x...sy pegi 16-21mac ni..Return HK...tp nk g gz n sz...any idea?mintak tips n trnspot ke sane sini...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh la Azlifa..rupanya ada lagi komen yg belum JM reply..alamak byk betup permintaan nye..JM tak ada proper itirenary tapi boleh extract from my blog je eh..bukan apa..tak sempat plak JM nk sediakan coz mggu ni ada bengkel..tak sempat nk duduk depan pc ni..kalau return HK..so dari airport HK - terus ke Guangzhou - Shenzhen - HK - KL. dari aiport naik train ke guagzhou..boleh refer from website travelguidetochina

      Delete
  29. pehh bestnyaaaa kak.. tren tuu da mcm kt dalam bas plak.. cantek :)

    ReplyDelete
  30. hehe.... singgah baca entri kak JM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin nya Sha blogwalking entri lelama nih :-)

      Delete
  31. Saya datang 'travel' di pagi hari. Sis, mana laju? Bullet train kat sini ke Jepun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awalnya Farrah 'travel' ke sini :-) sis rasa train di Jepun lagi laju..cecah 320km/j

      Delete
  32. biasa lah klu lepas beli terus pakai . teruja u . mana nak sabornya tungg nanti kan ... match je boots dgn coat tu ...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG