You can click on me :-)

Thursday, 20 June 2013

Mencandat???....Hasil yang MENGECEWAKAN!!!!

Assalamualaikum semua,

                   "Mencandat yang tiada hasil...nak tahu kisah nya, perlu baca sampai habis"

Semua orang tahu JM telah pergi mencandat sotong last week. Kalau yang belum baca perancangan mencandat tu boleh rujuk SINI


Perjalanan ke Kuala Terengganu (Perhentian Risda Marang)
Seperti yang di rancang hari yang ditunggu telah tiba dan seawal jam 8.30 mlm JM mula bergerak ke Hentian Putra (perhentian bas bagi destinasi ke arah Pantai Timur) dengan menaiki Komuter dari KL Sentral. Hanya 3 stesen sahaja dari KL Sentral - Stesen Kuala Lumpur - Stesen Bank Negara - Stesen Putra dengan kadar tambang RM1.00 sahaja you ouls..murah tu. Sekarang ni kalau nak tahu, tren Komuter dah cantik, baru dan penuh informasi kat dalam tren tu seperti naik tren di HK, Korea dan China pulak. Pastu ada KOC khas untuk wanita sahaja.

Tren komuter dah semakin canggih dan cantik sekarang..kalau nak tahu kena cuba naik
Lebih kurang jam 10.00 mlm sampai di Hentian Putra dan menunggu rakan-rakan lain yang belum sampai.Apabila semua ahli dah berkumpul kami menaiki bas Sani Ekspres bas 2 tingkas dan JM memang puji lah perkhidmatan bas ni..'ontime', besar dan selesa dan tambang RM40.00 sehala. Dalam jam 10.30 mlm bas mula bergerak menuju ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan tido je lah seda-sedar kawan kejutkan dalam sampai di Pejabat Risda Marang lebih kurang jam 4.40 pagi dan kami berhenti di situ. Turun dari bas, member call contact person yang uruskan pakej kami iaitu dari Coral Heritage. Lebih kurang 10min menunggu, budak tu pun sampai untuk bawak kami ke rumah transit yang terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Marang, dalam 5min je perjalanan. Sementara menunggu esok pagi, kami lepak-lepak dulu dalam bilik sehingga subuh.
Inilah rumah transit yang di sediakan oleh Coral Heritage tu..agak besar
Hari pertama : Aktiviti Snorkeling dan Mencandat

Jam 8.00 pagi kami turun mencari sarapan, rupanya rumah transit tu betul-betul berhadapan tapak pasar pagi dan bersebelahan Pasar Besar Marang tu, so tiada masalah nak cari makan. Pastu pulak nak ke Jeti Marang tu dalam 150 meter jer. Pagi tu kami makan nasi dagang..wahhhhhhhhhh..sedap yak amat sehingga menjilat jari hanya RM2.00 sahaja sebungkus. Kalau la JM orang terengganu kan best..leh makan keropok lekor dan nasi dagang banyak-banyak. Moh layan gambar sikit.

Tengok tu nasi dagang, nasi kerabu
Nasi dagang kat gerai mak cik memang sedap compare kat dlm gambar atas. JM jilat jari manis tau
Jom beli tembakau kita isap rokok daun
Kan tak jauh dalam 150 meter je ke Jeti Marang dari Pasar Besar Marang ni
Terdapat 2 agen boat untuk mencandat Mak Cik Gemuk dan Corah Heritage. Kalau tanya JM, dua-dua bukan pilihan, Nak tahu sila baca sampai habis
Jam 9.00 pagi kami mula bergerak ke Jeti Marang dan bot sudah sedia menunggu dan hanya kami berlima sahaja kat dalam bot tu. Apa lagi aksi bergambar posing ala-ala dalam filem TITANIC lah heeeee. Tak jauh sebenarnya dari Jeti Marang ke Jeti Pulau Kapas tu lebih kurang 10 minit je.

Jom ke jeti
Perlayaran bermula - abaikan aksi TITANIC tu
Sampai sahaja di jeti, kami terus check ini di Kapas Beach Resort dan kami arrange dengan resort tu untuk snorkeling waktu pagi, so petang nanti boleh berehat sebelum keluar mencandat. Jadi dalam pukul 10.00 pagi kami semua dan bersiap-siap untuk snorkeling sehingga jam 12.30 tengahari. Tapi sebelum tu masing-masing sapu sunblock dulu takut nanti jadi udang bakar. Jom kita snorkelling.

Dah sampai jeti Pulau Kapas
Kapas Island Resort
Jom kita snorkeling
Ikan yang tak berapa nak ada
Selesai snorkeling, masing-masing kepenatan dan balik ke resort untuk makan tengahari kerana termasuk dalam pakej. Tapi sayang coral kat sini banyak yang dah mati dan ikan-ikan pun tak banyak dengan air yang agak keruh dan memang tidak menarik berbanding waktu JM snorkeling di Pulau Perhentian Kecil suatu ketika dulu.

Nampak tak? Kami memang lapar
Selesai makan semua, masuk bilik mandi dan solat dek kerana masing-masing kepenatan, tido terbongkang sehingga lah masuk waktu asar. 

Jam 6.30 petang kami bergerak menaiki bot di jeti untuk mencandat. Ini lah bot yang akan kami naiki yang warna biru tu boleh muat dalam 4-8 orang termasuk  pemandu bot dan pembantu. 1 jam sebelum tu masing-masing dan telan ubat mabuk laut, sekali lepas je naik bot JM ok lagi dah setengah jam perjalanan ke tengah laut rasa mengantuk cam nak tido je. Kepala dah mula pening-pening mata rasa berat je...ha sudah...boleh tertido macam ni..belum start mencandat lagi ni...adusss

Perjalanan baru bermula...masing-masing boleh lagi tersenyum...lepas tuuuuuuuuu
Pada peringkat permulaan perjalanan masing-masing muka masih lagi boleh tersenyum dan tak sabar nak mencandat coz ini merupakan pengalaman baru kan. Kami hanya mendengar bunyi enjin bot dan deruan ombak sahaja. Hari semakin gelap dan bot terus bergerak ke tengah laut untuk mencari tempat berlabuh dan tempat yang sesuai untuk mencandat. Bot kali ini di kemudi oleh pakcik Adam dan beliau merupakan 'orang laut' kiranya kerja pakcik Adam ni adalah nelayan sepenuh masa dan beliau memang arif tentang cara dan musim yang sesuai untuk mencandat.

Dalam perjalanan tu pakcik bertanyakan kepada kami kenapa datang bulan Jun kerana bulan ini, sotong semakin berkurangan dan beliau memaklumkan bahawa semalam ada bawa satu rombongan untuk mencandat dan mereka hanya mendapat 4 ekor sahaja selepas beberapa lama menunggu. Kami berpandangan sesama sendiri, apalah nasib kami pada malam ini.

Akhirnya kami sampai di tempat yang sesuai untuk mencandat dan sauh di jatuhkan ke laut untuk membolehkan bot berada dalam keadaan statik tidak di pukul ombak. Pakcik Adam dan rakan nya mengeluarkan peralatan mencandat dan mengajar kepada kami cara-cara untuk mencandat dan sementara itu mereka pergi solat Maghrib.

Inilah kawasan untuk mencandat
Pak Cik Adam..korang nampak tak?
Peralatan yang akan digunakan untuk mencandat
JM dan rakan-rakan mula jatuhkan umpan ni ke dalam laut kemudian pakcik Adam mengatakan air laut deras jadi kail yang di gunakan di bawak arus deras, kemungkinan besar tiada hasil kami pada malam itu. Tunggu punya tunggu....kail tidak di sambar sotong pada masa yang sama kesan ubat mabuk mula terasa...JM mula pening dan mengantuk sangat. Dek kerana frust lama menunggu sekor pun tak dapat ambil keputusan tido je kat atas bot tu. Biar je kawan-kawan yang lain mencandat. Sedar dalam jam 10.00 mlm macam tu tanya member dorang cakap tak dapat jugak. Arghh..masing-masing frust coz rakan JM dah bawak bekalan tepung, arang konon nya nak masak sotong atas bot.

Tanpa berputus asa, pakcik Adam bawa ke kawasan lain mencuba nasib..pun sama sambil kami menyanyi lagu Najwa Latif....KOSONG....KOSONG...KOSONG....Pakcik Adam ulang lagi sekali statement beliau kenapa datang bulan Jun, masa ni memang sotong dah berkurang paling banyak bulan April dan Mei hasil tangkapan boleh mencecah berkilo. Kami mana tahu pakcik, waktu sewa bot hari tu agen tu tak cakap pulak bulan ni tak sesuai untuk mencandat. Kenapa tak tanya 'orang laut"....eh pakcik ni..kami mana lah ada saudara mara org laut nak tanya..kami pun baru kenal pakcik hari ni. Argghhhhhhhhhh....memang kecewa sangat-sangat. Pakcik Adam juga kecewa kerana beliau juga cuba mencandat tapi sekor pun tak dapat. Jam sudah pukul 11.00 malam, masing-masing dah penat, kami pun ajak pakcik Adam balik je lah..kalau tunggu lagi belum tentu dapat.

Dalam perjalanan tu, pakcik Adam tanyalah..berapa korang bayar untuk sewa bot ni, kami pun jawab RM1000 sebuah bot. Beliau terkejut besar sambil besarkan matanya dan maklumkan bahawa Coral Heritage tu bayar RM500 untuk sewa sebuah bot dan memang itulah harga standard dan sekiranya tiada hasil , balik awal pakcik Adam ambil RM300 sahaja. Jadi beliau memang simpati dengan kami kerana telah di tipu oleh agen dan dengan mudah agen tu mendapat RM500 baki daripada sewa bot tadi. Pakcik Adam nasihatkan kepada kami kalau nak datang mencandat telefon pakcik Adam sendiri tanpa perlu melalui agen. Perasaan kecewa kami semakin berganda..ohhhhhhhh tidakkkkkkkk kami kena tipu..penat dan tiada hasil..huhuhhuuhhu....menangis tidak berlagu tapi apa boleh buat pasrah je lah. Jadi pakcik Adam beri no telefon beliau untuk di hubungi sekiranya ingin datang mencandat lagi. Jadi kepada rakan-rakan di luar sana boleh call no ni yer : 019-914 7296

Sebelum pergi masing-masing membayangkan sotong yang besar-besar dan kemanisan sotong bakar hendaknya..tapi apakan daya ..sudah nasib begitu. Jadi kepada rakan-rakan di luar sana..maaflah yer dek kerana tiada hasil so tak ada  gambar sotong dan tak ada  sotong  berbakul dek kata blogger Orga.

Malas nak citer panjang jom JM terus sambung aktiviti hari ke dua.

Hari kedua : Dari Marang ke Kuala Terengganu

Bangun seawal pagi pergi sarapan kemudian jalan-jalan sekitar persisiran pantai ambil angin laut dan gambar barang sekeping dua sebelum kami balik ke pangkal jalan. Selain dari Kapas Island Resort terdapat juga chalet lain seperti Pak Ya Sea View, Mak Cik Gemuk Resort dan KBC Chalet.

View sekitar persisiran pantai
Kami check out jam 1.50 tengahari dan bot sampai di jeti jam 2.00 petang dan mula bergerak ke Jeti Marang. Oleh kerana masing-masing kelaparan kami berjalan ke KFC yang terletak sebelum Pasar Besar Marang untuk makan tengahari dan itu sahaja pilihan yang ada sementara menunggu kedatangan seseorang. "Surprise" - siapa orang itu biarlah RAHSIA heheheheeh.

Untuk pengetahuan semua, salah seorang rakan blogger JM balik kampung di Terengganu dan beliau offer untuk bawak kami jalan-jalan sekitar Kuala Terenggau, so tanpa fikir panjang kami semua setuju. Jikalau rakan blogger JM tu baca entri ni, JM nak ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kebaikan beliau sanggup datang dalam 1 jam perjalanan untuk sampai ke Marang ni. Ini lah kali pertama kami berjumpa dan beramas mesra, sudi pulak bawak kami jalan-jalan, JM suka dan sangat terharu, baik orangnya...Terima kasih dear...muaaah...muahh..muaahh....hhehehe. kalau tak kerana beliau maybe kami terpaksa naik public transport atau mati kutu je kat area kawasan tu. Alhamdullillah rezeki tu. Kepada sesiapa yang dah tahu siapa orangnya..diam-diam je yer..eheheheh

Dalam jam 3.00 petang kami mula bergerak ke Pasar Payang, singgah di ICT dan juga bergambar di Turtle Valley area. Seterusnya beli keropok lekor di Seberang Takir dan makan ikang celup tepung (ICT) sebab semalam tak dapat makan sotong celup tepung. Malas nak citer panjang jom tengok gambar.

View baju batik sekitar pasang payang, tak membeli pun sekadar cuci mata je
Terengganu pun ada I -City tau
Welcome to Turtle Alley - nak tahu pic di sebelah kiri, skecth tu siap 1 hari sebelum kami sampai dan gambar berbaju kelabu dalam gmbar sebelah kanan tu adalah professor yang telah bersara dari UMT, merupakan salah seoarnag NGO yang menjayakan Turtle Alley projek ni..untung tak kami boleh berjumpa beliau
Kalau nak tahu info lebih lanjut boleh visit URL yang di sediakan
Gambar Sekitar Turtle Alley
Dek kerana tak dapat makan sotong celup tepung atas bot semalam, rakan JM bawak kami makan ikan celup tepung di berdekatan dengan airport.

Nyum...nyum..nyum...ada ikan, sotong, udang dan cendawan setaip hidangan RM6.00 kecuali ikan RM3.50 seekor
Selesai menjamu selera, lebih kurang jam 7.00 malam kami ke Masjid Putih untuk solat Maghrib sebelum ke stesen bas Kuala Terengganu untuk balik ke Kuala Lumpur pada jam 10.30 malam.

Selesai sudah perjalanan JM 2hari 1mlm, aktiviti mencandat yang tiada hasil tapi kami tetap enjoy. Sebelum tu meh JM kongsi sedikit tips untuk korang semua

Tips :
1. Bagi pendapat JM kalau semata-mata datang Pulau Kapas untuk snorkeling, JM rasa tak perlu coz coral dan hidupan laut kurang menarik berbanding di Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Redang. Tapi kalau dah sampai untuk mencandat apa salah nya kalau nak cuba kan

2. Jangan mencandat pada bulan Jun kerana pada waktu ni sotong dah kurang. Lebih sesuai mencandat pada bulan April dan Mei dan hasil candat boleh mencapai berkilo-kilo

3. JM nasihatkan jangan ambil travel agent Coral Heritage (not recommend)/orang tengah

4. Kalau nak mencandat, boleh telefon Pakcik Adam dan beliau adalah orang boat yang akan bawa mencandat dan harga boleh di bincang bengantung kepada tempoh masa mencandat dan julat harga dalam RM300 - RM500 sebuah boat

5. JM juga mendapat info perkhidmatan bilik dari travel agent Mak Cik Gemuk juga kurang memuaskan  dan kalau nak tahu boleh cuba. Info yang JM terima, cukup hanya sekali. (Matilah JM lepas ni). Kepada yang membaca info ini jangan salah faham kerana JM hanya berkongsi info dan apa yang baik boleh ikut.

Ke mana pulak JM lepas ni..tungguuuuuuuuuuuuu

87 comments:

  1. oh my God! mahal giler bayar RM1000 utk sebuah bot. sy yg belom penah mencandat pun terasa sgt2 mahal. huhuhu. bertabahlah weh. nk buat mcm mana kan. kalo tak kene, tak tau. sekali lagi, takziah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HF...yeahh..padan muka JM kena tipu heeeeeeee..mmg mahal dh macam harga naik Cruise Libra dari Penang ke Phuket pulak rasanya...

      Delete
  2. RM1000 tu kalau beli sotong kat pasar boleh dimakan berbulan... boleh buat sotong kering lagi... Apalah nasib takde rezeki, lain kali boleh cuba lagi... kan JM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Mie,
      Hahahahha...betul RM1000 juga boleh beli sotong buat kenduri untuk kengkawan blogger kan. Ha'a..leh buat sotong kering pastu leh jual. Hrmmm...ada ke utk kali kedua hikkss..nanti JM fikirkan

      Delete
  3. sangat tidak bertimbangrasa..nak kenakan caj mahal...berpadalah...
    iya..akak pun sendiri tido time candat sotong
    sabo lah..risiko bercuti nih memang ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash...itulah frust betul JM. Terus JM pangkat agent tu..Kak Anash pun pesan pada kawan2 tau..jgn ambik pakej dari mereka..moh kita boikot

      Akak sama ngan saya lah..tido lagi best dari tak dpt sotong kan

      Delete
  4. Pulau kapas mmg bukan satu pilihan bijak. Tak pernah ada dalam list. Better ke perhentian atau redang lebih berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Janggel..kalau nak mencadat boleh..TAPI kalau nak tgk view cantik dan snorkeling mmg tidak sesuai..buang duit dan masa jek

      Bila nak g Redang..ke dah pergi :-)

      Delete
  5. Salam JM

    Simpati baca entry kali ni. Memang malang sungguh kome....akak dedolu bayor bot 300 hengget jer..pas tu candat berkilo2 sotong sebesau2 lengan lak tu, terlalu banyak sampai tak tau nak buat apa, kiteorang buat bakor, suruh chalet masakkan nasi goreng sotong dan akhirnya bagi jer kat pakcik bot tu dia jual kat marang...tak pe, tahun depan gi lagi cuba ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong ASP...lama Yong tak update blog...rindu nak baca dan komen nih heeeeeeee

      Wahh..best betul dh lah dpt sotong byk..bot pulak murah...huhuhuh..mmg bukan rezeki JM atau sotong malu munculkan diri

      Delete
  6. kalo nk mencandat sotong, pangkor pon ok..tak la semahal kapas...rasanya dulu pergi rm200/bot...

    xde rezeki kan...tp geram sbb dia charge rm1000!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy...huhuhuhuh...kesian pada JM kan..kami kena tipuuuuuuuuuu.....

      Delete
  7. alahai takde rezeki la JM...saya pun pi bulan Jun, dpt la jugak 30ekor...Alhamdulillah...rezeki...tp bot rm1000 tu mmg mahal sgt la...kami amek ngn makcik gemuk dpt la dlm rm650...kira ok lagi la dia markup tak byk sgt...biasa la kalo chalet mark up kan...kalo direct ngn nelayan mmg lagi murah...sy pun br tahu...takpe, next time leh usaha lagi....member pergi tgh bulan 5, air tgh laut tu tenang je...takde pening2...tp pape pun, utk saya, tu 1st n last kot laaa nak mencandat...hehehe btw makcik gemuk servis lain ok, cuma bilik yg plg murah tu je laaa mcm tak best sgt....tp makan dia besttttt......makcik gemuk pun baik!hehehe

    coral situ mmg tak secantik perhentian...tp sbb dah kebetulan nak mencandat kan...layan je laaa snorkeling smntara nak tunggu masa candat tu...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ...betul lah tu..mmg bukan rezeki JM agaknya untuk mencandat. Kalau ada kawan tanya nak pergi mencandat lahi//hmmm..JM akan pikir berkali-kali :-)

      ha'a..ehehehe...betul tu..nk kill the time katanya

      Delete
  8. seribu ringgit tu agak2 kalo pesen naik cruise ok gak. xpelah pengalaman.xda rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betulll...kalau naik Cruise mmg tak ralat...

      Delete
  9. takpelah JM, even tak dapat sotong, kena tipu, it is part of the experience. but Terengganu awesome kan?..makanan dia, suasana dia..haha..saya baru 2 kali pergi pun jatuh cinta kat tengganu nih.. :-)
    nak bagi terbakar sikit, member saya pergi around last month kot bawak balik sotong besar2 jugak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear...betul tu makanan sedap dan murah..orang2 terengganu jugak cantik dan ensem..ahaha..matilah kalau org negeri lain dgr nih

      Ha'a..JM salah pegi musim huhuhuh...sebenarnya dh berangan nk bawak balik utk kengkawan blogger kalau dpt sotong tu huhuh

      Delete
  10. JM, next year ada lagi - meh kita pakat g candat sama-sama.

    err.. jgn serik nak datang Ganu lagi tau. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear PM,
      Next year..hiksssss....in shaa Allah..kalau peristiwa yg lama tidak berulang hihih

      Terengganu?..tak serik..nak pegi lagi coz makanan murah dan sedap...orang2 ganu cantik2..ensem2 dan baik-baik eheheh

      Delete
  11. next time jgn guna agen dah kak...gamble je macam kita g perhentian dulu..kos pun murah kan...
    tak per la, pengalaman ni...next time dah tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Hani...betul tu...

      Rasa tak puas hati tu ada..jadi kalau next year pegi lagi akak nk call terus pakcik Adam tu..kalau ada trip moh join sekali ajak kak Nor nko sekali :-)

      Delete
  12. Alahaii ciannya JM...br je cadang2 ngan adik nk g candat sotong gak...amik gak info dr entry jm sblm ni...nasib jm dh bgtau awal2..so nnt kenalah cari ygblain...soo yg pakcik boat tu mmg kita leh deal trus dgn dia la ek?? Kalo camtu g redang scuba dulu than sblm balik g candat sotong hoyeehhh...jm jm jum kita g skali lagi jum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wooowww..nak g scuba kat redang..besttt tuuuuuuuu..JM tak berani lagi nk scuba..lesen pun belum ada...cantik tu kat redang..

      aha..kalau nk candat better call pakcik ni..harga boleh di negociate lagi..tphen tanya pakcik tu bila sotong byk..tak nk nanti terima nasib cam JM jugak huhuh

      Delete
    2. Nk amik lesen ke jm..kt redang pun boleh...kalo nk kita guide pun boleh..beginner slalu veli da easy..jm kn suke advanture pe kata nnt kita g menyelam sama2 lak kt sabah ke or maldives ke kih kih...ok thx for the info jm..nnt kita kalo nk g kita col pakcik tu..anyway sabar jela yer jm blum ada rezki tu nk tangkap sotong fresh!! Huhu

      Delete
  13. adoyaiiii..sadis baca cerita JM ni.....bertabahlah..baru terbayang sotong goreng tepung jm kemarin..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kan..kenek kan..hihihi..kesian kat JM
      WAktu sebelum pegi tu dan berangan nak bawak balik bg kengkawan blogger yg setia baca blog JM ni sorang sikit tapiiiiiii..huhuhu...nk nanges

      Delete
  14. Akak pernah sampai pulau kapas ni...jernih laut dia cantik. Tapi takklah pulak akak try mencadat sotong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye akak..sotong byk sebenarnya..tapi pegi salah TIME..pastu lak dpt pulak harga bot mahal..huhuh..mmg frust laaa

      Delete
  15. Ehemmmmmmmmmmmmmmmm.. baiknya blogger Ganu tu yek..
    sebelum saya membuat spekulasi lebih jauh- blogger tu perempuang ke jantang? ahakssss..

    p/s: lelaki ganu ni baik2 deh, speaking from experiengs.. hik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiksssssssssss..mmg sgt baik..tabik spring tau
      Nasib baik pompuanggg..kalau jantanggg..mesti JM jatuh hati hahahaha

      Iyerrr...kalau dh pompuang nya baik2...so yg lelaki pung apa kurangnya ye dop..kalau mcm n JM nak tukar dari carik lelaki Korean kepada lelaki ganu pulak lah..ahah..leh makang ikang dan sotong freshhh..yuhuuuuuu

      Delete
  16. Halamak, baru nak buat propaganza, sekali blogger pompuang pulak! haha

    Ye JM, orang Ganu baik2 belaka.. Housemate saya dulu orang terengganu, sampai skrg kami berhubung & dah jadik macam adik beradik..

    9 tahun dulu waktu saya ada kerja kat Kuala Terengganu, ada sorang kawang yang kenal di alam maya selama 2 tahun datang ambik saya pukul 5 pagi di steseng bus, hantar sampai ke hotel, maku sure saya cukup segala benda selama 2 hari kat sana & hantar semula ke stesen bus bila kerja dah selesai.. sampai mati saya ingat kebaikang dia.. ish tak boleh kawal la taip "g" di belakang perkataang ni.. hehehe

    orang ganu pun ada rupa koreang jugak.. kena pandai carik jer JM.. hik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha...telepas peluang tu kan

      ahaa...mesti gumbira org ganu bila baca komen ni kannn

      Ohhoooii..adakah org ganu yg baik itu...'org sebelah' skrg ni..atau senang citer En abanggg

      ahahah...dh jupo waktu tuggu bas kat stesen putra..tapi tgk dari jauh jek..maklumlah..JM ni rupa lebih kepada org keASLIan...ahahaha

      Delete
    2. ohoiiiiiiiiii, orang sebelah la ni orang utara nun jauh di perlisss indera kayangan! ganu tu hok kenange zame dolu2.. hahahaha

      len kali kalau jupo dah ore rupo koreang, buat2 terlanggar bahu gitu, dan2 pastu tukar2 no hp.. ahakss..

      Delete
  17. nak tergelak baca komen dari mie, hehe...sedih pulak baca entry kalini jm, kalau jm tak bagitau, maybe ramai lagi yang akan terkena. so, lepas ni, dah tau and no contact pun dah ada, senanglah sikit nak pergi, and yang penting, boleh save bajet :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheeh...JM pun tersenyum sendiri lepas baca komen dari En Mie tu.

      Itulah...apa boleh buat kan..itu semua pengalaman..kalau tak kena tak tahu ye dop..tapi takper..maybe next time leh cuba lagi mana tahu leh dpt sotong kurita ke..ahahahah..mana leh mkn ehhh..

      Ha'a..kalau nk pegi try call pak cik tu :-)

      Delete
  18. JM ; patut le mood memblog terus tegencat lepas acara mencandat, Laa gitu citernya,walau kecewa dengan cik sotong tapi berbaloi dapat menikmati berbagai lagi yang menarik kat T.Ganu tu kan.Pernah mengendalikan acara mencandat sotong dulu tapi berakhir dengan kecewa jugak walau musim yang betul tapi semua pencandat terbaring kat bot dek mabuk laut. Thanks sharing info berguna tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Haneem pun pernah alami perkara yang sama eh..kalau mcm tu moh kita pergi mencandat musim yang betul heeeee

      Ha'a..kalau ygtak tahan tu..mmg terbongkang lah..JM pun sama hihihi

      Delete
  19. Hi JM...

    Bagus jugak idea mecandat sotong ni..bila lg boleh mencandat ek?? Teringin pulak rasanya..hehehe. Setiap sesuatu yg berlaku tu ada hikmahnya..cthnya JM dah kenal pakcik yang kita boleh direct gunakan service dia..tanpa JM sedar JM dah bagi advantages kepada kwn2 yang baca blog JM ni...wahh byk pahala JM dpt. TQ JM sebab share pengalaman baru JM ni..moga2 menjd taladan kepada org lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zila,
      Ye ye..JM dgr dari kengkawan bahawa best experience mencandat ni..sbb tu JM bukan main teruja lagi tapi betul lah Zila ckp tu ada hikmah di sebaliknya kan..so JM redho je lah..terima kasih Zila...kurang sedikit rasa kecewa JM ni heeeee

      Delete
  20. alahai JM rugi nya kan xdpat makan stong . Liya igt Jm dh pon kembung perut makan sotong bakar. Next time klo pegi lagi jgn lupa ajak liya sekali ekk .. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...maybe sotong ni merajuk sbb tak hajak Liya kot...

      Delete
  21. untung atas angin rm500...melampau! takpe JM, next time boleh cuba lagi. at least dah penah ada experience and dah kenal sapa yang di contact lepas ni. thanks for sharing, kalau tak mesti ramai lagi terkena!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear...betul ..geram tak dgr kan..Ha'a..kalau boleh tak nk kengkawan lain terima nasib yg lain seperti JM. GB pun kalau nk mencandat try carik pak cik ni..mana tahu leh dpt rega murah kan :-)

      Delete
  22. Salam jm... blh ambik no pakcik adam tu... bnyk btl beza harganya... tq 4 sharing. Tips2 lain pon very informative. Chalet mkcik gemuk tu mmg selalu saya baca..he..he.. psar payang tngk batik blh pengsan..ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kom salam..ambik je no pak cik tu..mana tahu leh nego rega murah kan..Tips pun tak byk dear..just on my experience kan..Makcik gemuk tu ada blog..boleh je refer kat sana :-)

      JM pun rambang mata tau bila tgk semua batik2 tu..cantik2..tapi apakan daya..pitih tak byk..cuci mato je lah

      Delete
  23. oooo akak yang membacapun rasa kecewa.. alahai sedihnyerkan...
    takperler terima kasih atas infotu. boleh digunakan untuk orang lainkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zila, kan...kan...kan...kesian kat JM dh terliur nk mkn sotong fresh..heee

      Ha'a..kalau tak jd mcm tu org tak tahu ye dop :-)

      Delete
  24. cikda tumpang kecewa gak la dgn kejadian yg tak berapa best tu tapi.. yg terjadi biarlah terjadi..jgn dikenang kita buat pengajarang .. hehehehe.. kita kenang hak yang best je dok?

    cikda pung setuju org ganu memang encem2.. tgk tu.. zizan raja lawak.. UAI.. hehehhe..

    apa pun pengajarang di atas memang sangat berguna. len kali kok ada org nak gi mencandat sotong terus je deal dgn org laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Da....Dh lupo doh benda2 tak best tu..kalau di kenang..bernanah pulak nanti..eheheh..che wahh ayat..maybe sotong tu nk JM pegi lagik

      ahahaha...UAI..Zizan..hidung paruh burung tu

      yer..yer..betul2..nanti Cik leh la try :-) idok pun kaborkan kepada kwn2 lain ek

      Delete
  25. JM ni mmg rajin lah
    best pengalaman boleh sharing info yang baik
    banyak informasi ni. Have fun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM ni rajin berjalan je..yang lain tak rajin..ahaha
      byk berjalan luas pemandangan byk pengalaman giteww hihhi

      Delete
  26. pertamanya orang rumah saya asal KT
    selalu juga balik dan makan di warung ikan celup tepung sekitar airport tu.
    Pulau Kapas belum pernah sampai.
    tapi dah sampai di pulau perhentian

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz MoHa : untung dapat org pantai timur ni..anytime je nak pegi semua pulau yg ada kat sana..nk ngan tak nak je..kalau lah akak JM dpt ore Ganu beh jugok nih hiksss

      Delete
    2. Hikhikhik Sis aim orang Ganu nampak,... :)

      Delete
  27. sy tgk satu2 kak JM bercuti, bestlah... boleh refer sini selalu klu nak barcuti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA : akak memang suka pergi bercuti..bila dh dh ada teman sekarang ni langkah dh x jauh..ahaa..kalau nk travel..boleh refer sini ye

      Delete
  28. Saya berjaga buat kerja. Berhenti rehat,...baca catatan perjalanan JM. Rasa cam dah sampai Terengganu malam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahahaahah...Hamooii.... kalau Farrah nak ke Gold Cost leh baca catatan CG pulak ehehehe..lawak lah

      Delete
    2. Semestinya! Pagi ni gi tganu balik intai nasi dagang seperiuk & tengok turtle alley :)

      Delete
  29. mahalnye RM1000.. sampai hati agen tu.. atas angin sampai 500..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifi : bila teringat balik rasa geram je kerana kami tertipu hasilnya dpt mabuk laut je huhuhu

      Delete
  30. Replies
    1. Zumal : comel kan..unik bentuk 3 segi tepi bukit :-)

      Delete
  31. ruginya xdpt sotong... tak kena bulan plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak mencandat kena bulan terang...

      Delete
    2. ZF..perlu check cuaca dulu sebelum pergi

      Delete
    3. kalau SS lak yang pergi candat..berebut2 sotong tu makan kail :-)

      Delete
  32. ada mmbr slalu gak dok cita pasal mncadat ni..dia slalu pegi kt pahang...

    ReplyDelete
  33. I love penyu... I love u... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh! eh! baru perasan komen ni *shy!!!

      Delete
  34. Replies
    1. kalau kurus di panggil makcik kurus heee

      Delete
  35. Perghhh... Aksi Titanic... Nak buat jugak laaa...

    ReplyDelete
  36. Ikang celop tepong yang menggoda...

    ReplyDelete
  37. JM tak boleh tido mlm ni verangan ke kapas ha ha ha

    nak pi sanunnnn halo2 bonde eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonde!!! Pulau Kapas best tak? belum pernah ke sana

      Delete
  38. byk tu rm500 . sabar je lah . sotong lak x dpt . kot ya pun , jujurlah dengan pelanggan kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah sis Vee..rasa serik nak deal lagi dengan agen tu

      Delete
  39. happy reading this, JM.
    aida tgh nak survey pulau mana best nak jalan2.
    tak pernah bwk anak2 jalan ke pulau (kecuali pulau langkawi :) ler kan)...
    nak gi baca entry JM pulau lain plak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Aida..try lah lah Perhentian or Pulau Redang..kedua2 menarik...

      Delete
  40. Pulau kapas benar2 indah...WE LOVE MALAYSIA..terbaik

    ReplyDelete
  41. sedap makanan yang celup tepung tu...

    ReplyDelete
  42. nampak tempat pulau kapas menarik gak bila nak g honeymoon sekali dengan abe ni...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Nuffnang

2348 2349 2352