Sunday, 10 December 2017

JJCM Langkawi - Jom Ikan Bakar!!!!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM!!!


Masih lagi cerita pasal JJCM Langkawi..tapi kali ni JM nak share tempat makan yang boleh dikategori sebagai SEDAP, HARGA BERBALOI dan SANGAT PUAS HATI...JM tak cakap harga MURAH ye..tetapi harga berpatutan dan mampu bayar...JOM!!! jom ke mana?

JOM IKAN BAKAR!!!!

Nama kedai makan tu JOM IKAN BAKAR....

Jom Ikan Bakar

Awalnya kami tak plan pun nak makan kat sini. Kami nak makan kat kedai Kak Yan Nasi Campur yang Viral tu..kedai nasi campur berpuluh jenis lauk dan yang pasti ada 'bronok'..katanya kerabu bronok kat sini sedap..HH nak makan kerabu bronok tu....pernah tengok tak BRONOK? Hanya di Langkawi tau!

Image from google - Ada BERANI nak makan ahahahah
Kalau sekali tengok memang geli..macam ulat!! eeeee! tapi bila dah masak buat kerabu..dorang cakap sedap..orang cakap eh..bukan JM cakap..i tak pernah makan dan tak berani nak makan...

Image dari Google - Nah!! bila dah di buat kerabu..siapa berani makan..angkat tangan
Sedih..bila sampai hari tu, nasib kami tak baik..kedai TUTUP...hari selasa kot..pesal lak nak tutup..si HH siap call tanya..pesal tutup? hahahah..Kak Yan tu cakap 'pekerja dia penat..dah lama tak cuti'

TUTUP pulak kedai ni...frust tul
Adeh! dah tu nak makan kat mana? memang tak ada backup plan nak makan tempat lain. Masuk kereta, JM terus google cari kedai Jom Ikan Bakar..sebab pernah baca orang review pasal kedai ni. On google map..taip Jom Ikan Bakar..settle..lokasi berdekatan roundabout nak ke Airport.

Waktu kami sampai masih banyak kerusi kosong
Nah!!! macam-mamca jenis ikan bakar ada..pilih mana suka
Kalau tak nak ikan bakar boleh pilih lauk lain kat sini..banyak pilihan
Air- Layan diri kat sini...gegar plak gambar ni. Ada 2 jenis air..Sirap dan Anggur
Ni Menu kami tengahari tu..Ikan tu sedap gila..isi manis! macam baru kuar dari air laut..total makan RM41.00 bertiga..murah ke mahal
RASA? memang tak menyesal..SEDAP!!! highly recommend..datang lah makan kat sini..

111 comments:

  1. Replies
    1. SS..gosok mata? Mata awak masuk habuk ek hihihhi

      Delete
    2. Mak..SS tak percaya JM rajin update blog hehehe

      Delete
    3. MEMANG SEDAP SANGAT MAKANAN KAT SINI KAN JM TAPI KALAU HRGANYA BERBALOI LGLH SEDAP

      Delete
    4. kak PI pernahmakna kat sini eh

      Delete
  2. Seronok tahu... Bronok x tahu... Seronok seronok jadi Bronok... Ehhh... Apa aku merepek nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn bronok bronok beranak sudah hehe

      Delete
    2. kalau satu jadi seronok...kalau dua jadi dua ronok...kalau byk jadi bronok hehehehe

      Delete
    3. Mak..kalau dah bronok-ronok sgt sah-sah la pastu beranak pinak hahaha

      Delete
  3. Gambor gegar sebab dah lapor... 🤣

    ReplyDelete
  4. waaa.. tak pernah lagi singgah sini.. masuk menu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firah..honeymoon kat mana..sorry tau x dpt pergi majlis resepsi..terika kasih jemput muah!!!

      Delete
  5. Hebat di langkawi..terpana nak ke sana..inhaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu Etuza..datang lah ke Langkawi bawak anak naik cable car..best gak

      Delete
  6. alamak tu ke bronok....xbrani nak makan, klu dh jd kerabu mungkin makan kowt...hehehe....sedapkan ikan bakar tu...yummy yummy....

    ReplyDelete
  7. Saya pernah rasa bronok tu. Tapi bila tengok wajah sebenar terus tak lalu makan dah haha.

    ReplyDelete
  8. RM41, ikan jenis apa tu JM?
    Mungkin harga ikan tu kot yang mahal sikit,

    Berbaloi bayar, janji sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Umi Alya..ikan SIAKAP..sedap!!! mmg berbaloi sbb sedap

      Delete
  9. Tak murah dan tak mahal..share sorg rm13++...oklah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memag berbaloi Mak..mahal sikit x pe janji sedap

      Delete
  10. Nasib kedai ganti tak mengecewakan..klu tak mesti SS dan HH muka takda senyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jay emm lagi memetir mak! Ha ha ha

      Delete
    2. Ingt SS kuat majok x dpt mkn haha

      Delete
    3. ekekeke..Mak..jgn kata dorang..JM pun mencuka gak...kalau tgh lapo

      Delete
    4. SS majok pasal lain Mak..kalau pasal makan ni dia x kesah sgt

      Delete
  11. Oh tidakk..tak berani nk mkn bronok tu..kalau dpt seratus ribu boleh consider😁😁

    ReplyDelete
  12. Jm..ikan bakar johor ke kedah yg paling win?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan mak membunuh betul! Kah kah kah... jdt vs kedah ek... ha ha ha

      Delete
    2. Biaq diorg gaduh bangsa J bangsa K..janji kita tak kan hehe

      Delete
    3. Mak..ikar bakar JOHOR lagi sedap kakakak

      Delete
    4. sebut je JDT semua seram sbb ada Aidil Zafuan dan Aidil Zaquan

      Delete
  13. BERTAHUN dilla x g langkawi. Banyak nya tempat menarik erk JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dila!!! lama x bersiaran..JM follow kat IG jek..blog berupdate tak? Langkawi x best dah skrg..brg mahal huhhu

      Delete
  14. Akak pun dah terjah JOM IKAN BAKAR ni JM..
    Search google juga..
    Memang sedap ikan bakarnya..
    Sambalnya sedap..
    Pedas2 manis gitew..
    Akak mkn 9 org Rm100++
    Campur lauk lain juga..
    Lala sambal..
    Siput sedut..
    Sayur lagi..
    Kira puas hatilah 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Yati..oklah harga tu sbb ramai mkn..mmg rekommen kan kedai tu..kak Yati pun masak ikan bakar kan...hihihi

      Delete
  15. hujung september , akak dan rombongan budak sekolah singgah di kedai kak yan. ketam udang besar , sayur sikit air suam total RM 12

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin ambik ketam dan udang tu kan..still murah kan Kak Nida

      Delete
  16. 1st time tengok bronok tu.. taktaula berani nak cuba ke tak
    aaa sedapnya ikan bakar, terutama dpt yg fresh isi manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazni..sis JM pun selera nak telan keh keh keh

      Delete
  17. Yeaaa... ada perkembangan... janji dikotakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada PC baru... Kalu x rajin update blog x tahu laa...

      Delete
    2. Tny Tny..ekekeke..hangat2 tahi ayam je ni

      Delete
    3. SS..tengah cuba supaya lebih rajin ni

      Delete
  18. value for money...takpa mahal sikit janji berbaloi dengan rasa,takda rezeki nak bronok-ronok ya,one day kna cuba gak tu,mcm sronok je nk makan dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayda..selera ke? eee cam x lalu hihih

      Delete
    2. haha..klau tgok rupa paras mmg tak lalu,tapi rasanya dlm rupa bentuk kerabu boleh consider lg,curious rasa dia mcm mn

      Delete
    3. ekekek...Ayda..mcm mkn chewing gum agaknya

      Delete
  19. sedapnyaaa JM kalau harga mahal tp makanan sedap no hal. ikan bakaq tu perghh garing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nina..kalau sedap mahal pun sanggup bayar tau

      Delete
  20. xpernah mkn bronok tgk geli hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina..baru tgk dah geli..kalau pegang? hihihhi

      Delete
    2. baik makan benda lain.. hahaa binatang geli2 ni cepat sgt naik bulu roma

      Delete
  21. tak pernah lagi merasa bronok. tapi bila dibuat kerabu macam sedap jer

    ReplyDelete
  22. RM41 utk makan 3 org tu rasanya murah. makan ikan bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Misha..JM pun rasa cam murah..sedap lak tu

      Delete
  23. Replies
    1. bila lagi abe MKL nak jadi pengomen tegar lak

      Delete
  24. Replies
    1. sedap ikan bakar dari ikan goreng kan...abe MKL..kalau dah suka ikan Bakar..Bakar nak makan apa? hehehe

      Delete
  25. wah, ada ek, makan tengahari ikan bakar, selalunya makan malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh..Cikgu Siti..ikan Bakar mmg ada siang mlm la ..ni mesti tak penah mkn siang ehh

      Delete
    2. a ah, saya tak pernah makan siang, macam pelik pulak haha

      Delete
    3. biasa org mkn waktu lunch...sedap wooo

      Delete
  26. errrr, i rasa, i tak mampu makan bronok tu sis

    ReplyDelete
  27. ikan bakar tu nampak macam sedap tapi yg mcm ulat tu..yuks..tak sanggup haha

    ReplyDelete
  28. Wah! mewahnya ikan bakar dia.

    Pernah lalu jer... tapi tak singgah makan pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A..rugi tau tak singgah sini...sedap..isi ikan tu manis dan freshhh

      Delete
  29. JM, kita rasa macam nak try je bronok tu.. RM41 tu .. fair la kan.. nak murah cmne lagi.. ekekekekeke ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Canon Rider..lama nya menyepi..awak nk cuba bronok tu? berani nya awak ihihhi

      Delete
  30. Assalamualaikum.. sis jm.. rinduuuuuuuuuuuuuunya bagi hint dulu nanti kita mari boom deh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Ekin..nak datang BOOM ke? dah lama dok tunggu Ekin ni heeee

      Delete
  31. Salam JM, sorry off topic. Blh tumpang bertanya dimana JR blog skrg. Lama sudah x update blog. Mungkin JM tahu. thnxs

    ReplyDelete
  32. Replies
    1. ZF..awak nak pergi honeymoon kat Langkawi ke> nanti share entri ehhh

      Delete
  33. JM, haritu kawan Khai bawa ke sini. Memang ikan bakar dia terbaik!! -kakijalans.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Khai...kan!! memang sedap..antara kedai makan sedap di Langkawi

      Delete
    2. memang sedap sangattt... JM tak nak tambah ke untuk reply as Name/Url.. kelakar keluar akaun the rusty books pulak. haha. btw tahniah JM juga tersenarai Top 55! Seepppp!! hehehe -http://kakijalans.com

      Delete
    3. Tak nak la tambah bila reply kuar Nama or URL..nanti femes lak hihih

      Delete
  34. dah 3 tahun tak jejak kaki ke langkawi... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudipVSsenduk..serba serbi dah mahal kat sana tau..kalau pergi satu family mmg agak parah la

      Delete
  35. tengok pun terliur wehhhhh.. wawa memang jenis makan macam ni. nasi putih, ikan bakar, ulam budu.. pun jadi bertambah. Jm bertambah tak tu? hehe

    Standard laa kot harga macam tu bertiga, biasa berdua wawa makan kat paka pun lebih rm50..kalau makan ikan pari bakar, ikan barat bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan bakar kat Paka mesti lagi sedap kan Wawa.nanti kalau JM turun terengganu leh jumpa Wawa hihih

      Delete
  36. suka tengok JM jenjalan, wawa tengok rg jalan pun dah rasa sampai kat sana.. hahaha

    melampau tak? kiki

    ReplyDelete
  37. Terus kembang tekak tengok tu...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti Rohaida...ahahaha..baru tgk dah kembang..acaner nk mkn hihih

      Delete
  38. Selamat Tahun Baru jarimanistravel.

    Tahniah!
    Blog jarimanistravel terpilih dalam senarai Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat TAhun Baru Rahsia Melancong

      Terima kasih!! JM terkejut sebenarnya blog Jari Manis Travel masuk list sebab entri sedikit..tapi selepas dapat award ni..JM berazam nak update entri lebih kerap dan nak share lebih banyak info pasal travel hihihih

      Delete
  39. Wow! PV dah jejak 2 juta! Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thn ni itew nak aim 3 Juta lak...leh tercapai tak ahahahah

      Delete
  40. Replies
    1. ahakss...kak Yan bukak kedai nasi campur ek

      Delete
  41. tgk mcm gamat hahaa ya ampun sapa la berani makan kan

    ReplyDelete
  42. GV tak lalu makan bronok tu. Huhu. Kadang nampak macam terung, kadang macam GV dont know what to say. huhu.

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG