Fikiran masih kosong tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ni...buntu sekejap..dulu selang 3-4 hari mesti ada je entri baru tapi sekarang hujung-hujung tahun mood makin merudum..
.alahh..Cik JM..I tahu kenapa u malas nak menulis...dah tak ada tempat travel yang u pergi kan..so tak ada yang nak di kongsi tul tak (ini suara hati yang satu lagi)...wit..wit..cam ada split personality pula kan..ahahah...sudah...sudah moh kita tembali ke alam nyata...
Dek kerana JM lama tak publish entry baru dan dek kerana ramai feminat tertanya-tanya, request dan sabar menunggu entri baru (habislah lepas dorang baca ni) JM kena kutuk..hahahha...ramai peminat lah sgt...maka tercipta lah satu entry yang terakhir untuk tahun 2013.
Tak ada idea nak menulis katanya...sekali intro pun dah panjang lebar kan..
Pada 18 November 2013 adalah tarikh JM bersama ibu, adik bongsu dan seorang rakan travel ke USS dengan menaiki bas dari Tune Hotel. Kenapa bas menjadi pilihan?...CEPAT, MUDAH DAN SENANG...nak tahu perlu baca entri ni sehingga ayat terakhir hee....
Pada jam 7.15 pagi kami turun ke lobi, masuk 7-eleven sekejap mencari makanan seperti roti, air kotak, dan mineral sebagai bekalan untuk sarapan pagi dalam bas nanti.
Lebih kurang jam 7.30 pagi terdapat 3 buah bas sedang parking di pintu masuk ke Tune Hotel dan masing-masing beratur menunggu giliran untuk menaiki bas. Sebelum itu Roslina (person in charge) akan berikan setiap seorang sekeping Imigresen Card untuk di lengkapkan dan di serahkan semasa tiba di Imegresen Singapore nanti. Tak ramai penumpang ketika itu lebih kurang 20 orang je dalam sebuah bas
|
Bus to USS from Tune Hotel |
Apabila naik je bas, FREE SEAT..so pilih je tempat duduk mengikut selera masing - masing. Sebelum bas bergerak, Roslina akan memberi sedikit briefing supaya semua berjalan lancar dan antara pesanan beliau adalah:
1. Isi imigresen kad dengan lengkap beserta No Bus
2. Pastikan passport di bawa bersama dan belum tamat tempoh
3. Make sure balik dari USS naik bas yang sama dan pastikan ingat No Bus
4. Bas akan berhenti di Imigresen Malaysia, semua penumpang perlu turun dari bas dan untuk semak passport dan selesai urusan di Imigresen, naik semula bas yang sama. Bas akan menunggu di pintu keluar
5. Bas agak bergerak terus ke Imigresen Singapore dan bas akan berhenti sekali lagi untuk menurunkan penumpang bagi tujuan Cop Passport dan bawa bersama barang-barang persendirian.
6. Selesai urusan cop passport, bas akan terus bergerak ke Universal Studio Singapore, Sentosa Island so duduk diam-diam kat dalam bas tu.
7. Bas akan berhenti di basement parking USS dan beliau akan mengingatkan waktu bertolak balik ke Msia.
8. Dari basement terus naik escalator untuk ke USS
|
Ini lah bas yang kami naik - JPD 7076 |
Bas terus bergerak dan melepasi sempadan Johor - Singapore dah akhirnya lebih kurang jam 9.30 pagi kami tiba di tempat yang di tuju. Hoyeee...hati mula berbunga-bunga seperti kanak-kanak riang eheheheh.
|
Dari basement tu..naik je Escalator untuk ke USS..gambar gegar..ahaha... |
Opening time : 10.00 am - 07.00 pm, so haruslah bergambar dulu kat tempat WAJIB ni...kalau tak bergambar kat sini seperti makan nasi tanpa lauk...gitewww
|
Ramai betul orang kat depan Globe ni... |
|
Ambil lah dulu sekeping - ini adalah adik JM yang bongsu ..korang nk tahu ni adik JM yang ke - 9 |
|
With my mum |
Nampak tak...setiap sudut kat globe ni ada orang...so sabar je menunggu...sementara tu adik JM nak ke bilik air..nasib baik JM dah sediakan botol mineral kosong..ye lah..ini Singapore bukan Malaysia..bila masuk je tandas, makcik - makcik kat dalam tu semua dah bising....kenapa tak ada paip..macam mana mau buang ni..makcik!!!..ini Singapore hokey (ckp dalam hati je)....
Bila selesai lepaskan hajat, cepat-cepat ambil gambar depan Globe bila nampak agak kosong di situ....rupanya masing-masing dah beratur nak masuk ke dalam USS...bergambar dulu.......
|
Welcome to Universal Studio Singapore |
Jom kita beratur, keluarkan tiket yang telah di cetak di atas kertas A4 seperti yang JM maklumkan dalam entri sebelum ini dan kepada mereka yang datang bersama anak-anak tak perlu risau bawak bersama bekalan makan dan simpan dalam backpack korang..in shaa Allah selamat kerana mereka tidak check/selongkar beg yang di bawak masuk.
PERINGATAN : jangan lupa untuk ambil Studio Guide/Map dan Show timetable di pintu masuk supaya tidak terlepas show yang di adakan.
|
USS Studio Guide |
|
Ini lah ahli jemaah tu |
Korang perasan tak dalam map tu ada beberapa seksyen, so kawan travel pesan kalau ko ke USS, pastikan naik
Transformers Ride dulu coz ride tu antara yang paling menarik dan best berbanding ride yang lain dan perlu cepat kerana biasanya ramai orang. So kami pun terus gegas ke sana.
TRANSFORMERs The Ride : The Ultimate 3D Battle (dengar pun dah menarik kan)
Join Optimus Prime and the AUTOBOTS as you become a freedom fighter in the ultimate 3D Battle againts the forces of evils.
|
Transformers Ride - the ultimate 3D battle |
Sampai sahaja kami terus beratur, ibu JM tinggal kat luar coz ride ni tidak sesuai untuk beliau, nasib kami baik kerana tak perlu tunggu lama dah sampai turn. Perlu pakai spek 3D dan terus arghhhh, weeeee, wahhhhhh...terus menjerit-jerit keseronokan kat dalam tu. Ride ini yang SANGAT BEST dan membuatkan JM dan adik naik ride ni 2 kali..ulang suara....dua kali kami naik...bila dah naik ride ni yang lain-lain tu biasa-biasa je.
Hajat di hati nak naik
Battestar GALACTICA tapi tidak beroperasi..dulu JM datang tahun 2010 pun still sama je...adakah under construction.
|
Battlestar Galactica |
Kemudian try naik
Accelerator - test your intergalactic stamina on this whirling twirling atttraction. Sekali naik...hahahah...tak mencabar langsung...tapi amat sesuai untuk kanak-kanak
|
Accelerator |
Let's go kita ke Ancient Egypt untuk naik ride
Revenge of the Mummy - ride ni agak mencabar kepada mereka yang tidak biasa naik roller coaster atau jenis yang gayat, lemah jantung dan asma di larang naik kerana ia agak extreme. Sebelum naik pastikan simpan semua barang yang di bawa di dalam locker yang disediakan dan oleh kerana ibu JM tak naik, maka beliau jagi mangsa untuk menjaga beg-beg kami...heeee
|
Kepada mereka yang tak naik ride tu boleh bergambar kat luar |
Berhadapan dengan Revenge of the Mummy ada ride
Treasure Hunter - Young explorers scan drive their own desert jeep through an abondoned Egyptian Excavation site. Oleh kerana ibu JM belum mencuba lagi ride yang ada ada, so JM ajak lah try naik ride ni..hheheheeh...kelakar pun ada...ride yang paling bosan..penat je menunggu turn tapi dek kerana nak kasi ibu JM merasa keseronokan tu..bertabah je la..
|
View dari ride Tresure Hunter |
|
Treasure Hunter ride - view di sekitar |
Te Lost World - kat sini banyak attraction antaranya :
Jurassic Park Rapids Adventure - Enjoy a thrilling river raft ride through primeval dinosaur habitats where you will get wet and possibly soaked. Ride ni agak menarik tapi pastikan bawa bersama raincoat kerana nanti akan basah...
Canopy Flyer - Enjoy a prehistoric bird's - eye view as you soar over Jurassic Park
Dino - Soarin : Children can pilot their own Pteranodon, soaring up into the clear blue sky or down into the cooling shadows
Amber Rock Climb - Scale the walls of The Lost World to explore precious stones and fossilised insects
Water World - Witness death - defying stunts, awesome explosions and thrills at this sensational 'live' water show
|
Jurassic Park - banyak ride yang menarik kat sini |
|
Water World Show - jangan lepaslkan show ni kerana agak menarik dan melucukan |
Selepas selesai show ni kami mula gerak mencari lokasi surau kerana jam sudah pukul 2.30 petang. Nak tahu lokasi surau tu..senang aje..terletak bersebelahan Revenge of the Mummy dan Sci-fi City seperti gambar di bawah. Pastikan bawa telekung sendiri bagi perempuan ye.
|
Lokasi surau - boleh rujuk dalam Studio guide Map |
Kepada muslim tak perlu risau kerana terdapat berberapa kedai makanan HALAL dan gift shop di sediakan, ini jugak boleh rujuk dalam map.
|
Antara kedai makan dan gift shop |
Moh ikut JM kita ke
Far Far Away untuk lihat Show
Shrek 4-D Adventure, Donkey Live dan seterusnya ke seksyen
Madagascar, Hollywood dan
New York untuk melihat show Light, Camera Action!
|
Far far Away - Shrek 4D show yang menghiburkan |
|
Musical show ni jugak agak menarik |
Oleh kerana JM sibuk nak tengok Musical show yang bermula pada jam 6.10 petang, JM terlepas dengan sesi Character meet dan Greet pada jam 6.30 petang...frust tul kalau tak boleh bergambar dengan Autobots, people of earth, Shrek happily ever after dan pelbagai karektor lagi.
Nampak tak seharian kami di sini kalau tak percaya cuba lihat gambar globe di bawah. Jam 6.45 petang kami gerak naik bas yang sedang menunggu di basement parking dan sebaik sahaja naik bas semua terlelap tido keletihan.
|
View pada waktu malam |
Trip kali ni JM hanya tukar duit
50SGD sahaja dan tiada aktiviti membeli sobiner dan juga gift kerana pernah ke sini sebelum ini..bye...bye..USS....
Kepada mereka yang pertama kali ke taman tema seperti ini mesti agak mengujakan..tapi dek kerana JM pernah ke sini untuk kali ke dua dan juga pernah Movie World - Gold Coast, Everland - Seoul dan Ocean Park & Disneyland- Hong Kong makan JM boleh bagi 2 bintang (seperti juri Maha Raja Lawak kan).
Esok 19 Nov 2013 check - out, minta receptionist call teksi untuk hantar ke Senai Airport jam 12.00 tgh terus fly balik ke Kuala Lumpur...habis sudah story bersuka ria di Singapore..jumpa lagi dalam entri yang akan datang pada tahun 2014
Wasalam...
hehe dahsyat la JM naik smpai 2x transformer tu...sy tak berani naik pun...takut....hahaha btw, fyi, toilet sebelah acceleratort tu, kat toilet hjg sekali ada paip..situ je la kot yg ada paip..sy pun sbb makcik cleaner toilet bgtau dulu masa pi sana...hehehe
ReplyDeletewah 9 org siblings?ramai tu....tapi mak JM tetap maintain gitu wpun anak 9 kan...
Alaaahh..kenapa tak naik...rugi tau...naik roller coater lagi mencabar tapi ride ni mmg BESTTTT sgt....Ha'a...baru tahu...thanks for the info :-)
Deleteahakssssssss...alahh mak DJ pun nampak muda...DJ ngan mak cam 2 beradik :-) org dolu2 kawin muda kan
sy mmg badan je besar, tp penakut giler...hahaha so mmg tak berani naik rides yg mencabar sgt...br naik yg pelampung bulat besar jalan dlm sungai tu pun dah rasa nak nanges!hahahaha
Deletealamak mcm adik beradik ke..maknanya saya ni nampak tua la JM!hahahaha tabah je la...kehkehkeh
ahahahaah...kelakar lah DJ ni..lor naik pelampung tu pun takut ke..itu biasa2 je tu heeeee
Deletealahhhh..bukan cam tu...DJ still nampak muda..hepy go lucky kan...JM ngan mak pun nampak cam adik beradik coz mak kawin muda kan...wlpun JM nampak tua tapi still hati muda heeeeeeeeeeee
weeeeeeeeeeeeeeeee... best nya JM... hope one day Lieya pon dapat datang ke sini .. InsyaAllah
ReplyDeleteIn Sha Allah..boleh..cost dalam RM500 termasuk tiket dah boleh ke sana....bwk adik2 bujang tu mesti best...
DeleteJM cuma ke USS aje ke... Banyak tempat menarik kat setiap perhentian monorel tu hingga ke pantainya. Monorel tu free je jika naik di antara stesyen di pulau Sentosa...
ReplyDeletePak Lang Mie..ha'a...ke USS semata2...tak ada plan ke tempat lain coz tak cukup masa...Ahaaa...baru tahu...perlu stay kat Singapore lah kalau mcm tu...baru best :-)
Deletewahh sonoknyerr gi USS tuuu., ehhee, wak pon x penah masuk USS jugakks.,ahHKks
ReplyDeleteSalam Wak...dah balik dari Umroh ko...hari2 JM masuk blog Wak...tgk gambar Wak panjat bukit Jabal Nur nak praktis nak gunung kinabalu katanya...tapi syg..tak boleh nak KOMEN...tak tahu kenapa...nk komen org lain pun tak boleh..
DeleteCamera?...masoh available ke...condisi masih ok ke...nanti Wak email detail spek eh..nk tgk2 dulu
alahhh Wak..ye ke tak penah ke USS?..kalau bawak anak Lanang Wak tu mesti dia suka :-)
tak sbr nk nunggu anak2 besar nk bwk dorg gi USS.. hoi budak2, cpt la besar !! haahaha
ReplyDeleteDear Zura, boleh je kalau nk bawak anak2 tu....ada beberapa ride yang sesuai utk anak-anak seusia anak Zura tu cuma kalau Zura nk naik ride yg thrill perlu bawak extra person utk jaga dorang :-)
Deletebagus bawak adik jalan2
ReplyDeleteadik2 saya semua besar2 dan dah taknak jalan dengan kakak dia hahaha
Ha'a...adik ni sorang je mahu ikut sbb masih kecik...bila adik dah besar2 mahu je dorang pegi ngan boyfriend dan girlfriend mana mahu ikut kakaknya lagi dah ..betul tak? heeee
DeleteKalau compare Universal Studio di Jepun dan Singapore, saya lebih suka Singapore pasal orang tak banyak berbanding di Jepun. Plus, saya suka rekabentuk Far Far Away castle di Singapore punya.
ReplyDeleteDiana...rindu sama kamu...nk baca blog u dari opis ni asyik kena block je..so perlu baca dari TAB baru boleh..
DeleteOh ye ker...alahhh..tak best aaa mcm ni ingat nk ke USJ next year..kalau ramai sgt malas nk queue kan..pastu lak dorang mesti cakap jepun je kan..
Ha'a...betul..betulll cam fairytale :-)
blm pernah ke USS lg. huhu.. gonna plan a trip to USS :) next year maybe.. hehe
ReplyDeleteCik NUFA,....terima kasih sudi baca dan komen kat blog JM ni.....suka sgttt heeee....Belum pernah ke sana eh?
DeleteMesti pegi...kalau first time pegi mesti best...kalau nk best lagi jgn pegi sorang2...ajak member baru thrill..keep on reading tau :-)
Huh.. Ke-9..??? ramai nyer adik2 Kak JM.. mesti best ramai adik beradik.. Kak JM yang ke berapa..?? :D
ReplyDeleteTak pernah pergi lagi USS nie.. tak sabar nak tunggu bulan 2 tahun depan .. Btw sempat ke nak abiskan semua dalam sehari..??
Ha'a...mmg seronok tapi bila dah ramai byk kerenah dan perangai...penat jugak sebenarnya..anak ke berapa?..cer teka..cer teka..kalau betul..tak ada hadiah...cuma dlm kategori bijak je heeee
DeleteAha...dah ada plan eh..pegi..pegi..bln 2 tak lama dah tu...esok pun dah masuk thn baru 2014...SEMPAT...kecik je USS ni..belum jam 4 pun dah habis pusing :-)
akhirnya..
ReplyDeleteMasih teringat ingat acik kat sini
Surau tu memang kecik kan
mmg kena bawak telekung sdiri....
JM gi masa tak ujan sangat sronok
time acik gi hujan selebatnya......uwaaaa
Ha'a..kecik jer...leh lah masuk dalam 4 org camtu...
DeleteAcik?...hiks...JM panggil Acik lah lepas ni bukan Dila lagi..baru rasa lebih mesra...
Hujan?...alaaa kalau hujan tu mmg tak best....time JM pegi pun hujan gak tapi jam 6.00 baru hujan so tak lah terasa ralat
teringat kembali trip ke USS tahun 2010. kalau nak enjoy permainan kat semua tempat dalam USS ni memang tak cukup sehari. Teringin pulak nak ke singapore lagi insyallah untuk ke tarikan terbaru di sana, iaitu hutan buatan manusia tu. hehehe
ReplyDeleteAHaaa...2010?..agak lama tu...ahkak ke sana pun thn yg sama tapi time tu byk ride yang belum siap...kalau time ramai org..perlu tggu queue lama..mmg tak sempat sehari...tapi time akak pegi ni tak ramai sgt org..so enjoy je semua ride naik
Deletehutan buatan manusia?..camna akak tak tahu ni...kalau camni ni nk repeat jugak lah heeeee
wowowow meriahnya femili JM..adik ke-9....dan bongsukah? atau ada lagi adik-adik?
ReplyDeleteouh Battlestar Galactica tu since 2010 tak function?! Ini mendatangkan permintaan refund duit tiket! *tetiber
Nana!!!...ahaka....keluarga BRSORrrr..ini adik yang bongsu...umur 11 tahun..
DeleteAhahahah...khen....cam tak baloi bayor tapi tak leh naik...kalau tgk dia nyer rail mmg agak mengerunkan
JM...jaga kesihatan yer....semoga dapat travel ke byk lg tempat tahun depan....p/s best kan travel dgn family...
ReplyDeleteTerima kasih Putri...kepala dah tak sakit..tapi selsema tak hilang2 lagi..masuk opis sejuk...hidung asyik berair je..smlm kt umah dah ok..
DeleteHa'a..mmg best bila travel ngan family..feel nye lain sket :-)
get well soon JM.
ReplyDeletekite tak penah ke USS lagi. masuk singapore selalunya ke tempat lain. tunggu ada mood nak bersuka ria theme park baru rasa nak masuk kot. :)
Thanks GB...still mkn ubat tapi selsema masih belum hilang...datang opis kena aircond je terus berair hidung ni..huhu
Deleteahaha...belum ada mood lagi ek..kalau tak ada mood tu tak yah masuk..mmg tak best..mana tahu thn depan akan ke sana :-)
semoga cepat sembuh.....saya terlebih cuti.....semoga persahabatan bertambah kukuh...selamat tahun baru 2014
ReplyDeleteTerima kasih pembaca setia blog JM ni...saudara MKL ahaksss...terlebih cuti?..so leh carry forward ke thn depan :-)
DeleteSelamat tahun baru jugak...JM juga mengharapkan persahabatan kita di alam maya terus berkekalan..Amin..keep on blogging coz JM akan terus support :-)
moga cepat sembuh JM!
ReplyDeletemeriahnya family JM....kalau berkumpul semua harus gamat nie dengan gelagat masing-masing :)
time JM pegi nie nampak macam tak crowded sangat...mesti adik bongsu JM tu suka!
Helo miss...helo miss...windu sama kamu...hoyeee..terima kasih...bila dpt doa mcm ni ceria rasanya..Aminn
DeleteHa'a..keluarga besar dan pelbagai perangai dan gaya...ada part best ada part yg tak best...biasalah bila dah rami mcm2 ragam...mak yang paling gumbira kerana ada 5 dara dan 4 teruna heee
Ha'a betul tu...jgn kata adik JM...JM pun turut enjoy coz byk ride boleh naik tanpa tggu lama heeeee
wah syioknyer yerk... 2 bintangjer.. 2 dari 4 (cam maharaja lawaktu) atau 2 dari 5 tu..
ReplyDeleteakak tak penah sampai lagi sebab suami akak kata tunggu dua orang budak tu tinggi sikit kot idak rugi banyak benda tak leh naik... so kalau nak pergi nanti 4 sure akak rujuk blog JM...
2 dari 4 je kak....bukan 5 heeee..ahahaha...dah bear anak2 akan tu...tapi kalau hubby cakakp camtu perlu tunggu dik Ya sekolah darjah 2...dah boleh pegi dh tu
DeleteSalam kak... berapa kos untuk pergi 2 org dewasa 1 org kanak bawah 2 tahun.....
ReplyDeleteW'komsalam....kos all in or tiket uss sahaja?
DeleteHurmm...tgk akak pi uss teringat trip thn lps..xberhupdate ag..yg turkey ag la thn bila nk up citer haha..adoiii mls dh nk blogging ni sbnrnya tapi blogwlking bkn main aktif
ReplyDeleteAyu!!...Apa?..tahun lepas nyer pun belum update..malas betul ni hehhehe..update lah..akak nak baca pengalaman ayu ke sana fulak :-)
DeleteThen..kiranya story turkey akan pending ke thn depan lah ni ahahaha..caiyok..caiyok..rajin skit..akak setia menunggu ni..kalau tak baca entry baru blog kawan2 cam nak demam rasa nya hahaha
Wah belum sampai lagi nih.
ReplyDeleteaRz mOha : apa d tunggu lagi :-)
Deleterindu nak pi lagi. haritu pi tak sempat naik semua pun sebab banyak masa habis beratur ja. T_T
ReplyDeletemacam mana sis jm sempat masuk mostly semua tempat? tak ramai orang ka masa ni?
Cik Fafa : ramai gak tapi waktu Q tu ambil masa x lama bergantung kepada jenis ride..TRansformer tu leh naik 2 kali..elak dari pegi hujung mggu
Deletepergi hari yang xcuti la.. weekend mmg penuh la org..
DeleteRasa macam dah sampai sana dah baca entri sis ni. Bezanya tak experience betul2 lah all the rides :)
ReplyDeleteFarrah : ehehehe gitewww katanya..jom arhh klau nk pegi leh sis JM temankan..nak?
Deletejom jom kak farah.... saya pon xpernah p lagi ni...
DeleteRos duduk JB dah 3 tahun, tapi tak pernah lagi ke Singapore. tengok orang lain pi sana, macam nak jugak ke sana :)
ReplyDeleteRose : ruginya...pegilah sekali dengan hubby tu..dah sempadan je..best sgt tau
Deletealang2 dok JB baik pergi ja...
DeleteSangat menarik sekali di USS kota Singgapuaknya adik tu dah besar tinggi dah macam JM tinggi juga kan JM..aduh teringin nak ke kota singapura..agaknya bila ya dapat pergi sana..Singa still dekat..lagi..
ReplyDeleteAlahh..Cikgu Etuza..kalau nk boleh je..bukan jauh pun..AA kan ada buat sale sekarang ni ce cari tiket murah tu..ha'a..itu lah adik JM yang bongsu umir 13 tahun..skrg ni beliau leboh tinggi dari JM..
Deleteada teman kerja kat singa ni dan ada anak buah isteri juga kerja di singapura..katanya gaji tinggi. InshaAllah akan minta dia guide bila ke sana..doa kan lah ya JM..bukan nak seronok tetapi niat nak tengok bumi Allah di sana..nak tengok keindahan alam kat sana..
ReplyDeleteIn Sha allah..nanti rezeki cikgu Etuza ke sana..jika ada kenalan lebih mudah nak gerak nanti :-)
Deleteada iuga ya Universal di singa tu..ini pusat hiburan dan mercu pelancongan kat Singa kan...huuu hebat
ReplyDeletecikgu Etuza cubalah datang ke USS ni byk games tuk anak-anak mesti seronok...
DeleteNext time... kalu datang lagi singapore... Kat arrival card tu... tak nak letak nombor bas pon tak pe... tulis je bas... he he he he he...
ReplyDeleteBoleh ke duduk diam2 dalam bas tu? He He He...
ReplyDeleteOk.. JM ada 9 org adik beradik...
ReplyDeleteBakal mak mertua ai yang baju oren tu kan? He He He...
ReplyDelete18 November... He He He...
ReplyDelete9 adik beradik..woww....
ReplyDeletemaknya nmpk muda.. mcm adik beradik dah..
tarikh besday saya tu...
ReplyDeleteYe Cik Zarul Farhana.... SS tahu... Ha Ha Ha..
Deletebetul seharian kat uss ni . mmg byk permainan . klu bebudak mmg excited lah ...
ReplyDeletesingapore pun sis jm dah sampai gak
ReplyDelete