Monday 17 August 2015

Trip Solo : Dari Don Mueng Airport ke Bangkok City

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog JM,


Meh sini datang dekat JM...i nk kongsi my SOLO trip to Bangkok City.

Travel trip on 23 July 2015
Ini sambungan entri Do Not Miss Me

Kawan opis pun tak percaya.."BERANI nya ko travel SOLO...ko nak pegi Bangunan SAPURA Seri Kembangan guna WAZE pun sesat" (ayat perli) inikan pula Bangkok City sensorang?

Tak di nafikan....memang betul cakap kawan JM tu...sebut Shah Alam je....JM akan cakap jauhnya...sebut nak pegi IKEA Damansara pun....JM akan elak....sbb? takut sesat dan jem..see?

Ini kan pula Bangkok City?

Kepada yang dah biasa travel SOLO akan cakap 'kacang' je..Bangkok City je pun...public transport semua mudah..easy...can do it yourself....tapi bagi JM yang first time travel SOLO tetap CUAK.

Okey..kalau korang nak tahu apa yang terjadi kepada JM semasa di sana..haruslah follow this Bangkok Story.

Macam-macam yang berlaku sepanjang trip 6 hari 5 mlm tu :
1. Bertemu dengan orang Bangkok yang baik dan perihatin
2. Booking bilik untuk seorang tetapi bila check-in dapat bilik untuk 3 orang
2. Dalam perjalanan nak ke Tailing Chan Floating Market time tu pulak nak 'terbe$%^" . Kelam kabut cari toilet...tahan almost 2 jam...korang rasa?
3. Tido malam rasa ada 'something' atas badan..BERAT tak boleh nak gerak!
4. Peristiwa di tinggalkan di tepi highway disebabkan salah sebut nama lokasi
5. Tertiggal topi pink dalam Van
6. Berbasikal di Bandar Ayuttaya - melintas simpang 3 dan roundabout dengan basikal <-- berani pulak tu...kalau di Msia jangan mimpi nak buat?
7. Tersalah masuk gerabak train

Pelbagai pengalaman yang JM lalui..

Kesimpulan : YES!!!! akan travel SOLO lagi kerana pengalaman yang ini sangat BEST!!!!

Detail trip :

Flight KLIA2 - Don Mueng Airport, Bangkok : 23 July 2015, boarding time : 3.00 petang
Flight Don Mueng Airport - KLIA2 : 28 July 2015, boarding time : 4.30 ptg
Return Ticket : RM184.00

Jam 1.40 petang sampai di KLIA2 terus ke kaunter untuk dokumen check sebab JM tak drop luggage. Galas bagpack 6.5kg je. Selesai check in, terus lunch di Marry Brown. Jam 2.40 petang baru gerak masuk cari gate Q.

Sampai gate Q jam 3.00 petang, ehh! sempat lagi ni nak solat jamak Zohor dan Asar. Pastu terus ke surau. Selesai ambil wuduk dengar announcement boarding time tu Don Mueng. Alamak! kelam kabut sarung tudung. Kalau lah time tu JM tak dengar....jawapan nya 'bye-bye Bangkok'.

Depart time 3.40 petang
Estimate time arrival : 5.50 pm waktu malaysia dan 4.50 petang waktu Thailand

Selepas 2 jam 10 min dalam flight, alhamdulillah selamat mendarat di Don Mueng International Airport, Bangkok. 

Lelaki berbaju putih tu orang Jepun duduk sebelah JM dalam flight
Terus gerak ke Imigresen kaunter. 

Waktu beratur nak clear passport, semua line panjang...ramai!!!

Depan JM ada sorang minah ni lama betul di kaunter imigresen..rupanya baru nak isi Arrival Card. Mamat di belakang JM pulak dah rengsa, tak senang duduk, nampak nak cepat je sambil lihat jam di tangan.

Then JM pun borak lah ngan mamat ni (cina malaysia)..ini kali ke 4 beliau ke Bangkok. Trip kali ni dia akan stay di area Chao Phraya River, pastu dia cakap dah minta driver jemput. Kalau naik teksi waktu ni memang jem sebab orang baru balik kerja.

Jadi JM minta mamat tu cop passport dulu sebab JM pun tak pasti lagi nak naik train, bus atau teksi untuk ke Bangkok City dari Don Mueng Airport tu.

Plan asal nak naik tren tetapi masih ragu-ragu sebab tak jelas lokasi stesen keretapi tu. 

Meh JM kongsi sedikit info sebagai panduan..ini pun dapat tahu pada hari terakhir di Bangkok :

Kepada yang tak tahu, Bangkok sebenarnya mempunyai 2 airport utama tau..

i.  Jika naik Malaysia Airlines atau Thai Airways flight mendarat di Bangkok Suvarnabhumi Airport (BKK)

ii.  Bagi yang fly with Air Asia atau Malindo Air, flight akan mendarat di Bangkok Don Mueng Airport (DMK)

Waduhhh...explanation lagak nya seperti travel agent ngak atau Wikipedia idak pun Wikitravel kih kih kih...ada ambo kesah...janji reader faham dan mudah buat rujukan..ada pahem!!! hihihhi

Ada beberapa cara dari Don Mueng Airport to Bangkok City. 

1. Naik Bus

- Bus No A1
i. Keluar sahaja dari Arrival Hall pandang sebelah kiri cari gate No. 6
ii.Keluar ikut gate tu nanti akan nampak board tertulis "A1 Bus"
iii. Tunggu bas kat situ
iv. Bas A1 akan berhenti di BTS Mo Chit

Board ni sebelum keluar Gate No 6
Keluar dari Arrival Hall sebelah kiri cari Gate No 6
Keluar je dari Gate No 6 - tunggu bas A1 kat sini
Bas A1 route : Don Mueng Airport - BTS Mo Chit Station/MRT Chatuchak - Bangkok Bas Terminal
Bas A2 route : Don Mueng Airport - Victory Monument

Harga tiket THB30 (~RM3++) dan bayar kepada konduktor bas. Sampai je di BTS Mo Chit Station, boleh naik BTS Skytrain atau MRT (underground) untuk ke destinasi yang korang dah plan. FAHAM? heeee.

- Bus No 29
Kalau korang rasa THB30 tu mahal boleh naik bas No 29. Tambah bas THB10 (~RM1++). Kat mana nak naik bas ni?
i. Keluar dari Arrival Hall dari gate yang paling hujung sebelah kanan
ii. Cross jalan dan gerak arah ke kanan
iii. Nanti korang akan nampak bas stand sebelah kiri.
iv. Tunggu bas no 29 kat sini. Bas warna merah akan lalu Bts Mo Chit dan seterusnya ke Victory Monument...mudah bukan?
Follow ARROW yang JM lukis tu
Kalau rasa tak nak lah naik bas...nak naik keretapi...pun boleh!!!

2. Keretapi dari Don Mueng Airport Station ke Hua Lampong Station

Bagi budget traveller boleh naik keretapi dari Don Mueng Airport ke Hua Lampong Station. Dari Hua Lampong ada connection dengan MRT Station untuk ke BTS Station.

- Keluar dari Arrival Hall gerak ke kiri dan cari lift yang tertulis Amari Don Mueng Airport Bangkok
- Naik lift ni ke aras 2
- Jalan ikut jejantas ni sehingga sampai ke stesen keretapi Don Mueng
- Tambang keretapi THB5 (~50sen++)

Naik lift ke aras 2 dan jalan cross jejantas
3. Cara ketiga bagi mereka yang ingin keselesaan boleh naik TAXI Airport
- Cari Gate No 8 di sebelah kiri Arrival Hall
- Tambang taxi ikut METER

Salah satu teksi meter di Bangkok...cantik kan...why? sebab warna ping eheheeh
*****************************************

Okeyy...meh kita sambung apa yang terjadi pada JM selepas keluar dari Arrival Hall tu.

Waktu ni JM masih 'BLANK" kat mana nak naik train/keretapi ke Bangkok City..

Bila dah cop passport keluar ke Arrival Hall terus cari SURAU. Apa-apa pun SOLAT mesti diutamakan sebab JM fikir jika kita tunaikan perintah Allah, Allah akan permudahkan urusan yang lain.

Muslim Prayer Room - Don Mueng Airport

Muslim Prayer Room - Don Mueng Airport
Muslim Prayer Room - Level 2
- keluar je dari Arrival Hall tu terus ke kiri
- naik escalator ke Level 2
- follow je sign Muslim Prayer Room
- ambil wuduk dalam toilet hujung sekali

Sebelum solat JM tanya lah seorang budak perempuan dalam surau tu...dia nak ke Krabi,

"Adik kat mana nak naik keretapi ke Hua Lamphong?"

Pastu dia cakap perlu lintas jalan. Masih tak puas hati, JM pergi ambil wuduk...apa-apa pun solat dulu kemudian baru cari stesen tu.

Lepas dah solat, mulut ringan je tanya seorang lagi budak perempuan ni. Waktu ambil wuduk tadi JM memang dah senyum kat budak ni sebab cantik hihihihi.

JM : Boleh cakap melayu?

Adik comel : boleh sikit-sikit

Dalam hati JM...wahh...ini sudah bagus..

JM : akak nak ke stesen keretapi, tapi tak tahu cara nak ke sana..

Adik comel : ohh...nak naik keretapi tu perlu lintas jalan. Tapi kalau akak naik keretapi tu lama, lambat!...akak ikut saya. Saya nak balik ASMARA..

JM : ASMARA? ke ASRAMA kih kih kih

Adik comel : ASRAMA heeeee

Namanya Shafinaz student intership di Bangkok. Berasal dari Yala, Thailand.

So APA yang terjadi kepada JM selepas follow adik comel ni? nak tahu TUNGGU!!!

Berapa lagi mau tunggu...ahahahah...faham-faham lah sendiri ye

BERSAMBUNG!!!

342 comments:

  1. Replies
    1. kannn....kagum kannnnnn hehehehhe

      Delete
    2. berpeluh2 jantan tau nak siapkan entri ni....hehehehe

      Delete
    3. syioknya jalan sorang2....memang kagum sebab berani....:)

      Delete
    4. Amiiza!!! yang x syok tu bila x ada gambar sendiri hiksss

      Delete
    5. Sal...itu sbb sis JM dongibab

      Delete
    6. Beli camera baru ler kedekkkkk! Ha Ha Ha...

      Delete
    7. kawe nok pinje pitih sikit boleh SS...nok beli camerA hihihih

      Delete
    8. Suida...finally? belum...belum FINAL...baru nak START ni hihihihhi

      Delete
    9. dari mu usung camere baik mu usung kawe... package...

      Delete
    10. kalau usung camera FREE kalau usung mue byk pitih keluar :P

      Delete
  2. adakah adik comel tu ada kena mengena dengan Fazley Yaakop a.k.a Abang Asmara??? keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepupu kot dengan abg asmara :-))

      Delete
    2. Kak Yan...patutlah cantik kebabom!!!

      Delete
    3. waaa...kak yan pun kenal abg asmara ehhh....hahahhahaha

      Delete
    4. tengok siapa..Kak Yan uollss! heee

      Delete
    5. ahahaahha....ada2 je bukan mengada-ngada....

      Delete
    6. Yang asmara-asmara tu SS suka...dia suka bagi merecikkkk hehe

      Delete
    7. ahahaahha...anak dara memang mcm tu

      Delete
    8. Mak tak yah laaa propa tak merecek mak... kah kah kah...

      Delete
    9. belom coba belum tahu mak kan...ehhh GM kan hihihhi

      Delete
  3. asalamualaikum jm
    :-))
    beraninya....hati ada rasa kecik besar tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam kak Yan...dalam hati ada taman hihihih

      Delete
  4. jm naik basikal je pusing roundboard..nape kat malaysia tak berani jm

    ReplyDelete
  5. Assalam JM
    Yang ni baru betul2 adventure ye...
    Bagus tu berjinak2 travel secara solo.
    Pahit yang dilalui, manis bila dikenang ye...
    Tahniah selamat kembali ke Malaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Yong ASP!!! Ya Allah rindu sama Yong..lama x singgah sini ..same to me..dh lama tak tanya khabar Yong..sihat? trip Yong ke China pun JM x khatam lagi :(

      ye Yong..pengalaman yang sgt berbeda bila travel solo ni

      Delete
  6. wahhh lama g bangkok! tahniahhhh dah buat solo dah dia. baru je berita ade letupan kt bangkok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh John!!! John travelhollic awesome ke nih..kesat mata berkali2...hihihihih....happy iolsss traveller ohsem komen kat blog i ehehehe....

      SOLO lah sbb tak der PARTNER....sudi ke John jadi partner travel i kih kih kih komen minta pelempang!!!

      itulah kan..Bangkok dan LETUPAN berpisah tiada..nasib JM lah time ke sana ritu AMAN!! alhamdulillah

      Delete
  7. Trip solo yang ditunggu-tunggu! Wah banyak perkara berlaku sepanjang kak JM seminggu kat sana. Ni yang tak sabar nak tunggu full entry setiap tempat ni.

    Rindu nak baca post kak JM yang details camni! Saya suka *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..sis JM pun suka baca story Kay...DETAIL supaya diri sendiri pun leh refer juga nanti :-)

      Delete
  8. Wah JM pergi sorang2 jew. Beraninya JM nie ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal!!!!! jgan tak percaya hihih...PENAKUT sebenarnya

      Delete
    2. Hebat la JM. Tabik spring la untuk JM ^-^

      Delete
    3. mesti dah makin berani lepas balik solo trip ni kannnn :D

      Delete
    4. kih kih kih..jaga2..kang bengkok lah spring tu

      Delete
    5. Hanis!!! ahaksss.....step by step...ohh babeh!

      Delete
  9. Ya Allah, hebatlah JM ni.. berani..Good sangat..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Wawa..ada dapat hadiah tak atas KEBERANIAN sis JM nih hiksssss

      Delete
  10. Yeayyyyyy! Citer bangkok sudah keluar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye cikgu CEKETED!!! bercinta nak siapkan ni...iskkk..

      Delete
    2. teruskan JM..kami menanti.menarik ni sebab JM travel solo. point nombor tiga tu menarik...haha

      Delete
    3. Sal...kejadian no 3 tu salah sendiri...SERIK!!!

      Delete
  11. Alaaaa,...baru sengih2 syok baca tetiba bersambung! Nak lagi! Nak lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa? nak lagi? MINTA NYAWA hehehehehe

      Delete
    2. ehhh...sama laa kita farrah...mcm xpuas kan ....hahahah

      Delete
    3. nah JM bagi KARI nak? sekali rasa mesti PUAS hhehehe

      Delete
    4. keh keh keh....lom pernah lg mnolak kari

      Delete
    5. kalau tolak KARI tutup lah kilang nanti heeee

      Delete
  12. Lepas ni tentu jadi gian nak travel solo... salute JM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh..mcm mana PLM boleh 'baca' isi hati JM nih heeee

      Delete
  13. ok...nak komen seround dulu...pastu baru sambung baca....heheheheheheh

    ReplyDelete
  14. kiranya trip ini trip ganti yg tak jadi dulu..?
    teringinnya nak ke bangkok..
    harap2 ada rezeki nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak Nieda...asyik ke HatYai je...ce ke Bangkok lak..TomYam sedap!!!!

      Delete
  15. waaahhh....tahniah JM....coz berjaya publish entry baruuuuu.....*tepuk tangan* hehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna : Tepuk tangan je...ROTI KARI satu!!!!!

      Delete
    2. aiyakkkk...roti kari tarrak....serbuk kari ada....hahahahha

      Delete
    3. ada ROTI tarak KARI mana ada ummphhh...isskkk!

      Delete
  16. tu dia ...bila JM start mengarang ...sampai berkajang2...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's my prob kak Nieda...tak boleh pendek..tak PUAS!!! then itu sebab seminggu 1 entry kih kih kih...berhari2 menulis

      Delete
  17. tapi kalau bab menulis cerita travel memang idea mencurah-curah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha Kak Nieda...bila dah MINAT memang begini hasilnya..ce minta JM tulis cerita masak memasak...main masak-masak boleh!

      Delete
  18. tertinggal topi pink tu kisah yg paling sedih kan JM???? hik hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh TIDAK!!! Deanna! jangan di sebut lagi pasal topi ping tu!!!! hati menjadi pilu ehehehe...baru berangan nak pakai di tepian pantai dengan spek hitam....sob sob sob

      Delete
    2. SS rasa kisah 'terbe$%^" lagi menarik...
      * Tutup idung... Busuk skit... Keh Keh Keh

      Delete
    3. alahai ciannya..nanti beli topi pink baru ye

      Delete
    4. hahahhaha...SS nk sgt tau citer terb@#$% tu kannnn

      Delete
    5. almost 2 jam tahan tu Deanna....rasa nk pecah panggung hihihhi

      Delete
  19. jangan lama-lama berhibernasi ya JM...mau sambung lagi...yuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Nieda nak JM sambung lagi..tolong buatkan KOPI boleh? hiksss

      Delete
    2. Takut nanti Berhiberbasi... he he he..

      Delete
    3. ehehehehe....dah ada tanda2 nih

      Delete
  20. JM xmenyembang ke ngn jejaka jepun yg dok sebelah tuh??? ke malu??? hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna : bukan malu tetapi sebab x hensem ahahaha...kalau dah start naik flight dia terus MEMBUTA...

      Delete
    2. hahaha..akak memang jujur! ce hesem macam Yeo Yung Sook..ewah petik nama nampak!

      Delete
    3. Yeo Yung Sook? Yoo Jae Sook kenal lah...laju je google nama tu....

      Delete
    4. hahhahaha...adehhhhhh...gitu ehhh...kalau dh tido nk nyembang per je kan....

      Delete
    5. sal....yeo yung sook tu sape??? heheheheh

      Delete
  21. waaaa....baiknyeee hati JM bagi laluan kat bro tuh....bertimbang rasa kan.....tahniah JM....timbang rasa anda kebanggaan kami...hhahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah..LAWAK!!!! bangga ye..CLAP! CLAP! CLAP!...di sbbkan JM bagi laluan kat mamat tu lah..ALLAH beri 'something' pada JM..nak tahu? tunggu!!!!

      Delete
    2. betul....buat benda baik dgn ikhlas....Allah akan bg gnjran berlipat kali ganda hihihihi

      Delete
    3. yeay!!!! betul...buat baik di balas baik buat jahat di balas busuk heeee

      Delete
  22. waaa...nasib baik ada adk yg leh ckp melayu...asmara pun asmara laaa.....jnji sampai...hahhahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna : kalau lah adik tu LELAKI..boleh BERASMARA hihihihih

      Delete
    2. jangan JM..dahlah barulepas sembahyang..haha

      Delete
    3. Sal!!! kah kah kah...jangan stim!

      Delete
    4. kah kah kah....xmemasal nk berasmara kt surau...adehh JM ni...sakit perut gelak...

      Delete
    5. sebab dah tak boleh "TAHAN' Deanna...astaqfirullah! hihihihih

      Delete
  23. ehhh....mcm xpuas lak baca entry JM nihh.....xsabar nk tau kesinambungan sinetron JM kat bangkok hehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sengaja nak kasi korang TAK PUAS....kalau dah puas nanti x BEST! hihihih

      Delete
    2. hahahhaha...manusia mne pernah puas JM

      Delete
    3. itu nafsu tinggi sangat Deanna hihihih

      Delete
  24. Tips yang best dan terperinci. saya baca berulang ulang.
    Tapi sedih bila baca topi pink tertinggal dalam van...Nanti ganti baru ya JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fidah Shah..hadiahkan TOPI PINK untuk JM satu hihihih

      Delete
  25. Kalau saya...memang tak berani nak travel sorang-sorang. Kecuali kalau terpaksa...huk..huk. Tapi kalau boleh, tak nak jugak....wwwaaaaaaa
    Syabas JM...menjadi inspirasi pada yang nak cuba-cuba travel solo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fidah Shah...kalau ikut rasa hati mmg takut terutama Bangkok kan...bab letup sana sini x leh nak elak...tapi sentiasa doa kepada Allah permudahkan perjalanan...Amin...alhamdulillah....

      Delete
  26. congrats JM for your first solo trip .. many more to come ehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Azra...sebenarnya i salute ngan u tau...travel solo ke Seoul, Japan...so JM pun try lah...mahu rasa kelainan tu..yes!!! seronok pulak rasa nya heee...in shaa Allah jika ada rezeki....

      Delete
  27. Alhamdulilah JM dah balik Malaysia. Tetiba ada bombing incident kat Bangkok senalam kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Fay!!! bila dapat tahu berita tu ya Allah...syukur..kejadian tu berlaku selepas JM dah balik msia

      Delete
  28. Wahhh bestnyaa JM. Berani travel sorang2. Nani ni nak jalan2 KL sensorg pun pikir tiga empat kali. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa..Nani ni kalau x berani sorang ke KL..sis JM boleh temankan :-)

      Delete
  29. TRAVEL SORANG2 HATI MESTI SGT BERANI NI HANYA BERGANTUNG KPD BIJAKSANA DIRII SENDIRI...MENGAGUMKAN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak PARIDAH..one more thing jangan malu BERTANYA dan mulut perlu 'ringan' ..kalau ada batu dalam mulut...susah sikitlah heeeee

      Delete
  30. Wah berjaya yer pegi sorang. Alhamdulillah :) memang tabik spring dgn JM. Allah permudahkan segalanya utk JM. Sikit2 pengalaman 'tidak manis' itu anggap jer buat kenang2 an..

    Eh cepat2 smbg story..tak sbar nak bc hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezan!!! yang manis jadikan kenangan yang pahit jadikan pengalaman gittew...sambungan story? heeee x janji!

      Delete
  31. taxi Nye mmg color block kan.. kalau hijau hijau yg moden Nye kaler..
    pink kaler.. biru kaler.. tp plg win memang warna pink la.. dr jauh dah terserlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofcoz pink color tu yang cantik kan ietams hikssss

      Delete
  32. faham sangat salah naik gerabak train tuuu T_T lagi2 kalau totally opposite direction. sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis....malu kena halau ke gerabak lain...buat muka tebal je

      Delete
  33. Bravo sis,memang mantap jiwa raga meredah Bangkok sensorang,hiccups sana sini tulah yang manis untuk dikenang dan syok dikongsikan..bru cter smpai airport pun dah menarik...kipidap...setia menunggu siri seterusnya :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayda Awie : dongibap utk tggu next story tau heeee

      Delete
  34. Tips yang sangat berguna buat yang nak melancong ke Bangkok. Mana tahu kak zai teringin nak kesana boleh ambik sebagai panduan. Tapi for sure bukan solo lah hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Zai tak boleh pegi SOLO...mengamuk En Abe nanti

      Delete
  35. Ms JM,

    Syabas & respek. Cukup berani & yakin. Boleh lawan Supermeng lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Shukri...lama x bersiaran...i'm still remember u :-) Supermeng? tak boleh!!! itu OTAI!!!! dah boleh 'terbang' JM baru nk belajar merangkak hehehehe

      Delete
    2. Ha..ha..ha.. Ms JM. Mmg lama tak muncul. Ada komitmen lain. Skrg baru ada peluang baca pengalaman kawan2. Selamat maju jaya JM

      Delete
    3. Terima kasih En Sukri..masih ingat kenalan lama ni :-)

      Delete
  36. Bestnya Kak JM. Salute dekat akak sebab ada keberanian untuk travel solo. *thumbs up*. Masih menanti sambungan apa yang terjadi selepas akak ikut adik comel tu hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pojie!!! bukan ke pernah travel SOLO gak? ke tak pernah?
      Adik comel tu mmg comel macam pojie tau..sib baik perempuan...kalau lelaki..ishhhh.. hhehehe

      Delete
  37. Asmara tuuuu. Auwww. kehkehkeh
    Btw, murah tix sis JM. RM184 return. Twu-KL pun lagi mahal dari tu. T_T

    ReplyDelete
  38. Hi JM,

    Saspennya solo trip JM ni. Tak sabar tunggu sambungan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ros Nzrj!!! selamat berkenalan

      Ha'ah..penuh DRAMA...nak tahu stay tuned!!!

      Delete
    2. Hihi selamat berkenalan. Lama dah baca blog ni tp baru ni komen. Cepat2 update ye sis sebab nk pergi Bangkok ni bulan 11 :D

      Delete
    3. ahaaaa....mcm tu lah...x perlu segan silu nk drop komen...dengan komen baru boleh 'rapat' heeeeee

      Delete
  39. akak memang berani....cayalahhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hani...bila dgr berita ada letupan BOM di Bangkok baru-baru ni SERAM SEJUK plak rasa

      Delete
  40. Beraninya kak JM travel solo ke Bangkok. Kalau saya, belum tentu lagi berani nak pergi Bangkok sorang-sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah : Bangkok dan BOM berpisah tiada...ntahlah...hujung tahun nanti ada lagi trip ke sana....takut pulak rasanya bila ada letupan bom on 17 Ogos ri tu

      Delete
    2. Amboiiii...dah bersusun trip sepanjang tahun..bertuah badan.
      Den ni dok tunggu bila la pokok duit nak tumbuh belakang umh ni..sob sob

      Delete
  41. saya tak parnah lagi jalan sorang-sorang...kalau nak travel nanti, saya akan rujuk sini....tahniah sis berjaya melaluinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Siti Hazreen....tak parnah ye...sis JM pun tak parnah tetapi pernah lah jalan sorang-sorang tapi di Msia je...ni pertama kali jalan sorang di obersea heeeee

      Delete
  42. Nice. Baca laju2.
    Tgh training.
    Nnt sambung lg komen

    ReplyDelete
  43. Replies
    1. Erny!!! baru nak start enjin....penakut sebenarnya :-)

      Delete
  44. syabas betty...dah lulus ujian solo travel..macam2 pengalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis Nohas...akan try another destinasi lak :-)

      Delete
  45. salute lah kak Jari Manis berani travel solo. Luar negara lak tu! memang respect!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal...sis JM ko ni pelik sikit..kalau kat tempat orang dia punya BERANI lain mcm..ce kat tempat sendiri...GELABAH semacam je huhuhu

      Delete
  46. berani juga JM yer...tengok entry ni...terus tengok date..hehehe...kan Bangkok baru lepas kena bom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah NoE...kejadian BOM tu on 17 Ogos kan pegi hari tu mmg x terlintas langsung akan kejadian seperti ini berlaku....ye lah..kalau bab BOM mengeBOM ni...Thailand berpisah tiada...

      Delete
  47. tengah sedap baca bersambung la plak...

    ReplyDelete
  48. Uish. kebetulan destinasi sama.. haha... nk kena hapdate cepat juga lah. tgh excited ni.. ngeeee

    ReplyDelete
  49. Best sebenarnya sekali sekala jalan solo. Experience mesti bermacam versi. Syukur JM gi awal. Nengok berita pasal bombing semalam terus seriau. Bb kat area shrine tu last year. Huhu ajal maut kuasa Allah. Alhamdulillah JM selamat balik Msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah Bie...terkejut gak bila dapat tahu berita tu...tourist spot yg jadi sasaran kan

      Delete
  50. Assalamulaikum kak jm.. baru singgah blog ni susah hp xberapa ok ni gak ni pun pinjam hp abe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKomsalam Ekin...Wah kegigihan Ekin kebanggaan sis JM...sib baik En abe sporting deh

      Delete
    2. Hahaahaha dio tido ekin guno la.. xbgi hp mengajuk la nti hihihihi.. ni curi gunohp ank saudara abe hahahah

      Delete
    3. Ekin...kalau x bg pinjam En Abe tido luar bilik kan...x gittew hihihi

      Delete
  51. Wah sis JM ke bangkok patut senyap ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh....dah lama balik lah Ekin....ni trip 23 - 28 Julai 2015

      Delete
    2. Taw2 ekin baru singgah blog sis JM kan...

      Delete
    3. Ekin!!! terkejut kena BOM!!!

      Delete
  52. Kereta sewa dua warna pink comel2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin...itu bukan kereta sewa...itu Teksi :-)

      Delete
    2. Hahahahaha sory2 kereta sewa kat kelantan baru ada...

      Delete
    3. itu sebab SS naik kereta di kelantan nanti

      Delete
  53. Sesat jdikat semangat utk travel lg ya sis JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin...kalau x sesat x mencabar kan tapi kisah sesat ni byk kali...nanti cite

      Delete
    2. Kita tunggu cite sesat sis JM taw...

      Delete
    3. nasib baik sorang2 sesat..kalau ada kawan yg follow time tu mmg dah mencuka penat heeeee

      Delete
  54. JM ...

    Cepat sambung ... nak tau kisah selanjutnya !!!

    Hahahhahahaaa ...

    JM memang detail ... siap kasi semua secara detail !!!

    Terbaiiikkkk !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Jali....kalau tak detail rasa cam "ber$%" tak basuh ahahaha

      Delete
  55. Farah Diana...baru berjinak-jinak je nih :-)

    ReplyDelete
  56. Sis JM ni macam-macam lah perangai. Comel, hiks. Bus No A1 tu tetiba BTS MO Chit dibaca TBS Mo Chit, hihi. Ingat dekat Malaysia agaknya. Dah pagi-pagi ni. Jadi juling sekejap membaca. Satu lagi "teksi ping" tu. Tak menahan betul, ping ye? hihi. nasib ada letak "n". Kalau tak, apa jadi? haa, sis JM pikir sendiri lah ye. hehehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ms Owlolol? mcm mana nk sebut nih hihihih...makacih sudi singgah di blog sis JM...

      haip..baca betul2 ye BTS tu bukan Bandar Tasik Selatan atau TBS - Terminal Bas Selatan hahahaha

      ahahaha...waktu nk tulis PING tu sis JM check betul2 tau spelling tu..kalau salah? hahahaha...haru biru!

      Delete
  57. kalau pegi skrg, takut2 menempah bom :( waaaa

    ReplyDelete
  58. JM.... tak jawab pun soklan kita kat hatyai trip tu...

    huhuhuhu...

    kang kita kena tinggal kat highway kang haaa... acaner...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huda sayang!!!! jap ye nanti sis jawab one by one...kalau kena tinggal..ramai yg akan bantu...ore comei ramai yg nk tolong hihihi

      Delete
  59. Hai Jm...tahniah atas kejayaan pengembaraan solo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khaty Aiman : terima kasih...trip SOLO yang pertama..alhamdulillah

      Delete
  60. Bagus info ni. Ada byk cara nk pi city...

    Dulu naik bas A1 tu signboard xnampak plak mcm tu. Dah upgradeeeee skrg ye. Hehe.

    ReplyDelete
  61. Wah..fresh dari ladang ni..23 July travel yer..nasib bom tak meletup lagi masa tu..kalo tak harus cuakk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gadis Manis...kalau BOM meletup time JM travel tu bukan lagi CUAK JM risau jadi ARWAH je...alhamdulillah masih ada peluang bersenda gurau dengan GM kat sini heee

      Delete
  62. saspend ja nak tunggu sambungan.. travel solo mesti lagi mencabar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suida...agak mencabar sbb x ada kawan borak dan x de gambar sendiri huhuhu

      Delete
  63. lama jugak u kat sana ye.. I nak u update cerita naik gunung tu ye.. Tapi xpa, u buat satu2.. yg bangkok ni dulu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamoi...I...U....I ...U kekdah nya dh mcm pasangan kekasih hihihi..ye Suida..satu-satu ek..tak lari Gunung Rinjani di kejar ehhehe

      Delete
    2. orang bandar kena I U... Kah kah Kah

      Delete
  64. Ni first time U p thailand ka camna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eehh..soalan dah macam wartawan! hihih...Suida..ooo Suida...Ni first time ke Bangkok but second time ke Thailand..ingat lagi tak trip I ke Loei, Jim Thompson Farm...nanti lah update :-)

      Delete
    2. soklan suida dah macam Huzz URTV...

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG