Tuesday 29 November 2016

Shopping Murah di Shanghai - Yuyuan Street

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 😙,


Kepada yang belum JOIN GA dari JM dan SS boleh klik banner di bawah...last date on 7 Disember 2016. Tak rugi tau join GA ni leh tambah kenalan dan follower..percayalah..Page View (PV) pun akan meningkat 😆

 http://jarimanistravel.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
Jangan menyesal nanti kalau tak join 😀😁😂 
Ya Allah..lama betul tak update blog..hari-hari bukak blog tapi blog orang lain bukan blog sendiri 😄😄😄

Jeles tengok 'orang tu' update blog seminggu 2,3 entri ko!...kalau nak di bandingkan dengan JM..sebulan 2,3 entri....Adei!!! lelama bungkus la blog ni 😠

Siapa suka shopping? angkat kasi nampak ketiak busuk tu 😃

YES! kalau nak tahu..JM ni kalau travel luar negara suka cari barang atau ole-ole untuk kawan-kawan tau, kurang beli untuk reward pada diri sendiri.

Sejak keluar travel dengan SS ni...JM kena 'brain wash' dia beri sedikit kesedaran...😂Ole-ole untuk kawan-kawan tidak pernah dilupa cuma beli lebih untuk diri sendiri.

Jadi semasa plan trip ke Hangzhou - Shanghai hari tu, kami senaraikan beberapa tempat shopping yang boleh dapat harga murah, tak perlu nak masuk mall pun...kat Malaysia pun banyak. Kita pergi Market dan kedai-kedai tepi jalan jek.

Kalau korang ke sana make sure masukkan tempat-tempat ni dalam itirenary tau :

1. Yuyuan Street
2. Tabao City
3. Xinyang Market
4. Nanjing Road
5. Hefang Street

Untuk entri kali ni JM share dulu tempat membeli belah di Yuyuan Street dan Fuyou Road yang terletak di luar kawasan Yuyuan Garden.

Tapi sebelum tu JM nak share dulu cara nak ke sini, mudah je :

1. Stop at Yuyuan Garden Station Line 10 (warna purple)
2. Ambil Exit 3
3. Cross jalan menghala ke arah Renaissance Shanghai Yu Garden Hotel.
4. Kemudian dari depan hotel tu jalan arah ke kiri hotel (kalau kita berdiri menghadap hotel)
5. Jalan dalam beberapa langkah sehingga sampai Fuyou Road
6. Dari Fuyou Road jalan terus ke hadapan sehingga jumpa Fuyou Mosque, Yuyuan Street dan Yuyuan Garden.  

Susah nak faham? okey..tengok map ni..gigih tak JM 😆

Kalau sesat lagi tak tahu lah! 😁
Nah, JM kongsi panduan bergambar pulak..

Stop at Yuyuan Station Exit 3
Renaissance Shanghai Yu Garden Hotel terletak berhadapan Yuyuan Station Exit 3
Dari Renaissaine Shanghai Yu Garden Hotel tadi jalan arah ke kiri sehingga nampak Fuyou Road
Kawasan Fuyou Road dan Yuyuan Street memang ramai orang, jadi hati-hati dan jaga handbag terutama perempuan
Cuba teka siapa yang berbaju purple tu 😆
Nampak tak tudung dan scarf tu 10 Yuan je anggaran dalam RM6
Jalan sehingga nampak bangunan 2 ekor naga nak cium ni, kiranya korang dah sampai ke Yuyuan Street area
Kat kawasan ni memang ramai orang, jadi pastikan handbag ke, bagpack ke tak kisah apa beg pun korang bawak..kepit kuat-kuat. Kalau bagpack tu letak di bahagian hadapan, senang citer tutup dada seksi atau dada sado korang tu 😛 Kalau bawak sling beg pun sama..tak kisah kat mana-mana pun kena hati-hati ye.

Kami ke sini hari pertama sampai di Shanghai sebelah petang, so plan nak solat di Fuyou Mosque tapi di tutup "under contruction". Waktu kami sampai tu memang ramai orang tapi susah nak jumpa orang dari Malaysia.

Bila sampai kat Fuyou Road ni memang heaven lah..kiri kanan jalan tu, ada jual macam-macam, dan orang yang paling happy semestinya HH..orang kedua happy JM lah...orang ketiga happy si SS...😁 Bila baca dalam blog SS, dia kan ada cite pasal HH ni...merajuk kalau tak dapat shopping...bila dah travel sama-sama baru tahu dan faham.

Serious cakap...sebelum ni JM kan travel dengan partner yang berbeza...bila travel dengan dorang berdua ni..FUHHHH...BEST GILA! sebab? si HH ni suka shopping..jadi bila sampai tempat shopping dia paling pakar bab survey kedai jual harga murah...dia cekap SCAN harga..kami ni follow je dari belakang nanti bila dia masuk je kedai tu..sah! harga barang dalam kedai tu MURAH! si HH ni pun BIJAK tawar harga tau...katakan JM suka satu barang, harga memang mencekik, so serah kepada HH untuk deal dengan penjual tu..dan YES..boleh dapat harga murah dan berbaloi. JM ni tak reti nak bargain..kalau bargain pun tak dapat yang kita nak....rupanya nak dapat harga yang kita nak tu perlu ada SKILL tau.

Lain plak dengan si SS ni..dia pakar dalam bab ambil gambar...dulu kalau JM travel dengan orang lain..kerap jugaklah minta partner travel tu snap pic sendiri ataupun sebaliknya...bila gambar yang di ambil tu tak memuaskan hati, kita plak disalahkan...TAPI travel dengan SS ni lain..ko tak perlu risau pasal picture..dia akan snap pic tanpa disuruh..cantik plak tu..lagi satu kelebihannya..SS ada GoPRO 😀 semua gambar cantik..apa lagi ko nak...

Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing itu sebab JM selesa travel bersama mereka berdua ni. (Puji kasi UP sikit....manalah tahu leh join travel ke tempat lain lagi 😁). Harap-harap dorang baca ayat ni..JM puji ikhlas ni 😁.

Jom ikut kami tengok apa yang ada di sekitar Yuyuan Street dan Fuyou Road ni.

Deretan kedai disepanjang Fuyou Road..cuba teka siapa yang berbaju purple tu 😋
Cuba tengok tudung, shawl dan skarf tu..10 yuan uolss lebih kurang RM6..tak rambang mata ke
Nanti korang akan nampak signboard seperti di bawah..just follow je sign. Yuyuan Street ni besar tau, pandai-pandai lah cari kedai dan barang yang korang minat. 

Just follow arah ke Yu Yuan Classical Street tu
Bangunan kedai di Yuyuan Street sangat klasik 
Ramai betul orang
Tengok tu semua barang 10 yuan atau RM6..tak teruja ke uolssss
Jom kita masuk!!!

Kedai souviner..FM sekeping 10 yuan dan 5 yuan bergantung kepada saiz dan jenis

Nak tahu tak hasil rembatan JM kat sini..

FM Shanghai sekeping 5 yuan, Cermin muka Shanghai 10 yuan satu, Sarung tisu 8 yuan setiap satu dan t-shirt 30 yuan sehelai
T-shirt Polo di Polo Village 39 yuan sehelai dan dompet jenama Polo 129 yuan
Termenung depan kedai mengira baki duit yang tinggal 😀
Kita sambung lagi shopping!

Nak tahu kenapa JM menangis?
NAK TAHU KENAPA JM MENANGIS? menangis di depan kedai beg seperti dalam gambar....pastu si SS ambik gambar muka tengah sedih 😜 

Ceritanya begini..JM dah lama cari bagpack sebab bagpack yang sedia ada tu tali dah putus....beli kat Malaysia tak sampai setahun pun guna..rosak! mula tu survey kat Tanah Abang, Jakarta..memang cantik dah berkenan tapi harga pulak agak mahal..Jadi SS cakap la kat JM..'kita tunggu beli kat China je lah ye..kat sana lagi banyak pilihan..murah lagi dari sini'..JM pun setuju lah...

Semasa jalan-jalan cari barang di Yuyuan Street ni, terjumpa lah kedai jual travel luggage dan bagpack. Kami pun tengok-tengok beg-beg tu dan mata tertumpu kat bagpack jenama Swissgear. Pegang sambil belek beg tu rasa berkenan di hati..SS dan HH pun cakap cantik. SS tanya JM..'nak tak?..JM pun jawab 'kalau murah nak la'...

Bila cakap je nak..si HH ni terus guna skill menawar dia tu...'how much' sambil tunjuk bagpack yang JM tengah pegang tu. Perempuan yang jaga kedai tu tak faham pulak how much tu apa maksudnya..hadoilaaa..pastu HH buat isyarat minta kalkulator. Amoi tu tekan kalkulator tertera nilai 400 yuan....ishh mahal tu..kalau 400 yuan convert ke RM lebih kurang RM240..waktu kami tukar duit hari tu 100 yuan = RM61.45

HH minta harga 100 yuan kalau convert lebih kurang RM60 tapi Amoi tu pada awalnya tak bagi tau harga tu tapi dek kerana skill bargain HH tu...kami berjaya dapat harga 100 yuan..senyum lebar lah JM 😀. JM pun keluarkan lah dompet nak bayar, pastu HH cakap tak perlu bayar..SS yang bayarkan sebagai hadiah birthday in avanced...bila dengar je SS nak bayar, hati terus sebak, air mata dah keluar, sedih dalam gembira...terus peluk SS sambil cakap terima kasihhh....😢

Bagpack Swissgear, FM dan beg hello kitty pemberian dari SS, beg 3 set warna pink tu pemberian HH...muah 👄😍
Setiap orang ada cara dan tip tawar menawar yang berbeza...tetapi teknik yang kami gunakan seperti ni.

Sebagai contoh katalah barang kita nak tu harganya 500 yuan..terus mintak tawar 180 yuan atau seminimum yang mungkin! set range price yang kita mampu beli katakan dari 180 ke 250 yuan... Dari situ logiknya penjual of coz akan naikkan harga... Tak mungkin akan jadi lagi kurang dari 180 yuan jika starting bargain kita yang pertama dah 180 yuan... Penjual akan up up up hingga mungkin ke 250... Kalu lebih dari 250 baru blah ke kedai lain...

Contoh lain..kami bertiga minat nak beli winter coat tau..yang jenis bubble tu...bila tanya dia letak harga 400 yuan...tapi kami nak beli dengan harga 100 yuan je sepasang...agak-agak boleh dapat ke harga tu...memang mencuka lah muka Amoi yang jual tu.. dia tak boleh bagi harga tu, tak ada untung katanya...kami pun blah la..tapi dia panggil balik dan tanya 'what is your last price'..kami tegas kan jugak nak harga 100 yuan...dengan berat hati dan selepas beberapa kali di pujuk kami dapat winter coat bubble tu dengan harga 100 yuan = RM60....jangan mimpi nak dapat harga tu kalau beli kat Malaysia.

Kalau kawan-kawan ada cara lain untuk bargain boleh share di ruang komen ye.

Kami ingat barang-barang souviner kat sini dah murah tau tapi ada tempat lain lagi murah...agak frust di situ. Jadi kalau korang nak beli FM, T-Shirt, winter coat, spring coat or any types of souviner dengan harga bafuck murah dari Yuyuan Street..tunggu dalam next entry 😁

270 comments:

  1. Tarik nafas nak baca... 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x cukup nafas nanti JM bagi ye SS hehehe

      Delete
  2. Kena brain wash katanya... 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baik punya brainwash nih 😊

      Delete
    2. Kalau SS x buat mcm tu sampai skrg JM masih lena di ulit mimpi giteww ayat sastera bafuck 😬😜

      Delete
    3. Betul tu cikgu ceketed..mmg cuci bersih la 😬

      Delete
  3. Pinjam bag swissgear tu boleh? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. SUKANYA DPT MEMBORONG SEGALA JENIS BARANG YNG DIINGINKAN DI SITU YA JM N SS

      Delete
    2. Beg swissgear tu too special to me x leh pinjam 😬

      Delete
    3. Mmg seronok kat PI borong kat sini..kalau lah duit berkepuk mmg borong abis laah

      Delete
  4. Hahaha... soping mmg menjdi kegilaan... tak ley usik sikit perkataan soping tu.. bole mengundang kemurkaan.. huahuahua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultan boleh meroyan akibat murka! 😂😂😂

      Delete
    2. Ahaks! Kalau x dpt pegi tempat shopping muka mencuka jek sepanjang hari

      Delete
    3. 😂😂 sultan plak yang kena

      Delete
  5. Bila tgk bag pink tu... baru ss tahu rupanya ada 3 bag lg kat dalam... terus cek yg ss punya! 😂😂😂

    ReplyDelete
  6. Happy Birthday Jay Emm! Nanti kita shopping lagi eh... 😅

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum JM..lama yak jengok blog .apapun tetap dalam ingatan ya..wah travel..syukurlah tahnia

    ReplyDelete
  8. fuuhh semput baca ,, sebab ada kes shopping hii.. kena tahu jugak trick nak shopping.. kadang-kadang kalau pandai beli kat luar lagi murah dari MAlaysia :))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani Sukarno..tu sbb kalau travel mesti allocate duit utk shopping tp pilih jgkla tempat..kalau ke NZ mmg x mampu nk memborong mcm ke China

      Delete
  9. Salam anakanda.. lama bunda tak dengar cerita anak2 bunda disini, bunda pun dah jarang bw n update blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Bunda Nora..JM pun kurang update skrg huhuh

      Delete
  10. Alaaaa, bestnya shopping + jalan2 + geng travel thorbaikkk! Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana fatihah..bila dpt geng travel serasi bersama baru best jln2

      Delete
  11. Nice! Kalau nak pergi nanti saya refer sini ehhh

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  12. waduh2. tunjuk shopping2 hujung2 sem ni bikin penasaran bukk . hehehe. nak shopping! tapi kering.

    ReplyDelete
  13. bestnyer tengok gambarni... rasa akak dah ada kat sana terawang2...

    psss : seronok rasanya JM singgah blog akak... haritu kawan akak puji blog JM... bangga rasa cakap tu kawan blog akaktu...ha... ha.. sipi2pun nak ngaku jgkkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss..terima kasih kak Cho Zila..hah? Ada org puji? Blog JM ni dah mula sendu huhu

      Delete
  14. i pun pakai swiss gear.. puas hati.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. swiss gear Jay Emm tu cuma RM 61.45 jek nina...
      * Batuk batuk skit... He He He...

      Delete
    2. Cantik, smart, stylolah beg tuh!

      Delete
    3. Mesti Nina punya beg mahal dari JM kan 😜

      Delete
    4. Kan SS..mmg x dpt harga tu kat msia..terima kasih hadiahkan utk JM 😘

      Delete
    5. Farrah MF..sayang sis JM nak guna 😬

      Delete
  15. bestnya JM dapat travel ke semua tempat hehe sy ni Malaysia pun belum habis pergi semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Itah..sis JM pun belum abis xplore msia tau terutama sabah n sarawak

      Delete
  16. Replies
    1. Cikgu Siti..klasik bumbung bangunan tu rasa cam berada zaman sblm merdeka

      Delete
  17. saya bukanlah kaki shopping, tapi kalau tawar satu2 benda tu, maksudnya memang betul2 nakkan benda tu, dan selalunya saya tawar harga yang tak masuk akal, macam yang korang buat tu dan kawan saya akan cakap "gilo lah ko ni rin" atau "ko bior betul" hahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu SS yang bargain lagi hilang akal... Kalu boleh nak FREE.. Keh Keh Keh...

      Delete
    2. haha...benda paling best dalam dunia ialah benda FREE!! kan kan kan

      Delete
    3. Cikgu Siti..ahaaha.. bagus cara tu..kena buat hati kering

      Delete
    4. Ahahaha..kalau ikut cara SS selepas 2,3 orang buat mcm terus tutup kedai

      Delete
  18. best dapat travel buddy satu kepala kan? syokkk

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Sis JM.. Rose pulak yangs ebak tengok gambar JM menangis tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Rose..jgn la sebak..sis JM dah ok 😬

      Delete
  20. habis juga baca walaupun panjang berjela..good info kalau nak p shopping dekat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anzra Rizal..wah! Habis baca eh? X sia2 sis JM taip panjang2 😬

      Delete
  21. Comelnya purse pink helo kitty hihi..lmanya x singgah cne, sis pa kbr hope sihat2 hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asya Lya..sisi JM sihat alhamdulillah cuma sibuk sikit lately ni

      Delete
  22. mahu tak nangis , dapat geng yang baik sesangat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss..betul ckp cik Bunga tu..x jumpa lg yg mcm dorang ni

      Delete
  23. seronok kalo dapat beli ngan hage murah baq hang ,)

    ReplyDelete
  24. nanti kalo nak shopping leh try tips yg JM bagi tue , thanks dear

    ReplyDelete
  25. kite pon tak pandai nak tawar menawar

    ReplyDelete
  26. bayor jew , sbb fikir dah murah lar tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh dpt harga murah x perlu byr lebih

      Delete
  27. hope ly korang akan pi travel bersama-sama lagi , dan lagi dan lagi dan leh buka fan club , catit my name first for your fan okew ;)

    ReplyDelete
  28. walou pon sedih tp picture tetap comeiii

    ReplyDelete
  29. pergh! giler la! power tawar menawar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Zuan...kena pandai baru leh jimat dpt byk 😬

      Delete
  30. Assalamualaikum JM, bestnya tengok blog JM meriah dengan cerita travel, dah tak dan nak baca dah.. Haha.. Kena cuti sebulan kalau nak khatam cerita travel JM.. Keep on writing JM ❤

    Ayu Fatarina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu Fatarina..ya allah kemana kami menyepi..selepas beberapa tahun kan..how r u skrg..lama menghilang..terima kasih masih ingat pada JM 😍

      Delete
  31. Wahh pandai jer korang tawar menawar ya..Last2 dapat gak hehehe..Ok la kan kalau kita rasa takle nak dapat harga kita nak baik blah jer..Last2 dia panggil gak kalau dia rasa nak jual..Maknanya dia ada untung lagi la kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Lya..tu sbb kena pandai bargain..dorang ni tgk je org luar terus letak harga tggi

      Delete
  32. Saya paling tidak suka melawat Shanghai...kota yang keras..banyak alkisah berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far alhamdulilah... Urusan kami dipermudahkan even tersalah musim... he he he...

      Delete
    2. Abe MKL..kami enjoy je kat sana cuma sedih sbb salah musim..kalau pergi bukan musim typhoon ni mmg heaven la

      Delete
    3. Kan SS kan..Semua tempat kita terjah cuma cuaca yg membataskan..yg lelain alhamdulillah misi tercapai

      Delete
  33. mesti shopping sakan sis JM ni..hehe:)

    ReplyDelete
  34. lain kali nak joint la trip dgn uolls...heheheh

    ReplyDelete
  35. tips bagus... tapi kt malaysia ni bole ka buat cm tu..
    rasa mcm susah nk dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat msia semua peniaga kedek n sombong so jgn harap nk dpt

      Delete
  36. dh serasi travel ngan SS dan HH.. lepas ni lagi byk tempat bole travel sama2 kan...

    ReplyDelete
  37. Syurga membeli belah selepas bandung n padang besar :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ewantology..sudah semestinya 😬 Padang besar pun best eh? Nak try kat padang besar plak lah

      Delete
  38. salam sis jm lagi okey lah dari yana bukak jugak yana tak buka terus ... blog sendiri blog orang lain sama saja

    ReplyDelete
  39. SS ngan HH ni sweet , nangis Sis JM dibuatnya . sis Jm bertuah tau !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur tau Yana dpt kenal mereka berdua ni..layan sis JM like their family

      Delete
  40. bestnya shopping..mmg berbaloi..'murah, murah'..

    bangunan pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nohas.. kat Xian ada market yg jual brg murah mcm ni x

      Delete
  41. Takut nk tawar rendah sgt..nnti penjual marahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak! Kalau dh tawar harga rendah dia x bg ok lag tp bila dh tawar kita x jadi ambik mmg dia maki sbb ada yg tawar harga x masuk akal pastu tuan kedai tu ckp 'u r crazy' bukan kami yg kena tp org lain

      Delete
    2. Betul ckp SS tu..hari juga kena kental..x dpt harga kita nak blah jek

      Delete
  42. Pastu takut klu tak beli kena marah..HH xpe ada abg sado sblh

    ReplyDelete
  43. Murahnyaaaa....nk reward diri sendiri shopping obersi kena bwk la byk sikit belanja kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mak! Eh Mak dah balik dari Medan belum ni

      Delete
  44. JM ni mesti cpt terharu kn..dpt hadiah nangisss..klu mak..hemm

    ReplyDelete
  45. Ss kwn yg baguskan..ada hadiah bzday advance tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Mak nak tahu..JM belum jumpa lagi orang sebaik SS ni

      Delete
  46. wahhhh..bestnya shopping..kalau kite ni rasanya mau habis duit dok gila shoping...hahahah

    ReplyDelete
  47. huhu..mnangis dpt hadiah ok ler..n boleh tiru tips nak beli barang nanti tu.. hbat ye HH..

    ReplyDelete
  48. kena pndai main harga, klu dah tawar habis2 tiba2 tak beli? kena marah tak..

    ReplyDelete
  49. wahhh betul laaa....lama betul nak menunggu JM up entry...seronok kan dpt partner sorg amek gambar...sorg minat sopinx2...bestnyerrr...azue x pernah travel luar dr mesia nie...sebab cik abe x minat travel obersea...nak pegi travel pun xder geng...seronott baca blog JM n SS nie...nmpak ketulusan persahabatan kat situu....

    ReplyDelete
  50. Haha.

    Dulu pun Khai guna cara tu nak tawar menawar kat HCM City. Memang menjadi!

    Anyway JM kedai2 kat Yuyuan St tu memang lawa-lawa lah! Design dia unik. I loike! hehe - Khai

    ReplyDelete
  51. Ohhh mcm tue cara nya nak bargain . Nice tips JM . Bestnyaaa dapat hadiah beg dari SS . Rezeki JM .

    Agak-agak nia leh join tak JM , SS travel skali next time . Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je nia... tapi tolong bayarkan tix we'ouls boleh? ha ha ha

      Delete
    2. Hai Nia..nak join? boleh je tapi en abe kasi ke

      Delete
  52. masyaallah................... banyaknya komen, klu blog akak sejuk dingin sedingin2nya,... he he,.. nak join la supaya blog akak pun hangat...

    ReplyDelete
  53. Pandai ye HH bargain...kalau saya memang tak reti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis JM pun x reti Sal..semua serah ke HH..dia mmg pandai bab ni

      Delete
  54. Lama tak datang blog kak JM..nak buat cmane, opis block, asal nak datang sini je error. Dia tak kasi staf asyik amik cuti gi travel kot.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik betul! termasuk cik sal ni... Dah berapa org kata yg sama... Jay Emm kena check coding nih...

      Delete
    2. Aduh laaa patutlah sah lama Sal x muncul kat sini..dah ramai complain x boleh masuk blog JM on opis hour huhuhuh what should i do

      Delete
    3. Dear SS...sian kat i..kena check blk ni where is wrong..patutlah kak Notie x boleh access langsung 😓😭

      Delete
  55. By the way, saya dah tag blogger untuk GA tu. Harap jangan batalkan penyertaan, nanti saya murung sampai hujung tahun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah tag blogger untuk GA tu ya...harap JM sudi terima permohonan saya untuk GV tu tau...hihi

      Delete
    2. Cik Sal!! Terima kasih sudi join..nak murung katanya heheehh

      Delete
    3. Ye MD..nantikan pengumuman pemenang dlm masa terdekat ye..good luck!

      Delete
  56. Kat sini ke beli tudung LV u olllllsss..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Cik Sal! Jgn kata LV..Christian Dior, burberry eh mcm2 lah ado rm6 jek x perlu nak cari kat Paris or London 😜

      Delete
  57. serius, saya suka bangunan design klasik macam tu!

    ReplyDelete
  58. Slmt malam Jm
    Lama tk singgah sini
    Bestkan jenjalan shopping murah2
    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi kak Noor..yuhuuuu ingatkan dh lupa JM 😬 Selalu follow IG kak Noor..free nanti JM JJCM kat blog kak Noor ye

      Delete
  59. Salam singgah sini...wahh...shopping murah...best tu JM

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum Wrmbth, salam perkenalan. Pertama kali Maznee singgah sini. Jauh sis berjalan sampai china ya. Hati hati bermusafir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Mazni Azmi..salam perkenalan kembali...so mesti ada kali ke 2 ke blog JM ni 😬

      Delete
  61. hahaha.. bab shopping HH kat depan kan.. so, mesti lah yang baju purple tu HH.. ngeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestla ada HH yang pandai dan ada skill tawar-menawar nih! Saya tak pandaiiiii :(

      Delete
    2. Firah!!! HH kalau bab shopping dia ke depan kalau sightseeing dia kat belakang..tu bukan HH sbb HH dah hilang dari pandangan 😜

      Delete
    3. Cokgu Ceketed..kalau nk bargain ajak HH 😬

      Delete
  62. oohhh ! tu kisahnya kenapa Sis JM nanges tepi jalan.. ingat kan SS buli.. hiks2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhikhik tulah kan,...ingat kena buli ke,...kena marah ke ngan SS ;)
      Rupa2nya nanges sebab touching,...

      Delete
    2. Firah!!! tu baru satu scene nangis..ada byk lagi tau belum share

      Delete
    3. ahakss...klaau cikgu Ceketed nak tahu ada byk lagi scene nangis tu.....

      Delete
  63. syoknya kalau ada orang snapkan gambar kita tanpa disuruh.. pastu gambar cantik pulak tu an.. suka suka sukaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan!!! susah tau nak cari orang mcm SS ni eeheh

      Delete
  64. hopefully HH, JM, dan SS terus bersama menerjah dunia.. eceh !

    ReplyDelete
  65. kawan sis ada cakap...org china takut kalau org malaysia dtg...sbbnya org malaysia kalau bargain...gile2 punya bargain..hihihi

    ala...bessnya...dpt hadian birthday in advance...

    cantik tgh design bangunan yg lama2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahakssss ye ke kak Noe..takut eh? Tapikan pelancong dari Msia yang ramai lebur duit kat China..beli borong jual kat Msia 😂

      Delete
  66. jm dan ss , kalau akak menang simpan hadiah tau...heheh.
    akak fly mlm ni.

    ReplyDelete
  67. wah rambang mata dibuatnya.ini orang yang tak suka shopping pun boleh jadi suka shopping hahah. bab bargain memang fail jugak, tak reti heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. SarahFJ..kalau x reti bargain 'masak' la sbb dorang ni suka letak harga x masuk akal tau

      Delete
  68. Saya nak komen tapi lepas baca ni.
    Malam nanti saya baca.

    ReplyDelete
  69. Seronoknya baca cara nak bargain tu.. Kalau sha memang faillah..
    Tak sampai hati.. Tapi kalau encik suami dan MIL memang terror bargain2 nie..
    Abah sha pun sama.. Mesti dia dapat beli dengan harga dia nak..
    Macam JM cakaplah.. bargain nie skill..
    Tak semua orang boleh.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ce Sha korek ilmu dari mereka..tgk cara dorang bargain pastu try praktis..JM pun x reti setiap kali bargain x dpt harga kita nak ishh..frust

      Delete
  70. Jangan jeles dgn orang yg kerap update. Yg penting kualiti bukan kuantity.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Biar yg d kongsi menjadi manfaat kepada yg lain

      Delete
  71. saya kalau bercuti x shopping sangat kot.. hehehe

    ReplyDelete
  72. lama tak bersiaran katenya lagi ahaksss

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG