Monday, 14 October 2019

Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Kedai Makanan HALAL di Guangta Road

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕


Entri sebelum ni boleh petik kat SINI

MOOD tengah rajin dan ada kelapangan masa, jom sambung kisah journey JM di Guangzhou pada bulan November 2018. Hampir satu tahun entri tak siap-siap lagi hihihih.

KELUAR je dari pintu masuk masjid dan betul-betul hadapan pintu masjid tu ada deretan kedai makanan HALAL dan juga kedai yang menjual produk HALAL...

SEBELUM masuk masjid tadi kami dah nampak kedai-kedai ni tapi tak pe kita masuk masjid dulu, dah selesai dalam masjid baru kita tawaf plak kat kedai-kedai ni.

Ini deretan kedai depan masjid Huaisheng
Bagaima cara nak datang ke kedai HALAL ni??? boleh baca kat link ni Kedai Makanan Halal Guangzhou

Zoom sikit...jangan salah faham ye..yang tergantung tergolek tu bukan daging babs ye tapi daging kambing
Sebelah kedai jula kambing ni ada restoran HALAL - Nur Bostan Muslim Restaurant
HH tengah tanya harga satey kambing kat Nur Bostan Muslim Restaurant..satu cucuk 10yuan
Boleh pilih menu apa nak?
Ada satay daging kambing dan satay ayam
Nama kedai makan yang kami masuk..Nur Bostan Muslim Restaurant
Sebenarnya ada lagi kedai makan lain tapi kami teruja dengan kedai makan Nur Bostan ni. Sebelum tu kami masuk satu kedai selang beberapa pintu dari kedai Nur Bostan ni..beli nasi kosong 2 bekas polisterin untuk bekal makan malam. Kat hotel ada micowave so nak makan nanti panaskan jek.

Masuk je restoran dia, tengok pekerja-pekerja dia macam orang dari Turki sebab dekorasi dalam kedai makan tu macam turkish style. Waktu operasi kedai dari 8.30am - 11.30pm. Bagaimana cara nak ke kedai ni boleh baca kat sini 

Ni antara sayuran yang boleh di order untuk makan bersama nasi putih
Pelbagai jenis variasi noodles
Macam-macam jenis kebab ada..pilih la ikut selera tekak sendiri
Ni antara minuman yang dijual...kalau tak boleh beli air mineral...dorang ada jual mineral water
Di dalam kedai makan ni ada pasangan suami isteri, JM tengok si suami tu mamcam pernah jumpa rupanya dia yang tanya JM semasa di One Link Plaza..."kat mana nak cari brouch Korea"....ahahaha..pakcik pakcik..kalau nak brouch Korea pergi la Seoul buat apa nak cari kat Guangzhou..kalau kat Guangzhou...brouch Guangzhou la..

Rupanya dia dan isteri datang dari Singapore...anak-anak dah besar jadi jenjalan berdua jek la. Dorang check in hotel kat area-area masjid ni sebab senang nak dpat makanan HALAL. Peramah jugak lah dua-dua orang tu. Siap rekomen kami beberapa menu tapi kami order menu lain sebab menu yang dorang suggest tu agak mahal bagi kami. Yelah...dorang tukar duit Singpore Dollar ke Yuan, kami tukar Ringgit Malaysia ke Yuan...kan jauh beza tu ihihih.

Kami order satay kambing 4 cucuk, nasi goreng seafood dan dumpling, cukup untuk kami bertiga.

Satay kambing 4 cucuk..satu cucuk 10yuan..rasanya boleh la tapi pernah makan lagi sedap dari ni
Nasi goreng Cina di China hihihih
Ape nama ni..dumpling ke..sedap jugak tapi lama betul tunggu tak sampai-sampai..kami dah abis mkn nasi goreng pun tak sampai-sampai lagi...SS dan HH suka ngelat..suka bagi JM mkn banyak hehehe...dorang berdua ni mmg kawan yang baik..risau sangat JM lapo
Setiap kali travel memang macam tu...asyik JM jek kena makan banyak hihihi..tapi macam biasa kami order meal 2 jenis je kongsi bertiga sebab portion dia besar tak abis makan. Terutama mee tarik, kalau order 2 mangkuk..kami akan minta extra 1 mangkuk kosong..

Selesai makan dan bayar semua, keluar je dari kedai tu..dah ada orang minta sedekah..hulur jek tangan minta...bila bagi kat sorang...ehhh ada plak datang ntah dari mana-mana tadah tangan minta..so be carefull ye..bukan tak nak bagi..kita bagi ikhlas kepada kurang upaya..jalan bertongkat ke....patah tangan sebelah ke...ni kalau sihat tubuh badan tapi malas nak kerja datang meminta memang susah la nak bagi.

Jom jalan cepat-cepat balik ke Ximenkou station risau peminta sedekah ikut kat belakang..sesambil  tu tengok kedai-kedai tepi jalan ada jual buah, baju dan t-shirt.

Sambung next destinasi....

76 comments:

  1. kambing kt China mmg kaler mcm tu kan..hihi..kekdg confused jgk..sedapnya sate kambing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Nohas...tgk body kambing tu..kalau tinggi lampai mcm tu kambing arr..kalau montot bolat tu..oink oink..dari jauh dah berbau..heee

      Delete
  2. Hahaaa.... Nasi Goreng China memy kat China ✌️✌️

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat umah JM pun ade nasi goreng cina..org melayu masak..sape?? JM arrr hihih

      Delete
  3. Seronok nyer baca 3 sekawan pi jenjalan kat obersi👏👏👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sonok..dak 2 org tu sporting morting..love dorang dua

      Delete
  4. Kawan yang baik akan jadi kawan sepanjang hayat😍😍

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dpt kawan yg duoer👍👍

    ReplyDelete
  6. Rasa teringin pulak makan satay. Hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Perelis ada kedai jual satay sodap dok?

      Delete
    2. Ada ada tapi ada yang kurang rajin berniaga tak tahu kenapa

      Delete
    3. Mgkin sbb kurang dpat sambutan kot

      Delete
    4. Sebab Zumal tak beli kot jadi dia majuk

      Delete
  7. Zumal bertongkat juga, boleh la tadah tangan sama. Hahahaha...

    ReplyDelete
  8. Cayalah JM rajin berblog la sekarang

    ReplyDelete
  9. Satay tu pakai batang besi... Sekali terpegang tengah panas... adehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kena hati-hati..lecur jari tak encem dah hihih

      Delete
  10. Dumpling tu sedap gak cicah kicap!

    ReplyDelete
  11. Jay Emm naik 10 kg after start travel dgn SS... Padan muka! Kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...tak sempat nak DIET...makan terjaga

      Delete
  12. Saya bookmark post ni in case kami perlukan guide untuk halal food.
    All the food look so delicious! Dumpling is my favourite, kalau dapat soup dumpling lagi sedap, dengar cerita dalam dumpling tu ada sup, so kena gigit dalam mulut, kalau tak meleleh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Tqa London..Ehh awak kat London ke skrg heeeee

      Delete
  13. Bestnya restoran mcm tu.. dpt rasa sajian original cina yg halal.. best2. Tengok roti2 tu dan satay pun jadi teringin jugak hehee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro KK...kat sana kan x byk restoran halal...bila jumpa tu..rasa mcm ikan dapat air hahaha

      Delete
  14. Replies
    1. Hai Tatie..katanya satay kambing di XIAN lagi sedap..tak pernah mkn lagi yg dari XIAN punya

      Delete
  15. hai sis JM...lama tak singgah sini. maaf flight delay haha macam mood ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arz : Flight delay??? ada masalah cuaca barangkali..musim hujan skrg ni hahaha

      Delete
  16. di guangzhou memang suka gantung macam ni ya daging tu

    ReplyDelete
  17. 10 yuan sama dengan brapa satay kat malaysia... nampak sedap roti tu

    ReplyDelete
  18. jauh beza singapore dollar dengan RM...beza antara kita dengan singapore pun jauh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yolaa..3 kali ganda..kat sana dapat 1000dolar balik balik tukar RM.. dapat RM3000..x kayo? hihih

      Delete
  19. ok sampai sini dulu nanti arz datang komen lagi...susah nak potong dua top komentor 2 yang dari utara juga hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih boleh kejar lagi Arz..hujung tahun ada habuan buat TOP KOMENTAR ..in shaa allah :-)

      Delete
  20. masa akak pegi dulu nama dia Nur Boston Uighur Restaurant. Mybe dah buang perkataan Uighur untuk elak konflik/masalah. So..tu org2 Uighur lah.

    beberapa kali gak mkn situ sbb sng dkt dgn hotel. Dumpling tu pun pnh beli, tapi tak kena tekak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kek kak Ujie..jgn nanti tahun 2020 tuko nama lain plak hahaha..jenuhla traveller yg baca blog ni cari nama yg JM share kalau thn depan nama lain hihih

      Tekak org melayu mcm kita ni kak..suka sambal, kari..baru upmhh hihih

      Delete
  21. byknye menu satay dia, besar plak sizenye....

    ReplyDelete
  22. Sedapnya tengok makanan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faa..welcome to my blog heee...lama menyepi

      Delete
  23. This blog is really great. The information here will surely be of some help to me. Thanks! And Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more. ...

    ReplyDelete
  24. Syukur mudah nak cari kedai halal. kalau tak jenuh nak bawa bekal bila travel

    ReplyDelete
  25. Nasib baik terangkan siap-siap daging yang tergantung tu.. Hehehe..

    ReplyDelete
  26. Meriah betul menu makanan dia.. Tapi ada yang lagi sedap dari sate dia ye.. lain tekak lain rasanya.. :)

    ReplyDelete
  27. Apakah rasanya makan nasi goreng cina di China? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nasi Goreng Sha..tak rasa seperti mee goreng hahaha

      Delete
  28. Senang juga nak cari makanan halal ye JM kat area ni..tanda halal tu senang nak cam..
    byk pilihan makanan tu.. satey nampak besor2...

    ReplyDelete
  29. kemain kedai tu 'sidai' kambing2 depan tu. menarik betul. last tu nampak mcm mandu. mesti sedap kan. aish terliur plak kita.

    ReplyDelete
  30. Sate kambing nampak macam besar saiz dia. And rasa sate China beza macam mana dengan sate kita?

    ReplyDelete
  31. seram pulak tengok kambing yg tergantung tu hahahha memang kena display cmtu ka?

    ReplyDelete
  32. chinese food antara feveret aida, jm.
    so, rasa nak ngap ajer tgk gambar2 dlm entri ni.

    ReplyDelete
  33. bagus JM memang boleh travel mana2 je, sebab boleh makan apa saja. wawa suka makanan kg je, pergi johor pun haru tak leh nak go sangat makanan luar. Kalau gi obersea, gamaknya makan meggi je. hehe

    ReplyDelete
  34. Kan mula2 ingatkan oink oink yang bergantungan tu. Nasib kambing. Besar2 jugak satay dia. Dumpling tak berapa suka, tapi boleh laa kalau nak makan.

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG