Ini adalah kisah percutian pertama aku ke Luar Negara iaitu ke Beijing, China bermula pada tahun 2010. Sebelum ini aku tidak pernah melancong ke negara luar dan paling jauh adalah Sabah dan Sarawak sahaja. Kisah ini bermula apabila kawan sekelas aku Honey...waktu tu aku sambung belajar secara part time di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau menyatakan hasrat untuk ke sana secara pakej melalui travel Agensi SMR Holiday Sdn Bhd dengan bayaran RM1000 all inclusive selama 6H5M..tanpa berfikir panjang aku bersetuju kerana bagi aku harga yang ditawarkan memang murah..dan inilah peluang untuk aku bercuti ke negara yang menjadi tumpuan pelancong dan terkenal dengan Great Wall of China (Tembok Besar China).
Oleh kerana first time nak melancong ke luar negara...excited tu memang terlebih..dalam perjalanan nak naik flight pun aku nak bergambar ehehe..
Inilah kawan travel yang aku maksudkan tue..memang seronok travel dengan dia ni..seorang yang berani, berdikari dan suka buat researh tempat-tempat yang hendak di lawati. Kepada jejaka di luar sana jangan tergoda yer sebab dia dah ada yang punya...eheheeh
Berikut adalah aktiviti kami pada hari pertama..kalau dah pergi dengan travel agent ni.. follow je jadual yang mereka sediakan.
At LCCT Airport |
Inilah Honey :-) |
Hari Pertama :
- Berlepas ke Tianjin (pada waktu ni tiada direct fligt ke Beijing)
- Dari Tianjin ke Beijing menaiki bas..1 jam perjalanan
- Sampai Beijing meyaksikan pertunjukan Acrobatic, makan malam dan check in hotel
Selepas lebih kurang 5 jam perjalanan kami sampai di Tianjin International Airport...korang boleh bayangkan tak macam mana keadaan berada dalam flight selama 5 jam tu..tido jer kerjanya :-) ...horee kami dah sampai..Perkara wajib mestilah bergambar dulu
Selesai urusan ambil bagasi..kami terus keluar dari arrival hall...wahh..sejuk nyerrr.....angin nyer sejuk...cuaca redup jer...masing-masing menggigil..yer lah kat Malaysia kalau nak rasa sejuk macam tu kena masuk bilik server jer..kat opis pun tak sejuk macam tu...apa lagi..cepat-cepat naik bas yang di sediakan untuk bertolak ke Beijing pulak. Aku rasa suhu pada ketika itu kurang daripada 16 darjah celcius...baru lepas musim salji (Winter)...sepanjang perjalanan ke Beijing aku dapat lihat salji semakin cair dan pokok-pokok di sepanjang jalan tinggal ranting jer.
Apabila sampai di Beijing kami di bawa untuk makan malam..kat restoran muslim..aku pun dah tak ingat nama restoren tu...tekak aku ok jer dengan masakan china ni..kalau tak percaya cuba tengok gambar di bawah :-)
Licin :-) |
Apabila perut dah kenyang, selesai solat semua kami di bawa untuk menyaksikan persembahan Acrobatic..wahhh..memang teruja aku melihat pertunjukan mereka...ishh..malas nak stori panjang-panjang jom layan gambar je lah..
Bergambar dulu kat pintu masuk dewan |
Memang seronok gila tengok show ni dan berbaloi..selesai sudah kamu di bawa untuk check in hotel. Selepas check in..masuk bilik simpan semua barang..kami keluar sekejap dari hotel untuk bermain sisa-sisa salji yang ada kat luar hotel tu...biasalah..kat Malaysia mana ado semua tue...
Cukup dulu stori aku untuk hari petama di Beijing..nanti aku sambung untuk hari ke dua pulak yer..tak boleh tulis panjang-panjang nanti bosan nak baca...ehehehe..
byeeeeeeeeeee....
i tak bosan baca. sila la tulis lagi. kekkeke
ReplyDeleteSyiedaaaa...ehehehe...terima kasih..i like ur komen...muaahh..muaahh...hihi
Deleteeh, hari kan besdaynya!! happy birthday!
ReplyDeleteeh silap. esokkan?? eii sapa la yg pandai2 ubah setting kat laptop neh!!! nak kena neh!
Deletetak pe la.. kira birthday wish in advance la yer.
Today is my besday thank u dear muahhh flying kiss :-) sampai x hehehe
Deletekenangan kali pertama melancong luar negara...jakun jumpa salji hihihi
ReplyDeletehihihih....salji kat sana tak sama dengan ais yang di kisar kat Malaysia..untung kita kan..sempat gak pegang salji...eheehh
DeleteJM,
ReplyDeleteyg rm1000 tu termasuk tix ke?? kalau include,wow lagi murah kottt...
Yer rm1000 termasuk tiket, tour guide dan ground arrangement bwk duit shopping je
DeleteOwh... Silap tak baca dari awal... Maybe sekarang kosnya dah lain yer JM. Maklum la 4 tahun berlalu ^_^
DeleteEh eh murahnya! Agaknya sekarang berapalah kosnya kan,...
Deletesalam JM
ReplyDeletetak dapa tlagi nak pegang salji betul...pergi Genting highlands jek hhuhuhu
Wkomsalam Poh Cik,
DeleteDi genting highland ada salji ek?
Bestnya, sis! Feeling2 main salji :)
DeleteKita pun teringin nak pegang salji jugak
DeleteNi antara trip2 awal sis ye,..skrg dah tak guna ejen lagi kan :)
ReplyDeleteIntai2 pengalaman sis travel sis yg pertama luar negara ya...
ReplyDelete