Monday, 17 December 2012

Inilah Jakarta Part 2

Assalamualaikum semua...

Aku malas nak berceloteh panjang..kita terus ke tujuan utama yer..aha..hari ni hari kedua aku di Jakarta. Ke mana kami pada hari ini..dan kalau mengikut kepada plan asal hari ni kami akan bercanda di Taman Safari Bogor kira-kira 2 jam perjalanan dari kota Jakarta bergantung kepada traffic di jalan. Kami menyewa sebuah van 12 seat, kadar sewa Rp980 ribu sehari.

Oh ya sebelum itu ingin aku kongsi sedikit pandangan aku mengenai Jakarta ni..kalau korang membeli belah..harga barang nya memang murah dan berbaloi kalau nk membeli tapi sayangnya dari segi harga makanan, tambang teksi harga agak tinggi berbanding Malaysia seperti one meal boleh mencecah RM10.

Sewal jam 8.00 pagi semua berkumpul di depan hotel untuk ke Taman Safari dan dalam perjalanan berehat sebenar untuk sarapan pagi. Taman Safari Bogor ni lebih kurang macam zoo terdapat pelbagai jenis haiwan dan yang paling seronok adalah kita boleh boleh beri makan (carrot) kepada haiwan tadi melalui tingkap kereta. Amat mengujakan. Di samping itu juga terdapat pelbagai show yang melibatkan gajah, ikan dolphin, tiger show, ball of death, cowoy show secara live dan memang mengujakan. Oh ya sebelum itu aku nak beritahu harga tiket adalah Rp200 ribu seorang termasuk dewasa dan kanak. Jom ikut aku. Semasa membuat bayaran tiket masuk, pastikan dapat gelang untuk di pasang di tangan sebgai pengesahan tiket telah di beli dan dapatkan juga pamplet yang terdapat show time bagi mengelakkan dari terdapat show yang terlepas. Show bermula setiap 1/2 jam. Memang berbaloi datang ke sini dan kepada sesiapa yang bercuti bersama keluarga, aku amat syorkan korang mesti singgah di Taman Safari Bogor.

Kereta Sewa
Sarapan dulu
Dah sampai - Taman Safari Bogor

Ekpedisi bermula :-) Gambar diambil melalui cermin kereta

Antara binatang-binatang yang terdapat di dalam Taman Safari Bogor

Aku tidak masukkan semua gambar haiwan yang terdapat disini kalau nak tahu kena perlu sendiri..hihihi..memang menarik. Selepas selesai mengelilingi kawasan sekitar, jam sudah 12 tgh time untuk makan. Selepas makan tengahari dan solat, masa untuk melihat pertunjukan haiwan-haiwan terlatih bersama pelatih-pelatih yang hebat. Jom lihat antara gambar yang dapat aku snap menggunakan Galaxy Tab aku ni...jadinya gambar kurang sharp dan berkualiti..frust tul..sampai sana baru tahu bateri kamera tak cukup dan pada masa yang sama charger lak boleh tinggal kat Malaysia. So inilah hasilnya...

Dolphin Show

Cowboy Show
Globe Of Death Show
Seagull Show
Tiger Show
Elephant Show
Kanak-kanak suka bagi gajah makan carrot

Seharian berada di Taman Safari Bogor dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai pada sebelah petangnya..lebih kurang jam 6.00 petang kami mula bergerak pulang ke sarang...ehehe...arghh..memang puas hati perjalanan untuk hari ke 2..ke mana pulak aku untuk hari ke 3..jgn lupa singgah blog aku untuk sambungan story eh...

Jumpa lagi :-)

29 comments:

  1. bestnye... taman safari ni yang terbesar ke? sy mmg nak terjah tempat ni next time... on d way nak masuk dalam tu hewan2 tu kat luar kan? da sampai kat dalam just masuk tgok show yg ada je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zette...ha'a memang best dan menarik amat sesuai untuk kana-kanak..tetapi kita org dewasa pun teruja jugak sebenarnya..hiih..masuk je ke taman tue..haiwan-haiwan tu berkeliaran jer..tiada sangkar..tiada kandang..singa pun tak terkam kami dalam kereta ni.hihih.ada renjer hutan jaga utk kwsan singa dan harimau. Selepas lihat haiwan 2 ni..checkpoint seterusnya tgk show (free)..di samping itu terdapat jgk games lain tetapi di kenakan bayaran seperti naik gondola, naik sampan...pastikan selepas byr tiket masuk tu...dapatkan gelang utk letak kat pergelangan tangan..nanti nak naik tram tunjuk je gelang tu..kalau tak kena byr Rp50k..pegi la..mmg best

      Delete
  2. Kat taman safari tu ada cik bib tak? kekekek.

    Tp kesian kat hewan2 yg kena buat show tu (me pencinta hewan so buat show itu mcm 1diskriminasi) uhuks tp nak wat cemana dok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehe ado ado tp namanya lain ada special name :-) ...ha'a setiap jam kena buat aksi yg sama kesian kt dorang kan. .. Kalau la dorang bleh bercakap mcm mana agaknyer yer hehehe

      Delete
  3. mcm best jer. habis satu hari kat situ kan?

    ReplyDelete
  4. mmng betul2 best la tempat ni puas hati..tapi sedeh la ek bleh plak charger cmra tetingal ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi : itula careless tul...benda penting camtu pulak sis boleh tertinggal huhuh

      Delete
  5. besttttt!memang teringin nak ke sini lepas tgk running man.haha baru tau kewujudan safari ni..memang nak kena terjah ni nk jumpa melman,marty,alex & gloria!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sai : sila...sila...sila..hihih...mmg kuat penangan Runing Man tau...JM pun sama..semua tempat yng RM buat variaty show tu JM nk terjah...aduh laaahhh

      Delete
  6. Seronoknya! Klu ada rezeki bercuti ke Jakarta, wajib pergi sini.
    Comelnya zebra tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : time bujang bujangan ni je lah bolhh panjang kaki..kalau dah berpunya tu susah lah sikit...

      Delete
    2. Betul kak. Lainlah kalau dapat cik abang yang kaki travel sama ;)
      Oh apapun, lubang hidung zebra tu tetap menjadi pojaan hati!

      Delete
  7. Bestnyer... Zumal nie night safari kat Taiping pun belum masuk sebab takde geng ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa Zumal ...kalau camtu perlu cepat2 lah cari 'teman' tuh heeeee

      Delete
  8. boleh sentuh kuda belang tu.. hihi.. bawak budak-budak, memang best lah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose : jinak binatang2 tu...kita yang dewasa ni pun teruja lebih dari kanak2 tau :-)

      Delete
  9. safari ni masuk kat program runningman ... kuda belang tu mina di belai ke nak mkn tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee : kuda Belang tu nk makan...sentiasa lapar.mkn carrot u :-)

      Delete
  10. Asalam JM..menarik tul kan di Jakarta..maju pula negara ni..
    oo ya JM tak nak pasang to up ke di blog ..just tekan buttn tu naik terus..mudah rasanya, nak tengok lah Dunia di laman JM ni lagi dan lgi...tanya ja...mohn maaf jika Etuza menyentuh emosi ya JM..

    ReplyDelete
  11. Etuza tengok banyak tempat sanagt menarik di Jakarta ni..menarik .sekali. rasanya baik2 orang indonesia kan...

    ReplyDelete
  12. Taman safari? Huhuhu, Mekja ada kenangan ditinggalkan ditepi pintu masuk zoo negara. So macam sedih pulak bila terkenangkan situasi tu bila berada di tempat seperti ni. Bukan salah siapa2. Salah sendiri, demam2 pun sibuk nak ikot. Dah terpaksa dok sorang2 tgu yg lain.

    ReplyDelete
  13. Thaigirl show ada x jay emm? Ha ha ha

    ReplyDelete
  14. Comel dak baju oren tu... Masa ni kecik lagi dia...

    ReplyDelete
  15. U never change! Ske tinggal charger... Adesss...

    ReplyDelete
  16. SS boleh skip tempat ni... X ske binatang...

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG