You can click on me :-)

Friday, 11 July 2014

Spring at Japan : Day 9 - Meriken Park & Kobe Mosque

Assalamualaikum dan Salamat ramadhan buat semua,


"Subhanallah...Walhamdulillah...Waala ialah haillallah...Wallah huakhbar.."
Sentiasalah kita berzikir kepada Allah terutama pada bulan yang mulia ini tidak kira di mana sahaja kita berada..Amin...*Peringatan untuk diri sendiri ;-)

Belum terlambat kiranya pada bulan yang mulia ini JM menghulurkan sepuluh jari memohon ribuan kemaafan kepada rakan-rakan blogger dan reader termasuk lah silent reader, sekiranya sepanjang perkenalan kita di alam maya JM ada mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan. Kita semua hanya insan biasa  dan perlu sentiasa istigfar kepada Allah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demam BOLA dah habis..sana sini update pasal German menang kan...

Entri ini perlu di keluarkan kerana terdapat permintaan daripada rakan reader termasuk silent reader Azie...hai Azie..jangan tak baca tau..puas mengimbau kembali kisah lama untuk update almaklum lah travel bulan April until Julai belum habis cerita lagi..dasyat tak!! Tak pe nanti boleh di jadikan rujukan diri sendiri.

Bagi mereka yang belum baca entri sebelum ni boleh klik Kobe Harbourland

Ingat lagi tak dalam entri yang lepas kami tengah melepak di bawah pokok di Meriken Park dan selang beberapa minit baru perasan SY tak ada kat situ. Ke mana pulak budak sorang ni.

Dah le tak sihat..ke tandas ke dia..karang pening pengsan sorang-sorang pulak...JM dah cuak masa tu..tanya NH dan Mrs A dorang pun tak perasan sebab masing-masing layang (layan) gadget.
Jika nak tahu bagaimana Mood si SY boleh berubah elok dan mana datangnya 2 luggage ni perlu baca sampai habis
Kami nampak SY dari kejauhan datang ke arah kami sambil bimbit beg plastik, boleh nampak reaksi muka nya yang senyum lebar. Terus JM tanya ke mana dia pegi? mana datang nya beg plastik tu?. Kemudian dia memulakan bicara dengan kecoh sekali..si SY ni memang peramah orang nya kalau mood dia ok..tak terlayan nanti hikss.

Rupanya-rupanya ada CARBOOTH sales di Meriken Park ni setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad. Kami pun tak tahu sebenarnya memang kebetulan kami ke sana pada hujung minggu. No wonder lah bila tanya blogger DJ dia cakap tak der pulak sebab beliau pergi weekday.

Beliau menunjukkan hasil rembatan seperti set pinggan mangkuk ala-ala Jepun, baju sejuk, set glass dan beberapa lagi barang JM tak ingat memang MURAH gile..gile remaja lah...set pinggan mangkuk tu 5 pieces tak sampai RM10..SY jika JM salah tolong betulkan ek..memang murah. Bila dengar dia cakap macam tu apa lagi..kami pun terus serbu..lari macam tak cukup tanah (ahaha..yang tu bohong je drama je lebih).

Mana ada lari pun mamcam JM ni sudah tentu jalan seayu-ayu nya eheheh. Banyak barang di jual di sini tapi tak banyak gambar JM ambik sebab sibuk memilih. Ada pelbagai jenis barang seperti dompet duit, t-shirt budak, kasut lelaki dan wanita, winter coat, spring coat, aksesori wanita, luggage bag dan pelbagai lagi dengan memang murah dan boleh tawar menawar lagi.

Kalau dah nama pun CARBOOTH sale ofcoz lah keluarkan barang dari bonet kereta, bentang tikar terus jual. Kebanyakan barang terpakai lah sebab tu mereka boleh jual murah tapi masih dalam keadaan yang baik. Jadi kalau korang nak tahu kat mana kami boleh dapat 2 luggage besar kat atas, kami beli di sini bagi mengisi barang yang terlalu banyak kami borong di sini. Luaggage beg ni memang baru bukan terpakai kami boleh dapat dengan harga 6,900 yen kalau tak salah around RM226. Esoknya pula JM beli Spring Coat berharga 100 yen = RM3.28. Bagaimana boleh datang lagi esok harinya? tunggu dalam next entri.
Cuba tengok harga tu t-shirt 100 yen je
Banyak lagi barang jualan tapi JM tak sempat nak ambil gambar kerana teruja memilih
Luggage beg tu JM beli pada hari Sabtu dan Spring Coat tu JM beli pada keesokan harinya
Lama jugak kami di sini, oleh kerana cuaca yang sejuk dan nyaman memang tak sedar almost masuk waktu Zohor di sana. Semuanya membeli Mrs A, NH, JM dan SY penuh sepuluh jadi so Mrs A dan JM decide untuk beli luggage seperti di atas bagi memasukkan hasil belian ke dalam beg tu. Waktu dan ketika ini mood SY sudah seperti biasa maybe beliau dapat beli apa yang di cari.

Kemudian kami decide nak ke Kobe Mosque. Siapa ingat lagi dalam entri yang lepas, semasa JM, Mrs A dan SY ke Huis Ten Bosh, NH tak ikut kami so paha hari tersebut beliau telah explore kawasan sekitar Kobe ni. So hari ni beliau jadi tour guide kami sebab telah pegi ke Kobe Mosque tu.

Dari Meriken Park tu nanti, jalan ke arah Minatomotomachi Station, tak tahu kat mana station ni..jap nanti JM lukis sebagai panduan yek. Untuk pengetahuan jika ingin ke Kobe Mosque sahaja boleh setop di JR Motomachi Station atau Sannomiya Station kerana lebih dekat berbanding stop di Kobe Station...ara faham ke tarak faham..ke conpius sudah...

Jika setop di JR Motomachi Station ikut sign dan gambar direction di bawah untuk ke Kobe Mosque agak jauh jugak berjalan dalam 10 menit. Jika ingin direction lebih detail boleh refer my friend blog Bibie Karim. Kalau nak ikut cara JM boleh follow picture di bawah.

Direction to Kobe Mosque :
Ini adalah ilustrasi dari JM secara kasar..maybe boleh di jadikan panduan
Subway Minatomotomachi Station - hambek ko ada bunyi tomato basi tak?
Bila sampai entrance subway ni gerak arah ke kanan seperti dorang ni
Jalan terus ke hadapan sehingga nampak simpang pertama belok ke kiri
Dari simpang tadi jalan terus je ke hadapan jangan toleh ke belakang lagi
Akan nampak  China Town di Kobe di sebelah kanan jalan
Jom ikut kami masuk dulu China Town di Kobe ni. Dulu JM pernah masuk China Town di Sydney meriah betul dengan pelbagai jenis makanan untuk non muslim dan orang pun ramai kebanyakan orang Jepun, so bagi kita yang muslim ni boleh tengok-tengok je lah ye cuci-caci mata tu.
Sempat snap beberapa keping gambar kat kawasan ni...tak masuk pun kedai yg ada..bukan boleh makan pun
Salah satu cara menarik pelanggan - Comei tak? comei tak?
Jalan lagi ikut laluan ni sehinga jumpa jalan besar
Semasa jalan-jalan tu SY sempat borak dengna JM sebab Mrs A dan NH telah jalan jah ke depan. Ini antara butir perbualan kami.

SY : Tahu tak semalam, saya tak balik terus ke hotel tapi singgah di Namba area pegi bergamba dengan Glico Man

JM : Aper?...dengan nada sedikit terkejut....lorr kenapa tak cakap..kita orang risau tahu tak..kenapa lah buat macam tu...jalan laju2 kat depan sorang..tinggalkan kami di belakang

SY senyum je tak cakap apa-apa pastu dia tunjuk gambar yang dia dah ke sana semalam

JM : Hai..buat orang risau je lah..lain kali jangan la buat begitu lagi...kang dah membebel macam mak nenek

Jom kita proceed....kepada mereka yang setop di JR Motomachi just follow Sunset-dori Street
Jika stop at JR Motomachi Station, just follow Sunset -dori street ni sehingga jumpa simpang belok ke kiri
Kitano Miester Garden seperti dalam map di atas
JM was here at KOBE
View sepanjang jalan ke Kobe Mosque
Nampak tak Family Mart di seberang jalan tu..so cross the road ye
Lalu depan Family Mart ni nanti, jalan terus ke hadapan dan Kobe Mosque terletak sebelah kanan jalan
Inilah Kobe Mosque yang di cari
Daripada sumber bacaan yagn JM dapat tapi bukan copy paste dari google ye, Kobe Muslim Mosque telah di bina pada tahun 1935 dan merupakan Masjid yang pertama di bina di Japan. Pembinaan adalah hasil sumbangan derma dari Islamic Committee Of Kobe. Masjid ini telah rekabentuk oleh Jan Josef Svagar (1885 - 1969) mengikut style Tradisi Turki.

Sebaik smapi di pintu masjid, JM senyum sendirian dan syukur kepada Allah kerana kami sampai di sini. Pada yang sama kelihatan 4 orang ladies, juga pelancong dari Msia ingin bersolat di sama dan kami cuma memberi senyuman iklhas dan manis tapi sayang nya senyuman kami di balas HAMBAR. JM ada memulakan perbualan bertanya mereka bila sampai dan hanya salah seorang yang memberi respond dengan nada yang kurang menyenangkan dan yang lain nya terus gegas masuk ke masjid maybe mereka kejar waktu Solat kot..Alhamdulillah semoga mereka juga praktikkan solat di awal waktu semasa di Msia.

Kami bersangka baik..kemudian salah seorang bertanya kami dari mana dengan 2 luggage bag di tangan dan selepas pertanyaan di jawab, kami berpisah. Kami masuk ke dalam masjid untuk SOLAT. Harap-harap doa JM cepat bertemu Jodoh di masjid ini termakmul....ahahahah..just kidding.

Masjid ini tidak begitu luas jika nak di bandingkan denga Masjid yang ada di Misa, ruang solat wanita di bahagian atas dan ruang solat lelaki di bahagian bawah. Part yang paling tak best adalah ketika nak mabil wuduk air sejuk sangattttttttttt...seperti air ais.
Ruang solat LELAKI
Ruang solat WANITA
Di ringkaskan cerita, selesai solat kami bercadang ingin menjamu selera di Halal Restaurant yang terletak berdekatan dengan masjid. Kami memilih Naan Inn restoran...di hadapan masjid juga terdapat kedai menjual produk HALAL.
Kedai menjual HALAL Product
Restoran Naan Inn
Dekorasi dalam kedai...kuningnya!!!!
Jangan tak percaya..Siti Nurhaliza pun pernah makan kat sini
Semasa sampai, kami orang pertama dalam kedai, waktu tu jam 2.30 petang. Apabila masing - masing ambil order ada pulak satu grup 3 orang budak perempuan still young duduk di meja sebelah. Makanan kat sini adalah Turkish dish. Paling annoying bila budak-budak ni sampai maybe dorang student di jepun rupa melayu tapi cuba cakap Jepun dengan nada yang kuat...TENSIOn!!!!!

Tak lama lepas tu ada group budak-budak muda sampai dalam 5 orang lelaki dan perempuan mereka ada kursus di Jepun. Kiranya kami pembawa rezeki/pelaris kedai Naan Inn..Makanan dah sampai jom jamah.
Inilah rezeki kami pada hari ini
Selesai makan jom balik hotel, tak nak singgah mana-mana lagi kerana malas nak tarik luggage tu.

Pada malam nya kami keluar semula, jika nak tahu kami ke mana?...ada lagi sambungan dalam next entri!

Salam Ramadhan buat semua..cepat betul masa berlalu kurang dari 2 minggu dah nak raya..

Wasalam....

130 comments:

  1. Gigih nak cari masjid yg lama di bina itu ye JM
    Tapi kelihatan kukuh dan cantik lagi kan.
    Komuniti Islam mestilah tak ramai sebab itu masjid pun nampak kosong aje

    Luggage tu balik mesti sarat dgn muatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kakZakie...dari msia lagi dah plan nak pegi masjid tu..ha'a..komuniti Islam tak ramai so masjid pun tak besar sgt..JM perasan yg pegi masjid tu kebanyakan pelancong idak pun orang dari timur tengah yg stay area situ

      Betul akak..esok nya kami sambung shopping lagi kat meriken park ni sbb murah giler...al maklumlah naik MAS dapat luggage 30kg...jangan terkejut nanti kalau kak Zakie tgk luggage kami last day...nanti JM kongsi :-)

      Delete
  2. mesti banyak kak JM beli ni sampai kena beli luggage. nampaknya dalam entry kali ni takde gambar tuan tanah, ada gambar kaki sahaja.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaahah...Sal !...perasan ek...ekekeke...tuan tanah dah bosan nak letak muka sendiri..terlalu byk bersepah sana sini rakan blogger pun dah naik bosan jugak rasa nya ehehehe

      Delete
  3. amboi JM sakan ber car boot sale yer...hehehe sedap plak nampak roti tuh..haishhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ...kalau bulan puasa ni biskut kering pun nampak SODAP heee
      Terima kasih DJ kerana masih setia menyokong blog JM wlalaupun citer Jepun dh nak basi hikss..tunggu lah ole2 dari JM nanti :-)
      Ha'a...mmg kami borong sakan kat sini sbb esoknya kami pegi lagi..nak tahu apa lagi kami beli tggu next entri yer ;-)

      Delete
  4. Replies
    1. Abe MKL : almost 8 hari kat sana baru hari ni kami shopping sakan...
      Psst : penat tau nak kejar cara abe MKL jalan2 ni..baru balik pilipina dah ke Aussie pastu dgr khabar nak ke Guilin pulak..kalau lah JM dapat 'pasangan' kaki jalan macam Abe MKL memang bahagia sgt tau ...Amin...Abe MKL tlg doa jugak ek hihihih

      Delete
  5. terlupa pulak....ada masa sila bagi alamat anda ke khairuddinlim@yahoo.com..thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Abe MKL minta alamat JM..kalau tak ada masa pun JM akan cari masa tau hehheeh...tapi jgn pulak abe MKL dedahkan lokasi JM yek hihihi...

      Delete
  6. Salam JM
    waaa..JM tak tulis ke macam CT nurhaliza tulis kat restoran Naan Inn tuh.
    nanti boleh jadi kenangan bila sampai sana lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam PohCik,
      JM tak tulis sbb tak glamour seperti CT..so dorang tak layan dan pandang sepi je huhhhuu

      Delete
  7. 100 yen, murahnya, suka tngok gambar dari JM, wlaupun tak ksempatan gi sana, dpt tngok gmbar jdi la. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ika : memang murah sgt...sgt...kalau ada byk pilihan mcm nak beli 10 pasang hikss...gambar tu biasa 2 je tak cantik sgt..in sha Allah jika ada kemahuan Ika pun boleh jejak kaki ke sana tau :-)

      Delete
  8. Cantiknya baju 100yen aje...tomato basi eh akak..hihihi
    Teringat belajar japang kat uitm...hihihi lupa hbs dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irra : mana nak dapat jaket RM3.28 = 100 yen tu kat msia kan...terus rembat
      bahasa Jepun perlu selalu praktik klau x mmg cepat lupa

      Delete
  9. JM ogenki desuka? Kenapa tetiba posting ni dah tiga hari lepas...

    Wah sakan juga sesi menghabiskan yen kat sini...hasilnya pun not bad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lang Mie : JM tersalah klik Publish sebenarnya nak SAVE sbb belum habis buat karangan lagi sbb tu jadi 3 hari lepas..fenin eden
      Tak mampu nak beli barang kat mall mahal...mampu beli di Car Boot sale jeww :-)

      Delete
  10. Replies
    1. Jm cari gak Bunda..FM kat sini mmg tak de...di Jepun nih FM telalu mahal

      Delete
    2. kan.. ada ex students belikan FM jepun pas tu tengok kat blog sapa ntah.. seketul FM harga rm12 o.O
      kalah beli FM kat europe..

      Delete
    3. CT : FM seketul RM12 henggit? better akak beli tudung shwal :-)

      Delete
  11. Asslam JM :) wah!! jauh gak nak ke Kobe mosque tu ye nasib baik tarik luggage kosong, hihi...klu nana confirm slim...anyway, will wait ur next entriiiii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Nana..nana Rjay heee...agak jauh dalam 10 minit jugak jalan..tapi luggage tu ada barang hasil rembatan..nasib baik SY tolong bawak..berat jugak tu heee..Hai...wait.wait next entri ni mesti dah plan nk ke sana lattew :-)

      Delete
  12. besar beg tu JM...mesti byk brg nk isi tu...
    sakan shopping yer...murah kan...apa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye nOe..kalau tgk luggage kami time last day tu mmg PENGSAN!!!! heee

      Delete
  13. murahnya jaket, cantiknya mosque cam hotel 5 bintang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. suda@is..harga jaket tu lebih murah dari ice cream cornetto :-)
      Ehhh...camtu boleh di beri 5 bintang eh...hihihihi

      Delete
  14. huhu seronok layan gambar2 yg banyak dan cantik2 kat sana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah : tak pe..layan gambar je dulu..nanti anak2 dah kerja leh minta tolong dorang bawak ke sana mmg berbunga2 mata nanti heeeee

      Delete
  15. salam sis. a'ah..sana sini..update german menang hhe sy tak kisah pun siapa menang sebab sy x minat pun bola ahahaha :D

    p.s entri akak ni buat sy jelas..nak jugak ke situuuu :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo hihihi jeles..bukan jelas

      Delete
    2. Assalam Cik Itah...Ha'a...nasib baik akak tak soong German..tapi sokong pasulan yg menang..boleh giteww :-)
      Mula2 tu baca byk kali...ehh..JELAS?...apa yg kurang jelas?..ahahah...lepas tu akak pandai2 adjust ayat tu heeee

      Delete
    3. hhehehhe bole jer kak hahhaha

      Delete
  16. menarik.. teringin nak jalan2 kat situ.. :)


    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ejulz : jenjalan di jepun mmg menarik...dan lagi menarik dan tertarik kerana orang nya yang hensem dan cantik!!!!

      Delete
  17. Replies
    1. Nazeck : ye..ye..kepada yang minat nak join boleh join lah ye :-)

      Delete
  18. Replies
    1. Elvy Nellysah : Wooww nama cam retis lah commersial sangat heeee
      mestilah best dpt jenjalan lagi best kalau dapat JENJALAN FREE dan di tanggung tapi dalam mimpi je lah huhhu

      Delete
  19. Kobe dan Masjid Kobe adalah antara destinasi pilihan saya. Tapi belum sampai lagi. Kalau ada rezeki lagi, insyaAllah bolehlah ke sini. Boleh guna panduan yang JM berikan di sini.

    Dengar khabar orang yang pernah ke Kobe, mereka kata di Kobe barang-barang lebih murah.

    Wow murahnya jacket! Saya pun suka beli barang terpakai. Kalau pinggan mangkuk saya samak dulu.

    Semoga Allah mempertemukan JM jodoh yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prof NA : ohh kiranya lst trip hari tu tak sempat ke Kobe lah ye..tak pe..boleh repeat sbb skrg dh tak perlu VISA...lebih mudah :-)
      JM pun berpendapat yg sama coz ada beli brg di UMIE Mall...harga agak murah compare to Osaka
      Ye prof..walaupun barang terpakai tetapi masih dalam keadaan yang baik..ha'aah...pinggan mangkuk tu better samak dulu :-)

      Aminnnnnnnnnn....doa tu yg JM tunggu tunggu tak sabar nak kahwin dah ni hahahaha...dah datang dah penyakit gatal JM tu hihihih

      Delete
  20. kalau akak jumpa pinggan mangkok semurah itu..akak yg rembat dulu JM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ore pompuan ni kan kakYon..pinggan mangkok mmg tak boleh nak pisah..bagai air sungai dengan tebing heeee

      Delete
  21. makin lama baca enrty japang nie...makin menjadi jadi pulak hasrat mrs nak jejak kaki kesana!
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Smile...kalau JM nak buat trip kali ke 2 ke sana Mrs temankan JM...pleaseee....pleaseeee sambil tarik2 tangan heeee
      Mrs ngan your mr right dan JM with my prince charming ahahah...verangan lagik!!!!

      Delete
    2. alamak mr right takde macam mana nak pegi JM
      kalau nak pegi time autumn/winter sempat lagi kot nak mencari hahahahaaa
      kalau dapat sorang free sorang lagi best bole kasi ke JM satu :P

      p/s : mood sengal mrs dah datang heeeeee

      Delete
  22. setuju dgn mrs smile. rasa membuak buak nak pergi sana. Kalau JM berjaya, mesti naz akan berjaya!! hehehe

    beli coat tak smpai rm4 tu yg tak boleh terima tu. naz siap kena tambah 00 belakang angka 4 tau!! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naz : Kalau dah pernah travel ke Seoul tu..kiranya bila pegi Jepun tu cam mkn kacang je hehehehe...sbb dh ada experience travel kan
      ahaahahah....yang Naz beli tu lebih berkualiti masih bau kedai..yang JM beli ni lebih kepada bau badan heeee

      Delete
  23. best nya la ek...makin bca makin seronok rsa nya ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahakss...KopiO...keseronokan tu akan berkurang ...sikit hari lagi dah nak balik huhuh...argghh..windu sama org Jepun :-)

      Delete
  24. seronoknya dapat p jepun ni
    saya naik kapal terbang pun tak pernah, ni nak p jepun
    mimipilah agaknya

    saya dengar di jepun barangnya mahal, sungguh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana Yani : tak pernah naik flight?...ala cianya....try beli tiket terbang tempat dekat2 dulu like Singapore ke..rasai sendiri best ke idak naik flight...ke takut? hehehehe

      Tak semua tempat jual dgn harga mahal..ada gak mall harga barang lebih kurang kat KL je tapi ada gak yg lebih murah dari KL

      Delete
  25. Wahh...car boot sale dorang buat time tengah hari ek...nasib baik cuaca sejuk kat sana...kalau kat Malaysia buat time zohor, mau berpeluh ketiak..hahahaha..menabung dove sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaayyy Lan Strider dah muncul..mana pegi!...windu akak sama kamu tau heheeh. Pstt : ada terima tak ole2 dari akak?
      Dorang jula seawal jam 10.00 pagi..memang sesuai sgt dorang buat kat park tu sbb kawasan luas dan lapang tak perlu nk pasang khemah sbb cuaca sejuk...best sgt jenjalan time cuaca mcm tu lagi best kalau leh jalan2 pegang tangan bersama pasangan tersayang hihihi...kalau kat malaysia nk try pegang tangan sampai 5 min dah BERPELUH huhhu..x leh nk tunjuk kemesraan hikss..jgn kata ketiak je berpeluh..seluruh badan basah..

      Menabung DOVE?...tima kacih ...XOXO

      Delete
    2. ade jer kak..sibuk sikit...aritu pos laju ada nak hantar parcel tapi saya takde kat rumah..nak kena pergi amik kat poslaju brickfield..belum berkesempatan nak amik..mungkin esok lusa saya singgah sana amik parcel tu..hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  26. Ternyata Mr. SY itu lucu juga orangnya ya ?
    Doa Mbak JM di Mesjid Kobe itu mudah-mudahan menjadi kenyataan ya...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahaha...ye Mas Gunadi..mcm2 kan...tapi yang pasti Mas Gunadi pun lucu jgk...JM sukeeeee heeee
      Aminnnnnnnnn..in sha Allah...kalau ada berita baik JM pos kad jemputan (tp kalau ada lah hee)

      Delete
  27. Tudia Jari manih p Jepung lak dahh..Jenuh Manih la jari dok sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Montana : Jari Manih ni dah lama ke Jepung cuma cerita Jepun yang tak habis2 lagi...Jari Manis ni duduk mana2 pun tetap manis...nak rasa heeeeeeeeeee

      Delete
  28. wah.. car boot sales.. syoknye.. fifi mampu bace je sekarang ni.. doakan fifi dapat pergi jalan tengok negara orang jugak suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe Fifi...tunggu anak cute tu besar dulu pastu baru boleh rancang..in sha Allah kalau ada kemahuan mesti boleh sampai :-)

      Delete
  29. salam kak JM, nk tnye.. akk travel ni pkai travel agent ke, akk g sendiri ke, ataupun akk mmg travel agent?.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Nurul Atika...nampak akak ni seperti travel agent ke ahahhaha...tak lah akak ni pegawai perkhidmatan awam je...akak bukan travel agent. Semua tempat yang akak pernah pergi tu semua pergi sendiri tanpa khidmat travel agent kerana rasa lebih PUAS hati dan BEBAS. Pernah sekali je pergi ngan travel agent semasa ke Beijing

      Delete
  30. Murah baju tu... Huh! 100 yen je... Boleh penuhkan luggage...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scdha Sein : mesti u ouls jelez ngan i kan dapat baju rega tak sampai 5 henggit hhihihi..sbb tu kalau SS tgk luggage kami on last day mesti PITAM :-)

      Delete
  31. akak JM oooi rembat baju cantik 100yen aje O.o ini tidak adil tidak adil bagiku..
    stress nya tengok.. ahahhaak.. kat malaysia budaya carboot sale pun macam dah banyak kan..
    btw masjid tu mmg macam istana disney hahahak.. bajet2 macam rumah princess gitu..

    p/s : akak tak reply email saya lagi T.T nangis tersedu sedu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT : akak terlompat dan terkejut beruk tau bila dapat rega 100 yen...tapi kalau size CT tak ada rasanya...ahahaha...mesti FRUST
      Ahakss...ada iras2 eh masjid tu :-)

      p/s : CT!!!!!!!!!!!!!!!!!! mesti tak baca email ni...akak dah reply le sayang oi heeeee

      Delete
    2. memang tidak adil !! org jepun en kecik kecik..woooo size den tak ada eh.. tak pa tak pa.. tunggu iols diet selim melim macam akak nanti.. nanti akak JM pun da x kenal CT lagi..pegi jepun iols rembat semua baju cecantik..

      p/s : da da akak JM sayang hahahaks.. iols nak kirim kasih sayang di kejauhan ni.. jap awat jiwang semacam ni :P

      Delete
  32. amboi jm..travel april..sampai julai abih update lg.. i like u stement,,, he..ha...
    wow sangka situ pun makan kat situ...tahun 2006.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sobyieeee...ahahah...ni baru story tuk 11 hari travel..kalau lah JM ke europe 3 mggu camtu mahu stahun baru habis story :-)
      Dah lama Datuk Siti ke sana...mcm kami yg kurang ber UWANG ni menabung setahun baru leh ke Jepun tu :-)

      Delete
  33. beli beg tambah lagi ...mmg bayk nyoppingnya JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye akak Nieda..rambang mata tgk barang murah di carbooth sale nih :-)

      Delete
  34. wahhhhh
    bestnya
    ni jeles nih
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa...Hans..tak per nk jeles meles hikss...Hans pun boleh ke sana cuma tak nak je kan..tul tak?

      Delete
  35. Seronok betul. 100 yen? untung dapat murah macam tu. Dah berkesempatan lagi nak jejak jepun, AA tengah buat promosi ada chance boleh gi sana. Barang kat sana mahal kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Radin..Hai!...sambil lambai2 tangan..lama betul Radin tak muncul kat sini tau...I'm still remember you heeee
      Tak perlu tunggu AA..kekadang MAS pun ada buat promosi kekadang lebih murah dari AA..so fighthing!!!
      Harga makanan mmg mahal..tapi kalau nk bershopping di sana tak di galakkan lah..just pegi tgk scenary yg cantik tu..mesti mampu :-)

      Delete
  36. JM, seronok betul kalau jumpa masjid bila berada di perantauan kan, rasa safe + secure je bila masuk masjid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a..betul tu Ayu...rasa seperti berada di Negara Islam sedangkan tidak :-)

      Delete
  37. Salam JM,

    apasal yer org2 Malaysia bila berada di luar negara sombong semacam?aritu terkena masa dekat korea..ada 1 group family ni.yg lelaki tu tegur kita org - peramah tanya itu ini.tapi, ahli jemaah yg lain buat muka rimas!huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Yani,
      Aha...Yanie pun pernah kena mcm JM jugak eh..ahahaha....entah le nk cakap apa reason dorang...yang pasti kita jgn jadi seperti mereka eh..kalau JM ke Sabah atau juma kat mana2 tegur tau kalau tak JM cubit :-)

      Delete
  38. assalamualaikum JM,.... Lama nya tak datang sini... mood berblog dan blogwalking hilang tu tuan nya pon hilang sekali.. cantik nya masjid tu JM... Baju Jm beli pon murah sangat .. roti naan tu buat org terliuq ja.. ah lupa nak ucap salam ramadhan JM ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Lieya!!!!!!!!! lama nya tak singgah sini windu sama kamuuuuuuuuuuu heeee
      Salam Ramadhan Lieya...jgn malas2..nanti dh nak raya..ehem2..raya mana tahu ni..udah tentu umah mak lah yek...mana tahu tahun depan raya umah mak 'mertua' ke hehehehe...

      Delete
  39. Meriah JM! nak t shirt sehelai JM! mueheheh.. jemput singgah ke blog kalu sudi ;D

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss...Santan Sedap lemak berkrim...opppssss...Santan Manis....JM dah jengah blog u oullsss sebelum dapat jemputan lagi tau..i oulsss dah tinggalkan komen lagi...mesti x perasan kan..i louss pun perasan u oulss sedang tinggalkan komen di semua blog kawan2 JM tu..happy Blog Walking...datang singgah selalu pintu 'umah' i olusss sentiasa terbuka utk u oulsss tau hiksss

      Delete
  40. Wah sempat beli lagej beg lagi ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ren : Ahaks...nafsu membeli barang murah x leh nak bendung nih

      Delete
  41. soping sakan sampai beg beranak pinak yer... :D alhamdulillah mudah nak cari masjid di sana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Idah : time membeli mmg tak ingat dunia..bila nak packing...hazabbedah heee..

      Delete
  42. Apa yang saya nampak sekali pandang. Bersihnya jalan-jalan depa ni JM.
    Depa boleh dikategorikan sebgai berdisiplin ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz MoHa : Jepun is negara yg BERSIH sgt..even toilet yg tak ada air pun tak berbau...cuba bayangkan tempat lain...nak cari sampah bersepah cukup susah...kat msia..hurmmmm diam je lah

      Delete
  43. Wah lama x BW dah ada entry baru. Tabahkan hati habiskan citer Jepang ni tau! Sibaik Bb nye dah khatam.

    Ouh laluan kita nak gi masjid tu xsama. Kiranya macam JM datang dari arah bertentangan. Masjid ada sebelah kiri kitorang kalau ikut dari Sannomiya St tu. Hmm nak kata apa lagi kalau dah sombong macam tu, kita senyum kat diri sendiri jelah. Tengok cermin. Sobs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie : Ahaaa...Bie datang dari arah lain...mana2 pun boleh...ehh..bila nak repeat Japan nih...hadoii lah semua tempat nk pegi fulus tak bertambah2 asyik berkurang je...JM pun berchenta nak habiskan cite trip Jepun ni dh nak nk basi nih :-)

      Delete
  44. salam kenal :)
    seronok baca coretan travel JM
    done follow sini #455

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak Farrah MF...terima kasih follow blog JM ..i is suka LATTEW :-) blog mu akan ku terjah...gittew

      Delete
    2. Hikhikhik. Gelak gedik jap. Ini komen pertama saya utk blog, sis :)

      Delete
  45. sejuk hati tengok masjidtu.. rasa seronok tengok Islam di mana2 ... kita yang duk sini masjid berlambak kurang rasa menghargainyer...
    murah bangat barang2 disana.. memang rambang mata dibuatnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Cho Zila : biasalah tu bila masjid dh byk kita buat tak tahu dan tak nampak je..even kekadang masjid tu beberapa langka je dari umah..tak nk ckp org lain JM pun sama huuhhuh..susah sngt nak mengimarahkan masjid..tak nk berebut pahala solat berjemaah yang berganda tu...hattoi lah ..bila lah nak sedar huhuhuh

      Delete
  46. bestnya. saya tak pernah teringin sangat nak pergi Jepun even it is one of the best country in the world. tapi bila tengok akak cerita pasal jepun ni, hmmm... macam nak pergi je. tapi bila tu x tahulah. harap-harap ada rezeki. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amy J : habiskan study dulu...pastu dapat kerja..kumpul duit in sha allah boleh sampai sana...bagi akak yg baru pertama kali ke sana...nak perg lagi tapi another season..mmg BESTtttttt sgttt...ha ko..punya lah nak gambarkan best ke tidak heee

      Delete
  47. bestnya dapat jenjalan selalu cam jm, Alhamdulillah rezeki jm kan dapat selalu jenjalan, dapat juga pengalaman, dapat jjuga melihat kebesaran Allah di mana-mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zimah : ye akak..maybe rezeki JM ke arah itu leh travel rezeki orang lain boleh bersama suami dan anak-anak..hidup org bujang begini lah heee

      Delete
  48. Bestnye akak asik jalan2 merata tempat.
    Bilalah saya nak sampai tempat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tu mmg best Nazeck TAPI perlu byk duittak sempat nk menabung :-)

      Delete
    2. Skrg ni Sis JM tak pandang Jepun dah, Shikin. Dok ulang alik Korea je ;)

      Delete
    3. sis JM dah jatuh hati ngan Korea..ottoke!!!

      Delete
  49. Memandangkan akak kata nak bersara dari blog, izinkan saya bagi sedikit cadangan (skemanya ayat..memang tak boleh blah..).
    Apa kata kalau next time akak nak share cerita gi oversea..akak buat few 'episodes'. Then, jangan panjang sangat. Baru senang readers nak follow. And, entri kak JM akan jadi lebih banyak sebab dah divide banyak episode. Hehe.. Cadangan saya je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. And yang paling penting.........
      Gambar-gambar kat oversea.
      Ramai yang tak pernah sampai sana kan?
      Including saya..

      Delete
    2. yeay...ok gak cadangan Nazeck ni boleh di pertimbangkan..biasa akak up entri travel 1 entri for one day..so nanti 1 hari tu akak jadikan 2-3 episod..camtu? ada ke yg nk follow

      Delete
    3. Ramai je yg followwwwww :)

      Delete
  50. Seronoknya jalan ke jepon..
    kak JM yang car boot tu 100 tu kira berapa?
    yang piggy tu ingatkan kak JM masuk haha.. rupanya snap gambo je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KM..kalau tukaran wang 1000yen =RM32.00 jadi kalau 100 yen = RM3.20 :-)
      nak 'mampos' masuk dalam tu hahahah

      Delete
  51. Bestnya :0 Dah terbayang-bayang diri ini jalan-jalan kat situ sambil tanya jalan dekat orang tempatan sebab tersesat.. pastu tak paham apa diaorang kata.. ha? I beg your pardon? hahaha mesti annoying gila.. pastu dengan bowbow (berangan punya budak) *facepalm*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..Yun Sing..itu semua pengalaman..mereka mmg kurang faham English ni..buat2 je lah faham apa yg dorang ckp tu

      Delete
  52. wahh murah betul spring jacket kak JM! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks...Aisya..dari jauh dah nampak kan..kalau hilang senang nk carik!

      Delete
  53. Zumal teringin sangat nak ke Jepun. Bila la nak sampai ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal belum ada keje tetap lagi kan..in sha Allah..Zumal pun muda lagi..masih ada masa..dh berduit nanti mesti boleh sampai ke Jepun..boleh je kalau nk sis JM temankan :-)

      Delete
  54. Replies
    1. Abe MKL..habiskan cite Jepun sebelum ke Korea nanti :-)

      Delete
  55. rasanya pemilik restoran tu tau tak ct nurhaliza tu penyanyi popular malaysia ye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau dia tahu kan Vee...hidung mesti kembang...leh nampak bulu hidung heheheh

      psst : Vee nye ole2 dah terima lom?

      Delete
  56. Singgah kembali ke entri ni. Suka tgk sis dan geng shopping sampai bertambah2 beg. Pembelian berbaloi coat 100 yen tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah..bila sis baca semula entri ni...rupanya kita mula kenal di entri nih..ada komen Salam kenal dari Farrah hihihi

      Delete
  57. ooo beli jaket dan luggage tu kat car park aje ... memang syok la shopping kan, murah dan open air, musim spring lak tu :)

    ReplyDelete
  58. besar juga masjid kobe yer ... ingatkan masjid kat jepun kecil-kecil aje ;)

    ReplyDelete
  59. Salam JM.

    Nak tanya kot2 JM masih ingat. Masa kat Kobe ada x come accross restoran yg serve halal kobe beef? Dok cari2 x jumpa lagi.

    Thanks! :)

    ReplyDelete
  60. makin kurang dah gambar tuan blog..hehe.. SY ni kan macam perempuan lak badmood bagai..hehe.. mungkin badan letih jadi camtu kot.. ok lah klu dia dah ceria balik..tak memasal JM jadi mak nenek...heheek

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Nuffnang