You can click on me :-)

Sunday, 25 October 2015

Trip Solo : Cabaran Mencari Silom Avenue Inn Hotel, Bangkok

Assalamulaikum dan salam sayang kepada semua reader blog JM yang setia,

Lamanya JM tak update blog...sorry pembaca kesayangan sekalian..mesti korang tertunggu je manalah entri baru dari JM kan kan kan....apa? TAK! hehehe...x pe biar JM je perasan sorang-sorang.

Jangan hairan ye si JM memang begitu. Ikut suka hati belalang je bila dia nak update. 

Sejak makan belalang di Yogja awal Oktober tu perangai malas semakin menjadi-jadi seperti Pak Belalang...Tak kenal? alaaaa Nujum Pak Belalang tu, nak minum kopi guna arang dari bontot kuali...ehh..kuali ada bontot eh..belasah je lah hihihih.

Bagi yang belum baca entri sebelum ni sila KOREK kat sini, mana lah tahu untung jumpa ketulan emas...kih kih kih

Dari Don Mueng Airport ke Bangkok City
Bus No 29 to Mo Chit BTS Station, Bangkok

Beberapa hari lepas dapat komen dari Kak Noor, seorang blogger dari Brunei membuatkan JM senyum lebar heeee. Kebetulan pulak dah lama JM tak up entri baru.

Komen dari Noor, seorang blogger hebat dalam dunia masakan
Kenapa kak Noor cakap macam tu? ahaksss...JM rasa semua dah tahu. Jika kak Noor baca entri ni sila emailkan kepada JM alamat rumah ye.

Trip solo ke Bongkok, ehhh Bangkok dari 23 Julai - 28 Julai 2015 selama 5 hari 4 malam JM beradu di Silom Avenue Inn (3* Hotel). Nah! beradu uolss..jangan main-main kih kih kih.

Sebelum berangkat ke Bangkok dulu, JM dah survey lokasi hotel ni dan kalau boleh nak cari berhampiran train stn, dekat dengan kedai makanan HALAL dan yang paling penting MURAH.

Kegigihan cari di google, so decide nak stay kat sini. Seperti biasa tempah melalui booking.com

Yes! buat masa ni JM masih setia dengan booking.com kerana tiada bayaran pendahuluan semasa tempahan, bayar semasa check in nanti dan free cancellation sekiranya last minute kita tukar fikiran nak stay di tempat lain.

Silom Avenue Inn Bangkok Thailand
Silom Avenue Inn, Bangkok
"Cabaran" katanya nak cari Silom Avenue Inn ni...susah sangat ke? Meh ikut JM.

Selepas salam peluk cium si Shafinaz tu, turun bas terus naik ke BTS Mo Chit Station. JM pernah solat di station ni semasa ke trip ke Loei tahun lepas jadi tak adalah 'blank'.

Di Malaysia lagi JM dah study cara nak ke hotel ni. Info yang JM dapat dari internet lokasi hotel ni paling hampir dengan BTS Surasak Station.

Silom Avenue Inn Hotel Map
Direction to Silom Avenue Inn Hotel, Bangkok :
- Stop at Surasak Station
- Ambil Exit 1, jalan terus ke hadapan dalam 250 meter
- Jumpa simpang pertama sebelah kiri, iaitu Pramual Road
- Jalan terus sahaja, akan jumpa Bangkok Christian College sebelah kanan
- Jalan lagi sehingga jumpa simpang 4 dan betul-betul simpang tu ada kedai 7e dan sebelah nya Silom Village Inn
- Cross simpang 4 tadi dah hala ke arah Silom Village Inn tetapi bukan hotel ni
- Jalan ek hadapan sedikit akan nampak nama jalan Silom Road 20, then Silom Avenue Inn di sebelah kir
- Jangka masa dari Surasak Stn ke Silom Avenue Inn lebih kurang 10 minit berjalan kaki.

BTS Sky Train Bangkok - Map
BTS Sky Train Bangkok
Its mean dari BTS Mo Chit tadi, JM perlu tukar train di Siam Centre pastu naik tren ke arah Saphan Taksin dan berhenti di Surasak Station. Perlu di ingat ye kawan-kawan, pastikan korang cetak BTS Sky Train Map ni supaya mudah perjalanan nanti.
BTS Mo Chit Station, Bangkok
Sampai di Mo Chit Station, terus ke kaunter untuk beli tiket ke Surasak Station, buat pertukaran di Siam Centre.

Pada masa ni nilai duit di tangan JM masih THB1000 means RM100 nak beli tiket yang mungkin beberapa bhat je kan.

Kemudian JM nampak ni...kaunter pertukaran duit, tempat tukar duit kertas kepada syiling. Kalau nak beli tiket di stesen mesti guna syiling so kat sini lah kaunter tukar tu.

Kaunter tukar duit kerta kepada syiling
JM pun cakap lah kepada petugas kaunter tu nak pergi ke Surasak Station, pastu bagi lah duit THB1000 tu, nasib baik dia tak banyak songeh, terus ambil tiket, add value...done! tambang THB42.

Jom naik tren. Waktu ni jam 7.30 malam, risau jugak sebenarnya nak cari hotel waktu begini kalau siang hari lain ceritanya kan.

Tak lama tunggu tren pun sampai. Tak perlu risau kerana nanti dorang akan announce dalam dwibahasa sebelum sampai setiap station so pastikan ALERT eh...jangan terlepas station pulak. Dalam tren pun ada display the next stop is........

Jom naik tren
Curi ambil gambar kakak santik
Bila sampai di Siem Centre, turun dari tren tukar naik tren arah ke Surasak Station plak dengan bagpack gedabak besar di belakang 7kg.

Apabila sampai di Surasak Stn JM lost! sebab ada banyak exit so nak pilih exit yang mana satu ni. Kalau salah exit nanti balik ke Msia pulak tak pun sampai ke Chao Phraya River kih kih kih.

Jadi ambil inisiatif bertanya kepada seorang pekerja di kiosk yang jual stationary. Dalam tren station tu ada banyak kioks tau termasuk lah kiok jual minuman, makanan ringan dan pelbagai lagi.

Kalau malu bertanya kenyang makan buah 'langsat' nanti, dah tu nak terkencing pulak lagi haru biru pink semua heheheh.

"miss! can u speak english"

"No!" pastu dia buat cam tak nak layan je

ehhh minah ni, boleh plak cakap No!

JM tak putus asa, tanya lagi arah nak ke Pramuan Road which exit paling dekat sambil tunjuk map yang dah prepare awal-awal. Pramuan Road tu JM translate ke tulisan Thai

Pastu dia pandang je JM tau...mungkin dalam fikran dia tu.."isshhh budak ni tak faham bahasa ke" pedulik!

Nak tak nak dia cakap "Exit 1", exit yang paling dekat ke Pramuan Road tu

JM pun jalan ke arah Exit 1, sebelum sampai exit 1...nampak ada security quard beruniform biru. Kalau korang nak tahu di setiap hentian tren tu ada Security Guard tau, yang bertugas memantau dan memastikan kelancaran operasi tren setiap hari. Seorang di area kaunter dan seorang lagi di tempat menunggu tren sampai.

JM ni ringan je mulut , tanya lagi sekali pada abg guard ni sambil tunjuk map yang ada di tangan nak pergi ke Silom Avenue Inn.

Pastu dia cakap keluar ikut Exit 1, jalan terus sehingga jumpa Pan Road sebelah kiri jalan until reach Wat Prasri Maha dan hotel tu just cross the road.

Dari info yang JM dapat, jalan yang paling dekat is Pramuan Road. Tapi kerana percaya kepada guard tu JM follow je.

Keluar dari Exit 1 tu jalan terus, lama juga berjalan tapi tak nampak-nampak Pan Road tu. Aduss!!! gimana  sih..hari dah gelap, lampu jalan plak malap je.

Dalam hati Allah sahaja yang tahu, asyik berdoa kepada Allah supaya permudahkan urusan mencari hotel ni. Waktu ni memang peluh jantan semua keluar.

Nekad dalam hati kalau jumpa sesiapa di jalan memang akan minta tolong tunjuk arah.

Tiba-tiba!!! wahhh saspend tak?

Ada seorang guard/penjaga pintu masuk Laguna Resorts & Hotels Public Company Limited, keluar nak tutup gate/pintu masuk.

JM pun tanya lah jauh lagi tak nak ke Pan Road tu, sekali dia langsung tak boleh cakap Bahasa Inggeris. Pastu JM tunjuk nama jalan dalam bahasa Thai, dia pulak tak nampak sebab tulisan kecik. Kemudian, dia ajak ke pondok pengawal sebab kat situ ada lampu lebih terang.

Waktu ni JM tak fikir dari segi kesalamatan, main ikut je guard tu. Bila dah clear then dia guna bahasa isyarat yang Pan Road tu just beberapa langkah sahaja dari tempat kami berdiri. JM pun ucap kap kung krap sambil tunduk-tunduk kepala.

Pan Road ni sunyi, tengok jam pukul 8.00 malam, mengharapkan lampu jalan je itu pun bukan sepanjang jalan tu ada lampu. Sambil jalan sesekali pandang belakang pastu dalam hati ni berdoa je semoga Allah permudahkan urusan dan selamat sampai ke hotel, ye lah risau juga sebenar jalan sorang-sorang di tempat orang malam pulak tu.

Alhamdulillah selepas beberapa minit berjalan nampak lah Wat Prasri Maha seperti yang di katakan oleh Guard di tren station tu tapi dari sini tak boleh cross jalan perlu cross di laluan yang di sediakan.

Toleh ke kiri ada kawasan untuk melintas, jalan lagi beberapa meter cross jalan jumpa lah Silom Village Inn. TETAPI bukan hotel ni yang JM nak pegi, then for confirmation JM masuk hotel ni tanya pulak receptionist tu. 

Dia cakap dah tak jauh dalam beberapa meter je lokasi hotel di sebelah kiri.

Alhamdulillah syukur!!! akhirnya sampai dengan selamat. Masuk je pintu hotel akan nampak cafe or ruang makan untuk breakfast.

Ruang makan untuk breakfast di Lobi Hotel
Kaunter check in di sebelah kiri
Terus tunjuk booking form, selesaikan bayaran THB3,875 untuk 5 malam dan JM dapat bilik besar ada 3 katil tido seorang. Korang rasa? adakah JM salah booking? no! asalnya JM booking bilik untuk berdua tapi ini yang dapat..syukur!!!

Masuk bilik, mandi terus ZZzzzzzzzzzzzzzzzz!

Bilik besar boleh tidur 4 orang kan
Bilik air pun luas
Review berkenaan hotel ni :
- Bagi JM bilik besar, bersih dan selesa
- Bilik air juga besar, toiletories di sediakan
- Di sediakan 2 botol air mineral FREE setiap hari
- Lokasi yang sangat strategik berdekatan train station, masjid dan kedai makanan HALAL

TETAPI ada 2 benda yang JM rasa perlu di tambahbaik :
- WIFI dalam bilik terlalu slow dan kekadang disconnected. Perlu turun ke lobi untuk dapat line WIFE yang clear dan laju.
- Tidak di sediakan coffee or tea dan kettle untuk masak air. Jadi setiap kali nak minum air panas perlu turun ke lobi minta air panas masukkan ke dalam termos atau bawak sachect (milo ke nescafe ke) turun ke lobi hotel minta air panas, bancuh dan minum di cafe.

Kenapa JM cakap LOKASI sangat strategik dan menarik? Nah! cuba tengok Map yang JM lakar ni.

kedai makanan HALAL di Bangkok, Halal restaurant in Bangkok City
Map to Silom Avenue Inn Bangkok City
i. Direction to Deen Restaurant HALAL Food Bangkok

Which is serves halal Thai food is located in the block just before reaching Silom Soi 15. If you take a cab from Chongnonsi BTS Station or Saladaeng BTS Station, tell the driver to send you to Silom Soi 'sip haa'. 'Sip haa' is 15 in Thai. The fare should be about THB40 only. Masjid Mirassudeen is located across the road in a little alley of Silom Soi 20.

Address :
761, Silom Road (next to Silom Soi 15 & opposite of Silom Village),
Bangkok.
Tel: 02-6350441
Opening hours: 07:30 pm - 21:30pm
Closes on Wednesday

ii. Direction to Dubai Restaurant, Silom Rd please refer map above.

End of Day 1
************************************
Alahai JM ni, nak cari lokasi hotel pun up satu entri....trip dah berbulan lepas, ceritanya baru sampai hotel.

Nampaknya kisah sesat dan di tinggalkan di tepi highway, topi pink tinggal dalam van, kisah menahan ber#% almost satu jam baru boleh memerut dan tido kena tindih lepas balik dari Ayuttaya tu perlu tunggu tahun depan lah agak nya eh hihihhi.

Bersambung hari ke 2 di Bangkok!!!

204 comments:

  1. Replies
    1. Saya tak parking, drive thru je :)

      Delete
    2. Tumpang lalu je. Tak nak parking sebab lupa bawak kupon.hihi.. takut kena saman parking.

      Delete
    3. Meriah...sorry all baru nk reply komen ni huhuh

      Delete
  2. JM bukan takat lama x update...
    JM juga telah melupakan saya...

    Kesiannnn... kecik ati... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. E eh,..ada orang merajuklah. Ala Huda,..jgnlah terkelendattt begitu. ;)

      Delete
    2. Huda..masih kecik ke hati tu ;p meh sini nak pam kasi beso

      Delete
  3. Ok fine... pergi thailand tp mkn kat dubai...

    Bye bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kayo meme gitu Huda..pagi bekfes kat Dubai Lunch kat Paris dinner kat Msia ahahahaha

      Delete
  4. Mak aih.... berani betul main ikut je guard tu... mujur xde apa2.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun terfikir benda sama. Alhamdulillah, Allah lindungi Sis JM :)

      Delete
    2. sekali guard tu tgkap buat bini ka.. hihihi..gurau ja

      Delete
    3. Huda..waktu tanya tu tak takut..pastu baru rasa seram

      Delete
    4. Zarul..kalau buat bini okey lagi..kalau dia jual...nauzubillah...sis JM ada pos something for u..dpt nanti bg tahu eh

      Delete
  5. JM travel solo ... apa weapon yg jm bwk as self protection?
    Ke ada black belt taek won do?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bawak mangkok isi air je... Mak Belalang laaa katakannn... Keh Keh Keh...

      Delete
    2. Hihihhi berapa lama agaknya nama Mak Belalang tu akan lekat?:)

      Delete
    3. Hahaha SS.... tergelak i...

      Delete
  6. Kita baca hrtu ada lady ni dia travel solo gak...
    Lagi lah berani luar biasa.... dia g afghan. Pakistan semua tu...
    Siap kna tangkap ngn taliban lg sbb suspek pengintip dr pakistan....

    Huuuu dgr citer dia cam ngeri dan suspen betul...

    Jm tau x traveller tu sapa?
    Kot JM tau... kita lupa lah nama dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam pernah dengarlah citer ni. That lady memang berani main rempuh je kan,..

      Delete
  7. Owh ha... weapon yg dia bawak adalah wisel...

    Cam comel... sungguh daku tak terfikir...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah akhirrr nya JM dah ada entry baru tklah payah scroll panjg lg hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhik comellah Kak Noor. Tak payah nak scroll panjang2 ye :)

      Delete
    2. itulah farah kalau blog dua orang paling ngetop ni mmg susah nak masuk, scroll saja dah bagi hot heeee jgn marah puan punya blog ahhh

      Delete
  9. tak puas nak baca..takpe take your time...

    ReplyDelete
  10. wahhh nak address kaknoor ni kan
    sekilas ikan di laut sudah ku tau jantan betina nya haha

    ReplyDelete
  11. Nak nujum pak belalang jugak lah hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah Kak Noor.. Ni nujum mak belalang..hehehe :P

      Delete
    2. ok Mummy mak belalang pun mak belalang I don care asalkan benar sangkaan ku itu hahaha

      Delete
  12. Bilik tu beso beno ksta travel sorang tk takut ke JM ? kang ada somebody tidur kt sebelah tu adoiii seremm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ros memang taklah nak gi solo ni... seremmmmm

      Delete
    2. Adoiiii, kak Noor dah bukak citer hantu kat sini,..saya lak yg terlebih seram! ;)

      Delete
    3. tkpe farah malam ni malam ahad tkde hantu hahaha
      kalau malam jumaat jgn main2 hahhhhhhhhh eeeeeeeeeeee heheehehee eeeeeeeeeee

      Delete
  13. Asalam JM..bersiaran keudara maya..tika ini. luarbiasa..hebat tahnia..cerita menarik.Tak apa JM selamat dah kan..huuuu bilik mewah..terbaik.

    ReplyDelete
  14. catatan pengalaman JM berseorangan travel di tempat orang merisauan juga membacanya tapi syukur alhamdulillah segala masalah mampu diatasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya tu ikut pak guard.. syukur dilindungi oleh Allah swt selalu..

      Delete
  15. Selamat petang Sis Jari Manis!
    Bila jalan solo memang kena rajin bertanya kan. Biar tebal muka dari sesat ntah ke mana-mana.
    Besar tu bilik, berbaloi dengan harganya :D

    ReplyDelete
  16. tak takut ke bilik ada 3 katil tapi tido sorang? haha
    saya jugak yg blom smpai lagi bangkok ni..grrr

    ReplyDelete
  17. yes, JM update blog!!kak JM, janganlah malas macam saya..hhihi.ramai tunggu tau..sampai terlupa kisah lepas-lepas.kena gali balik..haha

    ReplyDelete
  18. ya Allah...saspen betul lah citer JM ni! kalau saya mesti dah rasa nak nangis tau! memang lah orang kata, nak travel solo ni perlukan keberanian tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak sal.. Tiba-Tiba!!!! jeng2xx... Sis JM ni mmg berani ea.....

      Delete
    2. JM memang seorang yang berani..

      Delete
  19. ok jugak train di Thailand,macam di KL jugak...

    ReplyDelete
  20. akan kunanti update, walau seribu tahun lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertanduk la kucing... hehehe :p

      Delete
    2. Walau seribu tahun lagi, Sal? Fuhhh hiperbola xhengat! ;)

      Delete
    3. ~Relaku menunggumu... seribu tahun lama lagi... tapi benarkah hidup, aku kan selama ini.. biar berputar utara selatan ,. Opsss ternyanyi lak.

      Delete
  21. dah selamat smpi umah oke letteww ;p

    ReplyDelete
  22. makan belalang? ni betul2 ke kak JM ni? hihihi
    cantik bilik hotel dia. luas pulak tu :D pandai kak JM pilih tempat yg dkt dgn restoran halal. senang sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat strategik dekat dengan semua kemudahan..

      Delete
  23. Entri baru! Entri baru! Saya setiap kali sis JM up entri baru kena betulkan kompas. Tak sure trip yang mana satu :)

    ReplyDelete
  24. Meskipun baru sampai hotel, saya tetap setia membacanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii kak Farrah meskipun ya.... hihihihihi

      Delete
    2. Hahahaha nasib baik guna meskipun,..kalau kendatipun? :)

      Delete
  25. Adeeehh....susah jugak kalau dia orang tak boleh cakap omputeh. Suspen jugak rasanya.
    Alhamdulillah. JM selamat sampai

    ReplyDelete
  26. Macam best aje hotel tu. Besar pun besar...
    Boleh tido tukar2 katil eh JM...hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis JM rembat tiga2 katil skali tidur ni akak.... hihihihh

      Delete
    2. kalau aiza takut tidur sorang-sorang macam tu.. mesti terbayang ada someone kat katil sebelah.. hehe..

      Delete
  27. peluh jantan? eh sat, Kanda JM pastikah peluh jantan?
    *Soalan carik pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau peluh betina memang tak nampak, Suida. Dia shy shy cat!

      Delete
  28. Agaknya cerita kali ni bakal bersambung lagi sebulan ka? Kalah drama bersiri.. haha..
    Setiap kali nak baca sambungan, nak x nak kena baca blik secara ringkas entri sebelum, baru feel layan entri baru.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan keliru nurul ajai dengan belalang...

      Delete
    2. 105 episod menanti dihadapan..tungguuuuu... :P

      Delete
  29. Trip ke Bangkok Solo ni mencabarlah kiranya ye. So, plan ke mana plak pasni utk solo?

    ReplyDelete
  30. Nak tergelak I baca komen Kak Noor.. I pun paham perasaan Kak Noor klu terlambat komen kat entri U ngan SS... HAHAHAHa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer kongsi apa perasaannya? Ahaksss...

      Delete
    2. Syida tau takpe..
      tu belum lagi time tenet tenat kejab putus pastu nak connect balik alahaiiii boleh kasi marah tuuu

      Delete
  31. Kandaku syg, sharekan skrip baru utk top komentar boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS dah ajar Cikgu Ceketed... Ada dalam blog dia..

      Delete
    2. Hihihihih.. Cikgu ceketed.... baru semalam ushar post tu... SS yang ajar ya... tererrrrr....

      Delete
    3. Yes, Kanda SS yg ajar. Suida dear, bukan akak dah tinggal komen kat blog ke?

      Delete
  32. tengok gambar first tu dah rasa ... wahhh JM dok hotel mewah ke ;)

    ReplyDelete
  33. tapi bila baca ... alamak, seram la pula, susah nak cari, dah la sorang-sorang ... kalau diri sendiri ni mesti rasa nak nangis :p

    ReplyDelete
  34. nasib baik bila dah sampai dapat bilik yang best ... luas la bilik tu, tengok gambar pun nampak selesa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram tu dapat 2 katil tapi tidur sorang-sorang.. hehe..

      Delete
  35. 8mlm dah sunyi sepi ... klu kat msia masih bingit tu ... mmg kena berani klu dah sensorang ... alhamdulillah sampai ...

    ReplyDelete
  36. PLM pernah mengnap di Silom Village Inn. Senang nak jumpa sebab naik teksi... hehe. Lokasi memang best... Patpong pun dekat je...

    ReplyDelete
  37. wowwww beradu ala-ala puteri raja gitu..keh keh keh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalah puteri raja ni, mummy. Rasa rimas, pindah katil,..rengsa,..pindah katil lagi ;)

      Delete
  38. Seriau jugak cari hotel malam2 ni ea... nak nak tempat orang..sib baik sampai..

    ReplyDelete
  39. hahhaha.. katil 3, tidonya sorang..apalagi gilir2 la, malam ni katil kanan, esk katil tengah, lusa katil tepi.. tak pun bagi je backpack yang tido kat situ..kikiki :P

    ReplyDelete
  40. wahhh keliling hotel macam2 ada.. semua mudah.. nanti kalo mummy pi bole dok hotel ni. :D

    ReplyDelete
  41. Ciann topi pink kena tinggal sob sob sob..

    ReplyDelete
  42. JM ...

    Saya setia menunggu gitu !!!

    Hahahahhahahaa

    ReplyDelete
  43. cam takut je tido sorg2 bilik katil banyak.. hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis JM kan super duper beraninya..... kan sis JM????

      Delete
  44. Baca pun rasa takut. Kalau saya, tak berani nak tanya orang sangat kalau waktu malam. Btw, buah "langsat" tu apa, kak JM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikkk... Makan langsat la... Ha ha ha

      Delete
    2. aikkkk.. langsat xtahu ea.... hihihihihihih... lama ddk oversea farah ni.. hihihihihihhi

      Delete
  45. xsronok la bila warga tempatan xfriendly...lampu malap?rietta tkut klu jln sorg2 dalam keadaan mcm tu....wah, besarnya bilik...bleh tukar tukar katil nie...hehehe....

    ReplyDelete
  46. Lama tak menyinggah ke blog JM nie! Penyakit malas tue datang bertimpa timpa. Blog sendiri pun tak berupdate lagi plak nak berblog hopping. :(

    ReplyDelete
  47. Info yang amat menarik. Boleh share2 nanti yea

    ReplyDelete
  48. Asalamualaikum jm....selamat hari isnin :-))

    Terima kasih bom blog akak aritu..terkejut kak yan tengah tido..huhu

    ReplyDelete
  49. Jm kan selalu pergi luar negara...pernah tak kumpul sabun di setiap hotel yang jm inap..

    ReplyDelete
  50. jangan laa sampai tahun depan.. penat menunggu entri terbaru dari kak JM.. huhuhu..

    ReplyDelete
  51. boleh tahan jugak laa nak menapak tu kan..

    ReplyDelete
  52. aduh mencabar jugak sis JM p Bangkok ni. risau pulak bln depan nk pergi Bangkok. Flight malam huwaaa menangeh laaa

    ReplyDelete
  53. kap kung krap tu apa?
    ikan siakap or kangkung...hehe

    ReplyDelete
  54. uishh...kalau saya takut dah ni JM wei
    memang tak lah sesorang

    ReplyDelete
  55. bila beso gitu...tak takut ke tdo sesorang
    kot lah ceiling tu ada rambut terjuntai

    tetiba meremang plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbayang kat katil sebelah ada seseorang tengah memerhati..

      Delete
  56. Baru balik dr bangkok jugak!! Tido kt pavillion place

    ReplyDelete
  57. Sombongnya pompuan tu..bukan nak minta duit dia pun..Just nak tanya tempat je kan..Berlainan dgn org Jepun kan..Mesr rakyat sangat.

    ReplyDelete
  58. JM,updatelah cepat Jogja...saya nak g next week,kot ada dapt sikit info..hehehehhee

    ReplyDelete
  59. "Nujum Pak Belalang" hihiii, anak Pak Belalang rajin bekerja, Pak Belalang dok umah jer : )
    Tabik springgg kat JM, trip solo ke bongkok ehhh silap Bangkok ; )

    ReplyDelete
  60. giler best bilik dia...

    JM.. npa tinggalkan Firah.. nak ikot jugak.. huk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Firah, awak tu sekarang suka bengkak2 mata,..akak tak bagi itot!

      Delete
  61. seronoknya JM melancong... sorang2, sangat berani.. jenuh menunggu entry baru jm..")

    wawa harap, wawa yg jd last comentar, sebab sokmo tk dpt jd first comentar.. hik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ini kelakar. Akak tujukan lagu Harapan Hyperact utk Wawa. Nyanyi sdiri mula dari chorus ye :)

      Delete
    2. Bak kata pepatah omputeh Save the best for last... Keh keh keh...

      Delete
  62. wah..menarik sungguh kisah perjalanan macam nie..nak pergi la ke Thailand bila ada duit yang banyak nanti.

    p/s:Lawatan mesra dari penulis blog mrhanafi

    ReplyDelete
  63. Yeah ada sambungan sudah. Wah mencabar nak ke hotel tuh ya tapi nampak selesa

    ReplyDelete
  64. Jm, nak Tanya.. skrang harga makanan dalam flight air asia roughly brapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk... Kena tanya tony fenandes... Ahaksss...

      Delete
  65. JM ....baru nak pos hari ni..tunggu ya

    ReplyDelete
  66. Satu badan... Katil tiga... Apakah dia? Keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu katil part kepala... satu untuk badan dan satu lagi untuk kaki.. fuhhh heaven!!!

      Delete
  67. kak jm finally u back..memang pun baca2 entry lpas nak komen je scroll 5 minit ha.ha.ha..
    satu je sob kagun dgn kak jm... memng ingatan kuat la..stiap kali bari dirrection tempat tu...
    kita mcm boleh terbayang2 detail.. hebat la :P

    ReplyDelete
  68. amboii sis JM.. penangan makan belalng jadi pemalas ya.. kena cari penawar cepat2 ni...

    ReplyDelete
  69. Pengalaman Jay Emm... Lebih kurang aje macam pengalaman SS bila kali pertama jejak kaki ke Bangkok mencari hotel... Bertanya kat orang kat jalan rasa macam bercakap dengan tiang lampu! Apa pon tak boleh! Siap buta huruf tahap garfu pon hado!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buta huruf tahap sudu ada tak SS? Tahap chopstick ke,... :)

      Delete
    2. Hanya Kasim Selamat mengenal garfu...
      * Peribahasa baru macam aur dengan tebing... Keh Keh Keh....

      Delete
  70. Lodging nampak selesa. Bab katil sampai tiga tu puas hati! :)

    ReplyDelete
  71. Hebat...rramai peminat bab komen...tahniah

    ReplyDelete
  72. Deall all my commentor...sorry tau belum sempat nak reply komen korang...tunggu!!! siaplah korang...nanti JM boomm kebaboom blog korang plak hihihi

    ReplyDelete
  73. Katil tu puas hati gila. Kalau rapatkan boleh buat kuak lentang segala, mehehehe :p.
    Tapi berani JM travel solo, Sha penakut yakmat T_T

    ReplyDelete
  74. JM, yang booking.com tu memang ok ek?

    ReplyDelete
  75. http://madey09.blogspot.my/2015/10/updated-kali-ke-3-ruangan-komentar-blog.html
    top one..jemput tengok ke laman Etuza ya. tahnia

    ReplyDelete
  76. Mesti ada orang tumpang tidur kat katil kosong tu hihihihi..JM je yang tak nampak tu............

    ReplyDelete
  77. Memang puas hati baca entri JM nie, lengkap boleh 100% markah. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  78. Tak tau bila nak pi Thailand.....kalau-kalau JM terjumpa keladi hiasan....boleh kirim gambar ker...? hehehe

    ReplyDelete
  79. haaa.. mcm best je ke bangkok... tengah mencarik tempat nk travel next year...hehehehe....

    ReplyDelete
  80. Wow..macam macam rasa bila baca entry JM kali ni.Alhamdulillah semua ok .

    ReplyDelete
  81. bila mlas nk hapdet blog...belalang punya salah ehhh JM....pandai carik alasan kannn....kalau mcm tu sy pun mkn belalng la ni coz mls jugak nk hapdet blog......hahaahahahaahha

    ReplyDelete
  82. waaaa.....ngeri jugak kalau jln sorg2 carik hotel time mlm ni JM....sy kalau kt mesia pun lom tentu sy berani.....kegigihan JM kebanggaan kami....heheheheh

    ReplyDelete
  83. bilik dia besar betul laaaa.....bestnyerrr...kalau sy....mesti tuka2 katil....lompat dri katil ke katil....cuma takut katil patah jer....kalau sy lompat kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu katil patah... Susun 3 katil bertingkat jadi satu... He he he...

      Delete
  84. kira betul2 strategik laa hotel nih kan....nk g masjid pun senang....tpt mkn halal pun senang.....so xperlu risau dah nk carik makanan halal kat mana....semua tu walking distance kan JM?

    ReplyDelete
  85. Woahh berani gila kak jm!! Nasib baik takde pape. Bawak pepper spray jgn lupa taww. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scha Nazri..emailkan sis JM alamat boleh..ke jarimanis4ever@gmail.com

      Delete
  86. tengah tengok cerita P. Ramlee, Nujum Pak Belalang : )
    Teringat lak crita JM pasal Pak Belalang.

    bestnya dapat hotel yg biliknya besar & strategic lak tu : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miesha..itu kisah JM dan Belalang..eee geli plak tekak bila teringat pasal cekik kaki belalang di Jogja ri tu

      Delete
  87. Yang anak nujum pak belalang sis JM kenal ke hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin..kenal tapi buat2 x kenal ahaksss

      Delete
  88. Panjangnya nak scroll nasib baik guna hp abe ni

    ReplyDelete
  89. Hahahaha nampak banyak sis typo dalam entri tu.. hihihi.. quard n santik pun boleh ya

    ReplyDelete
  90. LUASNYA HOTEL KATIL PUN BSAR TANDAS PUN LUAS LA

    ReplyDelete
  91. Terbayang2 katil tu nak p tidur la

    ReplyDelete
  92. ye la Kak JM.. setia benar dengan booking.com hewhew..

    ReplyDelete
  93. makan lagi belalang banyak sangat.. isk..
    pi minom air kelapa kak.. cuci perut tu.. banyak benda lg boleh makan.. belalang jugak dia nak..

    mode membebel =P

    ReplyDelete
  94. pergh boleh lompat2 katil.. kejap katil ni kejap katil tu..

    ReplyDelete
  95. luas la bilik dia... mau guling2 ni

    ReplyDelete
  96. ingat nak baca blog ke Melbourne di sini...tak ada pula..

    ReplyDelete
  97. ke bangkok sudah ku travel (sangattt) ... nak sambung travel blog walking ke siem reap pula ;)

    ReplyDelete
  98. Luas jugak bilik hotel dia... selesa je nampak :)

    ReplyDelete
  99. berani JM travel solo macam tu, kalau akak konpom tak pegi dah..apapun mesti seronokkan dapat travel tengok tempat orang

    ReplyDelete
  100. tak boleh bayang kalau orang yang jalan sorang2 kak JM, huhu

    ReplyDelete
  101. tula byk suspen la sis jm ni..
    dok bace bace bace
    aha la
    entry nak cr bilik hotel je pon kan..
    terasa mcm ade dgn sis jm skli je kat sane..
    risau btl kalau ayu pon..
    mcm nak sesat je kan..
    dgn gelap nye
    alhmdullilah smpai
    tp boleh plk tny kt hotel lain hehehehe

    ReplyDelete
  102. cuak jugak kena cari hotel bila dah malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye CC..tapi yang pelik tu..JM leh tak rasa takut tau..leh lak tanya guard..masuk ke kawasan building tu..x terfikir kalau2 guard tu 'serang' ke..bila di fikirkan balik...seram pak

      Delete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Nuffnang

2348 2349 2352