Wednesday 17 January 2018

JJCM Langkawi - Interactive 3D Art Museum

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader blog JM 💖

Masih lagi kisah percutian ke Langkawi. Korang perasan tak, JM semakin rajin update blog tahun ni hahaha...AZAM baru ke JM tahun 2018 ni...jangan hangat-hangat tahi hidung jek 😂😂

JM plan nak update 4 entri untuk bulan Januari..ahakss...agak-agak tercapai tak? 

Over tau si JM ni hihihi
Tak percaya tengok tu hihihhi
Kat hutan mana pulak JM ni pergi...hutan penglipur lara ke heheheh
Nampak 'hidup' kan gambar-gambar tu, pastu model tu pun boleh tahan jugak 'lakonan' dia...hahaha

Ini LUKISAN 3 Dimensi tau, kalau korang ke Hua Hin Thailand boleh tengok Art's Sake 4D Art Museum. Kat Langkawi ni pun ada Believe 5D Art Museum tau, tiket masuk RM20 Dewasa dan RM15 untuk Kanak-kanak. Kami tak masuk sini memadai 3D Art Museum jek.

Muzium 3D Art of Paradise Langkawi di Oriental Village merupakan muzium seni tiga dimensi kedua terbesar di dunia yang telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Februari 2015.

Pintu masuk ke 3D Art Museum
Turun je dari Gunung Mat Chinchang tu, kami terus ke sini. Tadi dah beli tiket pakej termasuk (Cable Car Ride, 3D Art Museum, SkyRex dan SkyDome) dengan harga RM40.00 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak, jadi bila nak masuk museum ni dorang akan scan gelang kertas yang kita dapat semasa beli tiket Cable Car tu.

Let saya korang tak nak naik Cable Car tetapi semata-mata nak masuk museum ni je, tiket boleh beli secara berasingan dengan harga RM30 bagi dewasa dan RM20 kanak-kanak pemegang MyKad.

Dipintu masuk nanti ada staff yang akan scan gelang kertas tadi pastu pergi ke kaunter untuk simpan kasut, nanti dorang bagi tag nombor supaya bila keluar nanti nak claim semula kasut tu. Kiranya nak masuk sini perlu buka kasut ye.

Langkah kaki masuk je Waaaaaaaaaaaaaaahhhhh...lawa nyaaaaaaaaa...klik...klik...klik...

Epal yang masih segar lagi..masak ranum tu..epal apa? siapa tahu? IphoneTakTahu bila boleh beli sebab IpunTakMampu
2 picture yang sama tetapi tidak serupa hihih
Eehhh korang buat apa tu ha??...kentut kang boleh koma tau hahahha
Ehh ada model plak kat situ..maaf ye...susah betul nak tunggu view tak ada orang
SS buat apa kat dalam balang tu..nak buat eksperimen dengan Albert Einstein ke
Nampak? 3D tak?
Ni Food Panda ke Panda Food
Ramai menunggu persembahan lampu kat sini
Pada setiap lukisan yang di pamerkan tu ada check point gambar dan satu sign di mana sepatutnya kita berdiri supaya dapat angle yang betul. Setiap lukisan akan nampak lebih realistik sekiranya gambar diambil pada posisi dan jarak yang betul. Mereka juga menyediakan gambar-gambar contoh yang diletakkan di beberapa bahagian muzium sebagai panduan.

Waktu kami ke sini agak ramai orang jadinya nak dapat satu-satu gambar tu perlu menunggu giliran tapi ada je tak perihatin, kita dah lama tunggu, dia sedap-sedap je masuk enterframe..

Ehh JM...tu je ke gambar-gambar dalam museum ni? "Tak! banyak lagi sebenarnya tapi JM tak share kat sini. Kalau nak tahu apa lagi ada dalam museum ni korang mesti datang.

Info yang JM dapat daripada Utusan Online :

"Muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat itu terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.

Menurut Dr. Mahathir, muzium itu merupakan satu usaha terbaik untuk mempromosi aktiviti pelancongan khususnya di Oriental Village yang turut menjadi lokasi perkhidmatan kereta kabel yang popular.

“Pameran lukisan yang luar biasa ini dapat dirasai seolah-olah berada dalam keadaan sebenar yang terdapat dalam pelbagai jenis kehidupan seperti di dasar laut, hutan bersama binatang dan juga alam fantasi."

“Dengan adanya pameran yang istimewa seperti ini akan menambah lagi daya penarik kepada pelancong apabila berkunjung ke negara ini khususnya di pulau pe­ranginan ini.

“Pertambahan produk pelancongan juga dapat menaikkan taraf hidup penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan dalam industri pelancongan” 

Projek Muzium 3D itu mengambil masa lima bulan untuk disiapkan dan dibuka kepada orang ramai bermula 31 Januari 2015. Ia mempunyai kira-kira 200 lukisan itu kini dibuka setiap hari kepada pengunjung bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang."

Memang puas hati lah dapat masuk museum ni..highly recommended.

Selesai di sini kami ke SkyRex dan SkyDome plak. SkyRex is not bad compare tu SkyDome yang agak bosan...boleh tertido kat dalam tu. Tak berbaloi, perlu menunggu dalam 15min untuk masuk kerana mereka menetapkan jumlah bagi setiap show. Maklumat lanjut mengenai SkyRex boleh rujuk di sini SkyRex dan SkyDome

Abisshhh doooh...

104 comments:

  1. pandai badak tu pilih skundut yg lawa sajer.. skundut sedut oiiii hahahhaaa

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... sis JM wahhh entri baru la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkomsalam Ekin..tahun baru azam baru hihihihi

      Delete
  3. hahahahah lawak la sis n HH tu sentuh bontok lembu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembu mana lak Ekin...tu BADAK laaaa ekekek

      Delete
    2. komen ikin lagi lawak... ha ha ha

      Delete
    3. ekekeke...bila masa sentuh..kami nak londehkan suar dalam dia

      Delete
  4. nampak real gambar tu.... bila sis jm pergi langkawi ni xtaw pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin : itew pergi senyap-senyap jek tak nak feminat serbu kat eport akakakak

      Delete
  5. Wah..chaiyok JM! azam baru ye..kita tungguuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak : harap2 berpanjangan..takut hangat-hangat tahi minyak jek ni ahaksss

      Delete
  6. Pandai pelakon-pelakon buat gimik hehe..yang gambar first dok gayut tu real nmpk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada nak wat shooting kat mana-mana offer la kami Mak heee

      Delete
  7. Bila dah tgk gambar masa gi sana..baru mak tepikir..nak gambar lawa pakai baju terang! baru clear dan nmpk hidup mcm lukisan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu Mak pergi dulu tempat ni lum bukak kan? leh la pakai baju pink TAPI Mak tak nak show dalam blog muka Mak yang cantik jelita tu..iskk...share la sekeping heeeeee

      Delete
  8. sikit je ni JM upload gambar..yg lain tu upload insta utk dpt like ke?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak Mak sorang jek dapat like beratus kekekeke

      Delete
  9. Replies
    1. Betul!!! Bawak la anak-anak ke sini best tau

      Delete
  10. dulu mummy suka gak pi 3D, 5D bagai ni... Tapi bila tua2 ni kurang pulak rasa nak bergambar..hahaha :P

    ReplyDelete
  11. Apa2 pun ampa pandai na posing.. Cun semua gambaq! Terbaikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy..nak nampak real perlu berlakon sikit heee

      Delete
  12. Gambar nampak hidup! Pandai depa lukis na

    ReplyDelete
  13. amboiii, lembu pakai panties lace bagaiiii T___T

    SS nampak happy je dalam tabung uji tuuu hahaha, tak sabar kena uji kaji la tuu

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. LEMBU?????? ke BADAK? ehh ke kerbau hahaha...adehhh mana satu eh Hanis..

      SS nampak kecik jek dalam tabung uji tu

      Delete
    2. Tak sabar nak remaja balik... he he he...

      Delete
  14. Rajin-rajin le menulis nanti rajin-rajin le saya komen.

    ReplyDelete
  15. Tahun lepas, kebanyakan satu entri je. Tahun 2018, bulan Jan je dah 3 entri. Apakah ? ada KPI yang tersirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun lepas ada bulan tak ada entri langsung..adeh..tahun ni niat nak bagi 'something' utk top komentar year 2018..Tahun lepas punya pun belum distribute..in shaa Allah

      Delete
  16. mahal gak harga tiket muzium ni kalau beli asing dengan cable car td

    ReplyDelete
  17. eija xpernah sampai lagi.huhu.menarikkkknya lukisan2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eija..pergi la..tak jauh pun kan nk ke sana :-)

      Delete
  18. keep writing JM.. akak pun tengah semangat..
    ehhh.. taik Idung hangat ke? heeee

    ReplyDelete
  19. Rasa seronok bila masuk dalam...macam macam gaya keluar...

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. nak buat apa pun ramai-ramai baru meriah..ye dok?

      Delete
  21. Ehhh... Ada entry baru laa... Adehhh...

    ReplyDelete
  22. Baru SS tahu nama si tua tu Albert Einstein... he he he...

    ReplyDelete
  23. Replies
    1. Lebih nampak real kalau mamapp pergi sana 😬

      Delete
  24. Wah cantik lukisan kat Muzium 3D Langkawi ni yer. Hmmm,azam nak rajin update blog,kalau gitu Zumal nak tambah kat azam Zumal nak singgah baca blog JM selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaksss....harap2 azam JM ni konsisten kan..ekekeke azam Zumal tu lawak

      Delete
    2. Hehe lawak yer, ni bukti bukan sekadar lawak tau...

      Delete
    3. Hehe tapi JM boom kita dulu nampaknya...

      Delete
    4. kita mmg kaki Boomm so jgn terkejut ehh..ada masa FREE siaplaaa heeee

      Delete
    5. Ada.. Selalu kena boom nampaknya... Hehehehe...

      Delete
    6. Aah meletop-letop notification datang tu tahu dah mesti JM...

      Delete
  25. Salam.. Hai Kakak Manis :) Maaf lama x berjalan2 disini.. da jarang brblogging ni.. ada masa Cik Mimie update blog ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy Cik Mimie...sis JM faham..bila dh berdua ni semakin byk komitmen x seperti dulu kan..update la sebulan 1 entri pun x pe janji ada 😬

      Delete
  26. Cantiknye lukisan-lukisan dalam ni.. gambar pun nampak real je.. *nama pun 3D kan.. belum lagi 4D, 5D and D D D yang lain :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau byk sgt D dah jadi baby shark dooo doo doo baby shark 😬

      Delete
  27. langkawi dh mcm2 dh skrg.. tunggu dorang bt taman tema sampai siap hehee

    ReplyDelete
  28. yang nih tak pernah pergi lagi...nampak best pulak..hahaa

    ReplyDelete
  29. Reallah.....pernah pergi muzium 3D ni kat PD je hihi.... jadiklah dpd tak dekan JM hihi

    ReplyDelete
  30. Woowww.... bestnya datang ke muzium 3D ni. Hebat Langkawi skang. Best. :D

    ReplyDelete
  31. Yg ni ana tak pergi lg. Nampak menarik sgt.

    ReplyDelete
  32. nasib badak tu tak kentut.. teringat lagi 2 tahun lepas ke sini.. best bawa anak2 yang kali pertama jejak kaki ke sana..

    ReplyDelete
  33. Bonde pon baru pergi Januari tahun ni dekat 3D Art Galery tu... for sec time cuma pic & entri belum update menarik kan JM suka tengok lukisan 3D tu hidup pic dia

    ReplyDelete
  34. uihh.... syok jugak...
    kne repeat g langkawi nih

    ReplyDelete
  35. suka muzium 3D jugakkk... besttt !

    ReplyDelete
  36. lom pernah masuk.
    sampai kat pintu masuk nyer aje :) ha ha ha...
    masa tu gi kursus.
    anak-anak tak bwk. so tak syok la masok.

    ReplyDelete
  37. Keh.. keh.. pandai beraksi, gambar tu nampak real..

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG