Friday 12 January 2018

Tempat menarik di Langkawi - Langkawi Cable Car

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM..💋😀


Wahhhh! tajuk entri..tempat menarik katanya..tempat menolak tak ada hehehehe

Kalau google kat internet tu..taip je "Tempat menarik di Langkawi" , bersepah orang share..pilih je nak baca yang mana....

Biasakan kalau nak melancong ke mana-mana detinasi mesti akan tanya "Apa yang best kat sana eh..nak sightseeing ke, nak cuci mata ke, nak mengorat ke hihih, nak main game ke, nak shopping ke, nak makan sedap-sedap ke, janji jejak ke" atas sebab apapun janji kroang enjoy!!!

Sama jugak kes pergi bercuti ke Langkawi, sebelum beli tiket lagi kami dah rancang nak pergi naik Cable Car sebab ada pakej 4 in 1 dan Shopping je. Lain-lain tempat tu masing-masing dah pernah pergi.

Oriental Village...macam-macam ada kat sini
Oriental Village ni antara tempat yang paling sesuai kalau bawak anak-anak.
Di Oriental Village disediakan parking berbayar..kalau tak salah RM3.00 untuk dua jam pertama dan RM1.00 satu jam berikutnya...korang kira lah berapa harga tiket parking kena bayar kalau separuh hari kat sini. Dulu parking sini FREE tau.

Keluar je dari kereta hujan renyai-renyai, adeh potong stim betul..tengok jauh ke Gunung Mat Chinchang, awan gelap dan berkabus jek...macam mana ni..kalau tak dapat naik cable car hari ni nak ke mana? Memang plan datang Langkawi nak ke sini dan shopping je..tempat-tempat lain tu dah banyak kali pergi, island hoping semua tu..berdoa dalam hati supaya hujan berhenti.

Nampak tak titisan air dalam tasik tu
On the way ke kaunter tiket cable car, cuaca sejuk macam ni pundi kencing cepat sangat penuh hihih...masuk toilet RM1.00 ko..adeh!!  Pastu dah selesai, tengok-tengok souviner dalam kedai-kedai tepi tasik tu..ermm tak ada yang menarik..

Beli tiket Cable Car Ride kat sini
Harga paling murah adalah Basic Package bagi Warganegara RM40.00 (dewasa) dan RM30.00 (kanak-kanak berusia 2 - 12 tahun). Bagi Bukan Warganegara harga lagi mahal. 

Basic Package ni termasuk harga tiket cable car, entrance fee untuk SkyTrex, SkyDome dan 3D Art Langkawi.

Untuk jalan di atas Sky Bridge dan naik Sky Lift perlu beli tiket di kaunter sebelum ke Sky Bridge. Harga untuk Sky Bridge RM5.00 dan Sky Lift RM15.00.

Basic Package Combo Normal Lane include Cable Car Ride + Entrance 3D Art Langkawi + Sky Trex + Sky Dome : Adult RM40, Child (2-12 year) RM30
Waktu kami pergi hari minggu tau, ramai jugak orang tapi semasa nak beli tiket tu tak lama pun beratur. Tunjuk je identiy card (Kad Pengenalan) bagi Warganegara dan Passport Bagi Warga Asing.

Kalau tak nak beli tiket di kaunter boleh beli tiket Online kat website ni Panorama Langkawi. Perlu di ingat ye, sebelum korang nak beli tiket tu semak dahulu jadual operasi sebab ada certain hari gondola beroperasi bemula jam 12.00pm - 07.00pm dan ada certain hari bermula jam 9.30am - 07.00pm. Jadual operasi boleh semak di website Panorama Langkawi.

Bila dah beli tiket nanti dorang akan bagi gelung kertas sorang satu untuk pakai kat pergelangan tangan, nanti kat gate entrance tu dorang akan scan.

Beratur untuk naik cable car, kemudian ada plak session untuk berfoto dalam group, kalau nak beli foto boleh kalau tak nak pun tak pe....

Satu gondola ni boleh buat 6 - 7 orang bagi bersaiz kecil, kami naik dengan foreigner, jadi kami berlima dalam satu gondola tu. Gondola di NZ, dorang tak kongsi dengan orang lain, let say kita group 3 orang, so kita bertiga jek dalam gondola tu, kalau kat Langkawi selagi boleh sumbat...adeh!!!

Hoyee..three of us
Foreigner..satu cable car dengan kami
Nampak tak..titisan air hujan kat cermia cable car tu..gigih tak kami 
Ada sesiapa yang tahu tak kenapa nama gunung ni Gunung Mat Chinchang? bukan Gunung Mat Moto ke Mat Kapak ke? kekeke...kalau tak tahu meh JM kongsi kat korang. Info ni dari website Sastera Rakyat (kredit).

**SEJARAH NAMA GUNUNG MAT CHINCHANG**

"Beberapa ratus tahun dahulu, dalam sebuah kampung di Pulau Langkawi berlaku pertikaian di antara Mat Chinchang dengan Mat Raya, manakala anak perempuan Mat Chinchang bertunang dengan anak Mat Raya.

Pertikaian itu bertambah buruk dan dahsyat pada hari perkahwinan. Mereka berdua bergaduh langsung bertumbuk, tendang menendang, tampar menampar satu dengan lain. Kedua-dua mereka sama gagah hinggakan belanga, kawah, pinggan mangkuk habis pecah dan bertaburan.

Belanga jatuh jauh di suatu tempat yang dinamakan Belanga Pechah; gulai tumpah di Kuah (pekan Kuah sekarang), kuah gulai mengalir dan meresap ke dalam tanah di tempat nama Kisap; kawah air hangat jatuh di tempat yang sekarang dipanggil Ayer Hangat; jug air dengan relang tangkainya jatuh jauh di Selat Chinchin di antara Pulau Langkawi dengan Pulau Terutau."

Rupanya nama gunung Mat Chinchang ni sempena nama lelaki gagah perkasa "Mat Chinchang"


Gondola ni akan stop 2 station tau, stesen pertama nak turun boleh tak nak pun boleh. Hari tu kami turun, pasti dipaksanya kami bergambar..adeh..bukan kami nak gambar tu. Menyesal plak turun kat station ni, bukan ada apa pun..ada teleskop untuk tengok view, tapi kalau mendung berarak apa pun tak nampak. Satu hal plak kena beratur panjang tunggu gondola seterusnya untuk ke stesen ke 2. Bagi JM la kan, korang tak perlu turun ke stesen pertama tu.

Okey next, kita naik gondola dari stesen 1 ke stesen 2 yang ada Sky Bridge tu.

Sky Lift Station dan Sky Bridge di Gunung Mat Chinchang di stesen kedua
Dah sampai stesen kedua, beratur lagi untuk beli tiket masuk ke Sky Bridge. Ada 2 cara nak ke Sky Bridge ni sama ada jalan kaki guna tangga yang di sediakan atau naik Sky Lift. kalau nak membetis turun tangga perlu bayar RM5.00, kalau nak naik Sky Lift bayar RM15.00. Boleh beli tiket kat kaunter Sky Bridge. Kalau dahaga boleh beli minuman kat Sky Mart tu. 

Kaunter SkyBridge untuk beli tiket untuk naik SkyLift atau SkyFoot
Bila dah ada tiket, tunjuk tiket tu kat penjaga gate dorang akan scan barcode. Kami beli tiket harga RM5.00 jadinya membelits la turun tangga macam ni dalam 15 min jugak la baru sampai ke Sky Bridge. Rasa-rasa kudrat tak berapa ada tu, beli la tiket Sky Lift.

Yang ni SkyFoot - Bayar RM5.00 boleh la step by your foot kekekeke
Kalau tak mampu nak ikut route turun tangga naik tangga tu boleh naik Sky Lift ni tapi macam JM cakaplah beli tiket harga RM15.00 menapak la ko.

Skyline - Bayar RM15.00 kalau nak naik ni..tak sampai 5 min pun kat dalam tu..kecik..leh buat dalam 6-7 orang je
Kalau nak pergi ke pelantar kat atas sana tu FREE
Jom kita layan view dari atas Sky Bridge ni.

Kekadang langit biru
Sky Bridge..bila angin kuat terasa 'goyang'
Ni ke Gunung Mat Chinchang
Langit mendung awan berarak kelabu..cuaca tak cantik hari ni..mungkin sebab trip kami bulan November..musim hujan
Waktu turun laju macam ular dalam air waktu nak naik macam lembu naik bukit hahaha
Cuba tengok budak tu..dah tak larat sangat lah tu..siapa suruh tak nak diet hehehe
Waktu kami naik tangga untuk ke stesen gondola tu, selisih dengan satu family ni. Si maknya betongkat tapi tak naik Sky Lift, turun guna tangga macam kami pastu merungut....ha tahu penat..macam la ko tu sihat....gigih dengan tongkat lagi sape suruh..adehla..macam-macam.

Menapak la..nak sampai ke atas tu ada la beberapa kali berhenti ambik nyawa..JM laju je ke depan, tinggal SS dan HH kat belakang....dah smpai kat atas SS dan HH tak sampai-sampai lagi. sekali tengok SS dah terduduk atas anak tangga. HH cakap SS rasa nak pitam. JM dah risau, turun semula ke SS, picit-picit sikit bahu dia tu, urut-urut sikit kepala baru dia rasa lega sikit. Berpeluh tu usah cakap lahh..basah baju.

Bila SS dah boleh gerak tu, kami terus tunggu gondola untuk turun ke stesen Sky Cab. Sampai bawah kami masuk 3D Art Langkawi plak.

Yahhoooooooo! berjaya siapkan lagi satu entri. Agak-agak boleh dapat tak 4 entri untuk bulan Januari ni. Ahaksss!!!

Bobbai!!!!!

98 comments:

  1. Makk aihh... Rajin! Camtu laa... ha ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CANTIK VIEW DIPUNCAK GUNUNG MAT CINCANG

      Delete
    2. Cantik kalau cuaca panas kak PI..kalau mendung awak berarak..gitew la viewnya..

      Delete
  2. gelung kertas ke gelang kertas? he he he

    ReplyDelete
  3. yang tak bestnya cable car ni sebab kongsi... nasib baik dok dgn mat saleh... terasa pi oversea lak... ahaksss

    ReplyDelete
  4. Sejarah Mat Kepoh ada? Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
  5. Bukan Skyline tapi Skyglide... he he he...

    ReplyDelete
  6. "Waktu turun laju macam ular dalam air waktu nak naik macam lembu naik bukit hahaha"... Kalu naik tak reti turun macam apa Jay Emm? Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
  7. Macam nak mati naik turun tangga tu... Tak mo lagi dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..lidah terjelir tak??

      Delete
    2. Sapa budak yang gayut-gayut tuuuu

      Delete
    3. kan! sekali cukup la..serik doh..longgar abis sendi lutut

      Delete
    4. Lidah terjelir minta air...adeh

      Delete
    5. Ntah la..budak tu dah penat sangat agaknya ahahaha

      Delete
  8. Replies
    1. Mat Melayu dah tak pandang tempat ni Mak heee

      Delete
  9. Semua orang duk pakat naik Sky Lift kee? Sky Foot nampak lengang jee haha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis..Skyfoot untuk orang-orang muda dan sihat macam sis JM jek hahahaha

      Delete
  10. lama x g langkawi...cable car pon byk benda baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la Eija..tak jauh dari kampung kan heee

      Delete
  11. Khai pernah naik skylift tu masa mula2 bukak. Beratur dia, ya Allah. So, decide masa balik ikut tangga.

    Jadinya, ketar lutut baq anggggg masa balik tuuu aahaha - khai >> http://kakijalans.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke...Khai..itu arr sape suruh tak minum susu..tak pun minum power root baru power

      Delete
    2. hahaa. sebab power root tak sedap. root beer lagi sedap. hahahah - khai http://kakijalans.com

      Delete
    3. root beer halal. beer tak boleh. harooommmmm hahahah -khai http://kakijalans.com

      Delete
  12. Rindu Langkawi bila baca post ni. Saya dulu naik Sky Lift je sebab Mama saya tak larat nak turun naik tangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah..biar bayar mahal sikit janji lutut tak sakit kan..penat woo naik tangga..berpeluh bacin

      Delete
  13. Replies
    1. Firah : Skrg ni tak ada yang FREE..air suam pun 50 sen huhuh

      Delete
  14. Toilet pun singgit ?? ehh ! tapi rasa macam tak penah singga toilet dia.. ehh ! ke penah.. hurmh

    ReplyDelete
  15. kalau one way nak jadi ulau melingkau, one way nak be like a boss naik sky lift boleh dak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh Firah..nanti dorang scan gelang kertas kat tangan tu....kalau turun tangga nak ke atas naik skylift..kantoi :-D

      Delete
  16. haritu pegi tak nampak apa, sebab kabus baru lepas hujan. sedih betul

    ReplyDelete
  17. Salam perkenalan. GV follow akak ya. GV pernah gi langkawi naik skycab tu. Rasa nak pengsan duk dalam tu cable tgk kat kawasan bawah. Sampai kat atas, sejuk dengan berkabus lagi. Hihi. Tapi pemandangan mmg sangat indah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV a.k.a Galaksi Viral bukan Gegar Vaganza hehehe..Salam kenal..i'm follow u back!!! Nasib baik tak pengsan..nanti sape nak buat CPR heee

      Delete
  18. tak sabar nk naik gondola kt oversea hehehe.. lama tak ke langkawi. harga tiket mencanak naik dh skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina..pergi la Hong Kong...naik Crytal Cable Car..view lagi ohsem tau

      Delete
    2. tak p HK la JM p negara lain.. tunggu k mana tau teringin hehehe

      Delete
    3. ke mana Nina..tiba2 nak nyebok :-)

      Delete
  19. akak dulu masa naik cable car ni ada sepupu yang ketakutan..
    keras badan dia..

    eh, satu lagi kan.. rasa2nya dulu masa akak pegi tak pulak ada charge nak ke sky bridge tu.. now dah ada? wahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Kak Yan..time JM pergi dolu-dolu pun..FREE tau nak naik SkyBridge ni..tapi sekarang semua berbayar

      Delete
    2. nak tencin pun bayar kan.. patut nya charge pada bukan local lah kan. heeeeeee

      Delete
    3. patutnya foreigner kena byr lagi mahal sebab dorang tencin lagi bucok hahaha

      Delete
  20. Wah bestnya Langkawi.. tapi mama tgk gambar pun terasa gayat nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamapp..gayat? alaaa..kalau gayat tak boleh naik ke tempat tinggi...nanti gigil jek kaki

      Delete
  21. yang ni tak pernah naik. dulu masa tengok cite shah rukh khan tak tahu pun lokasi pengambaran tu dekat sini. tetibe tengok polis melayu dalam cerita baru la tahu ada tempat gini dekat langkawi. last time pergi tak singgah pun. baru-baru ni mak ayah pun berhoneymoon dekat langkawi singgah tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhiera..SRK pun buat pengambaran kat sini..cite apa eh

      Delete
  22. Langkawi sekarang banyak sgt tempat best selain beli belah je.. wah.. kena plan ni pegi lagi 1 day

    Ketahui 3 Vitamin Asas untuk lelaki & wanita terus kekal sihat tanpa ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaleha..ada macam-macam..bebudak mesti suka kalau masuk SkyTrex

      Delete
  23. wah menariknya.....xpernah naik lg skyride tu....

    ReplyDelete
  24. klu tak buat warming up mau vertigo jadik nya.. nasib ok kalau pengsan cemana pulak nak bawak turun kan hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie Azie..kalau pengsan bagi bantuan CPR la...ada ke yang sanggup hahaha

      Delete
  25. Menariknya.. best! Happy 2018 JM.. semoga tahun ini membawa lebih kebaikan dan kejayaan... aamiin :)

    ReplyDelete
  26. Time Mrs. A naik ni tak nampak apa sebab hari dah malam huwaaaaa...waaa.. umat manusia terlalu ramai almaklumlah time tu PH + school holidays. Kalau pergi Langkawi lagi nak pergi pepagi tak mau dah pergi petang serikkkk!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A!!!! lorrrr. rugi arr pegi petang..skrg dah ada mcm2 tau include dalam 1 pakej..so wajib pergi pagi

      Delete
  27. alahai semua dah kena bayar.. emmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Ekin..dulu kos RM200 sorang dah cukup sekarang cecah RM400++

      Delete
  28. Wah bestnya. Dah lama Zumal tak jejak bumi langkawi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal..kat Langkawi dah ada mcm2 tau..Pelis ke Langkawi tu sejam pun leh sampai..pergi la 😬

      Delete
    2. Hehe nak pergi la kejap lagi...

      Delete
    3. almaklumla kat perlis ada ikan doll pin..jeles tau

      Delete
    4. Nanti zumal tangkap sekor untuk JM...

      Delete
    5. ye lah tu..mcm pancing ikan kaloi eh hihih

      Delete
  29. lama dah xdatang sini...
    tiket pun nak mahal dah..hehehe

    ReplyDelete
  30. Last ana ke sini thn 2012. Tahun tu 3x ana ke langkawi. Tp masa tu sky bridge tu ditutup. Rugi sgt rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahun 3 kali? woww...borong pinggan mangkuk ke..rgui tak naik sky bridge tu..view kat atas tu lawo

      Delete
  31. last p sini 2014 ka, lupa dah, kena repeat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dyen..dah lama sgt tu..repeatlaa..dah tak jauh kan

      Delete
  32. wow... bestnya... lum pernah sampai cable car ni, dah tua2 ni tak tau la nape gayat lak... hehe

    ReplyDelete
  33. uishh nasib laa p dulu tak turun dan naik ikut tangga nih.. masa p dulu cuaca elok jer, best dok kat skybridge tu, yang abang gayat, yang adik relax jer..

    ReplyDelete
  34. tak sempat berskyline..
    mase tu xsiap lg..
    heheh tp dtg lgkawi xsah kalau tak naik cable car

    ReplyDelete
  35. Syioknya Tgk pemandangan dari atas

    ReplyDelete
  36. aida pernah naik skali aje, JM.
    and rasa serik nak naik sekali lagi. tapi tu la, mcm2 benda baru ada tu hah.
    masa aida gi tu, musim angin. ya Allah tragis.
    kabel car tu berhenti sekejap-sekejap, pastu lama kat atas gunung tu tunggu kabel car.
    org ramai.
    sib baik la tak terjadi mcm yg baru-baru ni. rosak terus.
    itu yg jadik sgt takot nak try lagi, JM.

    ReplyDelete
  37. Ohoi.. cantiknya pemandangan.. mampu melihat sahaja.. untuk penakut macam saya, memang tak naiklah..

    ReplyDelete
  38. Oh maksudnya skydome tu sume dekat kaunter skycab ke? Kira tiket skycab tu utk 2 hala la ye? Gune tiket sama utk turun semula dgn skycab?

    ReplyDelete
  39. Oh maksudnya skydome tu sume dekat kaunter skycab ke? Kira tiket skycab tu utk 2 hala la ye? Gune tiket sama utk turun semula dgn skycab?

    ReplyDelete
  40. Oh maksudnya skydome tu sume dekat kaunter skycab ke? Kira tiket skycab tu utk 2 hala la ye? Gune tiket sama utk turun semula dgn skycab?

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

NUFFNANG